You are on page 1of 32

1

Diterbitkan oleh :
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA
D/A BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN,
PARAS 4 BLOK E2,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E, PUTRAJAYA
Hakcipta Terpelihara.
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara
elektronik, fotokopi mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin
bertulis daripada MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA terlebih dahulu.
Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

PERLEMBAGAAN

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA


BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PUTRAJAYA

Dicetak Dan Direkabentuk oleh :

BINTANG PRINTING SDN BHD


No. 5-9, Kompleks Niaga PKNM,
Taman Sri Kandang,
75460 Melaka.
Tel
: 06-268 5215, 268 5209, 268 0506
Faks : 06-268 0909, 268 0676
E-mail : bintang_printing@yahoo.com

Fasal
1
2
3
4
5
6
7
8

9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25

Nama
Alamat dan Tempat Urusan
Interpretasi
Keterangan dan Pengertian Logo
Tujuan dan Kuasa MPSM
Penubuhan
Penaung dan Penasihat
Keahlian, Yuran Masuk, Yuran Keahlian, Yuran Tahunan dan
Bayaran Lain
Tanggungjawab dan Hak Ahli
Sumber Kewangan
Struktur Organisasi MPSM
Jawatankuasa Kerja
Tempoh Perkhidmatan
Tanggungjawab Jawatankuasa Kerja
Pemegang Jawatan
Mesyuarat Agung Tahunan
Mesyuarat Agung Khas
Juruaudit
Kewangan
Pelaburan Kewangan
Pemegang Amanah
Peruntukan-Peruntukan Umum
Pembubaran MPSM
Pindaan Perlembagaan
Tafsiran Perlembagaan

Fasal 1:

NAMA

Majlis Pengetua Sekolah Malaysia. Nama ringkas ialah


MPSM.

Fasal 2:

ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN








Fasal 3:

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,


Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3 & 4, Blok E2,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
INTERPRETASI


3.1

Ahli bermaksud Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu


melainkan dinyatakan sebaliknya.


3.2

Bekas Ahli bermaksud Pengetua yang telah


bersara dan atau tidak lagi menjawat jawatan
Pengetua.


3.3




Dana bermaksud wang yang terkumpul oleh


MPSM termasuk hasil kutipan dan keuntungan
daripada aktiviti yang dijalankan oleh MPSM,
hadiah, derma, sumbangan, legasi, pinjaman
atau lain-lain bentuk wang yang diperoleh bagi
tujuan yang dibenarkan di bawah Fasal 5.


3.4

MPSM bermaksud Majlis Pengetua Sekolah


Malaysia.


3.5

Pengetua bermaksud pegawai yang berkhidmat


di bawah Skim Saraan Malaysia atau apa-

apaperjawatan
skim perjawatan
berkuat
kuasadengan
dengan
apa skim
yangyang
berkuat
kuasa
menyandang
jawatan
sebagai
PengetuaSekolah
Sekolah
menyandang
jawatan
sebagai
Pengetua
Menengah
atau
Pengarah
Maktab
Tentera
Diraja
Menengah atau Pengarah Maktab Tentera Diraja
atau Pengarah
Kolej Vokasional
di bawah
atau Pengarah
Kolej Vokasional
di bawah Kementerian
Kementerian
Pendidikan
Malaysia.
Pendidikan Malaysia.

Fasal 4:
KETERANGAN DAN PENGERTIAN LOGO


4.1
Motif Sirih Junjung

Melambangkan ciri-ciri ketuanan sejagat yang

unggul turun-temurun dalam memimpin

ketamadunan bangsa.

4.2


Lima Helai Daun Sirih Pelbagai Arah


Memberi makna pendidikan yang berterusan tanpa
had dalam pelbagai bidang mengikut acuan
Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


4.3


Garisan Dinamik Menerjah Tanda Bulat


Memberi makna kesepaduan usaha MPSM dalam
mencapai matlamat pendidikan negara yang suci
dan murni.


4.4


Gelungan Separa Bulatan


Memberi pengertian usaha dan khidmat bakti
MPSM adalah untuk semua tanpa ada batas
agama, budaya dan kaum.


4.5

Buku
Pelajaran dan pendidikan menjadi teras utama
perjuangan MPSM.


4.6

Garisan Melunjur Pelbagai Arah Melintasi Daun


Sirih Junjung

Menggambarkan peningkatan ilmu pengetahuan


anak bangsa.


4.7

Bulan Sabit dan Bintang


Lambang Negara Malaysia dan Islam sebagai
agama Persekutuan.


4.8

Warna Pada Logo


(1) Biru membawa pengertian perpaduan yang
utuh.

(2) Merah memberi erti keberanian dan berjiwa


kental.

