Professional Documents
Culture Documents
JEC 140004
ANTROPOLOGI SIMBOLIK
MARY DOUGLAS)
tindakan dan ucapan-ucapan daripada ahli-ahli lain dalam masyarakat mereka. Tafsiran
membentuk satu sistem budaya bersama makna dan kefahaman yang dikongsi untuk darjah
atau peringkat yang berbeza-beza dalam kalangan anggota masyarakat yang sama (Des Chene
1996: 1274).. Antropologi simbolik mengkaji tentang simbol dan proses, seperti mitos dan
ritual. Iaitu di mana manusia memberikan makna kepada simbol-simbol ini untuk menjawab
menyesuaikan dirinya berkenaan dengan sistem makna iaitu mana-mana budaya tertentu
(1973a: 45). Turner menyatakan bahawa “simbol menjadi pencetus tindakan sosial dan
pengaruhnya pula ditentukan oleh kecenderungan seseorang individu dan kumpulan untuk
bertindak (1967: 36). Kedudukan Geertz ini menggambarkan pendekatan tafsiran kepada
1
Antropologi simbolik melihat budaya sebagai suatu sistem makna yang bebas untuk
ditafsirkan dengan cara mentafsirkan simbol utama dan ritual (Spencer 1996: 535). Terdapat
dua premis utama yang mengawal antropologi simbolik. Yang pertama adalah bahawa
sesuatu itu diterima sebagai sebahagian daripada sistem kebudayaan makna" (Des Chene 1996:
1274). Keadaan yang diutarakan oleh Geertz ini menggambarkan pendekatan tafsiran kepada
perlambangan untuk membantu dalam mentafsir secara ideal serta melakukan kegiatan
material. Secara tradisinya, antropologi simbolik telah memberi tumpuan kepada agama,
kosmologi, aktiviti ritual, dan adat ekspresif seperti mitologi dan seni persembahan (Des Chene
1996: 1274). Ahli antropologi simbolik juga telah mengkaji bentuk organisasi sosial seperti
persaudaraan dan organisasi politik. Mengkaji jenis bentuk sosial membolehkan penyelidik
untuk mengkaji peranan simbol dalam kehidupan sehari-harian sekumpulan manusia atau
pertamanya antropologi simbolik dikaitkan dengan Clifford Geertz dan University of Chicago
dan yang lain pula dengan Victor W. Turner di Cornell. Selain itu, David Schneider juga
seorang tokoh utama dalam perkembangan antropologi simbolik, bagaimanapun dia tidak jatuh
bagaimanapun, perkara yang paling menarik adalah Turner, Geertz, dan Schneider semuanya
2
Perbezaan utama antara kedua-dua sekolah pemikiran ini terletak pada pengaruh
masing-masing. Geertz dipengaruhi sebahagian besarnya oleh ahli sosiologi Max Weber, dan
prihatin dengan operasi "budaya" dan bukannya cara di mana simbol beroperasi dalam proses
sosial. Turner pula dipengaruhi oleh Emile Durkheim, mereka agak skeptik dengan
pengoperasian masyarakat dan cara di mana simbol beroperasi di dalamnya. (Ortner 1983: 128-
129; lihat juga Handler 1991). Turner, lebih berminat untuk mengkaji akar bahasa Inggerisnya
kerana ia lebih menarik untuk dikaji untuk mengetahui sama ada simbol sebenarnya berfungsi
dalam proses sosial sama seperti setiap ahli antropologi simbolik percaya dengan teori yang
mereka hasilkan. Geertz memberi tumpuan lebih kepada cara-cara di mana simbol beroperasi
dalam kebudayaan, seperti bagaimana individu melihat, merasa, dan berfikir tentang dunia
menganggap bahawa semua budaya itu sebagai satu himpunan simbol yang utamanya ialah
bahasa dan diikuti oleh peraturan-peraturan perkahwinan, hubungan ekonomi, seni, sains dan
sebagainya. (1950 : xix). Manakala Leslie White pula mengatakan bahawa budaya terbentuk
“... events that are dependent upon a faculty peculiar to the human species, namely, the
3
Ini bermakna keupayaan manusia mencipta atau membentuk budaya itu bergantung
kepada keupayaannya mereka cipta simbol. Ini juga menunjukkan betapa pentingnya simbol
dalam kehidupan manusia. Memandangkan pentingnya simbol maka lahirlah satu pendekatan
baru yang melihat budaya sebagai satu sistem simbol mengasaskan pandangan mereka kepada
keyakinan bahawa manusia adalah makhluk yang pandai dan banyak mengguna simbol dalam
kehidupan sehari-harian mereka dan masyarakat mempunyai dan berkongsi satu sistem simbol.
