You are on page 1of 12

YUNANI

Latar Belakang

Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi oleh
Laut Aegean dan Laut Mediterranean. Tamadun ini bermula dengan pembentukan petempatan manusia
yang dikenali sebagai Negara kota atau polis. Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah
kampong dan bandar pada sekitar tahun 1000-800SM. Terdapat banyak negara kota pada zaman Yunani
dan setiap Negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian dan di dalam
kota terdapat pasar, kubu, kuil dan istana.
Walaupun terdapat banyak negara kota di Yunani tetapi yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan
Corinth. Ketiga-tiga negara kota tersebut terletak berhampiran dengan Laut Mediterranean. Setiap negara
kota memiliki corak pemerintahan dan undang-undang tersendiri selain turut memiliki beberapa tuhan.
Masyarakat dalam setiap negara kota itu sentiasa bersatu padu, walaupun begitu, peperangan sering
berlaku antara negara-negara kota tersebut.

Seni Bina

Acropolis Pusat pentadbiran atau ibu negeri di Athens. Dalam acropolis terdapat binaan yang menarik
seperti rumah berhala, teater, serta bangunan yang paling menarik, iaitu Parthenon.
Parthenon Rummah berhala untuk Dewi Athena dan dibina pada zaman pemerintahan Pericles, iaitu
pada tahun 421-409SM. Parthenon dibina untuk mengingati kejayaan membebaskan diri daripada kuasa
Persia. Ukurannya ialah 69.5m x 30.88m.
Pantheon Binaan berbentuk kubah yang terbesar di dunia, iaitu bergaris pusat 44m. Dibina pada zaman
Maharaja Hadrian (117-138M). Fungsinya adalah sebagai tempat memuja dan menyimpan paying dewa
dan tempat menjalankan kerja awam.

Sumbangan Tamadun Yunani

Tamadun Yunani telah mewariskan sistem pemerintahan berbentuk demokrasi. Dalam sistem demokrasi

itu, rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik. Rakyat terlibat secara langsung dalam pembentukan
kerajaan, oleh itu, kerajaan berbentuk demokrasi disifatkan sebagai kerajaan rakyat. Sistem demokrasi ini
diamalkan di kebanyakan negara di dunia pada hari ini.
Tamadun Yunani telah memperkenalkan Sukan Olimpik pada tahun 776SM. Pertandingan itu diadakan di
Olympia. Pertandingan antara negara kota yang dibuat empat tahun sekali itu bertujuan menghormati
Tuhan Zeus. Negara kota yang bersaing ialah Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Olympia dan Argos.
Perbezaan antara Sukan Olimpik asal dengan Sukan Olimpik moden adalah dari segi tujuan organisasi
dan bilangan peserta sementara bilangan acara yang dipertandingkan pula tambah berlipat ganda.

