You are on page 1of 11

William Henry Gates III (dilahirkan pada 28 Oktober 1955) atau lebih dikenali sebagai Bill Gates,

ialah ahli perniagaanAmerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation (bersama Paul Allen).
Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif
untuk Microsoft Corporation , syarikat perisian terbesar di dunia.
Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi.
Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara
pemikirannya, namun begitu taktik perniagaan beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara
adil yang menyebabkan beliau dihadapkan ke mahkamah beberapa kali.
Bill Gates kerap membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada
banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun
2000, Bill & Melinda Gates Foundation.
Majalah Forbes, menyenaraikan beliau sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut,
dengan nilai sebanyak $60 bilion sehingga

[1][2]

. Pada tahun 2008, kesusutan nilai

saham Microsoft sebanyak 15% meletakkan beliau ke tempat ke-3 selepas Warran Buffett dan
Carlos Slim Helu.
Isi kandungan
[sorokkan]

1Masa muda

2Microsoft Corporation
o

2.1BASIC

2.2Kerjasama dengan IBM

2.3Windows

2.4Strategi dan pengurusan

3Kehidupan peribadi
o

3.1Kekayaan dan pelaburan

3.2Dana sumbangan dan kebajikan

3.3Anugerah dan penghormatan

4Karya penulisan

5Pembacaan lanjut

6Rujukan

7Pautan luar
o

7.1Profil dan biografi

7.2Gambar

7.3Temu ramah

Masa muda[sunting | sunting sumber]


William Henry Gates III atau Bill Gates dilahirkan di Seattles Swedish Hospital di
Seattle, Washington pada 28 Oktober 1955, sejurus selepas 9.00 malam. Bill Gates diberi nama
timangan Trey, oleh neneknya merujuk kepada pemain kad ke-3 dan juga anak lelaki ke-3 dalam
salasilah nama Gates (Berdasarkan III dalam nama akhirnya).
Salasilah Nama Gates

Moyang - William Henry Gates

Datuk - William Henry Gates II

Bapa - William Henry Gates Jr

Beliau - William Henry Gates III

Beliau adalah anak kedua kepada William Henry Gates Junior, seorang peguam ternama, dan Mary
Maxwell, bekas guru sekolah. Mary Maxwell merupakan wanita pertama yang memegang
jawatan Presiden di United Way, juga bekas ahli lembaga pengarah First Interstate Bank dan juga
ahli kehormat University of Washington . Mary berhenti mengajar apabila mendirikan rumahtangga
dan aktif dalam kerja-kerja amal. Beliau meninggal dunia pada 1994. Ibu bapa Bill Gates berkahwin
pada tahun 1951, dan mempunyai 3 anak, yang pertama ialah Kristi, diikuti dengan Bill Gates dan
anak bongsu, Libby, 9 tahun muda darinya.
Beberapa sumber luar mengatakan ibunya menyimpan unit amanah yang bernilai berjuta dollar
Amerika untuk Bill Gates yang menyumbang kepada harta kekayaannya tetapi kenyataan itu
dinafikan menerusi wawancara pada tahun 1994 dan juga menerusi buku yang ditulisnya The Road
Ahead.
Bill Gates merupakan pelajar cemerlang ketika di sekolah rendah terutama dalam mata pelajaran
matematik dan sains. Pada umur 13 tahun, Bill Gates dihantar belajar keLakeside School For Boys,
sekolah yang paling unggul di Seattle, di mana yuran tahunannya ialah USD$5000 berbanding
dengan Universiti Harvard sebanyak USD$1,760. Ketika di dalam gred 8, Kelab Ibu sekolah tersebut

