You are on page 1of 44

Selain itu, Gearheart (1990) mengatakan bahawa pentaksiran adalah satu proses

pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu isu atau maklumat
yang luas berdasarkan intervensi.

Pentaksiran Moral di sekolah memerlukan guru-guru yang terlatih. Pentaksiran


Berasaskan Sekolah (PBS) menuntut bahawa semua bentuk pentaksiran yang bersifat
autentik dan alternative seperti kerja kursus, projek, pemglibatan dalam kokurikulum, dan
sahsiah perlu ditadbir dengan bijaksana. Pentaksiran secara formal sangat perlu dalam
Pendidikan Moral. Walau bagaimanapun pelaksanaanya sangat rumit dan memerlukan
masa yang panjang.
Pembelajaran Pendidikan Moral dianggap rendah statusnya berbanding dengan
subjek yang menjadi prasyarat untuk melanjutkan pelajaran dan memasuki bidang
pekerjaan. Situasi ini menjadikan Pendidikan Moral diangap mudah dan kurang penting.
Pengajaran dan pembelajaran dalam aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan
pemerhatiannya bahawa setiap insan mempunyai kapasiti untuk berfikir. Polson & Jeffries
(1985) mengatakan bahawa pemikiran berkaitan secara langsung dengan kemahiran
penyelesaian masalah.
Pentaksiran tradisional dikatakan gagal kerana tidak
mengambil kira pencapaian murid secara holistilk dan bagaimana murid berjaya bekerja
dalam kumpulan. Terdapat murid yang mendapat cemerlang dalam bidang akademik
semasa belajar tetapi tidak cemerlang ketika berkerjaya dan lebih malang lagi telah
menimbulkan masalah dalam pekerjaan khususnya berkaitan dengan moral seperti malas
bekerja, tidak amanah, kurang bekerjasama, dan terlalu mementingkan diri sendiri.
Terdapat beberapa tujuan penting yang mendorong untuk melaksanakan proses
pentaksiran dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Objektif pertama adalah untuk
mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran.
Seterusnya, proses ini dijalankan untuk menentukan kemahiran dan penguasaan yang
sedia ada dalam kalangan murid sebelum sesi pengajaran. Selain itu, objektif ketiga ialah
untuk memilih calon-calon untuk memasuki sesuatu kursus atau jurusan. Tambahan lagi,
Guru melaksanakan Proses Pentaksiran ini untuk mendapatkan maklumat tentang murid
secara berterusan dan mereka akan menjadi sebagai alat motivasi bagi murid serta
memperbaiki kelemahan murid dalam pembelajaran.

Tujuan Pentaksiran
Memantau perkembangan murid
Melaksanakan penilaian dan memperhalusi kurikulum.
Menyediakan maklum balas untuk melaporkan penguasaan seseorang murid.
Memotivasi murid.
Menentukan tahap pencapaian.
Mengadaptasi strategi pengajaran mengikut kebolehan dan kebolehan pelajar

PENDAHULUAN
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman
serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000).
Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi
pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran
dijalankan secara berterusan.
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Mendapatkan maklumat secara
berterusan

tentang

pengajaran

dan

pembelajaran

memperbaiki

pengajaran-pembelajaran.

Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan
tahap keupayaan murid. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan. Memperbaiki pengajaran dan
pembelajaran.
Aspek-aspek utama dalam pentaksiran
i.

instrumen

ii.

kumpulan yang ditaksir

iii.

respon

iv.

kumpulan pentaksir

v.

skor
Didalam Pendidikan Moral pentaksiran yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat

membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi
supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun berterusan.Kekuatan murid yang telah menguasai
sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat diperkukuhkan dan diperkayakan. Melalui aktiviti
tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam
pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan
penilaian di peringkat pusat.

1.

PERANAN

GURU

PENDIDIKAN

MORAL DALAM

MEREALISASIKAN ASPIRASI

NEGARA BERDASARKAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA.


1

PENGENALAN

Pendidikan moral merupakan sebahagian daripada pendidikan negara. Mengikut sukatan pelajaran
Pendidikan

Moral

1982,

program

pendidikan

moral

adalah

bertujuan

untuk

murid-murid

mengenalpasti, menjelaskan dan membatinkan nilai-nilai yang berasakan kepada agama,tradisi dan
nilai-nilai masyarakat Malaysia. Begitu juga dengan penyemakan semula sukatan Pendidikan Moral
pada tahun 1999 yang memperkenalkan lima bidang pembelajaran. Ia adalah bertujuan untuk
membentuk generasi yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang kearah
keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.
Aspirasi Negara merupakan salah satu elemen yang penting dalam pembentukan
sesebuah Negara. Hal ini juga berlaku kepada guru di Malaysia. Motto Guru Berkualiti Aspirasi
Negaramempunyai pengertian yang amat meluas. Guru yang berkualiti ialah guru yang dapat
menunaikan tanggungjawab menyediakan sumber manusia terlatih dan berpengetahuan, berperanan
membentuk identiti warga, menyemaikan perasaan kenegaraan dan membina perpaduan nasional di
kalangan warga. Pemahaman terhadap perkara yang saya sebutkan ini adalah penting kerana guru
perlu menyedari bahawa mereka adalah paksi kepada segala usaha dan harapan untuk mencapai
wawasan negara, wawasan 2020.Peranan dan juga tanggungjawab guru pendidikan moral dalam
merealisasikan aspirasi Negara adalah sangat penting. Hal ini kerana, sekolah merupakan institusi
formal pertama dimana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah
tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi memberi
sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.

Dalam usaha untuk mencapai kesepaduan

antara kaum dan semangat bersatu padu tanpa berbelah bahagi, pendidikan dilihat sebagai satu
wadah yang amat berkuasa untuk merealisasikannya. Oleh itu, peranan yang dimainkan guru
memberikan impak yang besar buat semua individu. Dari jawatan kecil hinggalah jawatan yang
hebat,semuanya adalah hasil didikan seorang guru. Seiring dengan perkembangan dunia tanpa
sempadan juga, peranan yang digalas guru juga semakin besar.

MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA BERDASARKAN ANJAKAN PERTAMA,


DAN KEEMPAT DALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

KETIGA

MALAYSIA

Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin
sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap
keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan
bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu
agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21.
Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan
kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik dinamik
proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan
Pembangunan Pendidikan. Pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk
menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga tahun 2025.
Bersandarkan inisiatif yang telah diperkenalkan bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara, pelan
pembangunan ini menggariskan perubahan besar yang kita hasratkan. Antara lain, perubahan yang
dimaksudkan merangkum aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah pemilihan guru, latihan
guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah, dan pendekatan pengoperasian

Kementerian. Pelan ini dengan jelas menggambarkan faktor penambahbaikan penting bagi setiap
langkah dalam perjalanan transformasi yang bakal dilalui. Sebagai guru pendidikan moral menjadi
satu tanggungjawab dalam merealisaikan aspirasi ini berdasarkan sebelas anjakan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Anjakan yang Pertama ialah Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan
Berkualiti Bertaraf Antarabangsa. Hakikatnya, hari ini, murid dikatakan telah berjaya menguasai
ilmu apabila mereka berupaya menganalisa maklumat, berfikir secara kritis, mengaplikasi ilmu secara
kreatif dan berkomunikasi dengan berkesan. Inilah ciri-ciri kemahiran berfikir aras tinggi yang telah
pun dimiliki oleh murid di negara-negara maju. Di samping itu, bagi memastikan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, para guru serta ibu bapa perlu
menitikberatkan betapa pentingnya supaya para pelajar mahupun anak anak mereka untuk
memanfaatkan dan menguasai kemahiran ICT. Hal ini kerana, kita ingin melahirkan para pelajar yang
bukan sahaja cerdik dan celik dari segi intelektual tetapi ingin melahirkan para pelajar yang serba
boleh dari semua aspek. Tugas guru Pendidikan Moral ialah menggunakan segala kemahiran yang
anda untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Akses internet yang dibekalkan di
sekolah-sekolah hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin untuk murid mengakses

perkara-

perkara yang boleh menjadi contoh yang baik kepada mereka yang boleh mereka aplikasikan dalam
kehidupan seharian. Bayak contoh-contoh yang boleh diambil daripada akses internet .
Sehubungan dengan itu juga, Kementerian telah melancarkan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada
tahun 2017. Kementerian juga akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk
memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal selagi sekolah boleh
menyampaikan hasil pembelajaran dan kandungan yang digariskan dalam kurikulum.
Sebagai guru pendidikan moral guru hendaklah membantu pihak kementerian pelajaran dalam
merealisasikan kurikulum baru ini. Banyak perubahan-perubahan yang dibuat melalui kurikulum baru
ini yang telah disesuaikan dengan peredaran zaman ini. Lebih banyak nilai-nilai yang diterapkan
melalui kurikulum baru ini. Guru hendaklah menggunakan sebaik mungkin kurikulum baru ini dalam
mata pelajarn Pendidikan Moral.
Selanjutnya, peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan akan dirombak untuk meningkatkan
tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu.
Sebagai contoh menjelang tahun 2016, peperiksaan UPSR akan mengandungi 80 peratus soalan
berbentuk pemikiran aras tinggi. Sebagai guru pendidikan moral, guru hendaklah menjalankan
pentaksiran secara formal atau tidak formal kepada murid-murid. Instrumen-instrumen pentaksiran
yang dijalankan hendaklan kearah KEBAT iaitu Kemahiran Beraras Tinggi dan menggalakkan murid

berfikir tentang nilai-nilai yang diterapkan di dalam Pendidikan Moral. Selepas setiap sesi pengajaran
dan pembelajaran, penerapan nilai-nilai adalah sangat penting.