(3) Kuning memberi makna warna diraja dan ber


naung di bawah DYMM Yang di-Pertuan
Agong.

(4) P u t i h m e m b e r i m a k s u d k e s u c i a n d a n
keikhlasan dalam mencurah bakti.

Fasal 5:

TUJUAN DAN KUASA MPSM


5.1

Memajukan pendidikan di seluruh negara


berdasarkan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

5.2

Memberikan sokongan dan pandangan terhadap


pelaksanaan dasar dan mempertahankan
kepentingan pendidikan negara.

5.3

Menerima dan mendaftar ahli MPSM berdasarkan


Fasal 8.

5.4

Meningkatkan taraf profesionalisme ahli MPSM.

5.5

Mewujudkan jalinan dan jaringan dengan pihak


berkuasa dan pihak berkepentingan dalam
pendidikan.

5.6

Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan


pengurusan pendidikan di peringkat sekolah
melalui persidangan, latihan dan pendedahan
bertaraf dunia di dalam atau di luar negara.

5.7

Melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan


pengumpulan dana melalui penjualan barangan
atau perkhidmatan.

5.8

Menjaga kepentingan dan kebajikan ahli.

5.9

Menguruskan kewangan MPSM.

5.10

Mencadangkan fasal baru atau pindaan atau


membatalkan fasal yang sedang berkuat kuasa.

5.11

Menerima hasil kutipan, derma, sumbangan,


legasi, pinjaman dan keuntungan daripada aktiviti
MPSM.

5.12

Melabur wang yang tidak diperlukan segera


kegunaannya dalam bentuk simpanan tetap atau
bon kerajaan.

5.13

Menggaji mana-mana orang, jika diperlukan, untuk


membantu MPSM dalam menjalankan fungsinya,
kuasa dan tanggungjawabnya tertakluk kepada
terma dan syarat yang akan ditentukan.

5.14

Membeli, memajak atau menyewa tanah atau


bangunan yang dikehendaki bagi kegunaan
MPSM atau menjadikan premis MPSM dan mengurus, membaiki, mengubah, menambah dan
atau membangunkan tanah atau bangunan itu
atau mengekalkan seperti asal.

5.15

Membeli atau memajak harta tak alih dan menjual


atau melupuskan harta tak alih MPSM.

5.16

Meminjam atau mendapatkan wang dari semasa


ke semasa melalui overdraft bank atau selainnya
bagi maksud yang dinyatakan dalam Fasal 5.14
dan Fasal 5.15.

5.17

Memula atau memberhentikan prosiding undangundang untuk mendapatkan hutang atau tuntutan
oleh atau bagi pihak MPSM dan memberi
pernyataan yang sebenar atau membela prosiding
yang dimulakan terhadap MPSM atau ahli dalam
kapasiti atau mewakili MPSM dan membayar kos
atau caj yang berkaitan dengan prosiding undangundang tersebut.

5.18

Menubuhkan dana amanah MPSM.

5.19

Melantik dalam kalangan ahli MPSM atau orang


yang berkelayakan atau organisasi yang sesuai
untuk menerima dan memegang amanah bagi
MPSM bagi harta tak alih yang dipunyai dan
dimiliki oleh MPSM dan melaksanakan serta
menyempurnakan surat ikatan, surat cara,
tindakan dan perkara sebagaimana yang
diperlukan dan memberi ganjaran setimpal dengan
tanggungjawab yang diamanahkan.

Fasal 6:

Fasal 7:

PENUBUHAN
6.1

Penubuhan MPSM Kebangsaan, MPSM Negeri


dan MPSM Bahagian/Daerah tertakluk kepada
kuasa dan peruntukan Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Segala
urusannya
hendaklah
berdasarkan kepada perlembagaan ini.

6.2

MPSM adalah mewakili semua Pengetua.


Organisasi-organisasi Pengetua lain adalah
berada di bawah naungan MPSM.

6.3

YDP MPSM Kebangsaan, YDP MPSM Negeri dan


YDP MPSM Bahagian/Daerah adalah merupakan
ex-officio kepada organisasi Pengetua lain seperti
dalam Fasal 6.2.

6.4

MPSM adalah berterusan sehingga dibubarkan


dan mempunyai meterai rasmi yang hendaklah
berada di dalam simpanan Setiausaha Kehormat.
Meterai rasmi tidak boleh dicap pada sijil, surat
ikatan atau sebarang persuratan tanpa kebenaran
MPSM dan kebenaran tersebut hendaklah
dicatatkan dalam Minit Mesyuarat MPSM. Sijil
atau persuratan yang menggunakan meterai
rasmi hendaklah ditandatangani oleh pemegang
jawatan MPSM.

