You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERLUN

MINIT MESYUARAT PANITIA ICTL


BIL 1 / 2016
_________________________________________________________________________
TARIKH
HARI
MASA
TEMPAT

: 28 Januari 2016
: Khamis
: 10.20 pagi
: Makmal Komputer,SMK Jerlun

KEHADIRAN
1. En. Nor Azman bin Hamid (Pengerusi)
2. Pn. Suharni binti Hussin (Ketua Panitia)
3. Pn. Noor Azima bt Che Omar
TURUT HADIR
1. En. Mohd Noor bin Saad (Penolong Kanan Pentadbiran)
3.1 ALUAN PENGERUSI
1.
2.

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke Mesyuarat Panitia ICTL
kali pertama pada tahun ini.
Beliau berharap perjumpaan ini akan melengkapi mesyuarat kurikulum yang lalu dan
perancangan yang lebih baik dapat dibuat pada tahun ini. Begitu juga dengan perancangan
untuk peningkatan akademik pelajar pada tahun ini.
Untuk makluman

3.2 LAPORAN PIHAK ATASAN


3.

Laporan dari Puan Pengetua:


a) Program Membudayakan KBAT diantaranya ialah membuat perancangan dengan
menubuhkan jawatankuasa PEMANDU dan menetapkan objektif. Antara yang perlu dibuat
adalah Pelan Oprasi, Pelan Startegik, Brosur, Carta Gantt, Latihan murid, Semakan
berjadual buku latihan murid dan sebagainya.
b) Mewujudkan budaya berpasukan di dalam sekolah
c) Membuat Rancangan Pengajaran Harian sebelum pulang
d) Menghantar buku rekod pengajaran dan borang penilaian untuk laporan prestasi
e) Penggunaan VLE Frog untuk melaksanakan sesi PdP dan memaksimakan penggunaan
Kedah E-Tutor. Pelajar boleh menggunakan komputer riba jika tidak masuk ke dalam
makmal komputer.
f) Penekanan terhadap IBSE (Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri)
g) Pengajaran lebih kepada PdP Abad ke 21
h) Pelaksaan Dialog Prestasi di antara Pengetua dengan semua guru kanan, semua guru
kanan bersama ketua panitia dan ketua panitia bersama ahli panitia.
i) Program Sarana seperti pendaftaran pelajar, PIBG, Kejohanan Sekolah, Hari Anugerah
Cemerlang dan sebagainya haruslah 100% melibatkan waris pelajar.
j) Pemantauan oleh PPD akan diadakan pada Bulan Februari.
k) Semua guru perlu tegap dan mantap setiap hari. Pihak sekolah telah menjalankan program
FitJer bagi tujuan tersebut.
l) Semua guru perlu kenal semua pelajar bagi kelas yang diajar.
Untuk makluman

3.3 PEMBENTANGAN DAN PENJELASAN DASAR PENGURUSAN KURIKULUM


2.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


Encik Mohd Jafri meminta guru-guru supaya mengisi borang pelaporan offline supaya pelajar
yang berpindah ke sekolah lain tiada masalah membawa dokumen berikut untuk mendaftar. Bagi
matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, peperiksaan hanya akan dibuat untuk
pertengahan tahun dan akhir tahun.
Tindakan : Semua guru

3.

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)


Encik Mohd Noor menegaskan penarafan SKPM yang menumpukan kepada kepimpinan dan
pengurusan organisasi. SMK jerlun telah diberi penilaian sebanyak 78.9% iaitu Taraf Harapan.
Untuk makluman

4.

Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB)


Encik Mohd Noor mengingatkan guru-guru mengenai agihan semakan buku PdP mengikut
bidang masing-masing. Rekod kekerapan latihan murid juga akan mula disemak mulai Februari.
Tindakan : Semua guru

3.4 PERANCANGAN STRATEGIK


-

Rujuk Lampiran

3.5 PENGURUSAN PANITIA


4.
5.
6.

Fail panitia perlulah dilengkapkan dan sentiasa dikemaskini.


Rancangan Pengajaran Tahunan perlu ada dan dikemaskini.
Kontrak latihan dan semakan buku latihan pelajar perlu dihantar mengikut jadual yang telah
ditetapkan di dalam takwim sekolah.
7. Jadual waktu telah dikeluarkan oleh guru jadual waktu.
8. Panitia perlu berkesan supaya PdP berkesan.
9. Pelaksanaan PdP Abad ke 21 perlu dibuat oleh semua guru.
10. Setiap panitia perlu mengurus bilik-bilik khas di bawah seliaan mereka.
Untuk makluman
3.6 KEWANGAN
11. Tiada peruntukan bagi Panitia ICTL namun begitu bagi melaksanakan program ICT pelajar,
permohonan peruntukan boleh dibuat di bawah yuran peruntukan ICT pelajar.
3.7 HAL-HAL LAIN
12. Sekolah akan menerima seorang guru praktikum yang akan mengajar matapelajaran ICTL dan
Perdagangan. Pelajar tersebut akan berada di bawah bimbingan Puan Suharni dan Encik Mohd
Jafri.
13. Sekolah telah menerima ID baru VLE Admin pada 18 Januari yang lalu. Namun begitu ID VLE
pelajar belum diterima sepenuhmya. Guru Admin VLE akan menghantar semula permohonan ID
Pelajar.

14. Pihak pentadbir memaklumkan bahawa SMK Jerlun telah melepasi tahap Pass bagi
penggunaan VLE sekolah daerah Kubang Pasu bagi bulan Januari.
15. Penggunaan Kedah E-Tutor masih berjalan namun penggunaannya agak kurang berikutan talian
internet agak perlahan.
16. MBMMBI Pihak PKG Ayer Hitam telah membuat installasi perisian MBMMBI di makmal
komputer sekolah. Guru-guru Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris telah pun dimaklumkan dan
mereka diminta membuat tempahan untuk penggunaan perisian tersebut.
17. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

DISEDIAKAN OLEH,
...........................................
(SUHARNI BINTI HUSSIN)
Ketua Panitia ICTL,
SMK Jerlun

You might also like