Sistem Pemerintahan
Dalam tamadun Yunani telah wujud beberapa bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh sesebuah
negara kota. Bentuk pemerintahan tersebut mengalami pelbagai perubahan daripada monarki, oligarki,
aristokrasi, diktator (tirani), dan akhirnya kepada demokrasi. Kewujudan pelbagai bentuk pemerintahan
menunjukkan orang Yunani sentiasa berusaha meningkatkan aspek pemerintahan dan pentadbiran
negara kota mereka.
Sebelum sistem demokrasi diperkenalkan, Athens mengamalkan sistem beraja. Dalam sistem ini, raja
dibantu oleh sebuah badan yang dinamakan konsul. Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera
dan ketua agama. Apabila kuasa konsul menjadi kuat, peranan raja sebagai ketua hakim, ketua tentera
dan ketua agama semakin merosot. Akibatnya, lahir sistem raja yang dipilih tetapi kuasany amat terhad.
Ini adalah kerana dalam sistem ini pemerintahan dikuasai oleh konsul yang terdiri daripada orang kaya.
Sistem pemerintahan oleh beberapa orang konsul seperti ini dinamakan oligarki. Daripada kalangan
konsul ini lahir pula golongan aristokrat yang kuat. Mereka memiliki kuasa yang besar dan pemerintahan
oleh golongan aristokrat ini dinamakan aristokrasi.
Akibat rasa tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahan berbentuk aristokrasi, muncul pula golongan
yang menuntut hak dan ini telah menyebabkan berlakunya rampasan kuasa. Keadaan ini telah membawa
kepada pemerintahan berbentuk tirani oleh diktator. Biasanya, diktator bukan daripada golongan
aristokrat tetapi daripada golongan kaya atau tentera. Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan
kuasa tersebut, tetapi tindakan itu telah ditentang oleh golongan aristokrat. Oleh itu, lahir pula sistem
demokrasi.
Dalam sistem demokrasi terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis. Semua warganegara lelaki dewasa
Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara 6 bulan sehingga setahun. Dewan
Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan dan setiap ahli Dewan ini boleh
mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan. Segala keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis.
Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan. Oleh itu, Dewan mempunyai kuasa penuh terhadap
ketiga-tiganya. Walaupun sistem demokrasi diamalkan di Athens, tetapi sistem ini tidak berlaku di negara
kota yang mengamalkan sistem beraja yang berkuasa mutlak.
Jika demokrasi diamalkan di Athens, di Sparta pula, sistem pemerintahan tentera telah diamalkan.
Dengan ini sistem pertahanan telah diberikan perhatian yang penting. Anak lelaki dilatih dari awal untuk
menjadi askar yang baik dan sistem latihan ini telah menjadikan Sparta berjaya melahirkan tentera yang
mempunyai semangat patriotik yang tinggi lagi handal.

Perundangan
Dalam tamadun Yunani, Dewan Perhimpunan berfungsi menggubal undang-undang. Kepentingan
undang-undang diutarakan oleh Plato dalam bukunya Republic. Menurut Plato, negara harus diperintah
oleh ahli falsafah kerana mereka cekap, terbaik, dan berupaya menggubal undang-undang.

Falsafah

Ahli falsafahialah manusia yang menggunakan akal untuk berfikir secara berterusan bagi mencari
jawapan yang logik dan rasional terhadap persoalan yang berkaitan dengan kehidupan harian dan alam
di sekitar mereka. Tamadun Yunani terus meningkat dengan kelahiran ahli-ahli falsafah seperti
Herodotus, Socrates, Aristotle dan Plato. Dalam falsafah mereka, persoalan tentang nilai individualisme,
kehidupan manusia dan demokrasi merupakan isu utama. Ahli-ahli falsafah Yunani mengajar manusia
untuk berfikir secara rasional dan mengamalkan sikap ingin tahu.
Herodotus, ahli falsafah and ahli sejarah terulung yang menghasilkan karya, History of Persian
Wars merupakan Bapa Sejarah.
Socrates ialah Bapa Falsafah barat. Beliau mencintai falsafah dan sering membincangkannya dengan
sahabat dan pengikutnya. Socrates amat pakar dalam berbincangan melalui kaedah soal jawab. Beliau
berusaha mencari unsur-unsur dalam kehidupan dan masyarakat bahagia. Beliau dituduh merosakkan
pemikiran masyarakat dan telah dihukum bunuh dengan cara meminum racun. Antara pengikutnya
termasuk Plato.
Maklumat tentang Socrates wujud dalam tulisan Plato. Plato menyedarkan masyarakat tentang perkara
asas dalam falsafah Socrates.Perkara asas itu ialah persoalan tentang manusia dan masyarakat.
Falsafah Plato ialah manusia yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah.
Beliau mengasaskan akademi falsafah di Athens yang kekal selama 1000 tahun. Plato dalam
karyanya, Republic, membincangkan bahawa sesebuah masyarakat dan negara paling baik diperintah
oleh ilmuwan dan ahli falsafah.

Aristotle ialah murid Plato dan merupakan ahli falsafah yang berpengaruh. Beliau telah cuba mendalami
idang sains dan falsafah. Hasil penerbitan beliau mengandungi ilmu logik, metafizik, sains tabii, astronomi
dan geologi. Falsafah beliau adalah untuk membaiki dunia. Antara karya utama beliau
termasuklah Politics. Aristotle yang menjadi guru kepada Alexander the Great pula dalam karyanya telah
membincangkan cara berfikir yang teratur.