PENAUNG DAN PENASIHAT


7.1

Penaung
7.1.1 Penaung

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(KPPM), Kementerian Pendidikan Malaysia

10

7.1.2 Penaung Negeri dan Bahagian/Daerah



Pengarah Pendidikan Negeri
7.2

Penasihat
7.2.1 Penasihat
(1)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran

(Sektor Operasi), Kementerian Pendidikan

Malaysia
(2)
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah

Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia
7.2.2 Penasihat Negeri

Ketua Sektor, Sektor Pengurusan

Sekolah
7.2.3 Penasihat Bahagian/Daerah

Ketua Pegawai Pendidikan Bahagian/

Daerah

Fasal 8:

KEAHLIAN, YURAN MASUK, YURAN KEAHLIAN,


YURAN TAHUNAN DAN BAYARAN LAIN
8.1

Ahli Biasa
Semua Pengetua warganegara Malaysia seperti
Fasal 3.5 menjadi ahli secara automatik.

8.2

Ahli Bersekutu
8.2.1 Pengetua sekolah di bawah pentadbiran
kerajaan negeri, kementerian lain dan
agensi kerajaan yang lain serta institusi
pendidikan swasta adalah layak memohon
untuk menjadi Ahli Bersekutu.

11

8.2.2 Mereka yang telah luput kelayakan sebagai


Ahli Biasa MPSM boleh memohon untuk
dipertimbangkan menjadi Ahli Bersekutu
MPSM.
8.2.3 Pengetua di bawah kategori Fasal 8.2.1
dan 8.2.2 yang ingin menjadi Ahli Bersekutu
hendaklah memohon dengan mengemukakan borang permohonan BPAB/
MPSM/1 kepada Setiausaha Kehormat
MPSM Kebangsaan. Setiausaha Kehormat
akan memajukan permohonan tersebut
ke Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPSM
Kebangsaaan untuk kelulusan. Keputusan
Jawatankuasa Kerja MPSM Kebangsaan
adalah muktamad.

Fasal 9:

8.3

Yuran dan bayaran lain boleh dikenakan ke atas


ahli dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja
MPSM Kebangsaan.

8.4

Sekiranya yuran tidak dibayar, ahli yang berkenaan


tidak boleh dicalonkan dan diundi semasa Mesyuarat
Agung Tahunan tetapi boleh mencukupkan korum
mesyuarat.

TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI


9.1

Setiap ahli bertanggungjawab mematuhi peraturan dan perlembagaan ini pada setiap masa.

9.2

Setiap ahli bertanggungjawab untuk memelihara


nama baik MPSM pada setiap masa.

12

9.3

Setiap ahli bertanggungjawab untuk memelihara


harta benda MPSM.

9.4

Setiap ahli berhak untuk menerima satu salinan


perlembagaan ini.

9.5

Tertakluk kepada Fasal 9.6 dan Fasal 9.7, setiap


ahli yang layak berhak untuk hadir, bercakap,
mengundi dan diundi untuk jawatan dalam
MPSM.

9.6

Ahli Biasa layak untuk mengundi dan diundi untuk


memegang sebarang jawatan dalam MPSM.

9.7

Ahli Bersekutu hanya boleh mengundi dalam


mesyuarat dan mencukupkan korum mesyuarat
tetapi tidak boleh memegang jawatan dalam MPSM
Kebangsaan, MPSM Negeri dan MPSM Bahagian/
Daerah. Walau bagaimanapun Ahli Bersekutu
boleh dilantik menganggotai jawatankuasa kecil.

9.8

Setiap ahli berhak untuk mengikuti dan mengambil


bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan MPSM.

9.9

Setiap Ahli Biasa boleh mewakili MPSM dalam


aktiviti anjuran organisasi lain di pelbagai
peringkat.

9.10

Ahli Bersekutu hanya boleh mewakili MPSM


sebagai perwakilan di peringkat negeri atau
antarabangsa dengan syarat mendapat kelulusan
MPSM.

13

Fasal 10:

Fasal 11:

SUMBER KEWANGAN
10.1

Yuran seperti Fasal 8.3

10.2

Hadiah, derma, sumbangan, legasi daripada


pelbagai sumber atau pinjaman.

10.3

Wang yang terkumpul oleh MPSM termasuk hasilhasil kutipan dan keuntungan daripada aktiviti
mengisi tabung kewangan atau dana pada semua
peringkat yang dipersetujui oleh jawatankuasa
kerja.

10.4

Sumber kewangan lain yang dibenarkan di bawah


Fasal 5.

STRUKTUR ORGANISASI MPSM


11.1

11.2

MPSM adalah terdiri daripada:


(1)

MPSM Kebangsaan.