simbolisme mempunyai premis bahawa tindakan-tindakan sosial itu teratur dan pada tahap
tertentu boleh diramal dan difahami oleh peserta dan pemerhati, dan kehidupan sosial itu
sesuatu yang nyata dan bermakna. Maka pendekatan ini menumpukan perhatian kepada cara
manusia menanggap, menjeniskan dan memberi makna kepada perlakuan sosial dan
persekitaran fizikal.
Dalam antropologi simbolik, manusia dilihat sebagai pencipta dan pendokong sistem
simbol. Oleh hal yang demikian, manusia mempunyai keupayaan yang tidak terbatas untuk
mencipta dan mentafsir simbol. Simbol-simbol yang dicipta itu menyediakan tapak untuk
bertindak, mempengaruhi perlakuan mereka dan juga menggambarkan idea dan nilai mereka.
Keupayaan menusia berbahasa itu membolehkan manusia mencipta pelbagai bentuk dan jenis
simbol dan keupayaan inti merupakan tahap tertinggi dalam peringkat kehidupan manusia.
tanggapan manusia terhadap sesuatu dipancarkan dalam bahasanya. Oleh itu, bahasa amat
4
penting kerana perkataan boleh membawa pelbagai makna atau nama dan menjeniskan objek
dan pemikiran. Dalam konteks itu bahasa itu merupakan konsep-konsep yang menggambarkan
tanggapan manusia tentang dunia sekeliling mereka. Berlandaskan pandangan ini maka dari
sudut antropologi simbolik budaya itu dilihat sebagai satu sistem simbol dan dengan itu
menurut Foster (1994:366) “Without symbolism, there could be no culture.”. Ini menunjukkan
bahawa simbol dan perlambangan merupakan suatu entiti atau item yang sangat penting dalam
kehidupan manusia kerana tanpanya kita akan jadi manusia tanpa budaya.
Walaupun bahasa memainkan peranan yang penting, ekspresi simbolik bukan sahaja
dapat ditunjukkan melalui bahasa semata-mata. Simbol-simbol juga boleh muncul dalam
pelbagai bentuk lain seperti peristiwa-peristiwa umum, perbarisan, kematian, kelahiran, ritual-
ritual keagamaan dan sebagainya. Bahkan sebagai aktiviti mental, proses membentuk dan
mengguna simbol itu boleh dikenakan kepada apa sahaja. Ini bermakna apa sahaja boleh
dijadika simbol yakni segala objek, peristiwa, bunyi-bunyi bahasa, tulisan, perhiasan, dan
sebagainya yang manusia berikan makna-makna tertentu padanya kerana simbol itu adalah alat
yang membantu manusia membuat abstraksi yang boleh kemudiannya diguna untuk pelbagai
tujuan, misalnya untuk tujuan ekspresi, komunikasi, pengetahuan dan kawalan (Firth, 1973).