Perluasan kuasa

Di Yunani, bermula dari tahun 800 S.M. kegiatan penaklukan berjalan dengan rancak. Pada zaman
pemerintahan Philip II dari Macedonia, kerajaan Macedonia dan Yunani telah disatukan. Usaha ini

diteruskan oleh anaknya, Alexander the Great, yang telah berjaya meluaskan lagi kawasan takluk Yunani
apabila beliau menguasai Parsi,Mesir,Turkistan dan Samarkand. Akhirnya, seluruh kawasan Laut
Mediterranean itu berada di bawah kekuasaannya.
Alexander the Great terlibat dalam penyebaran kebudayaan yang dikenali sebagai Hellenistik.
Kebudayaan Hellenistik merupakan campuran antara kebudayaan Yunani dan Parsi serta kebudayaan
timur yang lain. Kebudayaan Hellenistik ini tersebar dari kota-kota utama dalam empayar Yunani seperti
Syracuse di Itali,Iskandariah dan Antioch. Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexander the
Great dan dengan kemunculan Rom.

Peningkatan ekonomi
Antara kegiatan ekonomi dalam tamadun awal manusia termasuklah bercucuk tanam,berternak
binatang,dan menghasilkan barang untuk perdagangan. Pada tahap awal, kegiatan ekonomi yang paling
utama ialah penanaman dan penternakan binatang yang bertujuan untuk menyara diri. Tetapi, apabila
tamadun itu semakin berkembang dan diikuti dengan kemunculan bandar, kegiatan tersebut telah
membawa penghasilan yang melebihi keperluan mereka sendiri. Hasil yang berlebihan itu dipasarkan
dan ditukarkan dengan barangan perusahaan tempatan seperti barangan tembikar,peralatan memotong
daripada logam, dan perhiasan yang terdapat di bandar.
Dengan meningkatnya tamadun manusia,beberapa perkembangan baru muncul di Yunani. Hampir
semua negara kota memberikan tumpuan utama kepada aktiviti perdagangan kecuali Sparta semenjak
kelahirannya pada abad kelapan Sebelum Masihi.Keadaan sedemikian wujud kerana keadaan muka
bumi Yunani yang bergunung-ganang dan sesuai untuk pertanian. Terdapat peningkatan yang tinggi
dalam perdagangan dengan kawasan luar terutamanya melalui jalan laut. Pada permulaannya,
perdagangan hanya berlaku antara kawasan di pesisir pantai yang berhampiran seperti Mesir,Syria dan
Phoenecia.
Akibat kekurangan tanah untuk pertanian,Athens and Corinth menghadapi masalah kekurangan
makanan. Ini menyebabkan negara kota di Yunani terpaksa mendapatkan bahan makanan dari luar.
Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan di selatannya dan Laut Hitam. Athens juga menjadi
pusat pengumpulan barang keperluan yang datang dari Timur.
Bagaimanapun, kegiatan perdagangan yang dijalankan di negara kota dikenakan cukai dan ini telah
menyebabkan kenaikan harga barang. Kesannya, ramai rakyat Yunani berpindah ke tempat-tempat lain
seperti Alexandria pada Zaman Graeco-Rom,iaitu pada tahun 300 S.M.. Zaman Graeco-Rom juga
dikenali sebagai Zaman Hellenistik.Zaman ini merujuk pada penyerapan budaya Greek ke dalam
masyarakat Rom.

Pendidikan
Dalam tamadun Yunani,khususnya di Athens,pendidikan bertujuan untuk melahirkan manusia yang
seimbang pencapaiannya dari sudut rohani dan jasmani.Bagi orang Athens manusia yang cemerlang
ialah manusia yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal.Oleh itu, pendidikan,
sukan,muzik,kesusasteraan,seni berpidato,membaca,menghafal, dan menulis telah begitu dititikberatkan
di Athens. Sementara itu, di Sparta,matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan warganegara tentera
yang sempurna,gagah, dan setia kepada negara kotanya.Oleh itu, pendidikan di Sparta lebih
mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata berbanding dengan pendidikan
mental.
Di Yunani,perkembangan pendidikan telah berlaku apabila banyak sekolah falsafah telah tumbuh dan
berkembang di negara kota seperti Athens,Thebes ,Elea dan Miletus.Athens juga dikenali sebagai pusat
cendekiawan Yunani yang penting semasa pemerintahan Pericles.

