You are on page 1of 16

Cara membina bahan

menggunakan movie maker

Merakamkan bunyi bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan
Movie Maker
Klik Start dan klik Windows Movie Maker

Setelah diklik, paparan berikut akan muncul di skrin.

Ada tiga trek iaitu garis masa, Video, Audio/Music, dan Title Overlay. Video untuk video, Audio/Music
untuk bunyi dan lagu, Title Overlay untuk teks. Klik pada Timeline dan klik pada Narrate Timeline.

Setelah diklik Narrate Timeline, paparan berikut akan terlihat.

Klik Start Narration dan rakamkan bunyi. Baca sajak Guru oh Guru dan rakamkan pembacaan anda.
Setelah selesai merakamkan bunyi, klik Stop Narration. Untuk mendapatkan mutu rakaman yang baik,
sila gunakan headphone. Semasa membaca, aspek bahasa yang perlu diberikan perhatian ialah aspek
prosodi, dan sebutan.

Guru O Guru
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Trengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang di apungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979

Apabila diklik Stop Narration, paparan berikut akan muncul di skrin. Anda perlu menyimpan dan
menamakan fail bunyi berkenaan di pemacu yang anda pilih. Klik Save. Lihat grafik di bawah.

Untuk memainkan semula bunyi yang telah dirakamkan, sila klik pada fail yang berkenaan.
Mengedit fail bunyi: Untuk mengedit fail bunyi, bawa fail bunyi berkenaan ke dalam Movie Maker.
Klik Audio or Music dan apabila diklik, paparan berikut akan muncul di skrin. Pilih bunyi yang hendak
di bawa masuk dengan memilih fail bunyi yang berkenaan. Klik Import.

Setelah Import diklik, paparan berikut akan dapat dilihat. Fail yang diimport telah terpapar di dalam
ruang kerja Movie Maker.

Bunyi yang telah dirakamkan, boleh diedit. Klik dan seret fail yang berkenaan masuk ke dalam trek
Audio/Music. Sila lihat gambar di bawah.

Apabila fail bunyi dimasukkan ke dalam trek Audio/Music, fail berkenaan akan menjadi bentuk
gelombang bunyi.

Untuk memotong bunyi, klik Split. Dengar rakaman pembacaan secara menyeluruh dan potong bahagian
pembacaan yang kurang memuaskan. Rakam bahagian sajak yang berkenaan dan simpan. Sekiranya
pembacaan yang baharu dapat diterima, masukkan ke dalam trek Audio/Music bersebelahan dengan klip
yang hendak disambung.

Membuat karangan bergambar dengan menggunakan Movie Maker.

Tajuk karangan ialah Kenangan Semasa Melancong. Langkah bagi menghasilkan karang adalah seperti
berikut:
Buka Movie Maker. Klik Import Pictures.

Apabila Import Pictures diklik, paparan berikut akan dapat dilihat.

Pilih fail gambar yang hendak digunakan. Anda boleh memilih satu persatu dan kemudian mengklik
Import atau klik satu fail, tekan shift dan pada papan kekunci, dan klik Import. Apabila Import diklik,
sfail yang telah dipilih akan masuk ke dalam ruang kerja Movie Maker. Sila lihat grafik yang berikutnya.

Daripada grafik di atas, dapat dilihat bahawa gambar yang diimport telah terpapar di ruang kerja Movie
Maker. Klik dan seret satu gambar ke trek Video. Lihat gambar yang berikutnya.

Seterusnya klik semua gambar ke dalam trek Video. Klik satu persatu atau Edit Select All, Edit Copy dan
Paste ke dalam trek Video. Lihat gambar yang berikut.

Setelah semua gambar dimasukkan ke dalam trek Video, gambar yang berkenaan hendaklah disusun
mengikut urutan cerita yang sebenarnya. Untuk mengalihkan gambar, klik pada gambar yang berkenaan
dan seret ke lokasi yang sesuai. Untuk melihat persembahan, klik butang
.

Menjadi:

Dalam peringkat ini, perbincangan perlu dilakukan untuk menentukan kedudukan gambar bagi
disesuaikan dengan cerita yang hendak dihasilkan. Pada peringkat ini juga, draf penulisan menggunakan
bahasa Melayu yang betul dan sesuai, hendaklah diberikan penekanan. Draf boleh dirangka sama ada
secara bertulis atau menggunakan perkakasan pengarangan seperti MS Words.
Gambar 1: .................................
Gambar 2: ................................
Gambar 3: .................................
Gambar 4: .................................
Gambar 5:..................................
Gambar 6: ................................
Memasukkan teks ke dalam persembahan.