Untuk menjamin akses pendidikan berkualiti dan bertaraf antarabangsa kepada semua murid,
kerajaan akan meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan
keperluan khusus. Murid Orang Asli dan kumpulan minoriti, serta murid kurang upaya fizikal dan
pembelajaran, akan menerima bantuan tambahan supaya mereka juga menikmati peluang yang sama
seperti murid lain.
Anjakan yang Ketiga dalam PPPM ialah Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan
Penghayatan Nilai. Diantara perincian dalam anjakan Ketiga ini ialah:
i.

Mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan memberi lebih fokus
kepada teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017.

ii.

Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan

murid

dalam 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform.


iii.

Mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara

interaksi

antara jenis sekolah.


Murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat, daripada kemusnahan
alam sekitar hinggalah kepada konflik bersenjata. Untuk berjaya mengharungi segala cabaran ini
murid bukan sahaja perlu memiliki kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti
integriti, belas kasihan, adil, dan altruisme yang dapat membimbing mereka dalam membuat
keputusan beretika. Pada masa yang sama, pembangunan warganegara yang global perlu diimbangi
dengan pembangunan identiti nasional.
Setiap murid meninggalkan alam persekolahan sebagai seorang warga global yang telah
dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh. Nilai yang telah dipelajari
akan diamalkan dalam kehidupan harian, yang seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik, seperti
peningkatan dalam aktiviti sukarela; penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan etnik;
menghindari perbuatan rasuah dan jenayah serta menunjukkan tingkah laku amanah dan berintegriti.
Selain itu, setiap murid yang tamat persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi diri dan keluarga
mereka, atau sebagai sebahagian daripada komuniti yang lebih besar, serta negara.
Oleh itu sebagai guru pendidikan moral adalah menjadi tugas guru berperanan menerapkan
nilai perpaduan dan kerjasama. Banyak nilai-nilai universal yang boleh menjadi alat perpaduan dan
kerjasama yang boleh didedahkan secara formal dan informal di sekolah. Selain daripada itu, guru

berperanan menerapkan nilai kebebasan, cintakan negara, keyakinan tinggi, tabah dan sanggup
menghadapi cabaran. Aktiviti persatuan, sukan dan permainan serta unit beruniform boleh
memperkukuhkan semangat gagasan ini. Pelibatan dalam aktiviti kokurikulum memberikan murid
peluang untuk membangunkan bakat dan minat mereka di luar persekitaran bilik darjah yang formal.
Aktiviti seperti ini juga menyediakan peluang yang baik untuk membangunkan kemahiran kepimpinan
murid. Oleh itu, setiap murid dijangkakan akan mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya
1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform. Kementerian juga akan mengkaji kemungkinan mewajibkan
pelibatan ini sebagai syarat tamat pengajian dan pemberian biasiswa di peringkat pengajian tinggi.
Bagi meningkatkan kualiti aktiviti yang ditawarkan di setiap sekolah, Kementerian akan memberi
latihan bersasaran kepada guru penasihat aktiviti. Kerjasama dengan lebih banyak organisasi
komuniti dan sektor swasta akan dijalin bagi melaksanakan program ini.
Dalam memwujudkan masyarakat atau murid yang bermoral dan beretika pula, guru
hendaklah berperanan menerapkan dan mengamalkan semua nilai murni dan agama serta menurut
peraturan dan undang-undang negara. Guru ada adalah model dalam penghayatan nilai. Arahan,
larangan, ingatan, nasihat, dan amalan tingkah laku di bilik darjah dan di sekolah perlu dikaitkan
denagn soal disiplin, ,oral dan etika. Pelaksanaan KSSR yang disemak semula dan KSSM
memerlukan setiap murid sekolah rendah dan menengah melibatkan diri dalam khidmat komuniti.
Bagi murid sekolah menengah, elemen khidmat komuniti akan dijadikan prasyarat untuk kelulusan
sekolah menengah. Kurikulum Pendidikan Agama Islam bagi murid Islam dan kurikulum Pendidikan
Moral bagi murid bukan Islam akan diperkukuhkan supaya akan merangkumi tumpuan yang lebih
kepada pemahaman tentang nilai-nilai perpaduan dan hubungan baik sesama insan.
Dalam mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebeas
mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama
meletakkan

kesetiaan

kepada

negara.

Oleh

itu

guru

berperanan

menerapkan

nilai

kesederhanaan,tolak ansur, kesetiaan, kerasionalan, dan saling memahami. Sambutan perayaan


semua agama elok diadakan di semua sekolah dengan nilai-nilai universal yang boleh dikongsi dan
difahami bersama.
Anjakan Keempat dalam PPPM pula ialah Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi
Profesion Pilihan. Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor
berasaskan sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. Kualiti sistem tidak
boleh melangkaui kualiti guru. Walaupun terdapat guru yang cemerlang dalam sistem pendidikan
Malaysia, kajian AKEPT 2011 mendapati bahawa hanya 50% pengajaran disampaikan dengan
berkesan. Hal ini bermakna penyampaian mata pelajaran tidak melibatkan murid secukupnya, dan
cara mengajarnya lebih pasif serta berbentuk syarahan. Mata pelajaran yang disampaikan lebih
berfokus kepada pemahaman kandungan yang tidak mendalam dan tidak memberi tumpuan kepada

kemahiran berfikir aras tinggi. Statistik ini juga menunjukkan cabaran besar yang akan dihadapi
kerana lebih kurang 60% guru pada hari ini akan terus mengajar bagi tempoh 20 tahun lagi.
Profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan dibuat hanya
dalam kalangan graduan 30% terbaik dalam negara. Guru pelatih akan menerima latihan yang sebaik
mungkin dari mula mereka mengikuti program latihan hingga mereka bersara. Mereka akan
memperoleh peluang pembangunan kerjaya yang menarik dalam beberapa laluan kerjaya yang jelas,
dengan kemajuan yang berasaskan prestasi dan kompetensi, dan bukan tempoh perkhidmatan.
Sistem pendidikan akan memperkukuhkan budaya teladan rakan setugas untuk meningkatkan
kecemerlangan profesional menerusi pementoran, pembangunan dan perkongsian amalan terbaik,
serta meningkatkan kebertanggungjawaban rakan setugas dalam memenuhi standard profesion.
Pada masa hadapan, hanya calon terbaik sahaja akan dipilih untuk mengikuti latihan
perguruan. Hal ini bermakna Kementerian akan meninggikan syarat kelayakan kemasukan ke
profesion keguruan bagi memastikan semua guru yang mengikuti setiap latihan perguruan memenuhi
syarat minimum kelayakan akademik. Kementerian akan memastikan standard yang sama digunakan
dalam program latihan perguruan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Bagi memenuhi
hasrat melahirkan guru berkualiti, Kementerian akan memastikan kualiti kurikulum dan pensyarah
ditingkatkan. Kementerian akan memperkenalkan keperluan kelulusan yang lebih ketat supaya hanya
pelatih yang terbaik akan lulus dan dijamin penempatan di sekolah awam.
Kementerian berhasrat untuk mengubah IPG kepada universiti latihan guru bertaraf dunia
menjelang 2020. Untuk tujuan tersebut, Kementerian akan menilai semula kurikulum latihan
praperkhidmatan semasa bagi memastikan guru cukup bersedia untuk mengajar kemahiran berfikir
aras tinggi yang diperlukan oleh murid di Malaysia. Hal ini dilakukan dengan menambah peratusan
masa praktikum kepada 40% untuk semua program. IPG juga akan menawarkan pelbagai program
(diploma, ijazah pertama dan ijazah lanjutan) untuk memenuhi keperluan calon dengan pelbagai
tahap pengalaman (lulusan baharu dan mereka yang bertukar kerjaya). Kriteria pengambilan
pensyarah baharu akan diketatkan dan kemahiran pensyarah sedia ada ditingkatkan.
Bagi guru pendidikan moral, pihak IPG bolehlah memberikan mereka latihan yang secukupnya
dengan menggalakkan guru-guru ini nanti dengan nilai-nilai universal yang ada. Bagi guru yang
mengambil mata pelajaran elektif pendidikan Moral sebagai pilihan, mereka hendaklah ditanamkan
dengan nilai-nilai kejujuran, kesabaran , hemah tinggi, intergiriti dalam mendidik murid-murid dan
melahirkan insan yang bermoral dan beretika .
Akhirnya dapatlah dirumuskan bahawa transformasi pendidikan melalui PPPM ini akan dapat
melahirkan insan yang seimbang yang bertepatan dengan falsafah pendidikan negara iaitu kearah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan untuk mewujudkan

insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan , berakhlak mulia,
bertanggungjawan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Maka dengan itu guru Pendidikan
Moral melalui mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan satu usaha untuk melahirkan warganegara
yang mempunyai sahsiah yang baik dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Transformasi Pendidikan
di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan satu usaha pihak
kementerian pelajaran untuk membentuk insan yang seimbang dan bersepadu dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani yang dapat membentuk rakyat Malaysia yang berkahlak mulia.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


Jadual Spesifiikasi Ujian ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan
iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks,
dan pemberatan taburan aras kesukaran.
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan iaitu
mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran
dan sikap seperti yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar
diuji dengan menggunakan soalan yang relevan mengikut sukatan pelajaran dan objektif
pengajaran.
Menurut Hale, (1980), penilaian terhadap item-item tersebut juga perlu dilakukan oleh
pakar mata pelajaran tertentu. Ini penting bagi memastikan kualiti item ujian dari segi
kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil.
Kubiszyn dan Borich (2003) pula berpendapat, JSU adalah carta dua hala yang
mengaitkan

objektif

pengajaran

dengan

kandungan

pengajaran.