Mengikut Radcliffe-Brown simbol itu adalah apa sahaja yang mempunyai makna
sehinggakan beliau menyamakan ekspresi dengan simbol itu kurang tepat walaupun terdapat
hubungan yang rapat antara simbol dengan ekspresi seperti kata Firth (1973) “... expressing is
a component of it.” Sesuatu ekspresi boleh menjadi simbol dan tidak semua simbol itu ekspresi
5
dan sebaliknya, misalnya hadiah adalah simbol persahabatan tetapi proses sebenar membuat
Pelbagai bentuk simbolik itu terdapat dalam pelbagai upacara, seperti upacara
keagamaan, upacara peralihan sosial dan selain upacara, dan dalam hubungan sosial. Ada
peneliti budaya berpendapat bahawa simbol itu adalah “benda”. Walaupun begitu yang
ditekankan ialah makna yang diperlihatkannya bukanlah “benda”. Makna yang dipancarkan itu
hanya dapat difahami secara induktif melalui pemerhatian khususnya penggunaan simbol oleh
masyarakat berkenaan atau simbol-simbol itu dilihat dalam konteks sosial tertentu ataupun
Dalam ilmu budaya terdapat beberapa pemikiran utama yakni aliran simbolisme atau
cara untuk meneliti perlakuan simbolik. Pemikiran utama ini diwakili oleh tokoh-tokoh
tertentu, misalnya Levi Strauss (Perancis), Turner dan Mary Douglas (British) dan Shneider
dan Geertz (Amerika). Namun fokus utama terhadap tokoh aliran simbolisme ini ialah Turner,
6
Mary Douglas, Geertz dan Raymond Firth. Perbezaan antara pemikiran yang dibawa oleh para
Perbezaan nyata antara aliran-aliran pemikiran itu terletak pada konsep budaya. Bagi
Levi Strauss budaya itu boleh dihasilkan melalui keupayaan manusia berfikir dan
berkomunikasi secara simbolik. Perlakuan manusia merupakan satu bentuk komunikasi dan
menjadi sesuatu yang simbolik apabila melibatkan hubungannya dengan orang lain. Ini yang
totemisma itu meliputi dua hubungan antara dua siri hubungan iaitu “natural” dan “cultural”
dan “nature” menjadi metafora kepada sesuatu yang dijeniskan sebagai unsur budaya.
Seterusnya, aliran pemikiran kedua ialah aliran British. Tokoh yang terkemuka ialah
Victor Turner melalui bukunya A The Forest of Symbols (1967). Pada pandangan beliau makna
pertanyaan. Pada pandangan beliau makna simbol boleh difahami sepenuhnya melalui
pemerhatian dan mengemukakan pelbagai pertanyaan. Menurut Victor Turner lagi simbol itu
merupakan suatu benda atau perkara yang dipersetujui umum dalam masyarakat untuk
mewakili atau menggambarkan sesuatu yang mempunyai ciri-ciri yang sama ataupun melalui
perkaitan dari segi fakta atau fikiran. Simbol-simbol yang beliau perhatikan itu adalah yang
bersifat empirikal, objek, aktiviti, perhubungan, majlis, isyarat, dan satu unit ruang dalam satu
situasi ritual.
Beliau yakin bahawa struktur dan ciri-ciri simbol-simbol ritual boleh dibaca atau
difahami dari tiga jenis data, iaitu bentuk luaran dan sifat-sifat yang boleh diperhatikan, tafsiran
7
yang dibuat oleh pakar dan orang biasa dan akhir sekali konteksnya. Yang keduanya, terdapat
dua jenis simbol iaitu dominan dan tambahan. Menurut Turner lagi simbol dominan merujuk
“...are regarded not merely as means to the fulfillment of the avowed purposes of a
given ritual but also and more important refer to values that are regarded as ends in
Selain daripada itu ia dikenali simbol tambahan. Maka untuk memahami simbolisme
Mary Douglas juga menyetujui idea manusia menggunakan alam semula jadi untuk
kepentingan sosialnya. Namun demikian aspek yang diberikan pertalian oleh beliau ialah
hubungan sosial yang terselubung dalam simbol-simbol itu. Kalau dilihat kepada penumpuan
Turner pula kepada ritual, maka Mary Douglas memilih pollution dan hygienie sebagai konsep-
konsep asas analisis simbolnya kerana pandangan beliau kedua-dua perkara itu bukan sahaja
merupakan perkara penting dalam semua agama tetapi ia ada kaitan dengan kehidupan sosial
dan sarat dengan unsur-unsur simbolik. Douglas, misalnya percaya bahawa sesetengah idea
tentang pemakanan dan kecemaran sebenarnya adalah analogi kepada pandangan umum
Walaupun jelas sekali terdapat perbezaan dalam pandangan mereka namun pandangan
umum mereka yang utama adalah budaya merupakan satu sistem simbolik. Yang
membezakannya ialah premis dalam penghujahan mereka mengenai budaya adalah satu sistem
simbolik. Sebagai contoh, Geertz menumpukan perhatiannya terhadap agama sebagai satu
8
sistem simbol manakala Turner pula memfokuskan terhadap upacara ritual dan keagamaan dan
Mary Douglas pula berminat untuk mencari simbol yang sejagat. Jadi dapatlah kita fahami
bahawa budaya itu sistem simbol dan sebagai sistem simbol ia mampu menyampaikan sesuatu
yang bermakna.