Setelah teks yang hendak dimasukkan ke dalam persembahan sudah dipersetujui, maka teks yang
berkenaan boleh dimasukkan ke dalam klip yang berkenaan.
Klik Titles and credit. Lihat gambar di bawah.

Setelah Titles and credit diklik, paparan berikut akan muncul.

Titles and credit ada empat jenis iaitu Title at the beginning: Untuk meletkan teks sebelum persembahan,
Title before the selected clip: untuk memasukkan teks sebelum klip tertentu, Title on the selected clip:
untuk memasukkan teks pada klip, dan Credits at the end: Untuk memasukkan teks selepas persembahan.
Klik Title at the beginning. Lihat gambar berikut.

10

Masukkan tajuk di dalam kotak Enter text for title. Masukkan tajuk Kenangan Semasa Melancong
pada kotak atas dan hasil kerja Lokman Abd Wahid pada kotak bawah.

Apabila teks dimasukkan, teks yang dimasukkan itu akan muncul di dalam kotak teks. Klik Add Title.
Teks yang dimasukkan adalah berserta dengan animasi. Untuk menukar animasi, klik Change the title
animation. Untuk menukar fon dan warna fon, klik Chang the text fon and color.
Pilihan animasi teks

11

Pemilihan fon dan warna fon

Apabila Add Title diklik, teks akan berada dalam klip pertama seperti yang ditunjukkan dalam gambar di
bawah. Sila klik
untuk melihat teks yang telah dimasukkan pada awal persembahan.

12

Memasukkan teks di atas klip


Teks penulisan karangan ditulis di atas klip gambar. Untuk memasukkan teks di atas klip, klik Titles and
credit seperti yang ditunjukkan di bawah ini.

Klik Title on the selected clip. Paparan berikut akan muncul di skrin.

Masukkan teks pada kotak Enter text for title. Contoh:

13

Klik Add Title. Yang berikut akan dipaparkan di skrin komputer. Teks yang dimasukkan akan berada di
dalam trek Title Overlay. Teks yang berada di trek Title Overlay perlu berada di dalam klip yang
berkenaan.

Untuk memasukkan teks ke dalam klip yang berkenaan, klik dan seret teks dalam trek Title Overlay
supaya berada di bawah klip yang berkaitan. Masukkan teks ke dalam setiap klip sehingga menjadi
sebuah karangan yang lengkap.
Memanjangkan klip: Untuk memanjangkan klip, klik di atas klip yang berkenaan. Apabila diklik, klip
yang berkenaan akan mempuyai tanda lekuk . Pada tanda lekuk itu, klik dan seret klip ke jangka masa
yang diingini. Katakan klip yang pertama hendak dipanjangan menjadi 10 saat, maka klik dan seret klip
pertama sehingga menjangkau 10 saat.

14

Mengalihkan Teks: Teks perlu berada selaras dengan klip. Untuk meletakkan teks selaras dengan klip,
kik dan seret sehingga berada selaras dengan klip yang berkenaan.

Penutup.
Pembugaran Bahasa Melayu di sekolah dapat dilaksanakan dengan pendekatan pengajaran yang
memberikan kesempatan kepada murid untuk terlibat dengan kerja yang menyeronokkan. Penggunaan
Movie Maker sebagai cara alternatif dapat membantu murid berasa seronok dan pada masa yang sama
menggunakan bahasa Melayu yang tinggi tarafnya. Guru perlu memberikan perhatian kepada
penggunaan bahasa yang bermartabat agar hasrat MBM dapat dicapai dengan sepenuh-penuhnya.
Dalam konteks Pembugaran Bahasa Melayu, disarankan supaya penggunaan Movie Maker ini digunakan
sepenuh-penuhnya sebagai alat untuk merakam teka silang kata, pemintal lidah, dan permainan kosa kata.
Selain itu, Movie Maker perlu digunakan bagi aktiviti syarahan luar, sudut pidato, perbahasan, ceramah,
deklamasi puisi, biografi, tele drama pendek, temu bual, dan penerbitan tele dokumentasi.
Perancangan perlu dilakukan terutama dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul. Penggunaan bahasa
Melayu murid perlu dipantau dari semasa ke semasa. Kemahiran menggunakan Movie Maker perlu
diajarkan kepada murid dan dalam pelaksanaan aktiviti pembugaran, guru lebih banyak bertugas sebagai
fasilitator. Guru hendaklah memberikan peluang yang seluas-luasnya kepada murid untuk menggunakan
Movie Maker.

15

You might also like