You are on page 1of 19

1

TUGASAN EEM422

Mei 2014 SEMESTER

KOD KURSUS
NAMA KURSUS

PROGRAM
NAMA PELAJAR
NO. MATRIK
NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT
PEMBELAJARAN

EMM 422
KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR
PENDIDIKAN MORAL
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
SUZALINA BINTI MUHAMAD
E 30203120487
ENCIK KHAIRULANUAR BIN ISMAIL

AEU IPOH

TUGASAN EEM422

ISI KANDUNGAN

TAJUK/PERKARA
Bahagian A - Penakulan Moral: Kepentingan Terhadap
Calon Guru Pendidikan Moral
Berdasarkan artikel di atas:
a) Bincangkan konsep penakulan moral.
b) Huraikan kepentingan penakulan moral dalam kalangan guru-guru.
c) Nyatakan kaitan antara perkembangan moral dan penakulan moral

Bahagian B Pilih satu NILAI MORAL daripada DSK


Sediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang mengajar nilai tersebut.

RUJUKAN

BAHAGIAN A. Bincangkan konsep penakulan moral.

MUKASURAT

TUGASAN EEM422

Penaakulan moral merujuk kepada satu sistem perlakuan yang berdasarkan kepada
prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik dan patut dilakukan (Abdul Rahman Aroff & Chang Lee Hoon,
1994). Tahap penaakulan moral yang tinggi haruslah dipunyai oleh bakal guru yang akan ditempatkan untuk
mengajar di sekolah kelak. Perkara ini dilihat sebagai sesuatu yang amat penting dengan mengambil kira
peranan guru di sekolah sebagai agen moral. Tumpuan perbincangan pada kali ini adalah berkenaan
keperluan untuk menyelidik kepentingan aspek penaakulan moral dalam kalangan calon guru Pendidikan
Moral. Selain itu kertas ini akan membincangkan tentang pandangan teori perkembangan moral kognitif
terhadap aspek penaakulan moral calon guru yang bakal ditempatkan di sekolah. Turut disentuh dalam
kertas ini adalah beberapa kajian di dalam mahupun luar negara yang menunjukkan bahawa penaakulan
moral merupakan suatu elemen terpenting yang perlu dititikberatkan dalam program pendidikan calon guru.
Penaakulan moral merujuk kepada satu sistem perlakuan yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang
dianggap benar, baik dan patut dilakukan (Abdul Rahman Aroff & Chang Lee Hoon, 1994). Berkowitz
(1964) menyatakan bahawa ia merujuk kepada kelakuan yang melibatkan pertimbangan atau penaakulan
yang mematuhi norma sosial yang ditetapkan sebagai tingkah laku yang betul. Penaakulan moral bermaksud
proses seseorang individu mencapai keputusan tentang apa yang patut dilakukan dalam sesuatu dilema
moral (Rest 1976). Selain itu penaakulan moral turut didefinisikan sebagai sebab-sebab atau justifikasi yang
dipegang oleh individu untuk menghasilkan sesuatu keputusan moral (Gibbs, Basinger dan Fuller, 1992).
Mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral Malaysia penaakulan moral merupakan hasil yang penting
dalam pengajaran Pendidikan Moral (Pusat Perkembangan Kurikulum 1988). Pengetahuan Moral yang diuji
di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelajar tingkatan 5 juga adalah berasaskan penilaian
penaakulan moral (Jeevajothi 1997).

BAHAGIAN B: Huraikan kepentingan penakulan moral dalam kalangan guru-guru.


Berdasarkan kepada beberapa kajian yang meninjau tentang tahap penaakulan moral di kalangan guru,
kebanyakan program pendidikan guru dilihat sebagai belum lagi menggabungkan aspek moral dalam
pengajaran ke dalam kurikulum mereka. Keputusan yang diperolehi daripada beberapa kajian tentang
penaakulan moral yang dilakukan di luar negara mendapati bahawa tahap penaakulan moral di kalangan
guru khususnya adalah lebih rendah daripada pelajar-pelajar pada bidang lain (Lampe, 1994; McNeel,
1994; Yeazell & Johnson, 1988). Amat memeranjatkan apabila terdapat kajian yang mendapati bahawa
guru yang pada mulanya berada pada tahap penaakulan moral berprinsip di awal tahun pengajian
menunjukkan penurunan yang signifikan terhadap tahap penaakulan moral mereka pada akhir pengajian
(Lampe, 1994; McNeel, 1994). Oleh kerana hanya sedikit sahaja kajian yang dijalankan untuk mengenal
pasti penaakulan moral di kalangan guru, maka seharusnya kajian selanjutnya perlu dilakukan untuk
menentukan sama ada guru benar-benar menaakul pada tahap yang lebih rendah daripada pelajar pada
bidang lain. Kajian terkini yang lebih terperinci dalam bidang ini adalah sesuatu yang amat penting bagi
menilai dan mengenal pasti tingkah laku moral dan etika para guru (Beyer, 1997; Hostetler, 1997; Piddocke,
Magsino, & Manley-Casimir, 1997; Sockett, 1993; strike & soltis, 1998; Strike & Ternasky, 1993; Yost,
1997).
Antara kajian penaakulan moral di kalangan guru pelatih yang pernah dijalankan adalah oleh Hurt (1977)
yang mengkaji tahap penaakulan moral guru pelatih melalui kemahiran kaunseling dalam memupuk sikap
empati melalui aktiviti kaunseling sebaya dan analisis kendiri. Hasil yang signifikan diperolehi melalui
ujian DIT yang dijalankan sebelum dan selepas sesi. Kajian oleh Shafer (1978) melibatkan 57 guru pelatih
pendidikan sains dalam membincangkan dilema moral seperti yang dicadangkan oleh Kohlberg (1981,
1984). Skor DIT yang diperolehi pada ujian sebelum dan selepas adalah signifikan. Kedua- dua pengkaji

