You are on page 1of 4

Tugasan kumpulan

Soalan 3A
Huraikan ciri-ciri kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar
berkenaan dari segi aspek kuasa, gaya dan nilai murni kepimpinan.

Kepimpinan merupakan aspek penting dalam ciri-ciri satu


organisasi. Kepimpinan di sekolah bergantung kepada guru besar
yang mencorakkannya. Guru besar yang Berjaya menjadikan
kepimpinan yang terlatih akan berjaya mengawal pegawai
bawahannya dan juga pihak atasan dengan baik dan berprinsip
yang menjadikan corak kepimpinan yang cemerlang.

Aspek kuasa.
Dari aspek kuasa, guru besar yang cemerlang tidak
menggunakan semata-mata pangkat dan kuasa untuk
bertindak. Guru besar tidak menggunakan kelebihan sebagai guru
besar untuk keputusan. Beliau lebih bersifat telus dan jujur dalam
kepimpinannya. Beliau mempunyai prinsip tersendiri dan bertindak
berdasarkan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.
Selain itu, beliau bersedia mengambil mendengar dan
mengambil kira pandangan dan cadangan dan pegawaipegawainya sebelum membuat keputusan. Ini disebabkan,
dengan mengambil pandangan pegawainya adalah lebih tepat dan
sesuai. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada
keputusan mensyuarat. Segala pandangan pegawai-pegawainya
didengar dan dibincang dengan teliti. Oleh yang demikian,
keputusan dibuat lebih berkesan.
Ciri-ciri kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar
berkenaan adalah bersifat tegas dan adil. Tanpa ketegasan,

segala pekerjaan tidak dapat diselesaikan dengan baik. Namun


ketegasan tidak berlaku sahaja tetapi keadilan juga adalah
diamalkan. Beliau tidak mementingkan kroni atau sekutunya. Tetapi
mengamalkan prisip keadilan.
Dalam kepimpinan juga, beliau mengekspoitasi kekuatan
pegawainya tetapi bukan kelemahan-kelemahannya.
Menggunakan kelebihan adalah dibenarkan. Ini kerana setiap orang
mempunyai kelebihan-kelebihan masing-masing. Oleh itu, dalam
satu organisasi penting setiap orang menggunakan kelebihan
masing-masing untuk menjayakan satu organisasi tersebut untuk
saling kuat menguatkan. Guru besar berkenaan bijak menggunakan
kelebihan masing-masing bagi faedah bersama.

Gaya
Guru besar berkenaan juga mengamalkan pemikiran
berfikiran terbuka (open-minded) dan berpandangan jauh.
Beliau bersikap terbuka terhadap kritikan dan nasihat daripada
orang lain. Beliau tidak pernah terasa hati dan menerima
pandangan orang lain dan mengatakan pendapatnya sahaja yang
betul. Selain itu, beliau juga berpandangan jauh. Beliau tidak
melihat sesuatu hanya pada masa itu sahaja, tetapi melihat sesuatu
kesan dalam jangka panjang. Ini merupakan kelebihan dan gaya
pemikiran guru besar tersebut.
Guru besar yang cemerlang juga menjalinkan hubungan
mesra yang mesra dengan pegawai-pegawai atasan dan
bawahan serta rakan-rakan sekerja. Di dalam kerja beliau
komited dan serius dengan tugasannya. Namun diluar, beliau begitu
mesra dengan kakitangannya dan mengganggap semua adalah
rakan-rakannya. Beliau juga boleh bergurau senda dan
menyesuaikan diri dengan semua orang. Dengan sikap ini beliau
disegani oleh setiap kakitangannya.

Guru besar yang cemerlang juga mengamalkan sifat


bersedia menerima hakikat bahawa orang lain lebih
berpengetahuan atau lebih mahir daripadanya mengenai
sesuatu bidang atau perkara. Beliau tidak sombong dan rendah
diri. Beliau juga belajar daripada orang lain dan bersedia menerima
kritikan daripada orang lain dan bersedia belajar daripada kesilapan.
Walaupun begitu, beliau juga kadangkala mengkritik
dan menegur secara membina. Setiap kritikan diberikan cara
penyelesaian yang sepatutnya dan bersifat rasional. Oleh yang
demikian, setiap kesalahan diketahui oleh orang bawahannya. Dan
mereka tidak melakukan kesilapan yang berulang dan mengetahui
kesalahan yang dilakukannya. Berlakunya penambahbaikan dalam
setiap tindakan dengan kritikan yang membina.
Guru besar cemerlang juga mempunyai pengetahuan
yang kemaskini dan memberi perhatian kepada idea-idea
yang baru. Pengetahuan yang terkini sentiasa dikemaskini
(update) oleh guru besar tersebut. Beliau sentiasa peka terhadap
isu-isu terbaru berkenaan pendidikan. Maklumat terbaru dan
perkembangan terbaru sentiasa diteroka oleh guru besar tersebut
termasuklah teknologi maklumat. Idea baru dan bersifat kritis serta
inovasi diberi perhatian oleh guru besar tersebut.

Nilai murni kepimpinan


Dalam sapek nilai murni guru besar tersebut sentiasa
mengambil berat tentang kebajikan kakitangannya dan
berperikemanusiaan dan bertimbang rasa. Dalam pengurusan
kepimpinannya, beliau tidak melupakan kebajikan yang sentiasa
dijaga kepada orang bawahannya. Ukhuwah yang terbina begitu
dijaga. Contohnya, beliau akan mengambil berat kesihatan seperti
demam dan mengetahui jika anggota bawahannya sakit. Malahan
sehingga dibawa ke klinik oleh guru besar tersebut. Beliau juga

bertimbang rasa dengan kakitangannya. Beliau sentiasa faham


masalah setiap individu yang dihadapi tak kira dari segi kewangan
atau masalah keluarga. Beliau sentiasa peka terhadap pekerjanya.
Guru besar tersebut juga sentiasa bersifat positif,
sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. Beliau
tidak lemah semangat dalam menguruskan sesuatu. Beliau sentiasa
mencari jalan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Beliau melihat setiap masalah aka nada jalan
penyelesaiannya. Sifat inilah yang membawa kepada kejayaan dan
kemcemerlangannya. Beliau melihat semua sentiasa positif dan ion
positif terbentuk apabila bekerja dengannya.
Guru besar berkenaan juga berani dan bersedia
mengemukakan pandangan yang mungkin bercanggah
dengan pandangan atau pendirian pihak atasan tetapi
bersedia menerima keputusan muktamad daripada pihak
atasan. Beliau berani membuat keputusan dan mengeluarkan
pendapat. Beliau tidak menyimpan pendapat untuk mengelakkan
mengumpat di belakang. Tetapi beliau terus memberi pandangan
tak kira pandangan diterima atau akan dibincang dalam mesyurat.
Namun begitu,beliau mengamalkan sifat terbuka dan menerima
keputusan daripada pihak atasan. Beliau berfikiran positif dan redha
dengan keputusan yang dilihat boleh membawa kepada kebaikan.
Secara holistiknya, guru besar tersebut berkelayakan dalam
kedudukan cemerlang dalam perkhidmatannya. Kecemerlangannya
bukan dilihat daripada aspek kepimpinannya sahaja tetai dari aspek
peribadi yang baik dan positif. Kesannya, orang bawahannya akan
mengikuti jejak dan hidup dalam situasi bersih,keterampilan sihat
dan minda yang positif yang membawa kepada kecemerlangan
organisasi.

You might also like