Lajur

carta

tersebut

menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsepkonsep utama yang diajar dan ingin diukur.
Oleh itu pengubalan kertas ujian perlu mengikut pelbagai proses dengan terlebih dahulu
menyediakan JSU, diikuti dengan membuat ujian rintis dan mengemaskini setiap item ujian
tersebut sebelum item ujian itu ditadbir. JSU juga akan menjadi panduan kepada guru tentang
sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar.
Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU boleh menjadi panduan kepada guru supaya
item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir.

2.1

JADUAL SPESIKASI UJIAN


Bagi Kertas Ujian Pendidikan Moral Tahun 5

Kebersihan Fizikal dan


Mental

Harga Diri

2
1

Hemah Tinggi

Kasih Sayang

2
1

Jumlah

Kerajinan

Kesederhanaan

Penilaian

Sintesis

Analisis

Aplikasi

Jumlah

Kefahahaman

Penilaian

Pengetahuan

Sintesis

Analisis

Kepercayaan Kepada
Tuhan

ITEM SUBJEKTIF

Aplikasi

atau kandungan

Kefahahaman

Aras kemahiran isi

Pengetahuan

ITEM OBJEKTIF

3
1

1
1

2
1

Kejujuran
Baik Hati

Berterima Kasih
Kasih Sayang
Terhadap Keluarga
Hormat Dan taat
kepada Anggota
Keluarga
Jumlah

20

10

2.2.

Jadual di atas menunjukkan kertas soalan Pendidikan Moral terdiri daripada 25 soalan
objektif bagi tahun 5. Semua topik disenaraikan di sebelah kiri (paksi kandungan)
manakala aras kemahiran di paksi mendatar. Ia mengandungi aras koginitif dibahagikan
kepada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian

Orang beragama Kristian menjadikan ______________ sebagai amalan.


( ARAS PENGETAHUAN )

A Mendengar khutbah di gereja pada setiap hari Ahad.


B Sujud di hadapan kitab suci Granth Sahib
C Sujud di hadapan patung Buddha
D Membasuh kaki sebelum memasuki kuil

2. Mengapakah kita tidak boleh memperkecilkan amalan dan larangan penganut agama lain?
( ARAS ANALISIS)
A Supaya masyarakat hidup dalam keadaan aman dan makmur
B Supaya kita menjadi kaya
C Supaya kita boleh membanggakan diri
D Supaya kita akan menjadi terkenal

3.Membaca Amalan Mulia

Apakah kepentingan membaca ?

( ARAS SINTESIS )
A Membolehkan kita menghina orang yang susah.
B Menjadikan diri sombong dan tidak bergaul dengan orang lain.
C Menjadikan diri seseorang itu berilmu dan boleh membantu orang lain
D Menjadikan seseorang itu lemah menghadapi hidup

4. Manakah yang tidak benar ?


( ARAS APLIKASI )
A Memastikan gambar dalam bahan bacaan dapat memberikan faedah.
B Elakan diri daripada memilih bahan bacaan yang mempunyai unsur lucah dan ganas.
C Memastikan bahan bacaan yang dipilih sesuai dengan aktiviti yang akan dilaksanakan.
D Mencari bahan bacaan yang mempunyai gambar yang tidak senonoh.

5. Boniface mempertahankan diri daripada dituduh oleh rakannya dengan cara ______________ .
( ARAS PENILAIAN)
A mengemukakan bukti
B berbual kosong
C bertumbuk dengan rakan yang menuduhnya
D merayu kepada rakanya supaya jangan menyebarkan tuduhan tersebut

6. Rajin dan usaha tangga _________________ .


( ARAS KEFAHAMAN )
A ke syurga
B kejayaan
C kelemahan
D kebosanan

7. Pakaian yang sesuai dipakai ketika menghadiri majlis rasmi adalah ________________ .
( ARAS PENGETAHUAN )
A pakaian yang seksi
B seluar pendek dan tshirt
C baju tidur
D pakaian pejabat atau formal

8. Cara kita untuk menghargai anggota keluarga kita antaranya ialah_____________________ .


( ARAS APLIKASI )
A sentiasa membantu dan mendoakan kesejahteraan mereka
B sentiasa membuat masalah dengan mereka
C mendoakan mereka supaya hidup susah
D hanya bersama mereka ketika senang dan meninggalkan mereka ketika susah.

9. Raju pergi ke kuil untuk bersembahyang. Apakah agama Raju?


( ARAS APLIKASI )
A Islam
B Kristian
C Buddha
D Hindu

10. Yang berikut ialah akibat penyalahgunaan dadah, kecuali ___________________.


( ARAS APLIKASI )
A Ketagihan yang melampau
B Mendapat jangkitan HIV
C Mula melakukan jenayah
D Mendapat penghormatan dari masyarakat

Soalan 11 berdasarkan pernyataan di bawah


-Tidak makan daging lembu
-Berpuasa
-Mengikat pokok pisang semasa
majlis keagamaan

11. Pernyataan di atas merujuk kepada agama


( ARAS PENGETAHUAN )

A Islam

Kristian

B Hindu

Buddha

12. Mendengar khutbah di ________ pada hari Ahad adalah amalan agama tersebut.
( ARAS PENGETAHUAN )
A Masjid

Kuil

B Wat

Gereja

Soalan 13 berdasarkan gamabar di bawah

13. Berdasarkan gambar di atas, apakah peraturan yang patut kita patuhi?
i- Menutup aurat.
ii- Duduk dengan sopan.
iii- Membuang sampah merata-rata.
iv- Menganggalkan kasut.
( ARAS SINTESIS )

A i dan ii

i, iii dan iv

B i,ii dan iii

ii, iii dan iv

14. Apakah yang akan kamu lakukan jika ternampak seorang budak sedang mengganggu jemaah
lain beribadat?
( ARAS ANALISIS )

A Tidak mempedulikannya.
B Menegur budak tersebut.
C Menggelengkan kepala.
D Turut mengganggu jemaah lain.

15. Tempat beribadah ialah tempat untuk


( ARAS PENILAIAN )
A mengulang kaji pelajaran.
B beribadah.
C bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan.
D berbual-bual.

16. Kean Seng diajak oleh Ramu menghisap rokok. Apakah yang sepatutnya Kean Seng
memberitahu kepada rakannya?
( ARAS ANALISIS )
A Boleh, apa salahnya.
B Kamu pergilah ajak orang lain.
C Berapa banyak yang kamu beli?
D Saya tidak mahu. Rokok merbahayakan kesihatan.

17. Antara berikut, buku yang manakah sesuai untuk dijadikan bahan bacaan berguna?
( ARAS SINTESIS )
i- Fiksyen Sains.
ii- Dokumentari.
iii- Komik
iv- Majalah berkaitan dengan pelajaran.

A i dan ii

i, ii dan iv

B i,ii dan iii

ii, iii dan iv

Soalan 18 dan 19 berdasarkan gambar di bawah.

18. Berdasarkan gambar di atas, apakah yang sepatutnya diucapkan oleh murid tersebut?
( ARAS APLIKASI )
A Apakah yang mak cik beli?
B Biar saya tolong mak cik bawa barang-barang ini.
C Mak cik berjalan terlalu lambat.
D Mak cik dari mana?

19. Apakah amalan mulia yang ada dalam diri murid tersebut?
( ARAS KEFAHAMAN )
A Bersopan santun.
B Tolong menolong.
C Berdedikasi.
D Berkeyakinan tinggi.

20. Kepentingan bersifat berani kerana benar adalah seperti berikut, kecuali
( ARAS APLIKASI )
A mempertahankan diri dari tuduhan.
B mejaga maruah diri.
C supaya orang takut kepada kita.
D untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada orang lain.
A.

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. ( ARAS PENGETAHUAN )


membasuh kaki

Buddha

lembu

Bulan Ramadhan

mengejek

Hari Raya Aidiladha

sopan

Hari Raya Puasa

larangan

subuh

Amalan

penganut

agama

Hindu

sebelum

memasuki

kuil

ialah

___________________________. Persamaan ini adalah sama dengan amalan lain seperti


Islam dan _________________ supaya menganggalkan alas kaki untuk masuk ke tempat
ibadat mereka.

Perkara yang patut dielakkan terhadap agama lain selain dari agama yang kita anuti ialah
__________________ dan mengajuk amalan sesuatu amagam tersebut. Jika ingin bertanya
sesuatu, tanyalah dengan _____________________ untuk mendapat maklumat lanjut
berkenaan amalan dan ___________________ agama lain.

Orang Islam akan berpuasa selama sebulan pada __________________. Mereka bersahur
iaitu makan sebelum waktu __________________ dan akan berbuka puasa pada waktu
maghrib. Setelah sebulan berpuasa, mereka akan menyambut _______________________.
Selain perayaan tersebut, mereka turut merayakan ____________________________ yang
mana mereka akan melakukan ibadah korban dengan menyembelih haiwan seperti kambing,
______________ ataupun unta sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan.

B. JAWAB SEMUA SOALAN DI BAWAH

Bernandez melayan saudara mara yang datang ke rumahnya dengan ikhlas .

a) Berdasarkan petikan ayat di atas nyatakan tiga contoh amalan Bernandez melayan
saudara mara dengan ikhlas.
( ARAS ANALISIS )

I ___________________________________________________________________

II ___________________________________________________________________

III ___________________________________________________________________

b) Nyatakan tiga kesan kepada saudara mara Bernandez setelah dilayan dengan ikhlas oleh
Bernandez sekeluarga.
(ARAS SINTESIS)

I ___________________________________________________________________

II ___________________________________________________________________

III ___________________________________________________________________

C.

