You are on page 1of 4

PK07-LAMPIRAN 3

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BELLAMY


JALAN BELLAMY, 50460 KUALA LUMPUR
TEL : 03-21423475
FAX : 03-21425292

MINIT MESYUARAT SISTEM MAKLUMAT MURID BIL 1/TAHUN 2016


Tarikh

: 14 Januari 2016

Masa

: 2.00 petang

Tempat

: Bilik Mesyuarat

Pengerusi

: Pn. Lee Siew Geok

Nama Yang Hadir

1. Pn. Lee Siew Geok


2. En. Azri Bin Abdullah
3. Pn. Robiah Bt Ab Rahman
4. En. Wan Mohd Zamri Bin Yusoff
5. Cik Nik Nur Aini Syairah Bt Nik Hassan Basri
6. En. Azizi Azarudin Bin Hassan
7. En. Mohd Azizuddin Bin Mohd Kamal
8. Pn. Nashuha Binti Mohd Zahid
9. Cik Jayalakshmi A/P Murugiah
10. En. Kamarul Afiq Bin Kamarudin
11. En. Nik Mohd Shabrun Jamil Bin Nik Mohd Nasir
12. Pn. Syazana Binti Mansor
13. En. Ramizam Bin Abdul Kadir
Nama Yang Tidak Hadir
1.
2.
3.
4.
5.

Pn. Kasumma Bt Pandak Kamal


Pn. Norhidayah Bt. Nasir
Pn. Ani Zalawati Binti Zakaria
Pn. Rasidah Bt Ramdan
Pn. Norafiza Bt. Rais

Turut Hadir (Jika ada)

: Tiada

Urus Setia/Setiausaha

: En. Mohd Azizuddin Bin Mohd Kamal

1.

(Bersebab)
(Bersebab)
(Bersebab)
(Tanpa sebab)
(Tanpa sebab)

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Ucapan kata-kata aluan oleh Pn. Lee Siew Geok kepada semua guru yang hadir

Hak Cipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy


2 Januari 2014-Keluaran 03 Pindaan 00

PK07-LAMPIRAN 3

Tindakan : Makluman
2.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit Mesyuarat Bil 3/2015 dicadangkan pengesahannya oleh Cik Nik Nur Syairah
Bt. Nik Hassan Basri dan disokong sebulat suara oleh semua ahli jawatankuasa yang
hadir.
Tindakan : Makluman

3.

PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit.

4.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / LAPORAN UNIT


4.1 Enrolmen Murid 2016
4.1.1 Enrolmen murid perlu dihantar pada hari Jumaat setiap minggu bagi bulan
Januari dan penghantaran kali ke-2 perlu dihantar pada Jumaat 15/1/2016
4.1.2 Semua guru kelas dikehendaki untuk menyemak dan mengemaskini senarai
nama murid mengikut kelas di komputer dalam bilik mesyuarat kecil.
Tindakan : Ketua Unit & Guru kelas
4.2 Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM)
4.2.1 Berdasarkan surat siaran daripada JPWPKL Pengemaskinian Maklumat
Modul Pengurusan Murid (Aplikasi Pengkalan Data Murid) Tahun 2016 yang
diterima pada 1 Disember 2015 menyatakan data semua murid dari tahun 1
hingga 6 perlu dikemaskinikan sebelum atau pada 15/1/2016.
4.2.2 Kehadiran murid harian akan diisi oleh Pembantu Tadbir sekolah (PT) dan guru
kelas perlu menghantar kehadiran murid kepada PT melalui borang manual.
Namun, jika PT tiada di sekolah, guru kelas perlu mengisi sendiri kehadiran
murid bagi kelas masing-masing. Borang manual perlu dihantar kepada PT
sebelum pukul 9.00 pagi.
Tindakan : PT & Guru Kelas

4.3 Buku Pendaftaran Murid


4.3.1 Pembantu Am Pejabat (PAP) akan mendaftar nama murid baru di dalam Buku
Pendaftaran Murid apabila murid baru daftar masuk. Guru kelas akan dapatkan
nombor pendaftaran murid baru kelas mereka daripada buku tersebut untuk

Hak Cipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy


2 Januari 2014-Keluaran 03 Pindaan 00

PK07-LAMPIRAN 3

urusan lanjutan seperti dokumentasi data & maklumat murid dalam APDM dan
juga dalam jadual kedatangan.
Tindakan : PAP & Guru Kelas
4.4 Buku Kedatangan Murid
4.4.1 Guru kelas dikehendaki mengisi kehadiran murid di dalam buku kehadiran
sementara dan data tersebut akan dipindahkan ke dalam jadual kehadiran kekal
pada hujung bulan Januari (28/1/2016).
4.4.2 Buku Kedatangan Murid perlu dilengkapkan setiap data selewat-lewatnya
hujung bulan Februari. Semakan akan dibuat oleh Pn. Lee Siew Geok semasa
semakan penutupan Jadual Kedatangan untuk bulan Februari.
4.4.3 Guru kelas perlu menghubungi penjaga bagi murid yang tidak hadir ke sekolah
untuk dapatkan sebab pada setiap hari.
4.4.4 Bagi murid yang tidak hadir ke sekolah selama 3 hari berturut-turut atau 10 hari
secara berkala tanpa sebab, guru kelas perlu memaklumkan kepada ketua guru
disiplin untuk mengeluarkan surat amaran. Surat ketidakhadiran murid boleh
didapati di Bilik Guru.
4.4.5 Surat ketidakhadiran murid boleh didapati di Bilik Guru. Surat ini adalah untuk
diberi kepada ibu-bapa bagi mengisi sebab-sebab ketidakhadiran anak mereka.
4.4.6 Segala pengiraan dalam jadual kedatangan perlu ditulis dengan menggunakan
pensel dahulu bagi mengelakkan kesilapan. Guru kelas perlu menulis semula
dengan menggunakan pen selepas membuat semakan bersama Pn. Lee Siew
Geok.
Tindakan : Guru Kelas

5.

PERKARA BERBANGKIT
5.1 GPK HEM memohon Ketua Unit dan guru kelas agar menjalankan tugas masingmasing seperti yang telah ditetapkan.
Tindakan : Ketua Unit & Guru Kelas

6.

PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang

Hak Cipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy


2 Januari 2014-Keluaran 03 Pindaan 00

PK07-LAMPIRAN 3

Disediakan oleh :

........................................................
(MOHD AZIZUDDIN BIN MOHD KAMAL)
Setiausaha Unit SMM
SK Jalan Bellamy

Hak Cipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy


2 Januari 2014-Keluaran 03 Pindaan 00

You might also like