TUGASAN EEM422

mencadangkan bahawa intervensi yang memberi impak positif terhadap kognitif, ego dan perkembangan
moral guru pelatih seharusnya menjadi matlamat dalam program pendidikan guru.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Reiman (2001), guru pelatih didedahkan kepada kurikulum inovatif yang
menggalakkan pengambilan peranan sosial dengan refleksi berpandu. Min skor P yang diperolehi adalah
12.54 dengan saiz (d=.73). Justeru semua guru khasnya guru pendidikan moral seharusnya mempunyai
tahap penaakulan moral yang lebih tinggi bagi memastikan pengajaran berkualiti mampu disampaikan
kepada para pelajarnya. Seterusnya daripada kajian longitudinal yang telah dijalankan oleh King &
Mayhew (2005) telah menemukan beberapa dapatan yang penting berkenaan taakulan moral calon guru.
Antara yang hangat diperbincangkan adalah perkembangan moral dikatakan sebagai matlamat utama
sesebuah program pengajian tinggi khususnya program perguruan di Eropah. Kajian berkenaan antara
lainnya cuba untuk membongkar keperluan taakulan moral yang tinggi di kalangan pelajar calon guru
dengan cara meneroka bagaimana strategi pedagogi pengajaran mempengaruhi perkembangan tahap
taakulan moral. Dalam kajian ini turut ditemukan bahawa kandungan moral dalam kurikulum merupakan
salah satu faktor yang menggalakkan perkembangan moral. Ini kerana dengan memberi pelajar peluang
berbincang tentang isu yang melibatkan dimensi moral mampu menggalakkan mereka untuk mengambil
perspektif sekaligus menyediakan mereka ruang untuk terlibat dalam membuat keputusan moral.
Kajian ini turut mendapati bahawa persepsi pelajar tentang bagaimana pensyarah menstrukturkan kelas
mereka serta membincangkan tentang kandungan moral mampu memberi kesan terhadap kualiti
perbincangan isu moral. Penemuan penting kajian ini juga antara lainnya menyatakan bahawa pembentukan
persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyokong pelajar untuk bertanya mahupun menyuarakan
pandangan berkenaan isu moral dikatakan sebagai amat penting dalam menggalakkan pertumbuhan taakulan
moral. Selain itu elemen interaksi pelajar bersama rakan-rakan yang pelbagai dikatakan mampu
mengganggu-gugat perkembangan taakulan moral pelajar seandainya tidak diberi perhatian. Menurut kajian
ini juga pihak fakulti atau institut pengajian bertanggungjawab untuk menyediakan tenaga pengajar yang
efektif, termasuklah memupuk kemahiran untuk mencipta ruang di mana para pelajar berasa selamat
untuk berbual secara jujur berkenaan isu bangsa antara satu sama lain serta belajar untuk menghormati
keunikan masing-masing. Ini adalah kerana menurut pengkaji, mengelak dari membincangkan isu ini akan
menyebabkan perkembangan taakulan moral terbantut seterusnya sedikit sebanyak akan mencacatkan
keberkesanan pensyarah sebagai seorang pengajar yang bertanggungjawab untuk membantu pelajar
mengenal pasti potensi diri menjadi warga yang bertanggungjawab. Kajian ini sedikit sebanyak telah
memberi celik akal terhadap proses mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang disatukan dengan
pembangunan penaakulan moral pelajar perguruan.
Tanpa diduga sebenarnya terdapat segelintir dapatan kajian yang menyatakan bahawa skor penaakulan
moral bagi kebanyakan guru yang sedang berkhidmat dan calon guru masih lagi belum berada pada tahap
pos-konvensional. Sorotan daripada 30 kajian yang meneroka aspek penaakulan moral di kalangan guru
yang sedang berkhidmat dan calon guru seperti yang dinyatakan Diessner (1990) melaporkan bahawa
kebanyakan guru yang sedang berkhidmat hanya menaakul pada tahap konvensional. Dalam membuat
kesimpulan
terhadap dapatan ini, Chang (1994) kemudian merumuskan bahawa walaupun mengajar adalah sesuatu
yang bersifat moral secara semulajadi dan guru membuat keputusan moral berterusan, namun para guru
dilihat sebagai belum bersedia terhadap aspek tugas ini. Keputusan daripada beberapa kajian yang
meninjau berkenaan penaakulan moral di kalangan bakal guru menyatakan bahawa pertama, skor
penaakulan moral mereka adalah lebih rendah daripada pelajar dalam bidang lain-lain, kedua, tahap
penaakulan moral bakal guru ini dilihat sebagai tidak meningkat daripada tahun pertama hingga ke tahun
akhir pengajian dan ketiga, skor penaakulan moral pelajar senior bidang pendidikan tidak banyak bezanya
dengan pelajar junior dalam bidang lain (Cummings, et. al, 2001; McNeel, 1994; Yeazell & Johnson, 1988).