membuat kutipan jualan untuk membeli terminal teletaip ASR-33 dan juga beberapa blok masa
menggunakan komputer dari Syarikat General Electric Computer(GE). Bill Gates menunjukkan
minat yang amat tinggi dalam pengaturcaraan GE menggunakan BASIC dan diberi kelonggaran
tidak menghadiri kelas matematik untuk minatnya itu. Selepas sumber kewangan dari Kelab
Ibu mula habis disebabkan pembayaran untuk kegunaan masa komputer, Bill Gates dan beberapa
pelajar lain terpaksa mencari cara lain. Mereka berjaya mendapat kebenaran dari sebuah
syarikat, Computer Center Corporation (CCC) untuk menggunakan komputer mereka, DEC PDP
minicomputers secara percuma dengan membantu syarikat tersebut mencari pepijat (bugs) untuk
perisian mereka. Pada suatu musim panas, para pelajar termasuk Bill Gates tertangkap apabila
syarikat CCC mendapati mereka menyalahgunakan keistimewaan mereka dengan
mengeksploitasikan pepijat supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk lebih lama.
Sebagai hukuman, para pelajar Lakeside School diharamkan memasuki makmal komputer pada cuti
musim panas.
Setelah habis tempoh hukuman, Bill Gates dan 3 rakannya Paul Allen, Ric Weiland, and Kent Evans
ditawarkan peluang sekali lagi oleh CCC untuk mencari pepijat di dalam aplikasi syarikat tersebut
dan sebagai ganti, mereka boleh menggunakan komputer di situ secara percuma.
Bill Gates tidak menggunakan teletaip pada kali ini, tetapi mula mempelajari kod punca (source
code) dari pelbagai program yang digunakan oleh sistem tersebut. Beliau bukan saja
mempelajari BASIC, tetapi juga mempelajari FORTRAN, LISP dan bahasa mesin (machine
language).
Mereka membantu CCC sehingga syarikat itu ditutup pada tahun 1970. Pada tahun berikutnya,
Syarikat Information Sciences Inc menawarkan pelajar-pelajar dari Lakeside School untuk menulis
program pembayaran (payroll) menggunakan COBOL. Mereka bukan sahaja ditawarkan dengan
peluang menggunakan komputer secara percuma malah akan dibayar upah royalti.
Pada usia 14 tahun, Bill Gates memulakan syarikat usahasama bersama Paul Allen dan Paul Gilbert
yang dipanggil Traf-O-Data. Mereka membina pengira trafik yang menyimpan data di dalam pita
yang ditekan (Punched Tape). Ia merupakan sebuah komputer kecil yang digunakan untuk
mengawal trafik lalu lintas dan mempunyai perisian untuk memproses data. Mereka mendapat
keuntungan bersih USD$20,000 pada tahun yang pertama. Walau bagaimanapun apabila umur Bill
Gates diketahui, syarikat mereka kehilangan hampir kebanyakan peluang perniagaan. Traf-OData adalah syarikat pertama Bill Gates.
Bill Gates, menurut sumber akhbar mendapat markah 1590 untuk SAT (Kelayakan unutk memasuki
universiti di Amerika Syarikat) dan memohon untuk memasuki Universiti Harvard pada musim luruh
1973 dalam bidang undang-undang. Ketika belajar di universiti tersebut, beliau berkenalan dengan
Steve Ballmer yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Microsoft
Corporation.

Microsoft Corporation[sunting | sunting sumber]


BASIC[sunting | sunting sumber]

Gambar bersama pekerja-perkerja awal Microsoft pada Disember 7, 1978

Selepas membaca majalah Popular Electronics, keluaran Januari 1975 yang memperkenalkan Altair
8800, Bill Gates menghubungi MITS(Micro Instrumentation and Telemetry Systems), syarikat yang
mencipta mikro komputer tersebut. Walaupun pada ketika ini beliau masih belum memulakan
sebarang penulisan kod untuk Altair 8800, beliau memberitahu president syarikat MITS bahawa
kerja-kerja membina pengantaraan BASIC sedang dibuat oleh rakan - rakan kongsinya. Bill Gates
dan Paul Allen masih tidak dapat memulakan penulisan kod punca kerana mereka masih belum
mempunyai Altair, tujuan beliau menelefon hanyalah untuk mendapat perhatian dari pihak MITS.
Presiden syarikat MITS bersetuju untuk bertemu Bill Gates dan Paul Allen untuk memberi
demonstrasi. Dalam beberapa minggu, Bill Gates dan Paul Allen berjaya membina padanan
(emulator) untuk Altair yang menggunakan minikomputer dan pengantaraan BASIC. Bill Gates dan
Paul Allen kemudiannya berjaya mendapat kontrak mengedarkan pengantaraan tersebut yang
digelar Altair BASIC selepas kejayaan mereka di dalam demonstrasi yang dibuat di pejabat MITS di
Albuquerque.
Bill Gates kemudiannya menubuhkan syarikat, Micro-Soft, bersama Paul Allen dan mengambil cuti
belajar dari Harvard untuk memulakan perniagaan barunya.
Microsoft BASIC menjadi perisian yang popular kepada ramai pengemar komputer dan sumber
kodnya disalin dan diedar secara meluas kepada komuniti komuniti peminat komputer. Pada
Februari 1976, Gates menulis surat terbuka kepada pengemar (Open Letter to Hobbyists) di dalam
risalah MITS, yang menjelaskan bahawa MITS tidak boleh meneruskan pengeluaran, mengedar dan
mengekalkan perisian yang berkualiti tinggi tanpa bayaran. Penjelasan itu tidak diendahkan oleh
oleh ramai pengemar komputer tetapi Bill Gates tetap dengan pendiriannya bahawa pembina
perisian berhak mendapat bayaran di atas kerjanya.
Microsoft memutuskan kerjasamanya dengan MITS pada penghujung 1976 dan meneruskan
pembinaan bahasa pengatucaraan perisian (programming language software) untuk pelbagai
sistem.