Membantu keluarga, kawan mahupun jiran kita merupakan amalan yang mulia.
Apakah perkara yang telah anda lakukan untuk membantu keluarga, kawan dan
jiran

kamu? Tuliskan pengalaman kamu dalam petak kosong. (APLIKASI)

Keluarga

Kawan

Jiran

Lain-lain

D.

Berdasarkan kepada petikan, adakah Cikgu Bedah menunjukkan sifat kasih


sayang? Tandakan ( X )

1.

Cikgu
Cikgu
Bedah
Bedah
seorang
seorang
yang
yang
penyayang
penyayang

Cikgu Bedah bukan seorang yang penyayang

2.

Jika kamu adalah Cikgu Bedah, apakah yang akan kamu lakukan jika seekor
kucing masuk ke kelas?
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................

3.

Tandakan ( ) pada perkara yang menunjukkan sifat kasih sayang dan


tandakan ( X ) pada perkara yang tidak menunjukkan sifat tersebut.
Situasi
a. Saya menuangkan segelas air untuk ayah yang
sedang menonton telenisyen
b. Sya membelkan adik sebuah anak patung yang
comel
c. Saya meminta kakak menyiapkan kerja sekolah
saya.
d. Kaki nenek sakit selepas berjalan jauh. Saya
menolong mengurutkan kaki nenek.

E.

Nyatakan tindakan yang boleh dilakukan oleh mereka ?

Perasaan Kamu

Situasi

Tindakan

Min Ho

Bilik saya tidak teratur dan


kotor

Suhaila

Bilik saya tidak teratur dan


kotor

Shanker

Bilik saya tidak teratur dan


kotor

BAHAGIAN B

NAMA

YUSRI BIN MOHAMED SHARIP

NO MATRIK

PPG201119236149

ANGKA GILIRAN

PPG 2011192360149

Huraikan permasalahan yang dihadapi

dalam membuat pentaksiran penilaian

Pendidikan Moral sama ada secara formal atau tidak formal.


3.

ISU DALAM PENTAKSIARAN PENDIDIKAN MORAL

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan


murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berterusan. Ia hendaklah dilaksanakan
secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. Secara
keseluruhannya pentaksiran bertujun untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid
bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentkasiran
membolehkan guru mengambi ltindakan susulan berkesan dan seterusnya membantu guru
mengembnagkan potensi muridketahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan
psikomotor.P & P dalam aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan pemerhatiannya
bahawa setiap insan mempunyai kapasiti untuk berfikir. Menurut Polson & Jeffries (1985),
mereka telah mengatakan pemikiran berkaitan secara langsung dengan kemahiran
penyelesaian masalah.Manakala menurut Ennis (1985, 1991) berpendapat pemikiran
merupakan beberapa siri proses pemikiran secara logik. Selain itu,Galotti (1989)
menyatakan terdapat dua jenis membuatkeputusan kesan dari pemikiran, iaitu formal
reasoning dan everyday reasoning.
Pentaksiran tradisional dikatakan gagal kerana tidak mengambil kira pencapaia
pelajar secara holistilk dan bagaimana pelajar berjaya bekerja dalam kumpulan. Terdapat
pelajar yang mendapat cemerlang dalam bidang akademik semasa belajar tetapi tidak
cemerlang ketika berkerjaya dana lebih malang lagi telah menimbulkan masalah dalam
pekerjaan khususnya berkaitan dengan moral seperti malas bekerja, tidak amanah, kurang
bekerjasama, dan terlalu mementingkan diri sendiri.
Pentaksiran dalam Pendidikan Moral lebih kepada keupayaan mengesan tahap
penguasaan ilmu pengetahuan dan kurang berupaya mengesan penghayatan dan amalan
nilai moral yang sebenarnya lebih hakiki untuk dinilai. Masyarakat tidak memerlukan orang
yang bercakap baik-baik tetapi tidak mampu melaksanakan amalan yang baik. Pentaksiran
seolah-olah bersifat hukuman.yang mendapat markah rendah dalam moral dianggap
sebagai kurang bermoral.

Pentaksiaran Moral di sekolah memerlukan guru-guru yang terlatih. Pentaksiaran


Berasaskan Sekolah (PBS) menuntut bahawa semua bentuk pentaksiran yang bersifat
autentik dan alternative seperti kerja kursus, projek, pemglibatan dalam kokurikulum, dan
sahsiah perlu ditadbir dengan bijaksana. Pentaksiran secara formal sangat perlu dalam
Pendidikan Moral. Walau bagaimanapun pelaksanaanya sangat rumit dan memerlukan
masa yang panjang.
Pembelajaran Pendidikan Moral dianggap rendah statusnya berbanding dengan
subjek yang menjadi prasyarat untuk melanjutkan pelajaran dan memasuki bidang
pekerjaan. Situasi ini menjadikan Pendidikan Moral diangap mudah dan kurang penting.
Tujuan Pentaksiran
Memantau perkembangan murid
Melaksanakan penilaian dan memperhalusi kurikulum.
Menyediakan maklum balas untuk melaporkan penguasaan seseorang murid.
Memotivasi murid.
Menentukan tahap pencapaian.
Mengadaptasi strategi pengajaran mengikut kebolehan dan kebolehan pelajar
3.1.

MASALAH PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL SECARA


FORMAL DAN TIDAK FORMAL.

Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah harus diuji atau dinilai sama ada dalam bentuk
formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan domain afektif
iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai, dan emosi maka penilaian terhadapnya
perlu dilakukan secara formal dan tidak formal.
3.1.1. Penilaian formal
Penilaian Formal merangkumi penilaian formatif dan sumatif.

Penilaian formatif

melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur perkembangan pembelajaran setelah pelajar


selesai mengikuti satu unit pelajaran yang kecil.

Keputusan yang diperolehi digunakan

untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk menetapkan gred atau kedudukan dalam
bilik darjah.

Program pengayaan akan diadakan untuk murid-murid yang mendapat

pencapaian yang cemerlang, manakala program pemulihan akan diadakan untuk muridmurid yang tidak dapat menguasai pembelajaran tersebut. Penilaian sumatif ialah penilaian
yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya adalah untuk menentukan gred atau
taraf sijil.

Skop ujian sumatif

adalah luas dan ia lazimnya mengukur satu contoh semua

tugasan pembelajaran yang ditetapkan dalam pengajaran.

3.1.2. Penilaian Tidak Formal


Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh
mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap.

Pelaporan penghayatan ini hendaklah

membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Ia tidak seharusnya memberi gambaran


gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan pelajar.
Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu :
i.

Pemerhatian

ii.

Senarai semak dan skala pemeringkatan

iii.

Rekod Anekdot

iv.

Hasil kerja pelajar

v.

Temu bual

i)

Pemerhatian
Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di

dalam dan di luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan
pelajar boleh direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai
tingkah laku murid-murid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah ditentukan.
ii)

Senarai semak
Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga

Tahun enam telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar
berasaskan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin tinggi
markah senarai semak,

semakin banyak tingkah laku positif yang

dijangkakan telah

ditonjolkan oleh murid-murid.


iii)

Skala Pemeringkatan
Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan

satu skala. Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya
setakat `Ya atau `Tidak tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat
amalan dan penghayatan nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar dengan
pelajar yang lain. Semasa menggunakan teknik penilaian tidak formal, guru perlu
memastikan dia tidak dipengaruhi oleh kesan halo. Kesan halo boleh berbentuk positif atau

negatif. Kesan halo merujuk kepada keadaan di mana sesuatu ciri samada positif atau
negatif yang menonjol memberi kesan terhadap penilaian pelajar tersebut. Pengaruh kesan
halo akan memberi penilaian yang tidak adil kepada murid-murid yang baik dalam amalan
nilai moral yang lain tetapi lemah dalam sesuatu nilai yang menonjol.
iv)

Rekod Anekdot
Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam

sesuatu

tempoh tertentu. Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku
pelajar dengan tepat dan teliti. Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar seharusnya
merangkumi seberapa ramai pelajar yang mungkin.
Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan
objektif. Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang
diperhatikan.
v)

Hasil Kerja Pelajar


Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan

oleh murid-murid dalam dan di luar bilik darjah. Guru boleh menilai hasil murid-murid
berasaskan isi kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja. Aspekaspek yang boleh
dinilai termasuk sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam menghasilkan
kerja.
vi)

Temu bual
Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid. Murid-murid

diberikan peluang menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap


mereka. Semasa menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat
mewujudkan pelbagai situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis dan
membuat pertimbangan moral.
Walau bagaimanapun pelaksanaan pentaksiran Pendidikan Moral sering menghadapi
masalah. Antaranya ialah:
i

Masalah Pentaksiran Moral Susah Dinilai Secara Afektik.