TUGASAN EEM422

McNeel (1994) turut menyuarakan kebimbangannya dengan menyatakan bahawa skor penaakulan moral
yang rendah di kalangan pelajar bidang pendidikan mempunyai implikasi yang maha besar, ini kerana
kepentingan profesion pendidikan terhadap kehidupan masyarakat dan sesebuah negara tidak dapat
dinafikan. Para pengkaji lain turut menyatakan kegusaran mereka terhadap isu ini. Antaranya, Yeazell and
Johnson (1988) yang menyatakan kebimbangan bahawa dikhuatiri bakal guru ini menjadi guru yang
mempunyai tahap pertimbangan moral yang kurang daripada pelajar mereka. Beliau turut menyatakan
bahawa kemampuan penaakulan moral yang rendah bukan hanya menimbulkan keraguan serius terhadap
kemampuan bakal guru ini untuk memahami dan mengajar prinsip etika dan memudah cara perkembangan
penaakulan moral pelajar, namun turut membangkitkan persoalan serius tentang bagaimana bakal guru ini
membuat keputusan di dalam aktiviti bilik darjah yang melibatkan situasi moral seperti keadilan,
pengurusan kekurangan masa dan sumber dan segala proses berkenaan disiplin kelas.
Sejak berdekad yang lalu kajian yang pernah dijalankan telah mendapati bahawa tahap penaakulan moral
guru merupakan antara faktor yang terpenting dalam perkembangan moral pelajar (turiel et al., 1969 &
Kohlberg 1975). Dapatan kajian yang dijalankan oleh Rahman dan Chang (1994), mendapati bahawa
pemahaman tentang perkembangan moral pelajar akan membantu guru-guru memilih kandungan dan kaedah
pengajaran yang sesuai dengan peringkat perkembangan moral yang telah dicapai oleh pelajar di sekolah.
Kaedah ini juga dapat memberi satu sumbangan yang signifikan terhadap PM di sekolah. Ini kerana melalui
pengetahuan dan pengenalpastian peringkat-peringkat penaakulan moral pelajar, guru mampu
merangsang proses meningkatkan perkembangan moral pelajar ke satu peringkat seterusnya yang lebih
tinggi melalui dilema moral yang dibincangkan di dalam bilik darjah. Justeru membawa maksud bahawa
kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan peringkat perkembangan moral pelajar
mungkin dapat merangsangkan pemikiran yang rasional.
Namun sebelum itu seharusnya para guru turut mempunyai tahap penaakulan moral yang tinggi demi
merangsang pelajar dengan pengajaran yang mendorong pemikiran kritikal. Namun ironinya daripada
kajian yang pernah dijalankan mendapati bahawa pelajar jurusan perguruan rata-ratanya mempunyai tahap
penaakulan moral pada tahap yang sederhana sahaja. Hal ini dilihat sebagai sesuatu yang perlu difikirkan
semula. Ini kerana, dapatan kajian OKeefe & Johnson (1989) mendapati bahawa secara spesifiknya, guru
yang mempunyai tahap penaakulan moral yang tinggi mampu untuk lebih empati terhadap para pelajar,
lebih bertoleransi dalam melontarkan pandangan dan lebih fleksibel dalam pengajaran mereka.
Dapatan ini seterusnya disokong oleh Beyer (1997) yang mendapati bahawa kemampuan guru untuk
memahami dimensi moral dalam pengajaran adalah amat penting dalam berhadapan dengan masyarakat
demokratik yang wujud di sekolah. Hal ini disokong pula oleh Guthrie, King & Palmer (2000) yang
menyatakan bahawa guru-guru ini adalah berada pada tahap perkembangan kognitif yang tinggi di mana
mereka lebih berupaya untuk bersikap toleransi terhadap kumpulan minoriti. Manakala guru yang menaakul
pada tahap yang rendah dikatakan sebagai seorang guru yang kurang efektif, cenderung untuk membuat
penilaian yang kurang tepat terhadap pelajar yang menaakul pada tahap yang tinggi, dan menggunakan
pendekatan yang kurang pelbagai dalam pengajarannya (Thies,- Sprinthall,1894; Reiman & Peace, 2002).
Sprinthall dan Bernier (1979) telah mengkaji berkenaan perkembangan moral di kalangan guru di sekolah
dengan menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dengan aktiviti secara individu seperti menjalani
temuduga dan mempelajari modifikasi tingkah laku kendiri. Pengkaji lain seperti (Oja & Sprintall, 1978;
Thies-Sprintall, 1980, 1984; Reiman & Thies- Sprinthall, 1993) telah menggunakan refleksi berpandu untuk
meningkatkan pengambilan peranan sosial, penaakulan moral dan kebolehan konseptual di kalangan guru
mentor yang bekerja bersama guru pelatih. Hasil yang signifikan telah ditemui pada DIT dan Hunt
Peragraph Completion Test dalam kajian yang dijalankan oleh Miller (1981) untuk mengkaji
kerumitan kognitif.
Berikutan daripada kajian berikut, para pengkaji mencadangkan bahawa adalah
menjadi suatu keperluan untuk mewujudkan satu program pendidikan guru yang lebih berasaskan teori yang
menekankan aspek perkembangan konsep