Menurut Bill Gates, pekerja - perkarja awal di Microsoft biasanya membuat lebih dari satu kerja pada
awal penubuhannya, seperti contoh, sesiapa yang menjawab telefon yang meminta barang dihantar,
adalah orang yang harus membungkus barang dan menghantarnya. Bill Gates mempunyai
tanggungjawab yang besar dalam syarikatnya tetapi tetap membantu di dalam penulisan kod. Dalam
5 tahun yang pertama penubuhan Microsoft, beliau sendiri akan memeriksa setiap satu baris kod
sumber dan juga membuat pembaikian kod, jika perlu, sebelum ia diedarkan.

Kerjasama dengan IBM[sunting | sunting sumber]

Bill Gates muncul dalam majalah Time pada 1984

Pada 1980, IBM menawar Microsoft untuk membina mengantaraan BASIC untuk komputer peribadi
terbaru syarikat tersebut yang dipanggil IBM PC. Apabila diberitahu oleh IBM bahawa mereka
mengkehendaki sistem operasi (Operating System), Bill Gates mencadangkan system operasi CP/M
yang dibina oleh Dr. Gary Kildall dari syarikat Digital Research (DRI).
Walau bagaimanapun, apabila perbincangan IBM dan DRI tidak berjalan lancar, wakil IBM, Jack
Sams meminta Bill Gates mendapatkan mereka satu sistem operasi yang boleh digunakan. Menurut
Jack Sams, perbincangan beliau dengan DRI menghadapi jalan buntu berkaitan dengan masalah
lesen perisian. Beberapa minggu kemudian, Bill Gates mencadangkan 86-DOS (QDOS), sebuah
sistem operasi yang hampir sama dengan CP/M, dibina oleh Seattle Computer Products (SCP),
Microsoft berjaya mendapat persetujuan dari SCP untuk menjadi ajen untuk QDOS dan
kemudiannya menjadi pemilik tunggal untuk lesen tersebut. Walau bagaimanapun, Bill Gates tidak
pernah menyatakan bahawa IBM adalah bakal pelanggan untuk QDOS. Setelah kerja adaptasi
dibuat untuk membolehkan QDOS berfungsi di dalam computer peribadi , Microsoft menjualkannya
kepada IBM, yang dikenali sebagai PC-DOS. PC-DOS adalah sistem operasi untuk semua
komputer peribadi IBM yang dijual oleh Microsoft kepada IBM tanpa syarat dan pembayaran hanya

dibuat sekali sahaja. Dalam masa yang sama Microsoft membina MS-DOS, sebuat sistem operasi
untuk komputer bukan milik IBM yang juga dikenali sebagai klon. [3].
Bill Gates tidak faham mengapa DRI tidak berminat dengan projek system operasi bersama IBM dan
bererapa tahun kemudiannya, beliau mendakwa Dr. Gary Kildall sebagai seorang yang mengambil
sikap sambil lewa, dakwaan itu dinafikan oleh DRI.
Beberapa lama kemudiannya, syarikat Compaq berjaya meniru BIOS IBM dan menjual komputer
peribadi yang lebih murah. Tidak lama kemudian, pasaran komputer melimpah dengan komputerkomputer klon IBM di mana sistem operasinya menggunakan MS-DOS. Komputer peribadi
mendapat permintaan yang banyak serata dunia dan dengan sekelip mata, Microsoft menjadi
sebuat syarikat yang besar dan penting di dalam senarai syarikat perisian di dunia. Microsoft
sehingga kini meneruskankan pembinaan sistem-sistem operasi, perisian applikasi dan banyak lagi.