Pentaksiran Pendidikan Moral sewajarnya dilakukan secara afektif tetatapi
pentaksiaran secara begini sukar dilaksanakan. Anatara masalahnya adalah
faktor amalan, iaitu moral adalah penghayatan dan amalan yang berterusan dan

menyeluruh. Aspek yang diajar di sekolah adalah terhad dan terpisah mengikut
kandungan tertentu. Pentaksiran tidak dapat dilakukan selepas waktu pengajaran
apatah lagi ketika pelajar di rumah atau di luar sekolah. Bagaimana guru hendak
menilai sikap dan tabiat pelajar selepas satu waktu pengajaran? Contohnya
seperti situasi di bawah ini.
Situasi 1: Cikgu Ahmad mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4.
Tajuk yang disampaikannya pada hari itu ialah nilai kebersihan. Murid-murid
didapati menyimpan kuku yang pendek dan bersih pada hari yang kedua.
Bolehkah kita menganggap guru tersebut berjaya kerana pelajar-pelajar telah
memotong dan membersihkan kuku mereka? Adakah nilai baik yang ditunjukkan
di sekolah sama dengan nilai yang ditunjukkan di rumah? Apakah nilai
kebersihan yang diamalkan di sekolah, dikuatkuasakan oleh peraturan dan
disiplin sekolah, juga diamalkan oleh pelajar ketika berada di rumah atau di luar
rumah ? Tidak semua tingkah laku itu dapat diperhatikan. Apa yang dapat
diperhatikan juga tidak semestinya memberi gambaran tepat tentang sahsiah
mereka. Sukar menilai sama ada pelajar benar-benar mengamalkan apa yang
mereka cakap atau tulis. Sukar dinilai apa yang telah diajar sama ada telah
dihayati atau tidak.
Situasi 2.: Mengapa seluruh kawasan sekolah bersih daraipada sampah sarap
sedangkan di luar pagar dan jalan berhampiran dengan sekolah terdapat banyak
sampah yang dibuang oleh pelajar sekolah yang sama.
Situasi 3.: Keseluruhan pelajar lelaki dan perempuan berpakaian sopan
(pakaian seragam sekolah) ketika di sekolah tetapi apabila mereka balik dan
berada di luar sekolah, ramai yang berpakaian kurang sopan dan menjolok mata.

ii

Proses penilaian memerlukan masa yang panjang


Pentaksiran pendidikan moral biasanya dilakukan secara kognitif, iaitu melalui
penilaian formal seperti mengadakan ujian aneka pilihan, jawapan pendek,
melengkapkan cerita dan memadan gambar dan kenyataan. Pentaksiran juga
dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak, skala pemeringkatan
serta rekod peristiwa (rekod anekdot) dan memyemak hasil hasil kerja juga perlu
dilakukan supaya pentaksiran moral menjadi lebih objektif dan dipercayai.
Walau bagaimanapun, apakah guru Pendidikan Moral mampu melakukan (PBS)
yang banyak masalah dari segi proses melaksanakan pentaksiran dan
pengurusan.

iii

Masalah Penilaian pendidikan moral Yang Subjektif


Terdapat alat yang digunakan dalam pentaksiran khususnya pentaksiran tidak
formal banyak diengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji. Pentaksiran jenis
ini tidak tepat dan diragui. Maklum balas dan keputusan daripada pentaksiran
terhadap diri pelajar itu sendiri kurang tepat termasuk juga faktor guru yang
menilai. Guruyang berlainan juga akan memberi penilaian yang berlainan. Guru
tidak boleh terlalu mengharap keputusan pentaksiran moral pelajar adalah tepat.

iv

Masalah Guru Pendidikan Moral Yang Selalu Bertukar


Pihak sekolah dan masyarakat umumnya menganggap Pendidikan Moral kurang
penting. Guru pendidikan moral yang khusus sebenarnya masih kurang. Di
sekolah, lazimnya guru Pendidikan Moral tidak mendapat latihan yang khusus.
Semua guru yang kurang waktu mengajar dalam bidang tertentu akan
dikehendaki mengajar Pendidikan Moral. Proses pentaksiran Pendidikan Moral
memerlukan masa yang panjang dan pengamatan yang lebih, kerana
pentaksiran moral yang sepatutnya banyak dilakukan secara tidak formal kerena
apa yang hendak dilihat adalah aspek penghayatan nilai. Pentaksiran pendidikan
morah kurang nermakna kerana guru sentiasa bertukar.

BAHAGIAN B
NAMA

ROSLAN BIN SURAJI

NO MATRIK

PPG201119236146

ANGKA GILIRAN

PPG 2011192360146

3.2

MASALAH PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL SECARA


FORMAL DAN TIDAK FORMAL.

Pentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data
kuantitatif dan kualitatif. Membuat pentaksiran tentang pencapaian pelajar adalah
untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa dan
selepas pengajaran
.

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan


pencapaian murid di dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran yang
hendak

dinilai,

maklumat

merancang,

pentaksiran,

dan

melapor

membina

dan

instrument

membuat

tindakan

pentaksiran, menganalisis
susulan.

Melalui

aktiviti

pentaksiran, guru akan dapat memastikan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah pendidikan
Kebangsaan
Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di jalankan setiap guru di sekolah
diwajibkan untuk menjalankan proses pentaksiran dengan cara yang tepat dan betul.
Sebelum kita melihat tentang permasalahan dalam membuat pentaksiran dengan lebih
terperinci marilah kita membuat sedikit kajian tentang definisi Pentaksiran. Pentaksiran
adalah salah satu proses yang dijalankan oleh seseorang guru untuk mengumpul maklumat
tentang perkembangan murid supaya mereka dapat membuat penilaian terhadap muridmurid. Perkataan pentaksiran berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud

duduk

bersama dengan pelajar .


Selain daripada itu, Pentaksiran juga proses yang berterusan dan dianggap sebagai
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pentaksiran yang
dijalankan oleh guru harus berdasarkan kebolehan dan standard murid- burid. Segala
maklumat yang diterima oleh guru daripada hasil pentaksiran akan membantu mereka untuk
memperbaiki kelemahan dan meningkatkan pencapaian murid. Selain itu, dalam proses
Pentaksiran Pengumpulan bukti dan pencapaian murid dalam satu masa tempoh
memainkan peranan yang sangat penting untuk mentaksir pembelajaran dan pemahaman
murid dalam sesuatu pengajaran. Bukti dan data yang dikumpul oleh guru boleh diambil
dalam bentuk dialog, journal, lembaran kerja, portfolio, dan beberapa ujian seperti ujian
diagnostik.
Tambahan lagi, Pentaksiran dalam pendidikan Khas membantu untuk
memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasan murid dalam pelbagai
kemahiran seperti membaca, menulis, mengira, dan sebagainya. Ia juga akan mendorong
untuk mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervesi, strategi
pengajaran dan penempatan yang sesuai berdasarkan tahap murid. Pelbagai

definisi

pentaksiran telah dikemukakan oleh beberapa Pakar- pakar yang terkenal.


Pertamanya, Salvia dan Yseldyke, 1978 mengatakan bahawa pentaksiran ialah
satu proses pengumpulan data dengan motif untuk mengenal pasti dan mengesan masalah
pelajar serta untuk mengambil sesuatu keputusan.

Selain daripada itu, Gearheart 1990 pula berkongsi pendapat beliau bahawa
Pentaksiran adalah satu proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang
sesuatu isu atau maklumat yang luas berdasarkan intervensi.
Seterusnya, David Lambert dan David Lines, 2000 menyatakan bahawa Pentaksiran
dalam bidang pendidikan ialah satu proses berterusan dan guru menjalankan proses ini
untuk mengumpul, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai tindak
balas murid terhadap tugas yang diberikan.
Menurut

Lembaga

Peperiksaan

Malaysia

pentaksiran

ialah

satu

proses

pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod , memberi skor


dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan
tertentu. Terdapat beberapa tujuan penting yang mendorong untuk melaksanakan proses
Pentaksiran dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Objektif pertama ialah untuk
mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran .
Seterusnya, Proses ini dijalankan untuk menentukan kemahiran

dan penguasaan yang

sedia ada dalam kalangan murid sebelum sesi pengajaran. Selain itu, objektif ketiga ialah
untuk memilih calon- calon untuk memasuki sesuatu kursus atau jurusan. Tambahan lagi,
Guru melaksanakan Proses Pentaksiran ini untuk mendapatkan maklumat tentang murid
secara berterusan dan mereka akan menjadi sebagai alat motivasi bagi murid serta
memperbaiki kelemahan murid dalam pembelajaran.
Selain daripada tujuan seperti di atas, Terdapat juga beberapa permasalahan yang
harus difahami oleh seseorang guru untuk menjalankan pentaksiran yang baik.. Ciri- ciri
tersebut ialah

keobjektifan yang membawa maksud ketepatan seseorang pemeriksa

memeriksa skrip jawatan. Kebolehtadbiran)di mana kelicinan dan kerja- kerja susulan yang
dilaksanakan oleh guru harus berpusat atau berasaskan sekolah. Ciri lain ialah
kebolehtafsiran iaitu guru mempunyai kemahiran mengumpul data atau maklumat calon
berdasarkan skor, mendiskrimininasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian
dan pentaksiran. Ciri yang terakhir ialah Kekomprehensifan yang bermaksud guru harus
memastikan soalan- soalan ujian diagonastik harus mewakili semua objektif yang penting .
Terdapat dua jenis pentaksiran yang boleh digunakan oleh guru- guru sekolah
semasa mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral. Jenis Pentaksiran tersebut ialah
Pentaksiran Formal dan Pentaksiran tidak Formal. Pentaksiran Formal

biasanya

melakukan secara formal atau rasmi yang melibatkan prosedur, peraturan dan tatacara
yang ditetapkan oleh pihak- pihak tertentu. Segala prosedur dan tatacara

yang telah

ditetapkan harus memahami dan dipatuhi oleh semua murid. Kadangkala guru bermasalah
dalam menilai murid mengikut tatacara pentaksiran formal ini.

Pentaksiran Formal terdiri daripada penilaian Formatif dan penilaian Sumatif.


