You are on page 1of 4

Pengajaran kebanyakannya dijalankan melalui pendengaran kerana teknologi

penulisan masih baru dan budaya ilmu secara bertulis tidak tersebar luas di Alam
Melayu. Ia terbatas kepada golongan berada dan istana seperti Tun Seri Lanang, Ibn
Battuta dan lain-lain. Setelah Kesultanan Melaka jatuh ke tangan Portugis pada
tahun

1511,

Kesultanan

Acheh

telah

menjadi

pusat

keilmuan,

kerohanian,

intelektualisme, kebudayaan dan perniagaan terpenting di Kepulauan Melayu.


Pemimpin Acheh seperti Sultan Ala al-Din Raayat Shah, Sultan Iskandar Thani dan
Sultanah Taj al-Alam Safiyah al-Din Syah telah memainkan peranan penting dalam
pengembangan berbagai ilmu keIslaman di rantau ini. Manakala cendiakawancendiakawan Islam yang telah mengembangkan budaya ilmu di sini adalah
Nuruddin al-Raniri, Muhammad al-Hamid, Hamzah Fansuri, Abdullah Abdul Kadir
Munsyi dan sebagainya.

Tamadun ilmu di Kepulauan Melayu pada zaman keagungannya mempunyai


perbezaan yang nyata daripada apa yang tersebar di Timur Tengah, Sepanyol, Utara
Afrika dan India. Ilmu yang banyak dibincangkan pada masa itu terhad kepada ilmu
agama dan tasawuf sebagai memenuhi tuntutan ibadat seperti ilmu astronomi, ilmu
hisab dan ilmu alam. Peranan Islam dalam pembinaan budaya ilmu di Malaysia
adalah sangat ketara di mana ia telah mempunyai dasar dan potensi besar untuk
disuburkan. Awal abad ke 20 telah membawa kesedaran betapa pentingnya
pendidikan yang tersusun dan teratur untuk bangsa Melayu. Kesedaran ini telah
memperlihatkan tiga aliran berasingan iaitu aliran agama tradisional, aliran
pendidikan sekular berbahasa Melayu dan aliran sekular berbahasa Inggeris.
Keadaan pemodenan dan pendidikan sekular tidak banyak berubah sehinggah
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Namun
tujuan dan falsafah pendidikan hanya memberi tumpuan kepada melahirkan tenaga
kerja

bagi

memenuhi

tuntutan

sebuah

negara

baru

merdeka.

Ilmu

telah

ditinggalkan dalam perkiraan nilai atau objektif utama pendidikan negara dan
pembinaan program perubahan jentera kerajaan. Kedudukan ilmu sebagai satu
perkara penting masih belum dapat menjelma dalam program pembangunan
pengiktirafan terhadap golongan ilmuan dan belanjawan institusi masyarakat dan
negara. Pengiktirafan kepada usaha yang disumbang oleh ilmuan seperti pendidik
adalah masih rendah lagi. Menurut penulis, tujuan pengiktirafan adalah untuk

menimbulkan rasa hormat kepada tugas pendidik dan menimbulkan semangat serta
komitmen kepada golongan pendidik masa kini.

BAB 6 : Pelaksanaan di Malaysia

Bagi negara yang baru merdeka seperti Malaysia, golongan politik yang bertugas di
peringkat

tinggi

dan

pentadbir

memainkan

peranan

yang

penting

dalam

mencorakkan iklim budaya dan arah pembangunan bangsa. Bagi golongan politik,
tindak-tanduk dan kenyataan mereka memberikan implikasi besar terhadap
kehidupan rakyat dan negara bagi semasa serta masa hadapan. Tetapi golongan ini
tidak

mempunyai

latihan

khusus

dalam

bidang

yang

berpengaruh

ini.

Walaubagaimanapun, mereka mempunyai latihan profesional dalam bidang tertentu


seperti bidang guaman, perguruan, kedoktoran dan lain-lain lagi yang sedikit
sebanyak mempunyai pertindihan dengan ilmu politik dan pentadbiran awam. Di
samping itu, kursus dalam perkhidmatan wajib diberikan kepada mereka tidak
kira sama ada mereka dari parti kerajaan atau pembangkang yang memenuhi
beberapa aspek asas.

Golongan kedua yang berperanan penting dalam pembangunan bangsa yang


berteraskan ilmu ialah golongan guru dan ilmuan. Pandangan masyarakat masa kini
terhadap golongan ini adalah lebih rendah berbanding sebelum merdeka dan
beberapa tahun selepasnya. Keadaan ini disebabkan oleh dua faktor iaitu nilai
masyarakat yang telah berubah daripada nilai yang menghormati ilmuan kepada
lebih menghormati kebendaan dan pensekularan peranan guru yang telah
disempitkan kepada tugas perkembangan akal dan jasad murid.

Golongan ketiga yang perlu dikembalikan peranan ialah ibu dan bapa di mana
golongan ini adalah yang paling heterogen (meliputi berbagai lapisan masyarakat).
Perubahan

sosial

dunia

moden

memperlihatkan

keluarga

semakin

kurang

berperanan sebagai unit pendidikan dan ianya telah diambil alih oleh negara
dengan sgala agensinya. Ia adalah kerana ibu bapa terlalu sibuk bekerja di luar
rumah dan hubungan keluarga extended (datuk nenek atau kaum kerabat tinggal
sebumbung atau berdekatan) sudah hampir pupus. Di tambah lagi agensi budaya
dan hiburan komersial cuba menarik minat dan penumpuan kanak-kanak dan
remaja menghayati nilai yang menjadi dasar perniagaan mereka. Peranan keluarga
sebagai unit asas dalam pendidikan harus dikembalikan dan ibu bapa mestilah
berperanan sebagai guru dan bukan hanya pemberi makan dan pakai sahaja.

Sistem pendidikan kita sama ada yang formal atau tidak terlalu cenderung ke arah
penyediaan tenaga kerja yang lebih produktif. Masyarakat pula amat terdedah
kepada nilai luar yang merosakkan melalui media cetak atau elektronik. Akibatnya,
generasi akan datang akan membayar dengan harga yang mahal disebabkan
kecuaian ini. Sekarang ini pun, golongan muda banyak yang terlibat dengan gejala
negatif seperti penagihan dadah dan lain-lain berpunca daripada faktor keluarga
yang tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya. Oleh itu, peranan dan kerjasama
golongan politik, guru dan ibu bapa amat penting bagi memastikan nilai yang
terpancar daripadanya tersebar luas di kalangan masyarakat dan generasi akan
datang.

Penulis di dalam buku ini telah memberi cadangan-cadangan untuk mencapai


kebahagian sebenar di dunia dan akhirat, membina satu bangsa yang kuat dan
mempunyai keupayaan pulih diri. Cadangan-cadangan itu adalah :

1)

Sistem nilai dan falsafah pembangunan negara

2)

Penghormatan kepada ilmuan dan pendidik

3)

Merapatkan cendiakawan dengan masyarakat

4)

Pembacaan bermutu

5)

Peranan contoh pemimpin

6)

Ilmu dalam membuat keputusan

7)

Peranan media masa

8)

Persediaan bahasa ilmu dan kegiatan terjemahan

You might also like