FUNGSI SIMBOL
Simbol dan makna adalah sebati. Sesuatu yang menjadi simbol itu sudah semestinya
bermakna ataupun membawa kepada makna tertentu. Manusia menggunakan simbol untuk
tujuan-tujuan tertentu. Berbalik kepada pandangan Raymond Firth, iaitu simbol mempunyai
Sebagai alat ekspresif simbol adalah alat utama bagi setiap orang. Bagi peneliti budaya
lebih dari itu. Mereka temui pelbagai bentuk simbol dalam pelbagai aspek kehidupan manusia.
Contoh utama simbol sebagai alat ekspresif ialah simbol politik dan simbol agama. Sebagai
contoh, bendera, masjid, lagu kebangsaan, pakaian kebangsaan dan lain-lain yang secara
kumpulan tertentu. Dalam konteks ini, sesuatu simbol itu menimbulkan kesan positif dan
dilenyapkan. Misalnya lagu kebangsaan, dalam suasana biasa lagu itu tetap disanjung dan
9
dibanggakan., tetapi keupayaan membangkitkan semangat cintakan negara lebih membara
dalam suasana negara menghadapi tekanan atau di ambang peperangan. Nilai ekspresif pada
lagu itu boleh dilenyapkan seandainya lagu itu diubah sehinggakan hilang segala keasliannya.
Peranan simbol yang seterusnya adalah komunikasi. Peranan utama simbol ialah
membantu dan memudahkan komunikasi. Satu perlakuan simbolik yang paling asas adalah
pengucapan kata-kata. Melalui pengucapan kata-kata dan disertai dengan beberapa gerak-geri
dikehendakinya. upacara juga adalah satu daripada perlakuan simbolik. Dalam sesebuah
upacara, pelbagai idea dapat disampaikan untuk diperkukuhkan atau dikongsi bersama anggota
Memandangkan simbol adalah khazanah makna maka simbol dapat dijadikan rujukan
untuk pengembangan ataupun pengukuhan sesuatu idea ataupun untuk tujuan membentuk
semula sesuatu idea. Maksudnya di sini ialah simbol dapat dijadikan landasan kepada
penyelesaian masalah komunikasi dalam jangka masa panjang atau secara berterusan.
Walaupun begitu, untuk memainkan peranan sebagai media komunikasi yang berkesan, simbol
itu mestilah dapat difahami dan hanya menyalurkan satu makna sahaja. Sedikit sebanyak
kelainan itu tidak dapat dielakkan. Yang pentingnya ialah keselarasan makna sesuatu simbol
Fungsi simbol yang seterusnya adalah kawalan dan memang simbol mempunyai
peranan sebagai alat untuk mengawal khususnya kawalan kuasa iaitu kuasa dalam domain
awam. Contohnya banyak, antaranya ialah simbol politik pemerintah dan industri pengiklanan.
10
Sebagai instrumen kawalan kuasa, simbol mempunyai dua aspek. Aspek pertama,
sesuatu simbol itu boleh dihidupkan atau diaktifkan apabila diperlukan, misalnya semangat
hidup Melayu. Ataupun mengaitkan sesuatu perlakuan itu dengan agama yang boleh
mempengaruhi perlakuan seseorang. Kedua, sesuatu simbol itu ditonjol dan dikawal oleh
pihak-pihak tertentu dan jika perlu dimanipulasikan dengan tujuan mempengaruhi dan
Fungsi simbol yang terakhir menurut Firth adalah sebagai sumber pengetahuan. Simbol
dan simbolisasi dapat membantu peneliti budaya mengetahui dan memahami pemikiran
anggota masyarakat, misalnya, Raja-raja Melayu sebagai lambang ketuanan orang Melayu.