(2)

MPSM Negeri.

(3)

MPSM Bahagian/Daerah.

Segala urusan yang berkaitan dengan MPSM


adalah dibuat oleh jawatankuasa kerja masingmasing.

14

Fasal 12:

JAWATANKUASA KERJA
12.1

Setiap Jawatankuasa Kerja sama ada MPSM


Kebangsaan, MPSM Negeri atau MPSM Bahagian/
Daerah hendaklah terdiri daripada pemegang
jawatan seperti berikut:
(1)

Yang Dipertua (YDP).

(2)

Timbalan Yang Dipertua (TYDP).

(3)

Setiausaha Kehormat.

(4)

Penolong Setiausaha Kehormat.

(5)

Bendahari.

(6)

Sekurang-kurang tiga (3) orang ahli


jawatankuasa.

12.2

Semua YDP MPSM Negeri adalah


Jawatankuasa Kerja MPSM Kebangsaan.

Ahli

12.3

Semua YDP Bahagian/Daerah bagi MPSM


Bahagian/Daerah adalah Ahli Jawatankuasa Kerja
MPSM Negeri.

12.4

Jawatan YDP, TYDP dan Bendahari dipilih semasa


Mesyuarat Agung Tahunan.

12.5

Jawatan Setiausaha Kehormat, Penolong


Setiausaha Kehormat dan sekurang-kurang tiga
(3) ahli jawatankuasa dilantik oleh YDP.

15

12.6

Setiap pemegang jawatan dalam Jawatankuasa


Kerja dan pegawai yang menjalankan tugas
eksekutif MPSM hendaklah
warganegara
Malaysia.

12.7

Pencalonan dan pengundian untuk jawatan dalam


Jawatankuasa Kerja MPSM hendaklah dibuat
pada hari Mesyuarat Agung Tahunan dengan cara
undian mengangkat tangan atau kertas undian
sebagaimana yang diputuskan oleh Jawatankuasa
Kerja MPSM.

12.8

Semua pemegang jawatan boleh dilantik semula


jika dicalonkan.

12.9

Jawatankuasa Kerja hendaklah bermesyuarat


sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga
(3) bulan dan mempunyai korum yang cukup
sebanyak satu per dua (1/2) daripada bilangan ahli
Jawatankuasa Kerja. Notis mesyuarat hendaklah
dikeluarkan empat belas (14) hari sebelum tarikh
mesyuarat.

12.10 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan


kelulusan segera dan mesyuarat tidak dapat
dijalankan, maka Setiausaha Kehormat boleh
mendapatkan kelulusan jawatankuasa kerja secara
pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat berikut
hendaklah dipatuhi sebelum keputusan jawatankuasa
kerja boleh dianggap sebagai telah diterima :

16

(1)

Isu atau masalah yang dibangkitkan itu


hendaklah dinyatakan dengan terang dan
jelas dalam surat pekeliling yang diedarkan
kepada setiap ahli Jawatankuasa Kerja;

(2)

Sekurang-kurangnya satu per dua (1/2)


daripada bilangan ahli Jawatankuasa Kerja
hendaklah menyatakan persetujuan atau
bantahan terhadap cadangan itu; dan

(3)

Keputusan hendaklah dengan undi yang


terbanyak (majoriti).

12.11 Ahli Jawatankuasa Kerja yang gagal menghadiri


Mesyuarat Jawatankuasa Kerja sebanyak tiga (3)
kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah
adalah dianggap sebagai telah meletak jawatan
dalam Jawatankuasa Kerja.
12.12 Jawatankuasa Kerja berkuasa melantik dan
mengesahkan Ahli Biasa bagi mengisi kekosongan
yang berlaku sehingga Mesyuarat Agung Tahunan
diadakan.
12.13 Jawatankuasa Kerja boleh menubuh dan
membubar Jawatankuasa Kerja Kecil mengikut
keperluan semasa dan melantik Ahli Jawatankuasa
Kerja sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja
Kecil tersebut.

17

Fasal 13:

Fasal 14:

TEMPOH PERKHIDMATAN
13.1

Setiap pemegang jawatan dalam Jawatankuasa


Kerja MPSM akan memegang jawatan selama
dua (2) tahun daripada tarikh pelantikan semasa
Mesyuarat Agung Tahunan.

13.2

Setiap pemegang jawatan akan menjalankan


tugasnya sehingga keputusan pelantikan baru atau
sehingga MPSM dibubarkan. Bagi pembubaran
MPSM, tempoh perkhidmatan pemegang jawatan
adalah tertakluk kepada Fasal 23.4.

TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KERJA


14.1

Menentukan dasar dan keputusan yang dibuat


adalah selaras dengan tujuan dan kuasa MPSM.

14.2

Menguatkuasakan dasar dan keputusan Mesyuarat


Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas.

14.3

Mengurus dan mentadbir MPSM dan menjalankan


program atau aktiviti dari semasa ke semasa.

14.4

Menerima mana-mana Pengetua sebagai


Biasa menurut Fasal 8.1

14.5

Menimbang permohonan individu untuk menjadi


Ahli Bersekutu menurut Fasal 8.2

14.6

Mengkaji
dan
meluluskan
perbelanjaan
pentadbiran dan perbelanjaan program atau
aktiviti yang diluluskan.

Ahli

18

14.7

Hanya Jawatankuasa Kerja MPSM Kebangsaan


boleh meluluskan cadangan pindaan perlembagaan
untuk dibahaskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan
Kebangsaan atau Mesyuarat Agung Khas
Kebangsaan.

14.8

Merancang dan mengawal perbelanjaan tahunan


MPSM dengan mengambil kira bimbingan dan
nasihat Penasihat MPSM.

14.9

Menerima dan mengkaji laporan mana-mana


Jawatankuasa Kerja Kecil yang ditubuhkan dari
semasa ke semasa mengikut keperluan.

14.10 Mendengar dan menerima aduan daripada ahli


sekiranya berlaku pertentangan berhubung
dengan dasar atau keputusan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Kerja.
14.11 Membuat pelantikan dan pemberhentian kakitangan
pengurusan yang bergaji sekiranya ada.
Fasal 15:

PEMEGANG JAWATAN
15.1

Yang Dipertua (YDP)


(1)

Mempengerusikan Mesyuarat Agung


Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas.

(2)

Mempengerusikan semua mesyuarat


Jawatankuasa Kerja.

(3)

Menggunakan kuasa undi pemutus


sekiranya berlaku bilangan undi yang

19

sama dalam mesyuarat.

15.2

15.3

(4)

Mengetuai segala urusan perhubungan


dan protokol.

(5)

Melantik Setiausaha Kehormat, Penolong


Setiausaha Kehormat dan sekurangkurangnya tiga (3) Ahli Jawatankuasa.

(6)

Menjadi ex-officio kepada organisasi


Pengetua lain seperti Fasal 6.2 dan Fasal
6.3.

(7)

Menandatangani cek bersama-sama dengan


Bendahari dan atau Setiausaha Kehormat.

(8)

Menandatangani minit mesyuarat setelah


disahkan, yang mana berkenaan.

Timbalan Yang Dipertua (TYDP)


(1)

Membantu tugas YDP.

(2)

Memangku jawatan YDP semasa


ketiadaannya atau semasa jawatan
YDP dikosongkan.

Setiausaha Kehormat
(1)

Menjalankan
perintah
Mesyuarat
Agung, Mesyuarat Jawatankuasa dan
Mesyuarat Agung Khas.

20

15.4

(2)

Menyimpan semua rekod ahli berdaftar,


rekod perjalanan aktiviti, menyelenggara
semua surat-menyurat rasmi, buku,
catatan, rekod rasmi, minit mesyuarat
dan pekeliling dan semua urusan yang
berkaitan dengan pentadbiran MPSM.

(3)

Menghadiri semua mesyuarat dan


membuat catatan perjalanan mesyuarat.

(4)

Mengurus jemputan semua mesyuarat


MPSM.

(5)

Menandatangani cek bersama YDP dan


atau Bendahari.

(6)

Menyedia dan
mesyuarat.

(7)

Menyedia dan membentangkan laporan


dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

(8)

Membuat
semua
kenyataan
atas
nama MPSM setelah dipersetuju oleh
Jawatankuasa Kerja MPSM.

mengedarkan

agenda

Penolong Setiausaha Kehormat


(1)

Membantu
Kehormat.

(2)

Memangku jawatan Setiausaha Kehormat


semasa ketiadaannya.

kerja-kerja

Setiausaha

21

15.5

Bendahari
(1)

Mengutip dan menerima yuran daripada


ahli dan mengeluarkan resit.

(2)

Mengumpul dan merekodkan bayaran dan


penerimaan hadiah, derma, sumbangan,
legasi, pinjaman dan wang terkumpul
termasuk kutipan dan keuntungan
daripada aktiviti mengisi tabung kewangan
atau dana.

(3)

Menyimpan semua rekod penerimaan dan


pembayaran wang MPSM.

(4)

Menyimpan semua wang yang diterima


ke dalam bank seperti yang diarahkan
oleh Jawatankuasa Kerja dan tidak boleh
menyimpan wang dalam tangan melebihi
RM1000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu )
sahaja sebagai tunai runcit.

