You are on page 1of 1

AKTIVITI

FAHAM DAN BUAT

TUJUAN: Mengelaskan maklumat berikut kepada aset, liabiliti,


ekuiti pemilik, hasil dan belanja
Mimi memulakan perniagaan menjual pakaian dengan modal yang
terdiri daripada wang tunai, perabot, dan alatan pejabat ke dalam
perniagaannya. Nama perniagaan yang beliau usahakan ialah Kedai
Pakaian Mimi. Beliau mendapatkan bekalan kain daripada Pembekal
Kain Suree secara tunai dan kredit. Pembekal Kain Suree memberikan
diskaun dan komisen kepada Mimi. Mimi menjual pakaian dikedainya
secara tunai dan kredit. Antara pelanggan yang diberikan kemudahan
kredit oleh Mimi ialah Puan Julia.
Dalam masa setahun itu, dia telah membelanjakan wang untuk
membayar gaji pekerja, bil elektrik dan air, sewa kedai, dan belanja am.
Beliau juga telah membuka akaun bank bagi memudahkan urusan
perniagaan dan pihak bank telah memberikan dividen atas
simpanannya.
Sepanjang tempoh setahun menjalankan perniagaan, Kedai Pakaian
Mimi telah mendapat keuntungan yang memuaskan sebagai permulaan.

KEDAI PAKAIAN MIMI

Aset

Liabiliti

Ekuiti Pemilik

Hasil

Belanja

You might also like