Sains dan teknologi


Tokoh matematik Yunani, iaitu Thales telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba. Pythagoras
yang memperkenalkan Teorem Pythagoras pula mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba dan
Babylon. Beliau telah mempelajari matematik Mesir dan Babylon serta mengasaskan gerakan saintifik
dan bergelar Pythagorean.Sumbangan beliau dalam geometri ialah Teorem Pythagoras. Dalam tamadun
Yunani juga terdapat beberapa orang lagi ahli sains yang terkenal seperti Hippocrates yang terkenal

sebagai Bapa Perubatan dan Archimedes sebagai ahli matematik dan fizik. Hippocrates juga dianggap
pakar dalam bidang anatomi. Namanya dikenang kerana kaitannya dengan profesion perubatan
moden,iaitu Sumpah Hippocrates(Hippocrates Oath). Aspek utama yang disumbangkan oleh Archimedes
ialah teorinya berhubung dengan isi padu air dan graviti.Ptolemy pula merupakan tokoh utama dalam
bidang astronomi Yunani.Dalam tamadun Yunani,ilmu pelayaran juga telah meningkat dengan penciptaan
layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar.Penciptaan perahu layar telah meningkatkan aktiviti
perdagangan laut dan menjadi alat pengangkutan penting dalam peperangan terutamanya pada zaman
perluasan kuasa dan pembentukan empayar Rom.

Bahasa dan kesusasteraan

Sebelum bahasa Latin digunakan secara meluas semasa pemerintahan empayar Rom,bahasa Yunani
telah digunakan terutama di wilayah dalam Yunani dan juga kawasan takluk Alexander the Great .Antara
tokoh sastera Yunani yang terkenal termasuklah Homer dan Hesiod.Hesiod ialah penyair dan telah
menulis dua buah buku puisi,iaitu Theology dan Works and Days, manakala Homer menghasilkan dua

buah epic,iaitu Iliad dan Odyssey.Iliad dan Odyssey ialah kisah peperangan antara Achaea dengan Troy
pada tahun 1184 S.M.Theology ialah ilmu tentang asal usul manusia dan ketuhanan.
Selain hasil sastera,aspek tulisan turut mengalami peningkatan.Tulisan yang kita warisi pada hari ini juga
berasal daripada tulisan orang Phoenecia.Tulisan ini tersebar kepada orang Yunani pada tahun 800 S.M.
Dalam tamadun Yunani,tulisan itu ditambah huruf vokal.Tulisan ini diubahsuai oleh orang Rom dan
menjadi tulisan Rom dan tersebar ke Barat sehingga sampai kepada masyarakat Asia Tenggara dalam
bentuk tulisan rumi.

Sistem sosial
Organisasi sosial masyarakat dalam tamadun Yunani di Athens membahagikan penduduknya kepada tiga
kumpulan.Yang pertama ialah warganegara, yang kedua ialah penduduk bukan warganegara,dan yang
ketiga ialah golongan hamba.Kumpulan pertama mempunyai hak dalam politik negara kota sementara
golongan kedua dan ketiga tidak memiliki hak tersebut.
Di Sparta,terdapat tiga kelas sosial.Kelas pertama ialah warganegara Sparta tulen.Kelas kedua ialah para
pekerja,artisan, dan pedagang manakala kelas ketiga ialah Helot yang mengusahakan tanah dan
merupakan golongan majoriti.
Helot yang merupakan kelas ketiga memainkan peranan penting dalam ekonomi Sparta.Oleh sebab
jumlahnya yang besar,kelas ini sentiasa menjadi ancaman kepada kelas pemerintah.Ini merupakan faktor
utama mengapa system ketenteraan diamalkan.

You might also like