You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PINANG TUNGGAL

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.


MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS, FIZIK, KIMIA DAN BIOLOGI
Bilangan 1/2015
Tarikh
Masa
Tempat
Pengerusi

: 1 Januari 2015
: 1.20 petang
: Bilik Mesyuarat
: Pn. Noor Azwa binti Zakaria

Kehadiran
Hadir

:
1. Pn Noor Azwa binti Abdul Zakaria (GKM)
2. En Zakaria bin Aziz (Ketua Panitia Sains)
3. Pn Azdiah binti Ali
4. Pn Azziah binti Azzemin (Ketua Panitia Kimia)
5. Cik Noor Asnida Shahani binti Md. Noor (Ketua Panitia Fizik)
6. Pn Raihan binti Hj. Hashim (Ketua Panitia Biologi)
7. Cik Nor Aniza binti Ayob
8. Pn Saripah binti Husain
9. Pn Adawiyah binti Hashim
10. En Azmil bin Jamil
11. En Hasnizal bin Jamil

Tidak Hadir Bersebab:

Agenda Mesyuarat
I Perutusan Pengerusi
1. Pn Noor Azwa selaku Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru
yang dapat hadir dalam mesyuarat panitia pada kali ini.
Makluman
II Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
2. Minit Mesyuarat Panitia Kali keempat pada 20 Oktober 2014 disahkan oleh Pn
Saripah binti Husain dan disokong oleh Pn Azdiah binti Ali. .
III Perkara Berbangkit
3. Merujuk Agenda IX, Perkara 9 berkaitan TIMSS. Bagi TIMSS pada tahun 2015 telah
dimansuhkan.Guru-guru diminta sentiasa mematuhi Jadual Semakan Buku Latihan
yang telah ditetapkan seperti yang tercatat dalam Buku Perancangan Rasmi 2015.
4. Merujuk Agenda IX, Perkara 10, guru-guru yang mengajar Fizik, Kimia dan Biologi
tingkatan 4 perlu melaksanakan Peperiksaan Amali Tahun 2015 dengan 30% markah
diambil.
Tindakan : Pn.Raihan, Pn. Noor Asnida, Pn. Azdiah.
5. Merujuk Agenda IV,Perkara 2 berkaitan Post Mortem Panitia 2014.
(a) Guru-guru perlu rujuk laporan Tahunan 2014 muka surat 1. Guru-guru perlu fokus

kepada tingkatan 3 dan tingkatan 5.


(b) Bengkel Teknik menjawab ikut Panitia masing-masing.
(c) Teknik menjawab PT3 telah dibuat.
IV Perlantikan Jawatan kuasa Panitia 2014
7. Ketua Panitia menetapkan bahawa Setiausaha Panitia Sains dilantik mengikut giliran
setiap kali mesyuarat diadakan.
8. Pengerusi meminta supaya setiap tingkatan mempunyai guru penyelaras untuk
memudahkan segala urusan berkaitan tingkatan masing-masing.
Penyelaras Sains:
Tingkatan 1 Pn Adawiyah binti Hashim
Tingkatan 2 Pn Saripah binti Husain
Tingkatan 3 Cik Nor Aniza binti Ayob
Tingkatan 4 En Zakaria bin Aziz
Tingkatan 5 Pn Belinda binti Hamzah
Penyelaras Fizik Cik Noor Asnida Shahani binti Md Noor
Penyelaras Kimia Pn Azdiah binti Ali
Penyelaras Biologi Pn Raihan binti Hj Hashim
Makluman
V Analisis dan Post Mortem PMR 2013
9. Keputusan PMR 2013 (Rujuk pada Lampiran 1).
10. Peratus kelulusan Sains menurun sebanyak _____%. Antara faktor-faktor penurunan
peratus kelulusan ialah:
` i) Kelemahan pelajar menjawab soalan 7 dan 8 pada Kertas 2.
ii) Pelajar masih tidak mahir membuat pengukuran dan lemah menentukan skala
bacaan.
iii) Pelajar lemah menjawab soalan dalam bentuk analisa dan aplikasi.
11. Langkah-langkah mengatasi:
i) Perbanyakkan latihan dalam bentuk soalan aplikasi.
ii) Mengadakan Program Peningkatan Prestasi Akademik Sekolah (Rujuk Lampiran 2).
Tindakan: Semua Guru
VI Head Count Peperiksaan Akhir Tahun 2013
12. Bagi Tingkatan 2, 3 dan 5, keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2013 dijadikan
markah TOV.
13. Markah TOV Tingkatan 1 dan 4 akan dirujuk pada markah Ujian 1 2014.
Makluman
VII Perancangan Strategik/ Pelan Operasi/ Pelan Taktikal
14.
VIII Pemantauan Kurikulum Berkualiti
15. Ketua Panitia memaklumkan kepada guru-guru supaya lebih peka terhadap jadual
pencerapan guru dan pencerapan buku latihan.
Tindakan: Semua Guru
IX Jadual Waktu
16. Pengerusi mengingatkan kepada guru-guru yang menghadapi pertindihan waktu
dalam jadual supaya memaklumkan kepada Setiausaha Jadual Waktu, Pn Suraya
binti Sharip.
Makluman

X Laporan PBS
17. Sistem SPPBS masih lagi dalam penyelenggaraan. Pengoperasian semula sistem
SPPBS akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Makluman
18. Pn Raihan binti Hj Hashim mencadangkan supaya laporan PBS pelajar-pelajar
Tingkatan 1, 2 dan 3 diletakkan dalam fail poket dan disimpan oleh guru.
Tindakan: Guru Sains Tingkatan 1, 2 dan 3
XI Hal-hal Lain
19. Laporan kewangan (Sila rujuk Lampiran 3).
20. Pn Azdiah binti Ali mencadangkan supaya menambahkan bilangan kerusi di makmal
kerana masih lagi tidak mencukupi.
Makluman
21. Pengerusi memaklumkan kepada guru-guru supaya Rancangan Pengajaran
Tahunan (RPT) boleh dilekatkan atau disimpan dalam poket pada Buku Rekod
Pengajaran.
Tindakan: Semua Guru
22. RPT yang disediakan perlu ada kontrak latihan. Guru yang menyediakan RPT Sains:
i) Tingkatan 1 Pn Zuraini binti Zainol
ii) Tingkatan 2 Pn Saripah binti Husain
iii) Tingkatan 3
iv) Tingkatan 4 En Zakaria bin Aziz
v) Tingkatan 5
23. Setiap RPT perlu diserahkan sebelum 30/01/2014 dan diberi satu salinan untuk
simpanan Fail Panitia Sains.
24. Dashboard Panitia perlu dilekatkan di bahagian belakang Buku Rekod Pengajaran.
Makluman
Penutup
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:15 petang.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

____________________
(ADAWIYAH BINTI HASHIM)

______________
(EN ZAKARIA BIN AZIZ)

You might also like