Menurut, Ee Ah Meng ( 1998) beliau berkongsi pendapat bahawa Penilaian Formatif ialah
satu proses penilaian yang melibatkan ujian untuk mengukur kemajuan murid selepas murid
telah mencapai hasil pembelajaran tentang sesuatu unit atau bab. Penilaian Formatif akan
menjalankan secara berterusan . Data- data tentang pencapaian murid akan menunjukkan
tentang sejauh manakah seseorang murid telah menguasai hasil pembelajaran. Setelah
guru mendapat tahu tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi

seseorang murid,

mereka akan mula untuk mengambil tindakan susulan yang sewajarnya supaya dapat
meningkatkan potensi murid. Dalam penilaian Formatif pemberian gred tidak diperlukan.
Pada masa yang sama, guru juga harus mengingat bahawa, keputusan penilaian daripada
penilaian Formatif tidak digunakan untuk pemeringkatan atau perbandingan antara satu
individu dengan individu yang lain.Motif utama dalam penilaian Formatif adalah untuk
mengesan kejayaan dan kegagalan.
Selain daripada penilaian formatif seperti menjelaskan di atas, Penilaian Sumatif juga
merupakan salah satu penilaian yang terkandung dalam Pentaksiran Formal. Menurut Ee Ah
Meng Penilaian Sumatif ialah satu penilaian yang dilaksanakan pada akhir sesuatu kursus.
Di mana guru akan guru akan menilai murid pada akhir tahun atau pada akhir semester.
Penilaian Sumatif memberikan nilai yang membezakan pencapaian seseorang murid dan
murid lain serta mendorong untuk melakukan pemilihan .
Seringkali juga guru gagal menilai kebolehan murid-muridnya. Guru menilai secara
sambalewa sahaja dengan tidak memeberikan tumpuan dalam membuat

pelaporan

pencapaian, dignostik, penempatan, pemilihan, maklum balas serta pensijilan. Jadual


Spesikasi Ujian (JSU) juga menjadi masalah yang membebankan. Guru perlu kreatif untuk
melaksanakan

tanggungjawabnya

kepada

pelanggannya

selari

dengan

Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia.


Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid
mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya
kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang
efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan
seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di
peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif, pemikiran afektif, perasaan dan
tingkah laku moral.
Oleh,
ROSLAN BIN SURAJI

4.

KESIMPULAN / RUMUSAN

Pentaksiaran dalam Pendidikan Moral perlu dilakukan secara formal dan tidak formal
supaya skor yang pelajar perolehi boleh dipercayai. Perkara yang ditaksir dalam Pendidikan
Moral melibatkan penguasaan ilmu dan juga penghayatan nilai. Memang terdapat
kelemahan dalam pentaksiran Pendidikan Moral tetapi sebagai seorang guru, masalah
tersebut perlu diatasi sebaik mungkin. Guru sebolehnya jalankan satu kajian tindakan yand
dapat mencari satu jalan penyelesaikan kepada masalah ini.
Pendidikan Moral jangan dipinggirkan kerana kesannya memberi padah kepada
pembangunan insan dan masyarakat. Melalui pendidikan moral akan dapat melahirkan
insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Guru Pendidikan Moral perlulah diberikan latihan yang secukupnya supaya proses
dan keputusan daripada pentaksiran boleh dipercayai da menyakinkan semua pihak. Melalui
latihan yang secukupnya juga akan dapat menyediakan guru yang bersedia menghadapi
cabaran dalam mendidik murid-murid yang semakin mencabar pada zaman ini. Murid hari
ini mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat. Justeru itu guru Pendidikan Moral
harus mempunyai ilmu dan latihan yang cukup dalam membentuk murid ini nanti agar
menjadi seorang insan yang mempunyai seimbang dan melahirkan rakyat yang berilmu
pengetahuan luas dan berakhlak mulia.

REFLEKSI KENDIRI

NAMA
:
NO KP
NO MATRIK
ANGKA GILIRAN

YUSRI BIN MOHAMED SHARIP


:
700208106267
:
PPG 201119236149
:
PPG 2011192360149

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya saya
dapatmenyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas
seharian.Pada mulanya, apabila saya menerima tugasan bagi subjek ELM 3033 Pentaksiran
dan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah, saya agak keliru dan merasa
satu cabaran yang akan saya tempuhi dalam menyiapkan tugasan ini. Tugasan pada kali ini
tebahagai kepada dua bahagian. Bahagian A ialah tugasan secara kumpulan yang
merangkumi pemahaman guru tentang peranan Guru Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi
Negara Melalui Pelan Pembanunan Pendidikan Malaysia dan satu lagi ialah pembinaan
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Manakala bahagian B pula ialah tugasan individu dimana
saya diminta mengulas tentang permasalahan dalam mmembuat pentaksiran pendidikan
moral di sekolah.
Dalam melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Pendidikan Moral ini, saya telah
menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai guru Pendidikan
Moral.. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya
mula lebih mengenali serta memahami tentang Pentaksiran dan Pengurusan Mata pelajaran
Pendidikan Moral Di Sekolah. Selama ini saya agak kurang mendapat pendedahan yang
jelas tentang pengurusan mata pelajaran pendidikan moral ini. Saya juga merasakan
kepentingan Pendidikan Moral ini terhadap diri saya kerana sebagai guru, kelak semua ilmu
ini perlu diterjemahkan untuk melaksanakan tugas harian sebagai guru yang begitu
mencabar pada masa sekarang.Selain itu, sebagai guru yang mengajar di sekolah rendah
pasti akan menghadapi pelbagai situasi dan masalah di dalam saya menjalankan
Pengajaran dan Pembelajaran dan seterusnya menjalankan satu pentkasiran samada
secara formal atau tidak formal.
Ilmu baharu yang saya dapat melalui kerja kursus ialah tentang peranan guru
Pendikan Moral dalam merealisasikan aspirasai negara melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia. Sesungguhnya guru pendidikan moral mempunyai peranan dalam
merealisasikan aspirasi ini iaitu melalui teras pemupukan nilai yang diajarkan dalam
pendidikan moral. Perkara ini ada dinyatakan dalam anjakan ketiga PPPM iaitu Melahirkan
Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai. Perkara ini dapat dilakukan melalui Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral dimana guru hendaklah mengfokuskan teras pemupukan nilai
dalam mata pelajaran ini.

Kita tahu murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat,
daripada kemusnahan alam sekitar, masalah sahsiah diri individu hinggalah kepada konflik
bersenjata. Untuk berjaya mengharungi segala cabaran ini murid bukan sahaja perlu
memiliki kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan,
adil, dan altruisme yang dapat membimbing mereka dalam membuat keputusan beretika.
Pada masa yang sama, pembangunan warganegara yang global perlu diimbangi dengan
pembangunan identiti nasional.Setiap murid akan meninggalkan alam persekolahan sebagai
seorang warga global yang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti
nasional yang utuh. Nilai yang telah dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan harian, yang
seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik, seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela;
penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan etnik; menghindari perbuatan rasuah dan
jenayah serta menunjukkan tingkah laku amanah dan berintegriti. Selain itu, setiap murid
yang tamat persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi diri dan keluarga mereka, atau
sebagai sebahagian daripada komuniti yang lebih besar, serta negara.
Oleh itu

sebagai guru pendidikan moral adalah menjadi tugas guru berperanan

menerapkan nilai perpaduan dan kerjasama. Banyak nilai-nilai universal yang boleh menjadi
alat perpaduan dan kerjasama yang boleh didedahkan secara formal dan informal di
sekolah. Selain daripada itu, guru berperanan menerapkan nilai kebebasan, cintakan
negara, keyakinan tinggi, tabah dan sanggup menghadapi cabaran.
Melalui kerja kursus ini juga saya mendapat pengalaman baharu tentang pengurusan
pentaksiran pendidikan moral di sekolah. Saya telah didedahkan bagaimana untuk
mentadbirkan pentaksiran di sekolah dan kepentingan pentaksiran di sekolah khususnya
damalam mata pelajaran pendidikan moral. Perkara utama yang saya belajar ialah tentang
pembinaan jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Saya belajar bahawa JSU ini amat mustahak
dalam mentadbir sebuah ujian agar sesebuah ujian itu mempunyai kesahannya. Melalui
JSU kita dapat menyediakan soalan-soalan mengikut aras-aras yang ada yang mana dapat
menguji semua murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan. Dari segi pembinaan item
ujian pula, JSU boleh menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina
merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir
Selain daripada itu saya juga mendapat satu pengetahuan baru tentang
permasalahan semasa menjalankan pentaksiran pendidikan moral di sekolah. Dengan
adanya pendedahan awal tentang permasalahan ini, maka saya dapatlah bersedia lebih
awal untuk menghadapai cabaran ini dan seterusnya melakukan satu tindakan untuk
mengatasi masalah ini. Disini saya belajar bagaimana
tindakan dalam menyelesaikan masalah ini.

hendak melakukan satu kajian

Maka, melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang saya telah perolehi,
dengan izin Allah SWT, saya akan praktikkan sebaik mungkin. Di samping itu, dalam proses
menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan
telah membenihkan semangat setiakawan dan mengeratkan hubungan antara satu dengan
lain.
Akhirnya sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang membantu secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan tugasan ini.
Secara kesimpulannya, seseorang pendidik hendaklah mempunyai ilmu penegetahuan
memahami kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk diterapkan dalam sesi
pengajaran agar dapat membentuk murid-murid yang aktif dan seimbang dari segi JERIS
seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

REFLEKSI KENDIRI
NAMA
:
NO KP
NO MATRIK
ANGKA GILIRAN

ROSLAN BIN SURAJI


:
681222A05139
:
PPG 201119236146
:
PPG 2011192360146

. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Menyiapkan

tugasan

bahagian

A:

Merealisasikan Aspirasi Negara berdasarkan anjakan pertama, ketiga dan keempat dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan menghubung kaitkan dengan moral
adalah satu tajuk yang mencabar. Sebagai guru pendidikan moral menjadi satu
tanggungjawab dalam merealisaikan aspirasi ini berdasarkan sebelas anjakan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Sebagai guru pendidikan moral, kita hendaklah membantu pihak kementerian
pelajaran dalam merealisasikan kurikulum baru ini. Banyak perubahan-perubahan yang
dibuat melalui kurikulum baru ini yang telah disesuaikan dengan peredaran zaman ini. Lebih
banyak nilai-nilai yang diterapkan melalui kurikulum baru ini.