(5)

Menyediakan draf anggaran belanjawan


tahunan untuk perbincangan dan kelulusan
Jawatankuasa Kerja MPSM.

(6)

Menyedia dan membentangkan laporan


kewangan yang telah diaudit dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPSM
dan Mesyuarat Agung Tahunan.

(7)

Menandatangani cek bersama YDP dan


atau Setiausaha Kehormat.

22

15.6

Fasal 16:

Ahli Jawatankuasa
(1)

Membantu menjalankan tugas pentadbiran


dan aktiviti MPSM.

(2)

Mempengerusikan Jawatankuasa Kerja


Kecil yang dilantik, dan memastikan
Jawatankuasa
Kerja
Kecil
yang
dipengerusikannya melaksanakan aktiviti
dan fungsinya.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


16.1

Mesyuarat Agung Tahunan MPSM hendaklah


diadakan dalam tempoh enam (6) bulan selepas
tarikh akhir Tahun Kewangan MPSM. Tarikh,
masa dan tempat bagi Mesyuarat Agung Tahunan
ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja MPSM.

16.2

Notis mengenai Mesyuarat Agung Tahunan MPSM


yang menyatakan tarikh, masa dan tempat serta
cadangan atau usul untuk diperbincangkan,
sekiranya ada, bersama-sama dengan Laporan
Tahunan dan Laporan Kewangan hendaklah
diberikan oleh Setiausaha Kehormat kepada
semua ahli sekurang-kurangnya empat belas (14)
hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.

16.3

Agenda Mesyuarat Agung Tahunan


hendaklah mengandungi perkara berikut:

MPSM

(1)

Ucapan Pengerusi;

(2)

Membentang
dan
menerima
Minit
Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun

23

sebelumnya;
(3)

Membentang dan menerima Laporan


Tahunan Jawatankuasa Kerja MPSM bagi
tahun sebelumnya;

(4)

Membentang, menerima dan meluluskan


Laporan
Kewangan
bagi
tahun
sebelumnya;

(5)

Membahaskan usul, jika ada;

(6)

Memilih Ahli Jawatankuasa Kerja dan dua


(2) Juruaudit Dalam untuk dua (2) tahun
berikutnya.

(7)

Perkara berbangkit;

(8)

Ucapan penangguhan.

16.4

Kegagalan untuk memberi notis dan atau Laporan


Tahunan dan atau Laporan Kewangan yang tidak
disengajakan bagi tahun sebelumnya kepada satu
atau lebih ahli MPSM atau ketidakpenerimaan
notis, laporan tersebut hendaklah tidak dalam apa
keadaan menjejas atau memprejudiskan apa yang
dibuat atau dipersetujui semasa Mesyuarat Agung
Tahunan.

16.5

Usul atau cadangan untuk pertimbangan Mesyuarat


Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada
Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya tujuh
(7) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk
Mesyuarat Agung Tahunan.

24

16.6

Fasal 17:

Korum untuk Mesyuarat Agung Tahunan dianggap


cukup jika ahli yang hadir berjumlah sekurangkurangnya satu per dua (1/2) daripada jumlah
ahli atau dua kali ganda daripada jumlah ahli
Jawatankuasa Kerja, yang mana lebih rendah.
Sekiranya korum tidak mencukupi selepas
setengah (1/2) jam dari masa yang ditetapkan, maka
mesyuarat hendaklah ditunda ke tarikh baru dalam
tempoh tiga puluh (30) hari. Sekiranya korum masih
lagi tidak mencukupi pada tarikh baru mesyuarat
itu, maka ahli yang hadir bolehlah meneruskan
mesyuarat seperti yang telah ditetapkan kecuali
meminda Perlembagaan MPSM.

MESYUARAT AGUNG KHAS


17.1

17.2

Mesyuarat Agung Khas Kebangsaan boleh


diadakan dalam keadaan berikut:
(1)

Bila difikirkan mustahak atau perlukan


perhatian segera oleh Jawatankuasa Kerja
MPSM Kebangsaan; atau

(2)

Atas permintaan bertulis oleh ahli


jawatankuasa bagi dua (2) negeri atau
lebih dengan menerangkan tujuan atau
sebab untuk mengadakannya.

Mesyuarat Agung Khas sama ada di peringkat


MPSM Negeri atau MPSM Bahagian/Daerah
boleh diadakan dalam keadaan berikut:
(1)

Bila difikir mustahak atau perlu perhatian


segera oleh Jawatankuasa Kerja MPSM;
atau

25

(2)

Atas permintaan dengan bertulis oleh


sekurang-kurangnya tiga (3) ahli jawatankuasa
atau ahli dengan menerangkan tujuan atau
sebab untuk mengadakannya.

