You are on page 1of 1

DOA SEMPENA PEMBERIAN BRIM

,


Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul di dalam Majlis Penyerahan Wang Bantuan
Rakyat 1 Malaysia kerana-Mu Ya Allah.
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami.
Kami berkumpul untuk kami saling bantu membantu bagi meringankan beban masyarakat
dan anak-anak bangsa kami agar mencapai kecemerlangan pada masa-masa mendatang.
Ya Allah , Ya Munzilal Barakah ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan berkat usaha & doa kami, negara
ini akan menjadi sebuah negara yang cemerlang dan terbilang seterusnya melahirkan
masyarakat yang berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin ,
Kurniakanlah hidayah-Mu kepada kami, perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah
hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami
jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam masyarakat.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri
kami dengan kesihatan.

.

You might also like