You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAMBU

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN TENDER KANTIN
SK KAMPUNG JAMBU BAGI TAHUN 2014 2016
TARIKH

: 28 OKTOBERI 2014

HARI

: SELASA

MASA

: 2.30 PETANG

TEMPAT

: BILIK GERAKAN SK KAMPUNG JAMBU

HADIR BERSAMA

: Tn Syed Abd Razak b Ahmad Dahlan ( wakil PPD )

KEHADIRAN

: Pn Hasnah bt Hj Abdullah ( Guru Besar )


: En Rozman b Mohamad ( PK HEM )
: Tn Hj Fikry b Sutan Taharuddin
: Pn Hjh Saerwati bt Saaid - Pencatat

AGENDA MESYUARAT
AGENDA 1:

Ucapan Pengerusi

1.1

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah al-Fatihah.

1.2

Guru besar selaku pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil PPD Tn
Syed Abd Razak b Ahmad Dahlan dan semua ahli mesyuarat yang hadir. Beliau
menerangkan tujuan diadakan mesyuarat untuk memilih pengusaha kantin yang baru
bagi sesi 2015/2016

AGENDA 2:
2.1

Ucapan wakil PPD


Tn Syed Abd Razak b Ahmad Dahlan menekankan pembukaan tawaran sebut
harga kantin mestilah mengikut protokol dan tatacara yang betul. Beliau menyatakan
sebelum mesyuarat sebut harga diadakan pihak sekolah haruslah mengeluarkan surat
perlantikan jawatan kuasa sebut harga terlebih dahulu.

2.2

Beliau juga mengingatkan bahawa AJK buka borang mestilah terdiri daripada individu
yang berbeza daripada AJK pemilihan penender.

2.3

AGENDA 3:

Keputusan mesyuarat adalah sulit sehingga surat keputusan rasmi dikeluarkan.

Senarai penama sebut harga kantin

3.1

Borang-borang yang telah dibuka diteliti dan dikira oleh pengerusi mesyuarat iaitu pn
guru besar dimana terdapat 6 set borang permohonan yang telah diterima untuk
dipertimbangkan.
Berikut adalah senarai penama sebut harga kantin:

No. Tender
1/6
2/6
3/6
4/6
5/6
6/6
3.2

Nama Pengusaha
Shafie b Shamsudin
Shahnum bt Saat
Kamaruddin b Ahmad
Siti Aloyah bt Salleh
Rozaidah bt Hamzah
Rohani bt Kasim

Jumlah sebut harga


RM750
RM450
RM450
RM800
RM850
RM750

Senarai lengkap pemohon yang menyertai tawaran sebut harga kantin SK Kampung
Jambu adalah seperti di lampiran ( rujuk lampiran ).

AGENDA 4:
4.1

Pemilihan sebut harga


Mesyuarat telah mengambil keputusan tegas bahawa pemilihan perlulah berdasarkan
tawaran harga yang berpatutan, mutu perkhidmatan yang terbaik dan dapat mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

4.2

Penentuan pemilihan pengusaha kantin yang paling layak adalah dengan mengambil kira
reputasi perkhidmatan yang terbaik sebelum ini.

4.3

Hasil perbincangan ahli jawatankuasa pemilihan bersetuju menyenaraikan tiga penama


yang paling layak berdasarkan pengalaman mengusahakan kantin sekolah, tawaran
sebut harga kantin yang munasabah dan penetapan harga makanan yang berpatutan.

4.4

AGENDA 5:
5.1

Tiga penguasaha yang terpilih tersebut berdasarkan undian yang teringgi ialah:
Pertama

- Rozaidah bt Hamzah

Kedua

- Rohani bt Kassim

Ketiga

- Siti Aloyah bt Salleh

Tindakan susulan
Sehubungan dengan pemilihan ini, Tn Syed Abd Razak menegaskan bahawa pihak
sekolah perlu menguruskan beberapa perkara seperti berikut:

5.1.1

Menyediakan satu laporan minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan sebut harga kantin
SK Kampung Jambu 2015/2016

5.1.2

Menulis surat pemberitahuan kepada pengusaha kantin tentang keputusan kelulusan


permohonan tender.

5.1.3

Pengusaha yang berjaya mendapat tender dikehendaki hadir ke sekolah untuk


mengambil wang deposit.

5.1.4

Pihak sekolah akan memberi notis kepada pengusaha sekarang supaya membersihkan
kantin sebagai persediaan kepada pengusaha baru.

5.2

Tn Syed Abd Razak mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli
mesyuarat di atas kelancaran mesyuarat sebut harga kantin yang sedang berlangsung.

AGENDA 6:
6.1

Hal-hal lain
Pn Hasnah bt Hj Abdullah selaku guru besar mengharapkan agar pengusaha kantin yang
baru dapat memberikan perkhidmatan yang sebaiknya kepada warga sekolah SK
Kampung Jambu samada dari segi layanan dan kerjasama mahupun dari segi kualiti
makanan yang disediakan.

6.2

Guru besar sekali lagi menekankan kepada semua AJK yang hadir supaya tidak
mendedahkan keputusan mesyuarat ini kepada pihak luar sehingga keputusan sebenar
dimaklumkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.


Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

( PN WAN ANISAH BT WAN ABDULLAH )

( PN HASNAH BT HJ ABDULLAH )

SETIAUSAHA KANTIN 2014

GURU BESAR,

SKK KG JAMBU

SKK KG JAMBU

You might also like