You are on page 1of 5

PANDUAN BIDANG TUGAS GURU KELAS

1.0 Pengurusan Organisasi Kelas


1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua
Kelas
2.0 Penyelenggaraaan Bilik Darjah.
2.1 Menentukan kawalan elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan
selamat digunakan.
2.2 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru
pembangunan fizikal.
3.0 Bimbingan dan Kebajikan.
3.1 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
3.2 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya kepada budi bicara
pelajar untuk keceriaan kelas dan kebajikan pelajar.
4.0 Keselamatan
4.1 Mengemaskini jadual kedatangan pelajar.
4.2 Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu pertama
berakhir dan menyimpan buku daftar pelajar di pejabat.
4.3 Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam kelas.
4.4 Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
4.5 Memastikan kelas mempunyai buku rekod ponteng kelas dan
di selenggarakan seperti yang diarahkan.
4.6 Buku rekod kawalan kelas diambil dan dihantar pada waktu dan ditempat yang
ditetapkan.
4.7 Menjamin keselamatan buku-buku rekod tersebut.
5.0 Laporan pelajaran, sijil berhenti dan surat akaun.
5.1 Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan
fizikal dalam kemajuan pelajar bagi setiap semester/penggal.
5.2 Menyampaikan slip kemajuan pelajar kepada ibu bapa setiap kali selepas ujian
peperiksaan.
6.0 Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin.
6.1 Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap
akademik.
6.2 Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah.
(jika perlu)
6.3 Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.
6.4 Melaporkan kepada kaunselor jika terdapat kemerosotan pelajaran dalam
kalangan pelajar.

6.5 Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi
masalah kesihatan.
6.6 Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin
sekolah.
6.7 Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut :
(a) Mendapat dan mengisi dalam dua salinan borang Melanggar Peraturan
Sekolah yang dapat diperolehi dari penyelaras Tingkatan atau Bilik
Guru Disiplin.
(b) Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa.
7.0 Buku teks, dan Bantuan
7.1 Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan
memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar.
7.2 Mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa.
7.3 Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama
pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan
senarai itu kepada guru SPBT.
7.4 Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain
dan melaporkan kepada Guru Kebajikan.
.
9.0 Pendaftaran Pelajar Baru.
9.1 Menerima kemasukan pelajar baru, ke dalam buku kemasukan pelajar dan
mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar
daripada Penolong Kanan HEM.
9.2 Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang
terdahulu dan memastikan pelajar ini mendapatkan buku teks.
9.3 Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan
kepada guru biasiswa.
9.4 Menentukan rumah sukan dan memberikan senarai ahli rumah kepada Ketua
Guru Rumah Sukan.
9.5 Mengambil butir-butir diri pelajar yang diperlukan.
10.0 Murid Keluar
10.2 Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima.
10.3 Menentukan buku teks telah dipulangkan.
11.0 Pendaftaran sukan, persatuan dan lain-lain.
11.1 Menentukan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan
senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang
dipilih kepada Penyelaras kokurikulum.
11.2 Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.

PANDUAN PENGURUSAN SEBUAH BILIK DARJAH

1. Kemudahan asas yang mencukupi dan dalam keadaan baik


a) Kerusi dan meja murid
b) Kerusi dan meja guru
c) Papan putih
d) Papan kenyataan depan dan belakang kelas.
e) Bakul sampah, penyodok dan penyapu
f) Lampu dan kipas yang berfungsi
g) Nama kelas/ Label kelas
2. Dokumen perlu ada.
a) Jadual waktu kelas terkini.
b) Jadual bertugas murid
c) Peraturan sekolah
d) Visi dan misi sekolah
e) Papan kenyataan mata pelajaran.
f) Di sudut kiri / kanan papan putih tulis kedatangan murid harian.
g) Pelan latihan kebakaran
3. Keceriaan kelas
a) Kata-kata motivasi
b) Lantai sentiasa bersih.
c) Tingkap cermin dilap.
d) Susunan meja dan kerusi murid lurus.
e) Bakul sampah sentiasa dikosongkan sebelum balik.
f) Papan putih dibersihkan selepas tamat pelajaran setiap waktu.
4. Peraturan peraturan am.
a) Tutup kipas dan lampu setiap kali meninggalkan kelas.
b) Beratur di luar kelas apabila keluar ke makmal dan lain lain tempat.
c) Berdiri dan ucap selamat apabila guru masuk / habis mengajar.
d) Penyapu, penyodok dan bakul sampah disusun dengan kemas di belakang kelas.
e) Pas keluar kelas dipakai semasa keluar kelas.
PANDUAN MENGISI BUKU KEDATANGAN PELAJAR

1. Jadual Kedatangan adalah satu dokumen yang penting bagi tujuan audit dan juga
satu dokumen penting sekolah. Guru-guru tingkatan bertanggungjawab penuh untuk
mengisi dan menjaga dengan baik, cermat dan selamat. Sekiranya hilang, guru
tingkatan bertanggungjawab mendapatkan kembali atau membuatnya semula.
2. SENARAI NAMA MURID
2.1 Ditulis dengan penuh mengikut susunan abjad (dengan HURUF BESAR )
2.2 Ditulis mengikut nama penuh yang tercatat dalam kad pengenalan setiap pelajar
atau mengikut sijil kelahiran bagi pelajar yang masih belum menerima kad
pengenalan.