17.3

Mesyuarat Agung Khas hendaklah diadakan pada


satu tarikh dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari
tarikh permintaan mesyuarat itu.

17.4

Pengumuman dan agenda Mesyuarat Agung Khas


hendaklah diedarkan kepada semua ahli sekurangkurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh
Mesyuarat Agung Khas yang telah ditetapkan.

17.5

Mesyuarat hanya akan membincangkan perkaraperkara seperti di dalam agenda sahaja.

17.6

Korum untuk Mesyuarat Agung Khas dianggap


cukup jika ahli yang hadir berjumlah sekurangkurangnya satu per dua (1/2) daripada jumlah
ahli atau dua kali ganda daripada jumlah ahli
Jawatankuasa Kerja, yang mana lebih rendah.
Sekiranya korum tidak mencukupi selepas
setengah (1/2) jam dari masa yang ditetapkan,
maka mesyuarat hendaklah dibatalkan, dan
Mesyuarat Agung Khas atas permintaan yang
sama tidak boleh diadakan sehinggalah luput
tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh Mesyuarat
Agung Khas dibatalkan.

26

Fasal 18:

Fasal 19:

JURUAUDIT
18.1

Juruaudit seramai dua (2) orang dipilih dalam


kalangan ahli semasa Mesyuarat Agung Tahunan.

18.2

Juruaudit tidak boleh memegang jawatan dalam


jawatankuasa termasuk tidak boleh menjadi
Pemegang Amanah bagi harta tidak alih MPSM.

18.3

Juruaudit dikehendaki memeriksa Penyata


Kewangan tahunan MPSM dan membuat laporan
atau pengesahan untuk dibentangkan semasa
Mesyuarat Agung Tahunan MPSM.

18.4

Juruaudit hendaklah mengaudit Penyata


Kewangan MPSM apabila diminta oleh YDP.

18.5

Juruaudit dikehendaki membuat laporan audit


sebelum Laporan Kewangan MPSM dibentang
dalam Mesyuarat Agung Tahunan MPSM.

18.6

Mesyuarat Agung Tahunan boleh melantik firma


audit yang bertauliah bagi menjalankan audit ke
atas penyata kewangan MPSM sekiranya perlu.

KEWANGAN
19.1

Perbelanjaan dan pembayaran wang MPSM adalah


tertakluk kepada peruntukan dalam perlembagaan
ini.

27

19.2

Semua wang MPSM Kebangsaan, MPSM Negeri


dan MPSM Bahagian/Daerah hendaklah disimpan
atas nama MPSM dalam bank yang dipersetujui
oleh Jawatankuasa Kerja dan kira-kira wang itu
hendaklah dikelolakan bersama Yang Dipertua,
Setiausaha Kehormat dan Bendahari.

19.3

Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai


dalam tangan tidak lebih daripada RM1000.00
(Ringgit Malaysia Satu Ribu) sahaja pada sesuatu
masa. Semua wang yang melebihi jumlah ini
hendaklah dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh
penerimaan didepositkan di dalam bank yang
diluluskan menurut Fasal 19.2.

19.4

Perbelanjaan yang tidak melebihi RM10,000.00


(Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) sahaja boleh
diluluskan oleh Yang Dipertua bersama Setiausaha
Kehormat dan Bendahari Kehormat. Pengeluaran
cek bagi jumlah ini hendaklah ditandatangani
oleh mana-mana dua (2) orang sama ada Yang
Dipertua, Bendahari atau Setiausaha Kehormat.

19.5

Perbelanjaan yang melebihi RM10,000.00 (Ringgit


Malaysia Sepuluh Ribu) sahaja perlu mendapat
persetujuan daripada Jawatankuasa Kerja dan
pengeluaran cek hendaklah ditandatangani
oleh Yang Dipertua, Setiausaha Kehoramat dan
Bendahari.

28

Fasal 20:

Fasal 21:

19.6

Semua Bendahari MPSM Negeri hendaklah


menyerahkan yuran kepada Bendahari MPSM
Kebangsaan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari
sebelum Mesyuarat Agung Tahunan MPSM
Kebangsaan.

19.7

Semua Bendahari MPSM Bahagian/Daerah


hendaklah menyerahkan yuran kepada Bendahari
MPSM Negeri sekurang-kurangnya tujuh (7)
hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan MPSM
Negeri.

PELABURAN KEWANGAN
20.1

MPSM boleh melabur wang yang tidak diperlukan


segera kegunaannya dalam bentuk simpanan
tetap atau bon kerajaan.

20.2

MPSM boleh menggunakan wang untuk membeli


harta tak alih sebagai aset atau premis MPSM.

