You are on page 1of 1

ABSTRAK

Pengaruh agama Hindu dan Buddha sememangnya telah meresap masuk di kawasan Asia
Tenggara. Hal ini dapat dibuktikan melalui penemuan tinggalan kerajaan-kerajaan terdahulu
seperti kerajaan Kedah Tua di Lembah Bujang. Terdapat pelbagai bukti yang boleh dikemukakan
tentang kedatangan agama Hindu dan Buddha ini misalnya penemuan arca-arca Hindu dan
Buddha di Lembah Bujang. Montaj ini akan menerangakn tentang arca-arca Hindu dan Buddha
yang terdapat di Lembah Bujang. Rakaman montaj ini dilakukan di sekitar kawasan Lembah
Bujang dan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah yang berhampiran dengan
Pantai Merdeka dan Gunung Jerai. Montaj ini juga akan menerangkan tentang beberapa arca
Hindu yang terdapat di Lembah Bujang, iaitu arca Durga, arca Ganesha, arca Vahana (arca Nani
dan arca Kurma), arca Dwarapala dan arca Kala. Montaj ini juga akan menerangkan beberapa
acra Buddha yang terdapat di Lembah Bujang seperti ukirang terakota seekor gajah, ukiran
terakota Buddha bersila, ukiran terakota Buddha berdiri, ukiran terakota Bodhisatwa bersila, arca
gangsa Bodhisatwa berdiri, arca lembaga Hariti mendukung anak dan arca kepala Buddha.
Kesemua arca Hindu dan Buddha ini telah dijumpai di beberapa tapak ekskavasi di Lembah
Bujang. Montaj ini akan menerangkan tentang ciri-ciri, kawasan arca-arca yang dijumpai dan
latar belakang arca-arca serta kepercayaan terhadap arca-arca Hindu dan Buddha ini.

You might also like