Motto Guru Berkualiti Aspirasi Negaramempunyai pengertian yang amat meluas.


Guru yang berkualiti ialah guru yang dapat menunaikan tanggungjawab menyediakan
sumber manusia terlatih dan berpengetahuan, berperanan membentuk identiti warga,
menyemaikan perasaan kenegaraan dan membina perpaduan nasional di kalangan warga.
Transformasi Pendidikan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) merupakan satu usaha pihak kementerian pelajaran untuk membentuk insan yang
seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang dapat
membentuk rakyat Malaysia yang berkahlak mulia. Melalui PPPM ini akan dapat melahirkan
insan yang seimbang yang bertepatan dengan falsafah pendidikan negara iaitu kearah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani.
Melalui tugasan bahagian B: Jadual Spesifekasi Ujian ini juga, saya dapat
memahami dengan lebih lagi mengenai kepentingan menyediakan JSU sebagai garis
panduan dalam merancang soalan. Saya juga lebih jelas mengenai hubung kait antara JSU
dengan perancangan membina soalan. Sebelum ini, saya tidak jelas mengenai kepentingan
menyediakan JSU namun setelah melakukan tugasan ini, saya lebih faham dan dapat
menyediakan JSU berserta item soalan. Pengetahuan baru ini akan memudahkan saya
untuk menyediakan set soalan kepada murid pada masa akan datang.
Melalui tugasan bahagian C :Permasalahan yang dihadapi

dalam membuat

pentaksiran penilaian pendidikan moral sama ada secara formal atau tidak formal. Secara
keseluruhannya, Saya membuat kesimpulan pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti
kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan
mereka. Hasil pentkasiran membolehkan guru mengambi ltindakan susulan berkesan dan
seterusnya membantu guru mengembnagkan potensi muridketahap optimum dalam domain
kognitif, afektif dan psikomotor. P & P dalam aspek kognitif. Pentaksiran dalam Pendidikan
Moral lebih kepada keupayaan mengesan tahap penguasaan ilmu pengetahuan dan kurang
berupaya mengesan penghayatan dan amalan nilai moral yang sebenarnya lebih hakiki
untuk dinilai.
Benarlah kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Tanpa usaha keras dan kesabaran, sudah tentu tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan
jayanya mengikut tempoh yang diberi. Diharapkan tugasan ini dapat mencapai standart
yang diinginkan oleh pensyarah.
Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman MD. Aroff.& Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya:
Longman Malaysia Sdn.Bhd.
Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Abdullah Zhidi et al.(2014). Pedagogi Dan Pentaksiran

Moral. Puchong: Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.


Abdullah Zhidi et al.(2014). Pengantar Pendidikan Moral. Puchong: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Benjamin S. Bloom. (1989). Objektif Pendidikan. Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ee Ah Meng (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
Lee Shok Mee & Mok Soon Sang. (1989). Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohd Najib Ghafar. (1997). Pembinaan Dan Analisis Ujian Bilik Darjah. Johor : Universiti
Teknologi Malaysia Skudai.
Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Ramina Haji Sabran. (1991). Penilaian Dan Pengujian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Tan Yeow Kwai. (2005). Pendidikan Moral Konsep & Pedagogi Untuk Pelajar KPLI LPBS &
PISMP. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Matlamat kurikulum Pendidikan Moral KBSM semakan semula adalah untuk


membentuk insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah
keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2000a). Ia memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan
moral murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang
terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu
murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang
bermoral. Ini membolehkan mereka bertanggungjawab moral dan sosial atas segala
keputusan dan tindakan yang dilakukan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000a).
Kurikulum Pendidikan Moral KBSM semakan semula lebih menyediakan pelajar untuk
menghadapi pelbagai isu moral yang universal. Objektif-objektifnya adalah untuk
membolehkan murid:
1. Memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia
2. Menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dan alam
sekitar serta berusaha ke arah mengekalkannya
3. Meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan
keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik 4. Mengembangkan pemikiran
yang matang berasaskan nilai moral dan rohani dalam membuat keputusan bermoral dan

menyelesaikan masalah, dan 5. Mempunyai iltizam untuk mengamalkan perlakuan yang


bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000a, hlm. 3) Selain itu, matlamat kurikulum
Pendidikan Moral, KBSM semakan semula telah diselaraskan dengan rangka konsepsi
kurikulum yang berfokus kepada melahirkan Model Insan Menyeluruh dalam ketiga-tiga
dimensi moral, iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Walaupun
ketiga-tiga dimensi ini telah dinyatakan dalam kurikulum Pendidikan Moral 1988 tetapi
kurikulum Pendidikan Moral KBSM semakan semula ini telah menyatakannya dengan lebih
jelas berserta grafik Model Insan Menyeluruh (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000a,
hlm. 2). Untuk memberi gambaran yang lebih jelas, perbincangan seterusnya adalah
berkaitan dengan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan Empat semakan
semula.

1.
2.

3.

4.

5.

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM KOD ETIKA PERGURUAN


Peranan guru dalam kod etika perguruan mampu memartabatkan profesion
perguruan itu sendiri. Kod etika amat penting diamalkan oleh guru kerana factor-faktor
berikut;
kod etika memberi garis panduan bagaimana tingkah laku dalam profesion perguruan.
Ianya sebagai panduan dan sesuai untuk rujukan dan diamalkan oleh guru.
Kod Etika perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ianya juga membantu guru lebih faham dan
jelas tentang tanggungjawab mereka.
Kod Etika dalam bentuk dokumen, justeru usaha untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh kod etikanya
boleh dipertahan dan dikuatkuasakan.
Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej perguruan secara hitam putih dan
rasmi. Ianya dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang
luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan.
Kod etika merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan
etika dapat mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberikan dalam menjalankan
tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan hubungan antara ahli
dalam organisasi.
Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod etika perguruan menjadi role modal
kepada pelajar. Senario ini akan mempengaruhi etika pelajar berkenaan lebih berdisiplin dan
beretika. Tingkah laku guru yang berdisiplin dan terikat dengan garis panduan Etika
perguruan secara tidak langsung membantu murid memperkembangkan potensi ke arah
satu pembentukan individu yang inginkan kejayaan dan lebih cenderung melakukan
perkara-perkara positif .
Keberkesanan Etika perguruan adalah berkait rapat dengan usaha gigih guru-guru
dalam memartabatkan profesion perguruan itu sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan
pendekatan yang digunakan oleh guru didalam kelas membantu mempengaruhi tingkah

laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar. Mutu pengajaran yang berkesan dengan
personaliti guru yang jitu sedikit sebanyak mempengaruhi iklim tingkah laku pelajar.
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik
darjahtermasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran
danpembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah
mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain.
Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya.
Seorang guru pendidikan moral juga perlu menjalankan tanggungjawab terhadap ibu
bapa dan penjaga murid. Guru perlu menghormati tanggungjawab ibu bapa terhadap anakanak mereka dan berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat
antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
Guru perlu menganggap semua
maklumatyang diberikan oleh ibu bapa berhubung keadaan rumahtangga atau berkaitan
dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa.
Seorang guru yang baik juga perlu memberikan maklumat kepada ibu bapa demi
kepentingan anak-anak mereka dan mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu
bapa secara teliti dan bijaksana. Guru juga perlu mengelakkan diri daripada menggunakan
atau dipengaruhi oleh kedudukan social dan ekonomi ibu bapa pelajar. Elakkan juga
daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa dan penjaga mereka.

guru Pendidikan Moral perlu membentuk murid yang berperibadi unggul


berasaskan prinsip-prinsip moral.

4. Memberi sebab-sebab yang munasabah berdasarkan pertimbangan


moral dalam membuat sesuatu keputusan. 5. Menggunakan pertimbangan yang
berlandaskan prinsip-prinsip moral sebagai panduan dalam amalan kehidupan
seharian. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988, hlm. 1-2) Di samping itu,
kejayaan sistem pendidikan secara formal terbina atas dua benteng, iaitu
kurikulum yang bermakna dan kualiti guru (Phenix, 1958). Kurikulum akan
bermakna apabila ia dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk menjadi seorang
insan yang berilmu, rasional dan menjadi warganegara yang bertanggungjawab
dalam masyarakat dan dunia (Pratt, 1994).

Prinsip pertama dalam Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan.


