You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATAN KUASA

LOGISTIK OPKIM DAERAH SEKIJANG (1)

Tarikh

14 Disember 2013

Masa

8.00pm - 10.00pm

Tempat

FSSK

Kehadiran

: Siti Arfaf
Mastura
Siti Nurfa Izatul Erma Radzali
Rozy

Perkara

Perjumpaan pertama ini bertujuan mengenal ajk logistik serta menerangkan serba sedikit
tugasan yang berkaitan dengan post logistik bagi memudahkan pembahagian kerja dan
sebarang tugasan. Perjumpaan ini memerlukan kami untuk menyediakan rangka pembahagian
tugasan bagi melancarkan perjalanan aktiviti yang akan diadakan pada 17 Januari 2014.
Seterusnya, tugasan-tugasan yang perlu kami lakukan adalah mendapatkan senarai penuh
peralatan yang diperlukan oleh post-post seperti sukan, kebudayaan, teknikal dan lain-lain.
Pihak kami berganding bahu mengumpulkan segala barang keperluan yang diperlukan oleh
setiap post yang akan beraktiviti di daerah sekijang agar memudahkan segala urusan di sana
kelak.. Hasil perjumpaan ini kami sedikit sebanyak mengetahui bidang tugas kami bagi
memudahkan perjalanan dan perancangan hasil kerja kami. Pembahagian tugas dilakukan
supaya semua ajk memainkan peranan masing-masing dengan sebaiknya.

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATAN KUASA


LOGISTIK OPKIM DAERAH SEKIJANG (2)

Tarikh

21 Disember 2013

Masa

8.30pm 10.30pm

Tempat

FSSK

Kehadiran

:Siti Arfaf
Mastura
Siti Nurfa Izatul Erma Radzali
Rozy

Perkara

Perjumpaan kali ini lebih kepada sesi membentangkan hasil kerja atau tugasan yang telah
diagihkan pada perjumpaan sebelum ini namun tiada sebarang gerak kerja yang dilakukan.
Justeru perjumpaan pada kali ini masih tertumpu kepada skop tugasan dan bidang kerja post
logistik semasa operasi khidmat masyarakat di Felda Kemelah yang diadakan. Hasil
perbincangan, kami bersepakat untuk membuat pembahagian tugasan semasa aktiviti
dijalankan kelak. Segala senarai barangan keperluan yang diberi oleh setiap post
kemudiannya diserahkan kepada ketua post untuk dibuat semakan terakhir agar memudahkan
proses mencari dan mengumpulkan barangan keperluan tersebut. Ajk logistik telah
menjalankan kerjasama dengan Ketua Belia dari Felda Kemelah dari segi barangan keperluan
yang diperlukan sepanjang aktiviti yang akan diadakan di sana. Seterusnya, setelah segala
senarai di serahkan kepada ajk bawahan untuk di cari seperti first aid, healer dan sebagainya,
peralatan tersebut disimpan oleh ketua post.

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATAN KUASA


LOGISTIK OPKIM DAERAH SEKIJANG (3)

Tarikh

21 Disember 2013

Masa

8.00pm 9.00pm

Tempat

FSSK

Kehadiran

:Siti Arfaf
Mastura
Siti Nurfa Izatul Erma Radzali
Rozy

Perkara

Perjumpaan seterusnya, kami dibahagikan tugas oleh ketua post untuk menghubungi dan
mendapatkan maklumbalas daripada pihak berwajib berkaitan peralatan yang dipinjam dari
pusat sukan dan sebagainya. Namun, disebabkan oleh faktor kesuntukkan masa pihak kami
telah bersepakat untuk menggunakan peralatan sukan yang ada di Felda Kemelah agar
memudahkan dan melancarkan aktiviti sukan yang akan dijalankan di sana pada hari
kejadian. Oleh itu, setelah wakil post menghubungi En. Hamidun yang merupakan wakil
belia bagi kampong berkenaan masalah peralatan sukan seperti bola jarring, bola tampar dan
bola sepak berjaya diselesaikan dengan bantuan dari penduduk kampong berkenaan.

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATAN KUASA


LOGISTIK OPKIM DAERAH SEKIJANG (4)

Tarikh

4 Januari 2014

Masa

9.00pm - 11.00pm

Tempat

FSSK

Kehadiran

Siti Arfaf
Mastura
Siti Nurfa Izatul Erma Radzali
Rozy

Perkara

Perjumpaan seterusnya kami telah berjaya mendapatkan segala keperluan yang diperukan
oleh setiap post untuk tujuan aktiviti yang akan diadakan kelak. Setelah pembahagian
tugas untuk berhubung pencarian peralatan diselesaikan. Kali ini, perjumpaan lebih
tertumpu terhadap gerak kerja yang akan dilakukan oleh post logistik sepanjang
berlangsungnya program aktiviti kemasyaratan di Felda Kemelah pada 18 Januari
hingga 22 Januari 2014. Setiap ajk di bahagikan tugas oleh ketua post agar melakukan
gerak kerja yang berlainan dalam membantu setiap post yang ada. Sebagai contohnya
bagi seseorang ajk, dia perlu menjaga 2 atau 3 post dalam satu-satu masa bagi
melicinkan pentadbiran semasa berlangsungnya aktiviti yang melibatkan post-post
berkenaan. Justeru, sebarang peralatan atau keperluan yang diperlukan bagi sesebuah
post, ajk yang bertanggungjawab perlu memaklumkan ketua dan bergerak sama
menyediakan keperluan yang dikehendaki seperti perlatan meja, kerusi dan
sebagainya.

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATAN KUASA


LOGISTIK OPKIM DAERAH SEKIJANG (5)

Tarikh

11 Januari 2014

Masa

8.00pm - 10.00pm

Tempat

FSSK

Kehadiran

Siti Arfaf
Mastura
Siti Nurfa Izatul Erma Radzali
Rozy

Perkara

Pada perjumpaan terakhir bagi post logistik, pihak kami telah membuat semakan terakhir
segala peralatan yang diperlukan agar memudahkan sebarang gerak kerja. Setelah semua
masalah yang timbul berjaya diatasi, ajk logistik mulai mendapatkan kepastian dari pihak
Belia Felda Kemelah berhubung segala barangan keperluan yang perlu pihak mereka
sediakan. Setelah pihak berkenaan memberi maklum balas yang positif, pihak kami
seterusnya membuat semakan akhir dengan post-post yang memerlukan peralatan dari pihak
post logistik agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan masalah ketiadaan peralatan
sepanjang aktiviti dijalankan. Akhirnya, senarai tugas dan pembahagian tugasan atau gerak
kerja telah dimaklumkan kembali oleh ketua post terhadap setiap ajk agar tidak berlaku
sebarang kekeliruan dalam kalangan ajk terhadap skop tugas masing-masing. Setelah selesai
semuanya, ajk logistik bertindak memastikan segala peralatan yang dipinjam dan dibeli
dijaga dan dibawa semasa berlangsungnya operasi khidmat masyarakat di daerah Sekijang.

You might also like