TUGASAN EEM422

kognitif dan prinsip penaakulan moral di kalangan guru pelatih. Hal ini dilihat sebagai suatu perkara yang
amat penting kerana PM merupakan sebuah mata pelajaran yang unik dan memerlukan kaedah pengajaran
yang tersendiri yang perlu dikuasai oleh calon guru-gurunya sebelum benar-benar bersedia untuk mengajar
di sekolah.
Bagi mengukuhkan lagi kajian dan kepentingan tentang penaakulan moral terhadap pengajaran dan
pembelajaran PM, Chang (1994) telah menerangkan beberapa karakteristik guru-guru yang berada pada
tahap penaakulan moral pos-konvensional. Antara elemen yang dikenal pasti adalah guru-guru ini mampu
untuk menerima pendapat yang pelbagai dan sedaya upaya akan berusaha untuk membantu para pelajar
mereka memahami dan menaakul tentang sesuatu peraturan atau undang-undang dari perspektif yang
berbeza. Kajian dari luar negara oleh Conroy (1987) mendapati bahawa guru-guru yang berada pada
penaakulan moral pos-konvensional mempunyai pandangan humanistik-demokratik terhadap disiplin
pelajar. Tambahan pula guru-guru ini menganggap peranan mereka sebagai seorang yang demokratik dan
pemudah cara (Johnston & Lubomudrov, 1987). Bukan itu sahaja, malahan guru yang berada pada tahap
penaakulan moral pos-konvensional ini juga dikatakan lebih berupaya untuk memastikan hubungan
yang akrab bersama pelajar (Johnston & Lubomudrov, 1987).
Guru-guru yang berada pada tahap penaakulan moral yang tinggi dikatakan mampu mencipta iklim bilik
darjah yang berasaskan saling menghormati (Holt, Kauchak & Person,1980).
Chang (1994) turut
menambah bahawa guru-guru tersebut memahami konsep pendidikan daripada perspektif pelajar sebagai
seorang individu dan dalam pengertian yang lebih luas. Ini kerana menurut Chang (1994) juga, guru
dengan tahap penaakulan moral yang tinggi mampu untuk lebih empati terhadap keperluan pelajar dan lebih
bersedia untuk memudahkan perkembangan pelajar, menghormati hak pelajar, dan lebih objektif dalam
mengendalikan masalah yang ditimbulkan oleh pelajar. Secara jelas, guru yang berada pada tahap
penaakulan moral pos-konvensional mampu untuk lebih berpusatkan pelajar dengan lebih bertimbang rasa,
bersikap demokratik dan profesional.