Windows[sunting | sunting sumber]

Gambar bersama Mitch Kapor dan Fred Gibbons pada 1984.

Pada tahun 1980 an, Microsoft memperkenalkan versi sistem operasi menggunakan Graphical User
Interface (GUI) berdasarkan idea yang diasaskan oleh Xerox corporation, dan diperkemaskinikan
oleh Apple. Microsoft melancarkan sistem operasi baru yang dinamakan Windows untuk
menandingi pasaran perisian untuk menjadikan perisian lebih mudah digunakan (user friendly).
Windows 3.0 yang dikeluarkan pada 1990 mendapat kejayaan besar, dijual sebanyak 10 juta unit
dalam tempoh 2 tahun pertama dan memahatkan nama Microsoft sebagai syarikat terunggul dalam
penjualan sistem operasi.
Bagi memastikan produk Microsoft kekal sebagai nombor 1 di dalam perniagaan sistem operasi,
Microsoft berkerjasama dengan syarikat-syarikat komputer peribadi untuk memuatkan Windows
secara sedia ada di dalam semua komputer-komputer baru. Dengan kejayaan kerjasama itu,
Microsoft Corporation menjadi syarikat gergasi di dalam arena sistem operasi dan menjadikan Bill
Gates sebagai orang terkaya di dunia sehingga ke hari ini.

Strategi dan pengurusan[sunting | sunting sumber]

Bill Gates memberi keterangan di mahkamah pada 27 Ogos, 1998.

Semenjak Microsoft ditubuhkan pada 1975 sehingga ke 2006, Bill Gates bertanggungjawab keatas
strategi syarikat dan pemasaran. Beliau secara agresifnya telah memperluaskan peluang
pemasaran produk-produk Microsoft dan mengembangkan syarikat itu sehingga dikenali sebagai
syarikat perisian gergasi. Beliau juga adalah seorang yang bertanggungjawab meluluskan hampir
semua keputusan besar syarikat itu yang menyebabkan beliau kerap ditarik ke mahkamah untuk
memberi penjelasan terhadap tindakan -tindakan pemasaran beliau yang dikatakan berlaku tidak
adil terhadap syarikat lawannya. Di dalam keterangannya di mahkamah pada 1998, Bill Gates
dilaporkan oleh wartawan sebagai memberi keterangan sukar dilawan. Beliau berhujah kepada
peguam dari Jabatan kehakiman US, David Boies, mengenai maksud Lengkap, Ambil Berat,
Jihat dan sebagainya yang walau bagaimanapun membuatkan hakim Jackson ketawa
mendengarnya. [4]
Bill Gates kemudiannya berkata kepada wartawan bahawa beliau sengaja melawan David Boies
yang menurutnya cuba menenukarkan fakta-fakta beliau dan bersikap angkuh ketika menyoalnya.
Bill Gates menambah Walau apa pun tindakan yang akan dikenakan kepada saya, sikap biadap
saya kepada David Boise adalah yang terbesar. Walaupun dinafikan oleh Bill Gates, hakim
membuat keputusan bahawa Microsoft telah melanggarkan kanun perniagaan di dalam Akta
Sherman dengan melaku pembolotan dalam perniagaan dan cuba menyekat persaingan.
Bill Gates kerap bertemu dan membuat perbincangan dengan ketua-ketua pengurus dan juga
pengurus-pengurus program syarikat. Beliau juga boleh menjadi keterlaluan apabila tidak menyukai
apa yang didengar atau apa yang berlaku di dalam mesyuarat. Kerap kali beliau didengari
menjerit Ini adalah benda terbodoh yang pernah saya dengaratau Apa pasallah kau tak masuk
pasukan keamanan sahaja? kepada para pekerja. Walau bagaimanapun, beliau biasanya
mengalah apabila mendapat penjelasan yang sewajarnya dari pekerja yang dimarahinya. Jikalau
beliau tidak berpuas hati dengan kerja kerja yang dihadapi oleh pengurus teknikal, sesekala beliau
dikatakan bertanya mereka Apa, kau nak aku habiskan kerja ni pada hari minggu ni ke?

