You are on page 1of 2

8. Lihat rajah di bawah dengan teliti.

Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah


tersebut, tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
JUMLAH KEMALANGAN JALAN RAYA DI MALAYSIA
DARI TAHUN 2010 HINGGA 2012

2010

TAHUN

Jenis
Kenderaan

Motosikal

Bilangan
kemalangan

120156

JUMLAH

632017

2011

Kereta

Motosikal

Kereta

Motosikal

Kereta

511861

129017

546702

130080

655813

675719

*Sumber data : Kementerian Pengangkutan Malaysia


Berlaku peningkatan dari tahun ke tahun
Kemalangan kereta lebih banyak berlaku daripada motosikal

Jawapan Contoh 1:

roosezah@yahoo.com

2012

785893

Rajah tersebut menunjukkan jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia dari tahun 2010
hingga tahun 2012. Kemalangan kereta adalah lebih banyak daripada kemalangan motosikal pada
ketiga-tiga tahun ini. Pada ketiga-tiga tahun ini, kemalangan termasuklah kereta dan motosikal
pada tahun 2012 adalah tertinggi berbanding dengan tahun 2010 dan 2011. Selain itu, kemalangan
motosikal pada tahun 2012 adalah lebih tinggi daripada tahun 2010 dan 2011. Kemalangankemalangan ini akan berlaku dengan beberapa sebab seperti tidak mematuhi peraturan jalan raya,
kurang berhati-hati dan sebagainya. Oleh itu, pengguna jalan raya mesti mematuhi peraturan di
jalan raya dan sentiasa berhati-hati dan mengelakkan menggunakan telefon bimbit semasa
memandu kereta bagi mengelakkan kemalangan berlaku.

Jawapan Contoh 2:
Graf tersebut menunjukkan jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia dari tahun 2010
hingga tahun 2012. Kemalangan jalan raya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kes
kemalangan yang banyak ialah kereta pada tahun 2012. Kemalangan tersebut berpunca daripada
sikap pemandu yang cuai dan tidak mematuhi had laju. Penguatkuasaan undang-undang perlu
diketatkan supaya pemandu akan mematuhi peraturan di jalan raya. Pihak yang bertanggungjawab
juga perlu mengenakan denda terhadap mereka yang memandu tanpa lesen. Kesimpulannya,
pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan supaya rakyat
Malaysia dipandang sebagai rakyat yang bertanggungjawab.

roosezah@yahoo.com

You might also like