You are on page 1of 3

REFLEKSI LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAIPING

Isnin / 18 APRIL 2016


Pada hari Isnin bersamaan 18 April 2016 yang lalu, dalam subjek Persatuan Sejarah,
kami sekumpulan pelajar seramai 22 orang pelajar IPGM kampus Ipoh telah mengadakan satu
lawatan ke Ipoh utara, Perak Darul Ridzuan.Pensyarah pengiring yang turut ke lawatan ini
ialah En Ng Chun Leng
Pada pukul 7.30 pagi kami telah berkumpul di garaj Bas dan mula bertolak ke Taiping
pada pukul 8.00 pagi. Saya berasa amat teruja kerana inilah kali pertama saya dapat pergi ke
Taiping yang penuh warisan sejarah negara yang disahkan oleh Kemeneterian kebudayaan
dan warisan negara terutama sekali di bandar Taiping. Apa yang mengecewakan hati saya
ialah, saya tidak membawa kamera untuk menangkap gambar-gambar yang menarik semasa
lawatan hanya mengunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar sepanjang lawatan ini
Setibanya di Muzium Perak Taiping saya berasa sungguh seronok. Pensyarah En Ng
Chun Leng pun mula memberi taklimat tentang objektif lawatan dan berharap agar kami dapat
laksanakan lawatan seperti itu bila pulang bertugas di Institusi Perguruan nanti. Apa yang
menakjubkan saya ialah bahan dan sumber sejarah berkaitan sejarah lampau telah menarik
minat saya mengetahui sejarah dalam negeri dan negara.Antara sumber sejarah yang dapat
saya lihat berkaitan bahan timbang yang digunakan pada masa dahulu dalam timbang bahan
bijih timah dansebagainya.Selain saya juga sempat melihat ciri-ciri kebudayaan masyarakat
Malaysia iaitu pelbagai kaum sperti Melayu,Cina ,India ,Orang peribumi iaitu asli .Di sana
saya dapat mengenali budaya,adat resam ,pakaian, alat permainan tradisi seperti
congkak,gasing leper dan sebagainya.
Kami juga telah ditontonkan dengan video tentang budaya masyarakat tempatan dan
kehidupan pada zaman prasejarah dan sebagainya.Saya dapat banyak gambaran berkaitan
zaman prasejarah dan kebudayaan masyarakat tempatan.Dengan sumber sejarah ini saya dapat
menggunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti.Malah sumber dari
Muzium amat berguna kepada masyarakt untuk asal-usul kedatangan british dan bahan bukti
kedatangan dan penjajahan british di Perak mahunpun di negara kita.Oleh itu,setiap
masyarakat perlu mengunjungi ilmu pengetahuan sejarah agar generasi akan datang tidak
hidup sperti katak dalam tempurung sehingga tidak mengenali sejarah negara sendiri.
Selepas melawat Muzium Perak, Pada pukul 11.30 pagi kami pun bertolak ke Muzium
Matang di Taiping. Setelah sampai di Muzium Matang Taiping kami sempat mengambil

gambar kumpulan di hadapan muzium Matang.Selepas itu ,saya dan rakan sekelas tmasuk
dalam muzium.Muzium ini dilengkapi bahan peninggalan dan sumber berkaitan pengusaha
bijih timah di laru perak pada masa itu.Tokoh yang terkenal itu ialah Tok Ng Ibrahim yang
orang kaya pada msa itu yang mengusahakan banyak lombong bijih timah. Di sana saya
sempat lihat hierarki keturunan keluarga Nga Ibrahim yang masih hidup dan digelar sebagai
orang kaya Perak.Muzium Matang didirikan di rumah mewah yang dibina oleh nga Ibrahim
pada kesultanann Perak dan Zaman penjajahan British.Bangunan ini masih berdiri kukuh
dengan corak pembinanaan yang lam orang melayu yang bertingkat satu.Selain itu muzium
ini juga ada ruang penjara yang dikurung nga Ibrahim,Tok Maharajalela dan sebagainya
sebelum dihukum oleh pihak British atas pembunuhan J.W.W Birch.Di sana Juga saya sempat
melihat bahan yang digunakan untuk industri lombong tradisi yang digunakan oleh Tauke
Cina di bawah Nga Ibrahim.Setelah melihat di bawah saya melihat bahan yang digunakan
orang jemput pada zaman pemerintahan jemput di Tanah Melayu.Mereka meninggalkan
beberapa bahan sebagai bukti pemerintahan seperti telefon anolog,topi,botol air askar
,senapang dan sebagainya .Di luar banguanan ini terdapat makam Nga Ibrahim dikebumikan
pada tahun 1998 yang dibawah daripada negara Singapura.

Selapas itu saya sempat

mengambil gambar pokok mampelam yang digantung oleh tok pejuang negara Maharajalela
dan pengikutnya diseberang jalan bangunan itu.
Selepas itu kami makan di Matang Taiping. Saya berasa sedikit terkilan kerana harga
sepinggan mee udang mencecah RM7 . Walaubagaimanapun, rasa mee kari yang disediakan
tidaklah begitu menghampakan. Setelah selesai makan, kami pun bertolak ke Galeri Istana
Kuala Kangsar, Perak.
Pada pukul 2.00 petang ,kami tiba di Galeri Istana Kuala kangsar.Di kami diminta
membeli tiket yang berharga RM 2.00 .Sebelum saya memasuki galeri Istana kawasan
sekeliling istana kelihatan cantik dihiaskan dengan bunga-bungaan.Saya sempat mengambil
gambar di sana agar menjadi satu

kenangan saya.Di dalam geleri ini tidak dibenarkan

mengambil gambar demi keselamatan kerabat diraja. Dalam galeri ini istana ini dilengkapi
segala peralatan kerabat diraja yang dikumpul oleh Sultan Azlan Shah sepanjang
pemerintahan baginda di negeri ini.Bangunan ini dibina pada tahun 1903 iaitu sebelum
kelahiran sultan Azlan shah namun segala peralatan yang dikumpul oleh baginda amat
bernilai dan menjadi kenangan kepada rakyat dan keluarga diraja Bangunan ini satu tingkat
dengan hiasan istana diraja.Selain itu,segala cendarahati yang diperoleh oleh baginda
dijadikan pameran kepada para pelawat agar mereka dapat maklumat mengenai negara-negara

yang pernah dilawat oleh baginda pada masa pemerintahan baginda di negeri Perak.Selain
dalam gelari ini juga
Tepat jam 5.00 petang, kami pun bertolak pulang ke IPGM. Saya berasa sungguh
seronok dan saya juga berharap agar saya dapat berkongsi ilmu yang didapati dari lawatan ini
apabila pulang bertugas di sekolah nanti. Saya juga bercadang ingin mengadakan lawatan
seperti ini dan membawa anak murid saya melawat ke Pusat Eko Pendidikan Hutan Paya
Laut, Kuala Sepetang, Perak Darul Ridzuan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada
pensyarah-pensyarah kerana membawa kami melawat ke tempat yang penuh bermakna ini
terutama kepada pensyarah kami yang disayangi En Ng Chu Leng.

You might also like