You are on page 1of 4

SJK(T) LADANG BUNTAR, 09800

SERDANG,
KEDAH DARUL AMAN.

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDKAN JASMANI


BIL 1/TAHUN 2016
Tarikh

:18.01.2016(Isnin)

Masa

:1.30 petang

Tempat
Hadir

: Bilik guru sekolah


: PN.K.Chandra Sagaran (Guru Besar)
En.M.Kalaimany (PK1)
En.V.Shanmugam (PK HEM)
En.K.Thangeswaran (PK Kokurikulum)
Cik.K.Punitha Malar(K.Panitia)
En.N.Logeswaran
En.G.Shures
Pn.G.Palveenaa
En.Prabakara Rau

I.

PERUTUSAN PENGERUSI

1.0 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua guru menghadiri
mesyuarat kali pertama dan mengucapkan tahniah kepada semua guru diatas kejayaan dan
kecemerlangan pelaksanaan program tahun 2015.
II)PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.0 Dicadangkan oleh Cik.K.Punitha Malar dan disokong oleh En.V.Shanmugam.
III) PERKARA BERBANGKIT
3.0 Pelaporan Pendidikan Jasmani tahun 2015 perlu dikumpulkan dalam bentuk soft copy.
Tindakan : Guru Pendidikan Jasmani Tahun 2015

IV)PENGURUSAN PANITIA
4.0 Visi dan Misi KPM /Sekolah
4.1 Visi- Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
4.2 Misi-Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Tindakan Semua guru
5.0 5 minit PPPM
5.1 Telah menjelaskan anjakan kedua daripada sebelas anjakan transformasi sistem iaitu
Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan
digalakkan mempelajari bahasa tambahan.
5.2 Anjakan kedua ini meliputi 5 perkara iaitu perlaksanaan KSSR, Program Linus Bahasa Malaysia dan
Inggeris, Meningkatkan kemahiran guru Bahasa Inggeris, Menjadikan matapelajaran Bahasa
Inggeris kertas wajib lulus peringkat SPM dan Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa
tambahan.
Makluman:Semua guru
6.0 Penubuhan Jawatan Kuasa Panitia
Penasihat

: EN.K.Chandra Sagaran

Pengerusi

: Cik.K.Punitha Malar

Setiausaha

: En.K.Thangeswaran

AJK

: En.G.Shures
En.N.Logeswaran
Tindakan: Semua guru

7.0 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran


7.1 Guru Pendidikan Jasmani boleh menggunakan buku nota Pendidikan Kesihatan sekiranya mahu
menulis nota.
Tindakan :Semua guru
8.0 Pengurusan fail
8.1 Ahli Jawatan Kuasa Panitia Pendidikan Jasmani dengan sebulat suara bersetuju untuk
menggabungkan 7 fail panitia dalam satu fail keras dengan meletakkan 7 seperator.
8.2 Langkah ini dapat memudahkan Ketua Panitia untuk menguruskan fail.

Tindakan :Semua guru


9.0 Penilaian dan pentaksiran
9.1 Pentaksiran Pendidikan jasmani akan dijalankan secara praktikal semasa waktu Pendidikan Jasmani.
9.2 Ujian bertulis bagi subjek Pendidikan Jasmani tidak akan dijalankan. Hal ini dipersetujui sebulat suara
oleh semua AJK Pendidikan Jasmani.
Tindakan :Semua guru
10.0 Aktiviti yang dirancang
10.1 Aktiviti pertama Panitia Pendidikan Jasmani akan dijalankan pada bulan April. Aktiviti Panitia ini
bertajuk Saya Tahu BMI saya.
10.2 Melalui program ini murid akan dimaklumkan tentang BMI mereka.
10.3 Murid akan diberikan pendedahan berkaitan pemakanan dan aktiviti harian yang sihat.
10.4 Program Panitia kedua akan dijalankan pada penggal ke-2 bulan Ogos. Program tersebuat adalah
sukaneka yang akan dijalankan semasa sukan tahunan sekolah.
11.0 SEGAK
11.1 SEGAK perlu dijalankan pada bulan Mac dan bulan Ogos. Datanya harus diberikan kepada Panitia
Pendidikan Jasmani.
Tindakan: Guru Pendidikan Jasmani Tahap 2

12.0 BCG Panitia Pendidikan Jasmani Tahun 2016

12.1 Duit yang diperuntukkan untuk Pendidikan Jasmani bagi tahun 2016 adalah RM 499.
12.2 Peruntukkan ini akan digunakan sepenuhnya untuk membeli alatan-alatan Pendidikan Jasmani dan
juga untuk aktiviti tahunan.
12.3. Ketua Panitia main peranan dalam membelanjakan wang BCG dengan baik.Pastikan perbelanjaan
dibuat dibayar dalam bentuk cek.
Tindakan :Semua guru
IV) HAL-HAL LAIN
13.0 Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani diminta memberikan senarai alatan yang diperlukan
untuk P&P Pendidikan Jasmani.
Tindakan :Semua guru
V) UCAPAN PENANGGUHAN
23.0 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 ptg dengan ucapan terima kasih oleh Ketua Panitia .

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

..

(K.PUNITHA MALAR)
KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI
SJKT LADANG BUNTAR.

(EN.K.CHANDRA SAGARAN)
GURU BESAR ,
SJKT LADANG BUNTAR

You might also like