Dalam Inggeris di Tanah Melayu, penjajah Inggeris menjaga kedudukan Raja-raja Melayu dan
peranan mereka sebagai ketua agama Islam tidak diganggu kerana penjajah inggeris faham
bahawa gangguan seperti itu boleh mencetuskan kemarahan orang Melayu. Dengan erti lain,
dengan memahami sesuatu simbol dari segi relevan dan kesannya terhadap kehidupan, pelbagai
manusia, setiap gerak-geri, atau setiap perkataan yang diungkapkan mempunyai banyak
11
tafsiran atau mempunyai banyak simbol atau lambang. Jadi untuk memahami perlakuan
manusia, kita mesti mempelajari apakah makna perlakuan itu bagi pendokong atau pelakunya.
Makna simbolik wujud semasa interaksi, ini bermaksud makna itu lahir daripada perhubungan
atau interaksi sosial. Apabila berlakunya perubahan pada perhubungan tersebut maka
Makna itu tertakluk kepada proses tafsiran iaitu ia bermaksud kita tidak menerima
makna yang ditafsirkan oleh orang lain secara bersahaja atau tanpa kritis. Setiap orang
mempunyai kebebasan memberi makna kepada sesuatu perkara itu mengikut tafsirannya
sendiri. Ini memperlihatkan setiap perlambangan, perkataan dan apa sahaja yang ada
mempunyai makna yang berlainan ataupun mungkin sama kepada setiap orang kerana proses
Setiap pengkaji antropologi simbolik perlu tahu setiap panduan yang betul bagi meneliti
bagaimana individu dicorakkan oleh perhubungan atau interaksi yang dijalinkannya dalam
masyarakat. Hal ini kerana sikap serta pendirian individu itu banyak dicorakkan oleh keluarga,
kelompok sosial, dan juga kedudukan sosio-ekonomi beliau iaitu sama ada datang dari keluarga
kekhasan budaya tertentu. Pakaian juga dapat pula menjadi penanda bagi pemikiran
12
masyarakat, termasuk pakaian tradisional Melayu. Pakaian tradisional Melayu terdiri dari
pakaian harian dan pakaian adat. Pakaian harian dapat dipakai setiap hari, baik oleh anak-anak,
dewasa, mahupun orang tua. Pakaian sehari-hari dikenakan untuk berbagai kegiatan harian
Sedangkan pakaian tradisional Melayu terdiri dari berbagai macam jenis pakaian. Jenis
pakaian biasanya tergantung pada situasi dan keadaan si pemakai dan kegiatan yang dilakukan.
Misalnya pada acara-acara rasmi. Bagi orang Melayu, pakaian selain berfungsi sebagai penutup
aurat dan pelindung tubuh dari panas dan dingin, juga mengisyaratkan lambang-lambang.
Lambang-lambang itu mewujudkan nilai-nilai luhur yang dijunjung tinggi oleh masyarakatnya.
Bagi orang Melayu, pakaian selain berfungsi sebagai penutup aurat dan pelindung
tubuh dari panas dan dingin, juga mengisyaratkan lambang-lambang. Lambang-lambang itu
kedudukan dan peran pakaian menjadi sangat penting dalam kehidupan orang Melayu.
Berbagai ketentuan adat mengatur bentuk, corak (motif), warna, pemakaian, dan penggunaan
13
Pakaian Melayu dari hujung kaki sampai hujung Melayu ada makna dan gunanya.
Semua dikaitkan dengan norma sosial, agama, adat istiadat, sehingga pakaian berkembang
dengan makna yang beraneka ragam. Pakaian Melayu juga dikaitkan dengan fungsinya iaitu :
1. pakaian sebagai penutup malu, yang bererti pakaian berfungsi sebagai alat penutup
aurat, menutup aib dan malu dalam erti yang luas. Kalau salah memakai menimbulkan malu,
kalau salah corak juga menimbulkan malu, oleh karena itu pakaian harus dibuat, ditata dan
2. pakaian sebagai penjemput budi, yang bererti pakaian berfungsi untuk membentuk
budi pekerti, membentuk keperibadian, membentuk watak sehingga si pemakai tahu diri dan
berakhlak mulia.
luhur yang terdapat di dalam adat dan tradisi yang hidup dalam masyarakat.
