You are on page 1of 5

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
MINIT MESYUARAT
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI YONG PENG
MINIT MESYUARAT

PENGURUSAN SEKOLAH

Tarikh

31.12.2015

Masa

9.00-2.00

Tempat

Makmal ICT SKSYP

Pengerusi

En Mohd Ruzi Bin Abdullah Sani

Kehadiran (Bilangan )

25

Turut hadir (Jika ada)

BIL

/( 2016)

PERUTUSAN PENGERUSI
Kata Aluan Pengerusi
1.1 Memulakan majlis dengan bacaan Surah Al Fatihah.
1.2 En Mohd Ruzi Bin Abdullah Sani Sani GPK 1 merangkap Pemangku guru besar
mengucapkan salam dan ribuan terima kasih di atas kehadiran guru-guru.
1.3 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan mengharapkan semua
guru dapat memberi perhatian dan kerjasama tentang program sekolah yang akan
dibentangkan sebentar nanti.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( Gelombang Kedua)
1.4 Beliau membentangkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:
Aspirasi sistem Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima
keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti,
perpaduan, dan kecekapan (Ekshibit 7).
i. Akses: Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan
peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing.
ii. Kualiti: Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang
berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem
pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk meletakkan
Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut
pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan
PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja).
iii. Ekuiti: Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik
kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang


pencapaian antara murid bandar dengan luar Bandar.
iv. Perpaduan: Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu
perempat daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid lain
daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar
memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Kementerian berhasrat menjana
suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman
dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat
Malaysia.
v. Kecekapan: Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi,
namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang
telah disalurkan ke dalam sistem
MAKLUMAN

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh En Roszaimi bin Md Noh
Disokong untuk pengesahan oleh Pn CW Rasimah bt CW Yusuf

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Post Mortem dan dialog prestasi tidak semestinya diadakan apabila peperiksaan sahaja.
Prestasi itu merangkumi semua bidang.
Perkara berkaitan NKRA
3.2.1 SKPM- En Mohd Ruzi menjelaskan serba ringkas evolusi SKPM:
2001 JNJK memperkenalkan Sistem Pemastian Peningkatan Standard Tinggi Kualiti
Pendidikan (STKP)
2003 Berdasarkan maklumbalas, SKPM telah dipermudahkan untuk menggantikan STKP
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Sekolah (SKPM)
2010 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) disemak semula sejajar dengan Hala
Tuju JNJK 2010-2015 dan pengenalan NKRA berkaitan pendidikan - Tawaran Baru.
Menurut beliau tujuan SKPM:
Menetapkan satu nilai tara atau sukatan aras atau tahap kecemerlangan yang
dikehendaki atau yang sepatutnya dicapai oleh sekolah.
Memerihalkan secara eksplisit maksud frasa taraf (atau standard) pengajaran yang
memuaskan seperti yang dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 - Subseksyen
117(a)
SKPM juga dapat meluaskan jangkauan tindakan JNJK dengan mengupayakan
sekolah untuk mengaplikasikan sendiri sistem pemastian standard kualiti tanpa
kehadiran nazir sekolah
Satu inisiatif bagi meningkatkan tahap profesionalisme warga pendidik di sekolah
Pencapaian SKM 2003 SK Seri Yong Peng

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

Pengisian SKPM En Mohd Rafique dan ahli jawatankuasanya adalah penentu pencapaian
sekolah.Pada tahun 2015 Sekolah mendapat Band 2 .
Beliau juga menjelaskan PBPPP adalah untuk mengukur kecemerlangan individu manakala
SKPM untuk sekolah.
MAKLUMAN
3.2.3 SBT En Ruzi menjelaskan SBT ialah sekolah yang mempunyai watak, identiti
tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai
tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang
berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada
antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat ( sekolah berprestasi tinggi) guru
perlu bersiap sedia semua kerja perlu kemas kini ,perbaiki sistem fail.
MAKLUMAN
3.2.3 SPSK Sistem Pengurusan Sekolah kualiti setiausaha yang di lantik En Mohd Fadli
Bin Kamaruddin
MAKLUMAN
3.2.4

LINUS AJK Linus seperti dilampirkan dalam manual pengurusan.