PEMEGANG AMANAH
21.1

Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur


lebih daripada 21 tahun dan warganegara Malaysia
dalam kalangan ahli MPSM hendaklah dilantik
semasa Mesyuarat Agung Tahunan MPSM dan
mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki
oleh MPSM.

21.2

Semua harta tak alih yang dipunyai oleh MPSM

29

akan diamanahkan kepada mereka dengan


menandatangani Surat Ikatan Amanah.

Fasal 22:

21.3

Pemegang Amanah tidak boleh dilantik dalam


kalangan ahli Jawatankuasa Kerja MPSM.

21.4

Pemegang Amanah tidak boleh menjual, diserah


hak atau dipindah milik tanpa persetujuan dan
kuasa yang diberikan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan MPSM.

21.5

Pemegang Amanah boleh dilucutkan daripada


jawatannya oleh Mesyuarat Agung Tahunan oleh
sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak
berada dalam negeri, dilantik memegang sebarang
jawatan dalam Jawatankuasa Kerja MPSM atau
Jawatankuasa Kerja Kecil MPSM atau atas sebab
lain mengakibatkannya tidak boleh menjalankan
tugas atau tanggungjawab dengan memuaskan.
Jika berlaku kematian, kekosongan itu diisi oleh
Pemegang Amanah baru yang dilantik semasa
Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat
Jawatankuasa Kerja dengan secepat mungkin.

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM
22.1

Sekiranya tiada peruntukan khas disebut dalam


perlembagaan ini bagi perkara berhubung dengan
pentadbiran MPSM Kebangsaan, MPSM Negeri
dan MPSM Bahagian/Daerah, maka Jawatankuasa

30

Kerja MPSM Kebangsaan akan menentukan


tatacara berkaitan dengan pengurusan pentadbiran
MPSM.
22.2

Fasal 23:

Mesyuarat Agung Tahunan MPSM Kebangsaan


dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan
akan memberi arahan kepada Mesyuarat
Agung Tahunan atau Mesyuarat Jawatankuasa
Kerja Negeri dan Bahagian/Daerah mengenai
pentadbirannya.

PEMBUBARAN MPSM
23.1

Pembubaran MPSM Kebangsaan adalah tertakluk


kepada kuasa dan peruntukan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

23.2

Pembubaran MPSM Negeri dan Bahagian/Daerah


adalah tertakluk kepada kuasa dan peruntukan
Kementerian Pendidikan Malaysa.

23.3

Apabila berlaku pembubaran, segala hutang dan


tanggungan MPSM yang sah dari segi undangundang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang
tinggal hendaklah mengikut cara yang diputuskan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Segala
aset dan premis, jika ada hendaklah dijual dan
wang yang terkumpul hasil jualan tersebut juga
akan diputuskan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

31

23.4

Fasal 24:

PINDAAN PERLEMBAGAAN
24.1

Fasal 25:

Tugas, tanggungjawab dan tempoh perkhidmatan


pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Kerja
semasa berlaku pembubaran hanya akan tamat
apabila hutang dan tanggungan MPSM dijelaskan
dan baki diuruskan seperti yang diputuskan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia atau apabila
pindah milik aset dan premis telah disempurnakan,
yang mana terkemudian.

Perlembagaan ini tidak boleh dibuat atau dipinda


kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung
Tahunan MPSM Kebangsaan atau Mesyuarat
Agung Khas Kebangsaan.

TASFIRAN PERLEMBAGAAN
25.1

Mesyuarat Agung Tahunan MPSM Kebangsaan


atau Jawatankuasa Kerja MPSM Kebangsaan
hendaklah mentafsir perlembagaan ini apabila
perlu, menentukan fasal atau peruntukan tertentu
apabila sesuatu masalah timbul.

25.2

Keputusan Mesyuarat Agung Tahunan MPSM


Kebangsaan atau Jawatankuasa Kerja MPSM
Kebangsaan adalah muktamad dan mengikat
semua ahli MPSM melainkan ianya bertentangan
dengan dasar yang telah diputuskan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan MPSM Kebangsaan

32

atau Jawatankuasa Kerja MPSM Kebangsaan


sebelum ini, atau melainkan ianya telah diputuskan
dalam Mesyuarat Agung Tahunan MPSM
Kebangsaan atau Jawatankuasa Kerja MPSM
Kebangsaan yang terkini yang telah membatalkan
dasar terdahulu.

Haji Jamaluddin Bin Yaacob


Yang Dipertua
MPSM Kebangsaan

Tarikh: 8 April 2015

Pn. Faridah Binti Abd. Ghani


Setiausaha Kehormat
MPSM Kebangsaan

You might also like