4. Pakaian sebagai penolak bala, yang bermakna berpakaian dengan cara yang benar
dan patut akan menghindarkan pemakainya dari mendapat bahaya atau malapetaka
dan nilai-nilai yang tertera di pakaian maka terjelmalah keperibadian bangsa atau masyarakat
pemakainya. Pakaian dalam budaya Melayu harus mampu menunjukkan jati diri pemakainya.
1. Baju Melayu gunting cina, baju ini biasa digunakan dalam sehari-hari di rumah,
bersifat santai untuk acara-acara tidak resmi. Bisa juga digunakan untuk menerima tamu di
14
2. Baju Melayu cekak musang terdiri dari seluar, kain, dan songkok atau tanjak.
Bentuk baju ini berupa leher tidak berkerah dan berkancing hanya sebuah serta bahagian depan
leher baju berbelah ke bawah sepanjang lebih kurang lima jari supaya mudah dimasukkan dari
atas melalui kepala, berlengan lebar, serta berkocek sebuah di bahagian atas kiri dan dua buah
di bahagian kiri dan kanan. Baju ini digunakan untuk acara keluarga seperti kenduri.
3. Baju Melayu teluk belanga, baju ini terdiri dari celana, kain samping, dan penutup
kepala atau songkok. Bentuk baju ialah leher berkerah dan berkancing ( berupa kancing tap,
kancing emas atau permata dan lain-lain bergantung pada tingkat sosial dan kemampuan
pemakai). Jumlah kancing yang lazim empat buah melambangkan “sahabat rasulullah” atau
1. Baju kurung, yang terdiri atas kain, baju dan selendang. Panjang atau kedalaman
baju agak di atas lutut. Ada juga baju kurung untuk sehari-hari di rumah yang kedalamannya
sepinggang atau sedikit di bawah pinggang. Selendang dipakai dengan lepas di bahu dan
biasanya tak melingkar di leher pemakai . bentuk baju berlengan panjang dan ukuran badan
longgar, tidak boleh ketat. Bahannya bervariasi: polos, berbunga-bunga, dan lain-lain.
2. Baju kebaya labuh, yang terdiri dari kain, baju, dan selendang. Panjang lengan
baju kira-kira dua jari dari pergelangan tangan sehingga gelang yang dikenakan perempuan
kelihatan dan lebar lengan baju kira-kira tiga jari dari permukaan lengan. Kedalaman bervariasi
15
dari sampai betis atau sedikit ke atas. Bagi perempuan dalam berpakaian dilengkapi dengan
Siput tegang. Biasanya digunakan untuk pengantin dan dikerjakan oleh Mak
Andam.
Siput lintang. Biasanya siput yang digunakan untuk perempuan yang berambut
Sedangkan untuk tudung atau penutup kepala dipakai dengan dua cara, iaitu
Tudung digunakan untuk menutupi kepala dengan bagian yang agak terjurai
Tudung lingkup. Pemakaiannya mirip dengan cadar yang dipakai oleh wanita
arab, yakni yang kelihatan hanya mata atau sekurang-kurangnya hanya terlihat
wajah.
Setiap bangsa dan suku bangsa dan suku bangsa tentulah memiliki erti. Di mana fungsi
dan bentuk bangunan tradisional sebagai ciri khasnya, di samping nilai-nilai universal yang
terdapat di dalamnya. Sama juga halnya dengan orang Melayu. Kawasan orang Melayu yang
besar itu mempunyai persamaan dan perbezaan jika diperhatikan dengan lebih teliti.