BAHAGIAN C: Nyatakan kaitan antara perkembangan moral dan penakulan moral


Pengertian penaakulan moral (Moral Reasoning)
Penaakulan moral bermaksud proses seseorang individu mencapai keputusan tentang apa yang patut
dilakukan dalam sesuatu dilema moral (Rest 1976). Kajian ini menggunakan definisi yang diutarakan oleh
Gibbs, Basinger dan Fuller (1992). Mereka telah mendefinisikan penaakulan moral sebagai sebab-sebab atau
justifikasi yang dipegang oleh individu untuk menghasilkan sesuatu keputusan moral. Mengikut sukatan
pelajaran Pendidikan Moral (Pusat Perkembangan Kurikulum 1988 ), penaakulan moral merupakan hasil
yang penting dalam pengajaran Pendidikan Moral. Pengetahuan Moral yang diuji di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia untuk pelajar tingkatan 5 juga adalah berasaskan penilaian penaakulan moral (Jeevajothi 1997).
Kohlberg (1975) mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan salah satu faktor yang
menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah faktor paling penting yang pernah
dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku moral. Kohlberg membicarakan bahawa bagaimana
individu boleh bertingkah laku moral jika dia tidak faham dan tidak berfikir tenang sebab kenapa dia patut
bertingkah laku sebegini.
Antara lain, Kohlberg (1975) telah menyokong pendiriannya dengan dapatan berikut. Beliau dan Krebs
mendapati bahawa hanya 15% subjek kajian yang beroperasi di tingkat poskonvensional meniru dalam
sesuatu peperiksaan berbanding dengan 55% subjek kajian yang beroperasi di tingkat konvensional dan 70%

TUGASAN EEM422

subjek yang beroperasi di tingkat prakonvensional. Ini bermaksud, semakin tinggi tingkat penaakulan moral
individu, semakin tinggi kemungkinan dia bertingkah laku moral.
Dalam perkembangan yang sama, Blasi membuat rumusan tentang 72 kajian yang mengkaji hubungan
antara penaakulan moral, masalah delinkuen dan ciri-ciri yang berkaitan dengan delinkuen (Kitwood 1990).
Beliau mendapati bahawa tingkah laku moral adalah berkait dengan penaakulan moral. Misalnya subjek
delinkuen menaakul di tingkat yang lebih rendah.
Teori Perkembangan Moral Kognitif
Pakar-pakar perkembangan kognitif seperti Jean Piaget dan Lawrence Kohlberg mendakwa bahawa
perkembangan moral bersifat universal dalam dua perkara:
i.
sama.

Setiap individu dalam semua kebudayaan melalui peringkat-peringkat perkembangan moral yang

ii.
Perkara yang mendasari setiap peringkat perkembangan moral adalah konsep-konsep moral yang
serupa seperti kewajipan, keadilan dan tanggungjawab.
Pengertian Perkembangan Moral
Perkembangan Moral menurut definisi Santrock (1995) Perkembangan moral adalah perkembangan yang
berkaitan dengan aturan dan konvensi mengenai apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dalam
interaksinya dengan orang lain. Perkembangan moral adalah perubahan-perubahan perilaku yang terjadi
dalam kehidupan anak berkenaan dengan tatacara, kebiasaan, adat, atau standard nilai yang berlaku dalam
kelompok sosial.
Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget.
Kanak-kanak membina maklumat secara aktif semasa meneroka dunia sekelilingnya Mereka
mengadaptasikan pemikiran dengan memasukkan idea-idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang
sesuatu perkara.
Piaget menyatakan, perkembangan kanak-kanak dan remaja mempunyai dua peringkat:
i.
Peringkat heteronomus (umur 4 hingga 7 tahun).
Pada peringkat ini, beliau menganggap kanak-kanak memandang perundangan sebagai tidak dapat diubah.
ii.
Peringkat kedua adalah autonomus (10 tahun ke atas)
Pada peringkat ini, mereka sedar peraturan yang dikenakan ke atas mereka dikuatkuasakan oleh manusia
juga.
Piaget (1965) telah memberi tumpuan kepada Perkembangan Kognitif kanak-kanak yakni dengan memberi
penekanan mengenai bagaimana manusia berfikir dan memahami. Dengan melihat kepada anak-anaknya
sendiri beliau cuba memahami bukan sahaja apa yang mereka fahami tetapi juga bagaimana mereka
memberi makna kepada dunia. Pemerhatian secara teliti menunjukkan kanak-kanak menjadi matang secara
biologi dan juga melalui pengalaman sosial. Menurut Piaget setiap manusia melalui empat tahap
perkembangan kognitif iaitu tahap deria motor, tahap praoperasi, tahap operasi konkrit dan tahap operasi
formal (Sakhilah Shahkat Ali, 2009).