Tugas utama Bill Gates di Microsoft adalah lebih kepada bahagian pengurusan perniagaan,
pemasaran dan pentadbiran. Tetapi pada awal penubuhan Microsoft, beliau aktif di dalam
pembinaan perisian terutamanya di dalam bahasa pengaturcaraan syarikat tersebut.
Pada tahun 2000, Bill Gates mengumumkan sahabat baiknya, Steve Ballmer sebagai Ketua
Pegawai Eksekutif dan melantik dirinya "Ketua Perisian Arkitek".
Pada 15 Jun 2006, Bill Gates mengumumkan bahawa beliau tidak akan lagi bekerja sepenuh masa
dalam masa dua tahun untuk meluangkan lebih banyak masa kepada kerja amal. Beliau menlantik
Ray Ozzie sebagai "Ketua Perisian Arkitek" yang baru dan hanya mengekalkan jawatan "Pengerusi"
dan sebagai penasihat untuk projek-projek utama syarikat sahaja. Salah satu usaha beliau sebelum
melepaskan jawatan hariannya di Microsoft ialah menghasilkan kumpulan perisian robotik.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]


Bill Gates mengahwini bekas pengurus produk di syarikatnya, Melinda French yang berasal
dari Dallas, Texas pada 1 Januari, 1994 di Hawaii. Mereka dikurniakan tiga anak, Jennifer Katharine
Gates (April 26, 1996), Rory John Gates (Mei 23, 1999) and Phoebe Adele Gates (2002). Ibu Bill
Gates, Mary Maxwell meninggal dunia hanya beberapa bulan selepas majlis perkahwinannya.
Bapanya, Willian Henry Gates Jr, berkahwin semula dengan pengarah muzium Seattle, Mimi
Gardner. Seluruh keluarga, termasuk kakak dan adik perempuan beliau menetap di Seattle.
Apabila diwawancara oleh Wired News pada 12:35 PM Nov. 12, 2002, mengenai harta kekayaan
dan masa depan anak-anaknya, beliau menjawab "Saya rasa tidak baik untuk anak-anak membesar
dengan mewarisi harta kekayaaan yang berbillion". Tambah Bill Gates lagi, beliau akan memastikan
anak-anaknya hidup senang dan dijaga dengan baik. Bill Gates juga berkata, anak-anaknya hanya
akan mewarisi USD $10 million seorang.
Rumah beliau yang beralamat di 1835, 73rd Ave NE, Medina, WA St98039-2328, terletak di pinggir
tasik Washington yang dipanggil rumah ekologi mengambil masa 7 tahun unutk siap. Rumah yang
sebesar 40,000 kaki persegi ini dibina oleh James Cutler bernilai USD $97 juta pada awal
pembinaan tetapi kemudiannya melebihi 40% dari harga asal setelah siap sepenuhnya. Jumlah
keseluruhan tanah dan rumah sesudah siap ialah USD $125 juta menjadikannya rumah termahal di
dunia. Cukai tahunan rumah itu sahaja hampir mencapai USD1 juta.
Antara koleksi antik peribadi milik Bill Gates ialah Codex Leicester, sebuah koleksi penulisan
Leonardo da Vinci. Beliau membelinya dengan harga USD $30.8 juta di dalam jualan lelong pada
tahun 1994.
E-mail Bill Gates telah diedarkan secara meluas dan pada 2004, beliau menerima lebih kurang
4,000,000 e-mail sehari, yang mana kebanyakannya adalah spam. Microsoft Corporation
mempunyai sebuah jabatan yang mana tugas mereka adalah untuk menapis e-mail spam sahaja.
Menurut Bill Gates, kebanyakan e-mail spam yang diterimanya ialah e-mail skim cepat kaya atau

meminta wang darinya yang kadangkala amat lucu apabila dibaca tetapi selalunya amat
menyakitkan hati.

Kekayaan dan pelaburan[sunting | sunting sumber]


Bill Gates telah menjadi senarai tetap majalah Forbes untuk "400 Orang terkaya di Amerika Syarikat
(dari tahun 1993 sehingga 2006; dan mendapat tempat nombor 1 untuk senarai orang terkaya di
dunia dari 1995 sehingga 2007 (kecuali 1997).
Selain dari Microsoft, Bill Gates juga ada membuat pelaburan di dalam syarikat lain. Beliau
membuka syarikat Corbis, syarikat imej digital pada tahun 1989. Pada tahun 2004, beliau menjadi
pengarah di Berkshire Hathaway, syarikat pelaburan yang diketuai oleh rakannya Warren Buffett.
Menurut senarai Forbes orang-orang paling kaya dalam dunia[5][6]:

