You are on page 1of 3

Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun,

23000 Dungun, Terengganu.


No. Tel / No. Faks: 09-8481395

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA SEKOLAH PENYAYANG KALI


KEDUA 2015

TARIKH

: 13 OKtober 2015

MASA
TEMPAT

: 1.00 Tengah hari


: Bilik Mesyuarat, SK Kuala Dungun

PENGERUSI

: Pn.Hjh.Nor Manisa Binti Mohd Ibrahim


Penolong Kanan HEM SKKD

KEHADIRAN

:12 Orang

TIDAK HADIR

:1. Pn. Sekina Binti Ishak (Cuti Sakit)

2.Ym. Tn. Hj.Tengku Fauzi Bin Tengku Mahmud (CRK)


URUSETIA :1.Pn. Wan Ismahira Binti Wan Ab Majid

1.

PERUTUSAN PENGERUSI
Tuan Pengerusi mengucapkan salam dan berterima kasih kepada
semua guru yang hadir. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah
Al-Fatihah.

2.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1

3.

Minit Mesyuarat Guru Bil. 2/2014 SK Kuala Dungun yang


diadakan pada 22 Mac 2015 disahkan tanpa pindaan.

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1

Pengerusi majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


semua jawatankuasa khasnya atas kejayaan Majlis pelancaran
Sekolah Penyayang yang gtelah diadakan dengan begitu
meriah sekali.

3.2

3.3

3.4

4.

Puan Wan Ismahira memberi laporan majlis secara ringkas


dan menekankan kelemahan majlis yang merangkum terlalu
banyak program dalam satu masa. Beliau mencadangkan
supaya program diadakan dengan lebih berfokus pada masa
hadapan.
Pn.Noriah memaklumkan mengenai Program Titian Kasih yang
telah berjalan sepanjang tahun dan telah memberi impak
terhadap hubungan ibu bapa dengan warga
sekolah.Beberapalawatan telah diadakan ke rumah muridmurid yang dilandamusibah seperti kejadian atap rumah
tercabut dan lain-lain.
Pn. Che Kamariah melaporkan Program Daku Yang Terawal
telah dijalankan dari bulan mac hingga Jun dan mendapat
sambutan yang menggalakkan dari murid-murid.

PEBINCANGAN MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR KE-2


Pengerusi mencadangkan Majlis sambutan Hari Lahir Murid-Murid
SKKD kali kedua diadakan pada 18 Oktober 2015.
4.1 Jawatankuasa mebincangkan pembahagian tugasa dan
tentative majlis.
4.2 Kawalan Murid perlu diberi perhatian lebih untuk memastikan
majlis sentiasa dalam keadaan meriah dalam teratur dan
tenteram.
4.3 Pn Wan hasliza mencadangkan supaya kek tidak dibeli
sebaliknya dimasak oleh guru-guru sendiri dalam bentuk kek
cawan.

5.

HAL-HAL LAIN
5.1 Pengerusi memaklumkan banyak banner-banner sekolah
penyayang telah tercabut dari dinding. Beliau akan memohon
kerjasama pekerja sekolah untuk menaikkannya semula.
5.2 Pn. Nik Yusanida mengucapkan terima kasih atas pelaksanaan
Program Sekolah Penyayang yang menyeluruh pada tahun ini
dan telah memberi peluang kepada murid murid dari kelas
PKIBP untuk turut serta dan ini amat mengembirakan mereka.

6.

PENUTUP
Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang
hadir dan mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang dengan
bacaan surah al-Asr.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

________________________________
______________________________
(WAN ISMAHIRA BINTI WAN AB MAJID)
(NOR MANISA
BINTI MOHD IBRAHIM)
SETIAUSAHA
PENOLONG KANAN HEM
JAWATANKUASA SEKOLAH PENYAYANG
SK.KUALA DUNGUN

You might also like