TUGASAN EEM422

Perkembangan moral pula ditentukan dalam tiga tahap. Tahap pertama adalah tahap pra-moral. Pada tahap
ini kanak-kanak berminat dengan diri sendiri sahaja dan mengutamakan pandangan sendiri. Pada peringkat
kedua iaitu peringkat heteronomous, kanak-kanak lebih berhati-hati dan berminat pada orang lain. Pada
peringkat ini perasaan hormat kepada pihak yang berkuasa serta berupaya menerima peraturan. Kanakkanak juga berupaya membuat pertimbangan moral iaitu menentukan baik buruk atau betul salah melakukan
sesuatu perkara. Peneguhan dalam bentuk ganjaran dan hukuman diambil kira dalam peringkat ini (Sakhilah
Shahkat Ali, 2009).
Peringkat yang terakhir pula ialah kemoralan autonomi. Pada peringkat ini kanak-kanak mengambil berat
tentang kebajikan dan minat masing-masing. Perasaan hormat pada orang lain juga mula dititikberatkan.
Piaget menjelaskan pada peringkat ini kanak-kanak menganggap peraturan boleh berubah-ubah berdasarkan
kerjasama dan rasa hormat pada orang lain. Keputusan moral tidak lagi pada kehendak undang-undang
autoritarian tetapi segala aspek boleh diambil kira. Keupayaan melihat sesuatu perkara daripada pelbagai
sudut bertambah, ini meningkatkan keupayaan seseorang mengkonseptualisasikan dilema moral (Kurtines &
Greif, 1974, Shaffer, 1993).
Sumbangan Piaget terhadap perkembangan moral telah dikembangkan oleh Kohlberg (1963, 1964, 1969,
1976,1981, 1984). Pada kali ini kajian-kajian oleh Kohlberg telah mengambil kira semua peringkat umur
dari golongan kanak-kanak sehinggalah golongan dewasa.
Teori Perkembangan Moral Kohlberg.
Selepas kajian secara intensif oleh teori Piaget, Kohlberg (1969) telah memperkembangkan peringkat
perkembangan moral kepada enam di mana setiap peringkat mewakili cara tertentu seseorang berfikir
mengenai dilema moral. Selama tiga puluh tahun melakukan kajian, Kohlberg telah mengenal pasti
terdapatnya tiga tahap penaakulan moral. Setiap tahap dibahagikan kepada dua peringkat. Menurut Kohlberg
(1976), enam peringkat moral yang telah dibahagikan kepada tiga tahap utama. Ini dikenali, tahap pra
konvensional (peringkat 1 dan 2), tahap konvensional (peringkat 3 dan 4), dan tahap pasca konvensional
(peringkat 5 dan 6). Menurutnya peringkat yang lebih tinggi dalam setiap tahap adalah lebih baik dan
tersusun dan mampu menggambarkan perspektif umum setiap tahap tersebut. Menurutnya lagi untuk
memahami peringkat-peringkat ini adalah lebih baik untuk memahami ketiga-tiga tahap terlebih dahulu.
Tahap pra konvensional, merupakan tahap bagi kebanyakan kanak-kanak berusia kurang sembilan tahun,
sedikit golongan remaja, dan banyak bagi golongan dewasa dan remaja yang terlibat dengan jenayah. Tahap
konvensional pula merupakan tahap bagi kebanyakan remaja dan golongan dewasa dalam masyarakat dunia.
Manakala tahap pasca konvensional pula paling kurang dicapai oleh dewasa dan selalunya dicapai oleh
mereka yang telah berusia lebih dua puluh tahun.
Kohlberg (1976) telah menyarankan agar ketiga-tiga tahap dilihat dalam tiga bentuk yang berlainan iaitu
dalam hubungannya antara diri, masyarakat dan jangkaan, iaitu:
Tahap l: golongan pra konvensional, di mana undang-undang dan jangkaan sosial adalah bersifat luaran pada
diri seseorang.
Tahap ll: golongan konvensional, di mana diri mereka dikenal pasti menurut peraturan dan jangkaan
terhadap orang lain terutama pihak berkuasa.
Tahap lll: golongan pasca konvensional, golongan ini berupaya membezakan diri daripada undang-undang
dan jangkaan-jangkaan orang lain dan memberi makna pada nilai-nilai dalam bentuk prinsip pilihan sendiri
(self-chosen prinsipal).
Enam Peringkat Perkembangan Moral Kohlberg

TUGASAN EEM422

______________________________________________________________
Pra konvensional
Peringkat 1. Orientasi Hukuman dan Kepatuhan
(Might makes right)
Peringkat 2. Orientasi Timbal balik
(Scratch my back, Ill scratch yours)
________________________________________________________________
Konvensional

Peringkat 3. Orientasi Persetujuan Antara Individu


(Good boy, nice girl approval)
Peringkat 4. Orientasi Undang-undang dan Peraturan
(Fixed rules, right behavior consists in
doing ones duty)
________________________________________________________________
Pasca konvensional