Bangunan tradisional Melayu adalah sesuatu bangunan yang utuh, yang dapat dijadikan
tempat kediaman keluarga, tempat berkumpul, dan tempat pelindung bagi siapa saja yang
16
memerlukannya. Menurut tradisi orang Melayu Riau, mereka percaya kepada empat cahaya di
bumi di mana terdiri dari rumah tangga, ladang bertumpuk, beras padi dan anak-anak muda.
Cahaya pertama adalah rumahnya mestilah dijaga dengan baik dan sebaik-baiknya dengan
Kerana luasnya kandungan makna dan fungsi bangunan dalam kehidupan orang
Melayu yang akan menjadi kebanggaan dan memberikan kesempurnaan hidup, bangunan
hendaklah didirikan dengan melalui tata cara perbuatan yang sesuai dengan ketentuan adat.
Dengan memakai tata cara yang tertib itu bangunan tersebut dapat disebut “Rumah sebenar
Rumah”
1. Rumah yang rabungnya lurus di pertengahan pucuk atap, dengan kedua bahagian
sisi atapnya curam ke bawah seperti huruf V terbalik disebut atap belah bumbung, bumbung
4. Jika bahagian bawah atap umpamanya diberi tambahan atap lain, disebut atap
5. Jika perabung atap bangunan itu sejajar dengan jalan raya, disebut dengan rumah
perabung panjang.
6. Sebaliknya jika terletak tidak sejajar disebut pula rumah perabung melintang.
17
7. Jika perabung bangunan itu melentik ke atas pada kedua hujungnya maka ia
8. Jika atap rumah lentik bertingkat maka disebut dengan rumah goral atau gerai.
9. Rumah atap limas yang diberi tambahan di bagian muka dan belakang dengan
10. Tapi jika atap tambahan itu berbentuk belah burung rumah itu disebut limas
berabung Melayu
Dari berbagai macam bangunan di atas umumnya berbentuk persegi panjang, jarang
sekali bujur sangkar, lagi pula bangunan itu dikatakan sebagai tinggi lucup kepala, rendahnya
18
KESIMPULAN
Fungsi pakaian bagi orang Melayu selain sebagai penutup aurat dan pelindung tubuh
dari panas dan sejuk juga mempunyai lambang-lambang ataupun simbol. Simbol-simbol itu
mewujudkan nilai-nilai luhur yang dijunjung tinggi oleh masyarakatnya. Dengan bersebatinya
lambang-lambang budaya dengan pakaian, kedudukan pakaian menjadi sangat mustahak dalam
kehidupan orang Melayu. Berbagai ketentuan adat mengatur tentang bentuk, corak (motif),
warna, pemakaian, dan penggunaan pakaian. Ketentuan-ketentuan adat itu dilakukan untuk
Pakaian Melayu dari hujung kaki sampai ke hujung rambut ada makna dan gunanya.
Semuanya dikaitkan dengan norma sosial, agama, dan adat istiadat sehingga pakaian
berkembang dengan makna yang beraneka ragam. Adapun makna dari pakaian Melayu juga
dikaitkan dengan fungsinya iaitu pakaian sebagai penutup malu, pakaian sebagai penjemput
Pada akhirnya simbol-simbol dalam pakaian orang Melayu dapat menunjukkan identiti
orang Melayu itu sendiri, mencerminkan status seseorang seperti raja, hulubalang, rakyat biasa
dan lain-lain, di mana dapat mencerminkan jati diri dan keperibadian orang Melayu, sebagai
simbol atau lambang keluhuran seluruh masyarakat yang menunjukkan nilai-nilai sebagai
manusia yang bertamadun. Dipengaruhi oleh nilai-nilai luhur agama Islam, merupakan salah
satu keunggulan budaya Melayu dan merupakan puncak kebudayaan Melayu yang dapat kita
saksikan sekarang ini. Begitu juga dengan lambang-lambang dalam seni bangunan tradisional
budaya Melayu
19
RUJUKAN
Ember, C. R. & M. Ember, 1988. Cultural Anthropology: New York: Prentice Hall.
Firth, R., 1951. Elements of Social Organization. London: Watt and Co.
Koentrajaraningat, 1987. Sejarah Teori Antropologi I & II, Jakarta: Penerbit Universiti
Indonesia
20