1996 - $18.5 billion, #1

1997 - $36.4 billion, #2

1998 - $51.0 billion, #1

1999 - $90.0 billion, #1

2000 - $60.0 billion, #1

2001 - $58.7 billion, #1

2002 - $52.8 billion, #1

2003 - $40.7 billion, #1

2004 - $46.6 billion, #1

2005 - $51.5 billion, #1

2006 - $50.0 billion, #1

2007 - $60.0 billion, #1

2008 - $58.0 billion, #3

Dana sumbangan dan kebajikan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2000, Bill Gates menubuhkan Bill & Melinda Gates Foundation, sebuah yayasan amal
bersama isterinya. Yayasan ini memberi dana - dana termasuk biasiswa kolej kepada yang kurang
berkemampuan untuk membayar yuran pelajaran, ubat-ubat untuk AIDS, membantu pesakit-pesakit
di negara-negara dunia ketiga dan banyak lagi.
Dalam tahun 2000 juga, yayasan ini telah menyumbangkan USD$210 juta kepada Universiti
Cambridge di atas nama Gates Cambridge Scholarships. Yayasan Bill & Melinda Gates juga telah
menyumbangkan lebih dari USD$7 juta kepada banyak organisasi termasuk United Negro College
Fund.
Menurut majalah Forbes keluaran tahun 2004, Bill Gates telah menderma lebih dari USD$29 billion
dari tahun 2000 ~ 2004 sahaja.
Salah satu dari minat utama Bill Gates ialah untuk memperbaiki kualiti sekolah-sekolah umum di
Amerika Syarikat. Beliau telah memberi banyak sumbangan untuk mencapai matlamat beliau dan
juga muncul dalam Oprah Winfrey untuk menekankan issue-isue yang ada di dalam sistem
pembelajaran Amerika. Beliau juga muncul di majlis kongres Amerika Syarikat untuk
membentangkan issue tersebut.

Anugerah dan penghormatan[sunting | sunting sumber]


Majalah TIME menamakan Bill Gates sebagai orang nombor 1 dalam 100 yang paling berpengaruh
untuk abad ke-20 dan juga pada tahun 2004, 2005 dan 2006. Bill Gates dan Oprah Winfrey adalah 2
orang yang mendapat tempat di dalam keempat-empat senarai tersebut.
Majalah TIME juga menamakan Bill Gates, isterinya Melinda, dan penyanyi utama kumpulan U2,
Bono sebagai Persons of the Year pada tahun 2005 untuk sumbangan besar yang diberi di dalam
misi kemuanusiaan. Pada tahun yang sama, pada bulan Mac, Bill Gates dianugerahkan darjah
kesatriaan Knight Commander of the Order of the British Empire daripada Ratu Elizabeth II. Pada
tahun 2006, beliau dianugerahkan dengan Premio Prncipe de Asturias en Cooperacin
Internacional. Bill Gates juga mendapat tempat ke-8 oleh majalah New Statesman pada tahun 2006
sebagai "Heroes of our time.
Bill Gates tersenarai di dalam Sunday Times Power List pada tahun 1999, sebagai CEO of the
year oleh majalah Chief Executive Officers pada tahun 1994, tempat pertama di dalam "Top 50
Cyber Elite" oleh majalah TIME pada tahun 1998, tempat ke-2 di dalam Upside Elite 100 pada tahun
1999 dan disenaraikan oleh The Guardian sebagai "Top 100 influential people in media" pada tahun
2001.
Bill Gates menerima 3 sarjana kedoktoran dari Nyenrode Business Universiteit, Breukelen, Belanda
pada tahun 2000, Royal Institute of Technology, Stockholm, Sweden pada tahun 2002 dan Waseda
University, Tokyo, Jepun pada tahun 2005. Para entomology menamakan bunga Eristalis gatesi,
sebagai penghormatan kepada Bill Gates.

Bill Gates dan Melinda menerima Prince of Asturias Award dari International Cooperation pada
Mei, 4, 2006, sebagai penghormatan di atas kerja-kerja amal dan sumbangan yang diberikan. Pada
November 2006, beliau dan isterinya dianugerahkan dengan Order of the Aztec Eagle untuk kerja
amal dan sumbangan mereka di dalam kesihatan dan pendidikan sedunia, terutamanya di Mexico
untuk program "Un pas de lectores"

You might also like