You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA

MAJLIS MOHON RESTU


MURID TAHUN 6 / 2014
ISNIN / 8 SEPTEMBER 2014

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Hj Johan bin Abd


Aziz, Ahli Dewan Undangan Kawasan Semenyih diiringi oleh Pn.
Sadiah bt. Ahmad, Guru Besar, Barisan Pentadbir, YDP PIBG dan
barisan Ahli Jawatan Kuasa PIBG.
Aluan
Ketibaan YB
Datuk Johan

Semua hadirin diminta berdiri.


Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita
mengumandang suara untuk menyanyikan lagu Negaraku
bersama iringan muzik. Semua hadirin diminta berdiri dan
bersedia.
( lagu dimainkan PA System )
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.
Kompang bergema pusaka bangsa
Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Yang Berhormat
Datuk Hj Johan bin Abd Aziz,
Ahli Dewan Undangan Kawasan Semenyih
Yang Berusaha
Pn. Sadiah bt. Ahmad
Guru Besar SK Semenyih
Dr. Mohd Rodzi bin Ali
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Semenyih
Pn. Hasnah bt. Md. Isa
Guru Penolong Kanan Kurikulum
Pn. Shamsinor bt. Shamsudin
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Mohamad Yusuf b. Hj. Puteh


Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Pn. Rohaya bt. Md Wazir
Guru Penolong Kanan Petang
Guru-guru
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG
Ibu bapa serta murid murid sekalian
Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, Salam Keilmuan dan
salam 1 Malaysia
Tuan tuan dan puan puan yang dimuliakan,
Allah jua yang dipuji dengan lidah dan hati kerana dengan limpah dan izinNya,
membolehkan kita warga Sekolah Kebangsaan Semenyih berkumpul di Dewan
Seri Budiman ini dalam Majlis Mohon Restu sempena anak-anak didik kita yang
bakal menduduki UPSR bermula dari 9 11 September ini.
Orang berilmu darjatnya tinggi
Dipandang mulia ke mana pergi
Ilmu bagaikan sinaran cahaya
Tanpa ilmu hidup tak bermaya
Sesungguhnya ilmu yang dicurahkan kepada anak didik kita perlu direstukan dan
dihalalkan agar mudah mereka ketika menghadapi peperiksaan nanti.
Hadirin sekalian,
Menadah tangan memohon restu
Kepada Allah kita minta bantu
Bacaan doa memanjatkan rahmat
Semoga kita bahagia selamat.
Bagi memperoleh restu dan hidayah Allah swt terhadap usaha yang kita lakukan,
majlis dengan sukacitanya mempersilakan Ustaz Muhammad Naim b. Hashim
untuk membacakan doa. Dipersilakan...
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Muhammad Naim b. Hashim.
Majlis pada pagi ini kita teruskan lagi dengan ucapan dari Yang Dipertua Persatuan
Ibu Bapa dan Guru SK Semenyih.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Dr. Mohd Rodzi bin Ali tampil ke
pentas untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan....
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Dr. Mohd Rodzi bin Ali,
YDP PIBG atas ucapan tadi.

Ungkapan kata ucapan keramat,


Semoga di hati tersimpul tersemat
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn. Sadiah binti Ahmad, Guru
Besar SK Semenyih untuk menyampaikan ucaptama dalam Majlis Mohon Restu
ini. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
Ucapan jutaan terima kasih,
Dari hati yang suci bersih.
Begitulah tadi ucapan dari Pn. Sadiah binti Ahmad, Guru Besar SK Semenyih.
Masa yang ditunggu-tunggu kini sudah tiba. Majlis dengan sukacitanya
mempersilakan YB. Datuk Hj. Johan b. Abd. Aziz, ADUN Semenyih untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Mohon Restu UPSR.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
Seterusnya, majlis penyampaian alat tulis sumbangan daripada YB. Datuk Hj.
Johan b. Abd. Aziz, ADUN Semenyih dan acara bersalam-salamam memohon
kemaafan dan restu.
Dipersilakan barisan pentadbir dan Yang Dipertua PIBG tampil ke atas pentas.
Guru-guru diminta berbaris di tepi dewan untuk kita memulakan majlis ini.
Dipersilakan...
Tanpa membuang masa marilah kita sama sama mendengar ucapan daripada
Ketua Murid SK Semenyih Azrul Aizat b. Norazame yang mewakili calon-calon
UPSR yang seramai 358 orang. Dipersilakan...
Begitulah tadi ucapan daripada Ketua Murid yang amat bermakna dan penuh
pengharapan.
Hadirin sekalian,
Guru sejati bergelar pendidik
Pelajar diasuh bijak cerdik
Marahnya sayang bencinya kasih
Mulutnya manis hatinya bersih.
Selama enam tahun murid-murid di hadapan kita ini bergelumang bersama guru
dalam mencari dan memperkukuhkan ilmu di dada. Sejarah mereka bermula dari
tahun 2008 apabila menjejak kan kaki di tahun 1. Maka hari ini marilah kita samasama mendengar ucapan restu dari penyelaras tahun 1 tahun 6.
Bagi memulakannya dipersilakan Penyelaras Tahun 1- Pn. Lily Suryani Sapuan
Penyelaras Tahun 2- Pn. Anom Sham Che Din
Penyelaras Tahun 3- Pn. Salmiah bt. Hassan
Penyelaras Tahun 4- Pn. Hjh Nur Izzah Wong
Penyelaras Tahun 5- Pn. Norreni bt. Kipli
Penyelaras Tahun 6- Pn. Zahidah bt. Daud
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas ucapan restu tadi.
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan yang dikasihi lagi dihormati En.


Mohamad Yusuf b. Hj. Puteh Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan...
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada En. Mohamad Yusuf b. Hj.
Puteh, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
Majlis Mohon Restu pada pagi ini kita teruskan lagi dengan ucapan daripada Pn.
Rohaya bt. Md Wazir, Guru Penolong Kanan Petang. Majlis dengan sukacitanya
mempersilakan.....
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pn. Rohaya bt. Md Wazir,
Guru Penolong Kanan Petang
Seterusnya marilah sama-sama kita dengar pula ucapan restu daripada Pn.
Shamsinor bt. Shamsudin Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Dipersilakan...
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pn. Shamsinor bt.
Shamsudin Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Dengan berakhirnya majlis penyampaian alat tulis sumbangan YB Datuk Hj. Johan
b. Abd. Aziz, ADUN Semenyih dan acara bersalam-salamam memohon kemaafan
dan restu tadi maka berakhirlah Majlis Mohon Restu kita pada pagi ini.
Bergurindam semasa LADAP,
Agar bicara tidak biadap.
Jika tergelincir lidah berkata,
Ampun dan maaf saya pinta.

You might also like