Peringkat 5. Orientasi Kontrak Sosial


(Standards critically examined and
agreed upon by whole society)
Peringkat 6. Orientasi Prinsip Etika Sejagat
(Universal justice, equality)
________________________________________________________________
Dipetik daripada Traviss, 1985.
Teori Perkembangan Sosial
Idea tentang perkembangan atau pembelajaran sosial telah dipelopori oleh Miller dan Dollard pada tahun
1941 tetapi Albert Bandura dan R.H Walter (1963) telah menghalusi dan mendalami kajian ini. Bandura
mendapati bahawa dalam kehidupan seharian terdapat banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh,
teladan, tiruan dan penggunaan bahasa.
Tiruan ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu tiruan mudah dan identifikasi seseorang supaya ditiru.
Peniruan ini berlaku dalam tiga bentuk iaitu:
i.
Tiruan secara langsung, ia merujuk kepada meniru seseorang atau model dengan melihat kepada
orang itu
ii.
Peniruan melalui sekat lakuan dan tidak sekat lakuan, sekat lakuan merupakan tingkah laku yang
sesuai pada satu masa tetapi tidak sesuai dalam situasi yang lain. Tidak sekat lakuan merujuk kepada
seseorang yang terus meniru amalan tingkah laku dalam sesuatu situasi ke situasi yang lain.
iii.
Peniruan secara elisitasi, proses ini menunjukkan seseorang itu terus melakukan apa sahaja yang
orang lain lakukan setelah individu tahu melakukannya. Tiruan ini merupakan aktiviti mengulangi gerak geri
tindakan orang lain.
Dengan idea tiruan ini maka moral kanak-kanak banyak dibentuk atau diperoleh dengan meniru ibu bapa,
guru atau orang sekeliling secara formal atau tidak formal.
Ciri-ciri Teori Pemodelan Bandura
i.
Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.
ii.
Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.
iii.
Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model.
iv.
Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan Peneguhan yang berpatutan.
v.
Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak
balas yang sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

TUGASAN EEM422

10

Prinsip Pembelajaran Melalui Pemerhatian/ Permodelan


Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau
Permodelan iaitu pemerhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi.
(i) Pemerhatian
Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian
kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk
kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada
rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri
model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita
perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang
jelas dan menekankan isi-isi penting.
(ii) Mengingat
Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian
kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak-kanak kecil ini mungkin merujuk
kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada
rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor-faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri
model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita
perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang
jelas dan menekankan isi- isi penting.
(iii) Reproduksi
Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang tahu
bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri-ciri atau langkah-langkah dia mungkin
belum boleh melakukannya dengan lancar. Seseorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat
maklum balas dan bimbingan tentang perkara-perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku
model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir.
(iv) Peneguhan/Motivasi
Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian, tetapi kita
mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk
melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian.
Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model, kita
mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula
tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba
menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkannya tanpa peneguhan.
Teori Perkembangan Sosial Emile Durkheim
Durkheim sangat mementingkan isu mengenai bagaimana sesebuah masyarakat dapat mengekalkan integriti
mereka dalam dunia moden, apabila perkara-perkara seperti perbezaan agama dan latar belakang etnik tidak
dapat dipastikan. Menurutnya kesedaran tanggungjawab moral lahir daripada perasaan yang terasa dekat
dengan masyarakat.
Masyarakat adalah sumber bagi semua pengetahuan moral dan authority yang mengesahkan moralti
(Durkheim, 1906). Moral mempunyai kuasa kerana keupayaannya mengawal kelakuan manusia sebagai satu
jenis ikatan sosial atau kontrak. Menurut Durkheim, kanak-kanak perlu memahami peraturan yang
memelihara hubungan sosial yang dikenakan oleh orang dewasa terhadap mereka. Peraturan yang dikenakan

TUGASAN EEM422

11

di rumah adalah secara tidak formal sebaliknya peraturan di sekolah adalah formal. Maka guru mempunyai
autoriti sosial dan bertindak sebagai orang tengah antara masyarakat dan kanak-kanak.
Teori Perkembangan Moral Humanisme
Teori pembelajaran humanisme member tumpuan kepada apa yang berlaku dalam diri seseorang individu
seperti perasaan dan emosinya. Pendekatan humanisme menekankan cara pemikiran, pengamatan dan cara
penginterpretasi seseorang individu terhadap sesuatu tindakan dan tingkah laku moral. Ahli psikologi
humanisme mempercayai bahawa seseorang individu sedar dan bertanggungjawab terhadap segala tingkah
lakunya.
Teori Konsep Kendiri Carl Rogers
Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai persepsi diri sendiri tentang minat, sikap dan
nilai dan kebolehan melihat persepsi orang lain terhadap diri sendiri dengan persekitaran. Konsep kendiri
positif adalah percaya dan yakin kepada diri sendiri secara fizikal, mempunyai minat yang objektif dan tidak
terlalu sensitif.
Carl Rogers berpendapat pembentukan moral yang baik adalah melalui model yang boleh dicontohi dan
berpengalaman seperti ibu bapa, rakan sebaya, orang dewasa dan dirinya sendiri. Pemupukan nilai dan
keyakinan diri melalui didikan ini akan membentuk konsep kendiri yang positif. Selain itu alam sekitar
memainkan peranan yang penting dalam perkembangan moral khasnya sebaran am, budaya dan penilaian
masyarakat terhadap sesuatu tingkah laku. Akhirnya, penilaian individu terhadap keperluan asasinya seperti
keselamatan , fizikal, kasih sayang dan penghormatan diri akan mempengaruhi penaakulan moral.