Faktor kepercayaan kepada agama merupakan perkara utama yang harus
ditekankan oleh guru Pendidikan Moral kepada murid-murid. Ibu bapa
mengharapkan agar pihak sekolah dan juga guru dapat meningkatkan
kepercayaan anak-anak mereka kepada Tuhan dan agama. Perkara ini menjadi
lebih kritikal dalam era globalisasi. Hal ini kerana, kehidupan yang begitu
mementingkan materialistik, teknologi dan hiburan dapat menjejaskan keinginan

manusia kepada Tuhan. Dalam kekosongan inilah guru boleh membina kekuatan
dalaman iaitu kerohanian melalui pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian
yang mantap dan suci akan melahirkan akal yang sihat, jasmani yang cergas dan
sahsiah yang terpuji dalam kalangan murid. Pembinaan kekuatan dalaman ini
akan lebih mudah dilaksanakan jika guru melaksanakan tugasnya sebagai
ibadah dengan matlamat membangunkan modal insan.
Prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
Prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri
penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia
perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan
Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan
taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin
tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan
terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik
dan bersatu padu kerana Raja adalah payung negara yang menaungi seluruh
rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau
dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.
Guru sebagai penyampai ilmu perlu mendedahkan kepentingan mengenali
dan hormati institusi raja dengan memberi pendedahan tentang Sejarah
Kesultanan Melayu, sistem Raja Berpelembagaan dan Majlis Raja-Raja. Guru
perlu menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni tersebut
dengan menyampaikan isi kandungan pendidikan dengan lebih berkesan tanpa
mengabaikan nilai-nilai murni dalam menyampaikan apa juga disiplin ilmu.
Contohnya, menimbulkan perasaan kasih sayang terhadap pemimpin, raja dan
negara dan kesan-kesan negatif andainya perasaan tersebut diabaikan seperti
berlakunya rusuhan dan negara tidak akan aman sekiranya perasaan sayang
pada negara tidak wujud. Murid-murid juga perlu memikirkan kesan terhadap
dunia ini sekiranya mereka tidak menyayangi dan taat kepada negara, raja dan
pemimpin.
Demi memberi kesan yang lebih baik, guru boleh membuat lawatan
sambil belajar ke Muzium Negara dan Perpustakaan Negara bagi mencari
maklumat. Di samping itu murid dapat merehatkan fikiran dengan menyaksikan
barang-barang bersejarah agar dapat menimbulkan perasaan bangga dengan
sistem pemerintahan yang terdapat di Malaysia. Guru juga perlu membimbing
murid membuat peta minda tentang peranan dan fungsi raja dalam sistem
pemerintahan negara supaya mereka sedar besarnya peranan pemerintahan raja
pada kerajaan Melayu lama. Dengan demikian, murid-murid akan mengenali dan
menghormati institusi raja yang terdapat di Malaysia.
Prinsip ketiga adalah Keluhuran Perlembagaan. Perlembagaan menjadi
asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan
bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat
mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru,
perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan
keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini.

Sebagai guru Pendidikan Moral, guru perlu menegaskan tentang


kepentingan kesepaduan antara kaum yang sentiasa menjadi perkara asas
dalam membina kerukunan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.
Antara perkara yang boleh dipraktikkan oleh guru ialah menggalakkan
penggunaan bahasa kebangsaan dalam pertuturan seharian. Penggunaan
bahasa yang sama antara kaum lain dapat memupuk semangat perpaduan kaum
yang jitu selain dapat meningkatkan lagi semangat cinta akan tanah air. Bahasa
Melayu merupakan bahasa yang paling wajar digunakan oleh pelajar semasa
berkomunikasi dengan bangsa lain di Malaysia tambahan pula kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia telah termaktub dalam
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Prinsip keempat ialah Kedaulatan Undang-undang. Kedaulatan undangundang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang
negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan. Dalam
mendidik murid untuk sentiasa menjadi warganegara yang sentiasa
mengamalkan peraturan dalam kehidupan seharian, guru Pendidikan Moral boleh
memulakannya dengan perkaran yang kecil dan mudah sahaja contohnya
sentiasa menggalakkan murid-murid untuk mengikuti peraturan sekolah seperti
hadir ke sekolah tepat pada masanya dan tidak membuang sampah merata-rata.
Walaupun hal ini kedengaran tidak penting, namun apabila kita menerapkan
murid dengan asas yang kukuh, maka tidak mustahil jika ia berkembang ke arah
yang lebih baik pada masa hadapan.

Guru juga haruslah sentiasa meningkatkan amalan pedagogi dalam


pengajaran, sesuai dengan ragam murid yang pelbagai. Kepelbagaian dalam
cara mengajar membolehkan murid terus fokus dan tidak bosan serta objektif
pembelajaran yang dirancang juga dapat dicapai. Ini secara tidak langsung
dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah akibat pengajaran guru yang tidak
memberangsangkan, secara tidak langsung murid-murid sendiri dapat
mengamalkan peraturan sekolah dengan lebih berintegriti. Sebagai contohnya,
melalui aktiviti main peranan, guru bolehlah memainkan peranannya sebagai
pendidik adab dan budi pekerti dalam aktiviti ini. Guru mewujudkan situasi
perayaan Deepavali. Guru mengarahkan beberapa murid memainkan peranan
sebagai tuan rumah dan tetamu yang datang ke rumah untuk beraya bersamasama. Dalam aktiviti ini akan memainkan ramai pelajar bagi mewujudkan
suasana sebenar sesuatu perayaan. Penerapan adab budi pekerti melayan
tetamu dan hormat menghormati amat ditekankan dalam aktiviti main peranan.
Cara meminta maaf ketika hari perayaan agama juga akan ditekankan agar
murid memahami pentingnya saling memaafkan antara satu sama lain.

Prinsip kelima ialah Kesopanan dan Kesusilaan. Guru sentiasa menjadi


perhatian umum dari hujung rambut ke hujung kaki. Apa sahaja yang dipakai,
diperkatakan, dilakukan atau ke mana sahaja guru pergi, mereka tetap menjadi
perhatian masyarakat. Dalam hal ini, guru berusaha memastikan adab dan budi

pekertinya adalah ditahap yang cemerlang. Hal ini adalah kerana guru
merupakan model kepada murid-murid dan masyarakat sekelilingnya.

PERANAN guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang
pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.
Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai
ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah
sebagai agen perubahan.
Oleh yang demikian, pemilihan tema hari guru pada tahun ini iaitu "Guru Penjana
Transformasi Pendidikan Negara" adalah amat bertepatan sekali.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua warga guru atas jasa bakti tidak kenal erti jemu dalam usaha
mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama,
bangsa dan negara.
"Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem
pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya
saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat,"
katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Menurut beliau, Kementerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar, polisi dan
pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan
pengajaran (P&P) di sekolah.
"Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang selepas ini akan diikuti pula oleh
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) juga tidak akan berjaya tanpa komitmen
dan sokongan jitu para guru.
"Peranan guru juga besar dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar
Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Satu
Murid Satu Sukan (1M1S).
"Semua dasar dan pembaharuan pendidikan ini tidak akan memberi makna tanpa warga
pendidik sebagai golongan yang berada di barisan hadapan dalam memacu arus pendidikan
agar sentiasa dinamik dan progresif," jelas beliau.
Terang beliau lagi, Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi pelan hala tuju
Malaysia menjelang 2020 yang dilancarkan pada awal tahun lalu menggariskan beberapa
pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan negara.

"Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dan bidang yang
menjadi tumpuan adalah prasekolah, kemahiran asas literasi dan numerasi, Sekolah
Berprestasi Tinggi (SBT) dan peningkatan prestasi Pengetua dan Guru Besar.
"Namun demikian, tanpa komitmen dan usaha gigih para guru, semua pelan yang
direncanakan pasti sukar untuk dijayakan dan ia jelas menunjukkan betapa besar peranan
para guru yang berupaya mencorak dan membentuk generasi masa muka," tambahnya.
Abd. Ghafar berkata, transformasi dalam pendidikan akan terus berlaku kerana ia selaras
dengan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dengan acuan tersendiri yang
mengambil kira kepercayaan, budaya dan nilai setempat yang terpelihara sekian
lama.Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru dan tumpuan sepenuhnya perlu
diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum, kokurikulum
juga pembinaan sahsiah anak didik.
"Justeru, saya menyeru agar warga pendidik sentiasa bersedia untuk menyambut sebarang
perubahan pendidikan bagi diterjemahkan semasa proses P&P dalam bilik darjah," ujarnya.
Beliau menambah, kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif dan inisiatif bagi
memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin.
"Keprihatinan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha seperti menubuhkan jawatankuasa
mengkaji beban tugas guru, cadangan wujudkan jawatan pembantu guru, menambah baik
infrastruktur sekolah, menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dan menambah kuota
pengetua serta guru cemerlang sehingga peringkat JUSA C," terang beliau.
Abd. Ghafar berkata, cadangan penstrukturan semula pemberian Elaun Khas Mengikut
Lokasi dan Tahap Kesusahan bagi guru-guru di Sabah dan Sarawak membuktikan bahawa
bidang pendidikan, guru-guru dan murid-murid walau di mana sahaja berada menjadi
keutamaan dalam agenda semasa kerajaan.
"Konsep pendemokrasian pendidikan sentiasa dipraktiskan oleh pihak kementerian bagi
memastikan peluang mengikuti pendidikan berkualiti dapat dikecapi secara sama rata di
seluruh negara tanpa mengira batas geografi, gender, tahap sosio ekonomi, bangsa dan
fahaman politik," jelasnya.
Katanya lagi, pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir
seperti penyediaan Sekolah pendidikan khas dan kelas integrasi pendidikan khas bagi
kanak-kanak kelainan upaya
"Kementerian Pelajaran juga telah mengambil langkah memperkemas dan menambah baik
syarat dan kriteria pengambilan guru pelatih bagi kursus pra perkhidmatan.
"Langkah untuk meningkatkan profesionalisme guru akan meningkatkan martabat keguruan
untuk terus dihormati, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat," terangnya.
Menurut Abd. Ghafar, usaha memartabatkan profesion keguruan tidak akan mencapai
sasaran jika dirancang dan dilaksanakan pada peringkat kerajaan atau kementerian sahaja.

Katanya, warga pendidik sendiri selaku agen perubahan perlu memainkan peranan
berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing.
"Guru janganlah jemu berusaha untuk menambah baik amalan pengajaran semasa dan
sentiasa berfikiran proaktif, kreatif serta inovatif.
"Guru-guru juga disarankan supaya mengaplikasi dan mengamalkan kaedah P&P terkini
seiring dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu menarik minat murid-murid
untuk menimba ilmu," jelasnya.

Hal ini kerana, sekolah merupakan institusi formal pertama dimana murid-murid
memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat
setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi memberi sumbangan
kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Oleh itu, peranan yang dimainkan guru memberikan
impak yang besar buat semua individu.

You might also like