3. BUTIR DIRI PELAJAR


3.1 Bagi pelajar lama.
3.1.1 Bilangan dalam sekolah Sila rujuk buku pendaftaran pelajar atau Buku
Kedatangan tahun lepas
3.1.2 Tarikh masuk sekolah ini
3.1.3 Tarikh masuk kelas - Sila tulis tarikh
3.2 Bagi pelajar baru
3.2.1 Bilangan dalam sekolah } akan ditentukan oleh Penyelaras
3.2.2 Ruangan Rumah Sukan - tuliskan nama rumah sukan setiap pelajar.
Cara pembahagian rumah sukan mengikut nombor terakhir pada
bilangan dalam sekolah masing-masing.
3.2.3 Ruangan ibu / bapa / penjaga seboleh-bolehnya ambil nama penuh
mereka. Sila catat status hubungan penjaga dengan pelajar jika
penjaga bukan bapa.
.
4. JADUAL KEDATANGAN PELAJAR.
4.1 Kedatangan pelajar perlu ditanda tepat pada masa persekolahan bermula.
4.2 Buku Kedatangan mesti dipulangkan ke pejabat selewat-lewatnya pada waktu
ketiga setiap hari.
4.3 Tugas mengisi / menanda Jadual Kedatangan adalah Guru Kelas dan
bukannya pelajar.
4.4 Semua surat doktor, surat daripada ibu bapa / penjaga dan surat keluar sekolah
hendaklah diurus dan disimpan dengan baik.
5. TINDAKAN JIKA PELAJAR TIDAK HADIR.
5.1 Memastikan semua pelajar tidak hadir memberikan surat doktor atau surat ibu
bapa / penjaga dengan tandatangan yang sah untuk tempoh pelajar itu tidak
hadir.
5.2 Surat Amaran Pertama hendaklah dikeluarkan dan dihantar pada hari ketiga
untuk pelajar yang belum datang ke sekolah selama 3 hari berturut-turut atau
pada hari ke 10 buka secara berturut-turut tanpa sebab / surat.
5.3 Surat Amaran Kedua hendaklah dikeluarkan dan dihantar jika pelajar belum
datang ke sekolah atau belum menghubungi sekolah 7 hari selepas surat
amaran pertama atau pelajar tidak hadir selama 20 hari secara tidak berturutturut tanpa sebab / surat.
5.4 Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar melalui SURAT BERDAFTAR.
Sekiranya tiada apa-apa maklumbalas selepas 7 hari surat amaran kedua
dihantar. Sila gariskan `anak tuan/puan akan dibuang sekolah dengan dakwat
merah. Sila hantar surat tersebut juga untuk pelajar yang telah tidak hadir /
sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut atau tanpa sebab / surat.
5.5 Selepas tempoh dua minggu dari penghantaran surat amaran terakhir, pelajar
boleh dibuang sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa / penjaga
pelajar telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua.

Ringkasan tatacara penghantaran surat-surat amaran:


Jenis Surat

Bilangan hari tidak hadir


Secara berturut-turut

Tidak berturut-turut

Amaran Pertama Pada hari ke-3

Pada hari ke-10

Amaran Kedua

10 hari selepas Amaran Pertama

7 hari selepas Amaran Pertama

Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua

20 hari selepas Amaran Kedua

Buang Sekolah

20 hari selepas Amaran Terakhir

Jumlah Hari

14 hari selepas Amaran Terakhir


30

60

5.6 Guru Kelas diminta mencatat tarikh berhenti sekolah dan sebabnya di belakang
Jadual Kedatangan Pelajar.
6. PENUTUPAN BUKU JADUAL KEDATANGAN
6.1 Jadual Kedatangan pelajar mesti ditutup pada hari terkhir setiap bulan. Ini adalah
untuk memudahkan Penyelaras Tingkatan dan kakitangan pejabat membuat
penyata bulanan.
6.2 Setiap pengiraan hendaklah dibuat dengan teliti. Peratus kedatangan dikira
sehingga 1 tempat perpuluhan. (JANGAN DIBUNDARKAN )
6.3 Penyelaras Tingkatan adalah bertanggungjawab untuk menentukan agar semua
Buku Jadual kedatangan dalam tingkatan masing-masing telah ditutup
mengikut masa yang ditetapkan

You might also like