12

TUGASAN EEM422

Bahagian B Nilai Moral yang dipilih dari Dokumen Standard Kurikulum dan Pentafsiran Pendidikan
Moral

RPH PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 2


Mata Pelajaran : Pendidikan Moral
Tahun : 2 Ibnu Khaldun
Kehadiran : 10 / 10
Tema : Saya dan keluarga
Topik / Tajuk : Keadilan dalam keluarga
Masa : 60 minit
1. Standard Pembelajaran : 8.11 & 8.13
2. Objektif Pembelajaran :
Pada akhir Pengajaran dan Pembelajaran, murid dapat ;
i ) Menyenaraikan contoh keadilan dalam keluarga
ii) Menyatakan perasaan bersikap adil sesama ahli keluarga
3. a) Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Set Induksi :
Guru memberikan gula-gula secara rawak kepada murid.
Guru bersoal jawab tentang perasaan murid yang dapat dan yang tidak
dapat gula gula.
Guru menerangkan kepada murid tentang kepentingan bersikap adil
dalam kehidupan seharian.
Guru kemudian memberi gula gula kepada murid yang tidak dapat.
Langkah 1 :
1.

Guru menerangkan maksud keadilan dalam situasi sesebuah keluarga.

2.

Guru bersoal jawab dengan murid tentang cara mengamalkan sikap keadilan dalam
sesebuah keluarga.
3. Guru memberikan beberapa contoh seperti mendapat duit belanja yang sama rata di kalangan adik
beradik, melakukan kerja rumah bersama sama dan lain-lain.

TUGASAN EEM422

13

Langkah 2 :
1.

Guru mempamerkan gambar kerjasama dalam sebuah keluarga.

2.

Guru meminta murid menceritakan tentang apa yang mereka lihat di dalam gambar
tersebut.
Langkah 3 :
1.

2.

Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

Murid melengkapkan aktiviti tersebut sambil dibimbing oleh guru.


Penutup :
1. Guru membuat kesimpulan tentang pengajaran dan pembelajaran yang telah diberikan kepada murid
pada hari ini.
b) EMK / Elemen Nilai Tambah : Kreatif dan Inovatif
c) Bahan / Sumber P&P : LCD Projektor, Komputer Riba, Gula-gula, Lembaran Kerja.
4. a) Pentafsiran :
1. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid.
Aktiviti Pemulihan :
1. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid.
Aktiviti Pengayaan :
1. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid.
b) Refleksi :
1.
2.

14

TUGASAN EEM422

Aktiviti 1.
NAMA :________________

KELAS :________

Sila baca pernyataan di bawah dan tandakan BETUL atau SALAH pada
ruangan yang telah disediakan.
1. Abu mengambil kesemua alat tulis yang telah
dibelikan oleh ayahnya tanpa membahagi sama rata
kepada adiknya.
2. Norziha membantu adiknya menyapu lantai rumah pada hujung
minggu.
3. Vishal telah memarahi adiknya yang tidak bersalah kerana bajunya
telah koyak akibat terjatuh dari basikalnya.
4. Fei Hong telah membahagikan wang saku sama rata kepada dua
orang adiknya yang masih bersekolah.
5. Clara telah bersama sama tiga orang adiknya membantu ayahnya
membersihkan halaman mereka.

10

15

TUGASAN EEM422

PENDIDIKAN MORAL (KSSR) TAHUN 2


UNIT 8 : KEADILAN
NAMA

: __________________________TARIKH : ____________

KELAS

: __________________

Kepentingan
Bersikap Adil
Situasi
(Keterangan murid
berdasarkan jawapan)
Emak membelikan empat biji gula-gula
kepada kamu. Emak meminta kamu
berkongsi dengan seorang adik.
Bagaimana kamu
membahagikan gula-gula itu
secara adil?
Saya dan adik mendapat dua
biji
gula-gula.
Saya mendapat 3 biji gula-gula dan
adik mendapat 1 biji gula-gula

TUGASAN EEM422

Aktiviti 2 - Perhatikan gambar di bawah dan nyatakan apa yang kamu


lihat di dalam gambar tersebut.
Gambar 1

16

TUGASAN EEM422

Aktiviti 2 - Perhatikan gambar di bawah dan nyatakan apa yang kamu


lihat di dalam gambar tersebut.
Gambar 2

17

TUGASAN EEM422

Gambar 3 Warnakan gambar berikut

18

TUGASAN EEM422

Gambar 4 Warnakan gambar berikut

19

You might also like