MAKLUMAN

3.2.5

MBMMBI- AJK MBMMBI seperti dilampirkan dalam manual pengurusan


MAKLUMAN

3.2.6

Frog Vle Minta Ustaz Fadli buat satu program penggunaan Google Drive dalam P&
P. Tarikh dicadangankan 1 Januari 2016 , tarikh terdekat sebelum sesi persekolahan
bermula. ( In house 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari)
Fasillitator dilantik En Muhd Fadli bin Kamaruddin
- Pn Azhani Bin Ahmad
TINDAKAN : EN FADLI

3.2.7

Semua ketua-ketua Panitia diminta menyediakan plan strategik , plan taktikal dan
pelan operasi kepada En Ruzi sebelum bulan Febuari. Perkara-perkara yang perlu
ada dalam pelan itu ialah:
i.

ii.

iii.

Pelan operasi perlu disediakan setahun ( perancangan setahun) bagi semua


panitia dan setiap bidang. Pelan operasi ialah proses kerja untuk melaksanakan
apa yang hendak dibuat. Cara penyediaannya perlu mempunyai butiran berikut:
Nama Projek
Objektif
Tempoh
Kumpulan sasaran
Guru Terlibat
Process Kerja
Kekangan
Pemantauan
Penilaian
Penambahbaikan
Plan taktikal beliau menjelaskan pelan taktikal ialah perkara yang hendak
dilakukan.
Pelan strategik (blue print) pelan utama rancangan jangka panjang (2016 hingga

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

2020).
Tindakan : SEMUA KETUA-KETUA PANITIA
4

PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT


4.1 Lantikan jawatankuasa kurikulum 2015 .
4.1.1 Sila rujuk manual pengurusan 2016
Tindakan : SEMUA
4.2 Jadual waktu P&P 2016
Diserahkan oleh En Mohd Ruzi Ada sedikit pertukaran Guru kelas:

1Alfa- Pn Hjh Miss Leah bt Sukar


5 Alfa- Julaina bt Abd Hamid
2 Alfa- pn Noraini bt Shariff
5 Beta- Athiyah binti Shuid
3 Alfa- --Pe
6 Alfa- Pn Rugayah Mohammad
3 Beta- Hasniyanti binti Mohd Hanafiyah 6 Beta- Pn Zuraini bt
Yaccob
4 Alfa- Pn Haryani bt Selamat
4 Beta- Pn Nur Hakimah bt Hassan
4.3 Jadual Waktu Kelas:
4.3.1Semua murid tahap 2 ada aktiviti kokurikulum pada hari Rabu (1.00-2.30 tgh). Ini
termasuk kelab dan persatuan, badan beruniform. Semua guru punch card pada hari
Rabu pukul 2.30 petang.
4.3.2 IMIS seperti biasa dijalankan setiap pagi Isnin (7.30- 8.30 pagi).
4.3.3 Jika guru-guru ada kursus atau aktiviti di luar sekolah, P&P akan di bawa ke
waktu kokurikulum dan dimaklumkan terlebih dahulu kepada ibu bapa.
MAKLU
MAN
4.4 Kelas Tambahan Intensif Upsr 2016
4.4.1 Kelas tambahan tahun 5 pada hari Ahad hingga Rabu malam sahaja (8.00 hingga
9.30 malam).
4.4.2 Kelas tambahan tahun 6 pada hari waktu balik hari Isnin dan Selasa ,hari Ahad
hingga Rabu malam sahaja (8.00 hingga 9.30 malam) dan Hari Sabtu pertama (minggu
ganjil) dan minggu genap ada kelas tambahan untuk murid target sahaja (15 orang)
pada jam 8.00 pagi -12.30 tengahari.
Tindakan: GURU Tahun 5 dan 6
4.5 Kem kecemerlangan UPSR dan Motivasi
4.6 Pn Julaina dan AJK serta guru-guru tahun 6 rancang dan buat kertas kerja untuk
jalankan program.
Tindakan: GURU
HAL-HAL LAIN
5.1 Kewangan
Tindakan : Pentadbir Sekolah & Guru-guru Sains
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

5.2 Pn Julaina mencadangkan supaya satu senarai pencapaian murid tahun 5 dibuat dan

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya.Mesyuarat akan datang akan di adakan pada bulan April
selepas ujian siri pertama.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengahari.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

..........................................
(ROSNANI BT HASSAN )
Setiausaha

................................
)
Pengerusi

Tarikh : 10.01.2016

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like