You are on page 1of 4

Mak! dah bulat!

Oleh: Kurusawa | 2 tahun lepas |

0 komen | 1230 Bacaan | Rating: 0 dengan 0 penilai

Cerpen sebelumnya:
siapakah ramli?

Cerpen selanjutnya:
Cabutan Bertuah Pari-Pari

Setelah menjalani hidup sebagai seorang jantan tak guna selama 21 tahun(sejak
lahir), Gajali akhirnya menemui satu jalan. Jalan yang dapat mengubah hidupnya
dan hidup keluarganya.
mak! Dah bulat!
Mak Gajali agak terkejut dengan kata-kata spontan anaknya itu. Nyaris-nyaris dia
tertelan singgam yang sedang dikunyahnya. Lantas soalan dilontarkan bersama
aroma manis,
apa yang bulat? Perut kau memang la bulat, err..sebenarnya hampir bulatmacam
buah labu gergasi afrika je mak tengok,
Tekad saya mak! Tekad saya yang dah bulat. Perut saya jangan dirisaukan
semenjak bila pulak kau pandai membulat-bulatkan tekad ni Gajali?
semenjak saya tengok Pak Effenti dah bernikah lagi satu la mak!!
Tiba-tiba saja gajali menangis. Macam bayi yang terkena sengatan semut api di
bahagian anu.
Mak Gajali tergelak secara tidak sengaja.
he he..baiklah anakkuhe he..jangan menangis, ceritakan kat mak..apa tekad
kauuuuu ituuu!!!
Gajali mengesat air matanya dengan lengan kiri baju t-shirtnya. Dia sedikit teresakesak.
mak, Gajali nak apply keje kat sekolah la..
Sekali lagi mak Gajali hampir tertelan singgam. Tetapi melihatkan telatah anaknya
yang satu itu, dia terus membuatkan isyarat teruskan!.

Gajali nak mintak keje Tukang cuci jamban!


Singgam di dalam mulut mak Gajali tersembur dan melekat tepat di jambul rambut
Gajali.
Alhamdulillah!!! Syukur!!! Tahniah Gajali!!
Mak gajali terus melompat bangun dan segera berlari keluar rumah. Dia terpekikpekik macam seorang suami yang nak dapat anak sulung!!,
woi orang kampong!! Anak aku Gajali nak jadi tukang cuci jamban! Bukan jamban
biasa-biasa tau! Jamban sekolah!!
Seterusnya mak Gajali berlari ke seluruh kampong bagi mencanangkan berita yang
menggembirakan hatinya itu. Itulah hati seorang ibu.
Esoknya, hari Isnin 20 Mei 2013, jam 8 pagi, Gajali dah terpacak kat depan bilik
guru besar sekolah Kebangsaan Lenguh Sebadan. Gemuruh di dalam dadanya
hanya Tuhan yang tahu. Dalam perut Gajali sudah ada bukan saja rama-rama, malah
turut muncul lipan bara, kala jengking dan chiton juga! Tiba-tiba pintu bilik guru
besar terbuka.
Encik Gajali bin Sukati, sila masuk!
Gajali bingkas bangun dan bergerak takut melangkah ke dalam bilik guru besar
sekolah yang bernama Encik Kecut bin Kemunchup itu. Selepas dipersilakan
duduk, Gajali pun bersedia menghadapi sesi temuduga. Tiada orang lain di dalam
bilik itu sekarang melainkan Gajali dan guru besar Kecut sahaja.
Encik Gajali, nak minum apa-apa? Jin and tonik? Atau setan and tonik atau kopi?
Gajali menjawab,
air cincau soya tambah laici satu..
Guru besar mengangkat telefon dan memesan air yang dipinta Gajali kepada
setiausahanya.
baiklah Gajali,..emmkenapa awak nak jadi tukang cuci jamban sekolah kami?
Gajali menarik nafas sekali banyak dan berkata,
saya dah bosan duduk di rumah tuan..jadi saya nak bekerja mencari rezeki yang
halal..

ya..betul..tapi kenapa tukang cuci jamban?!


Gajali tersentak dengan nada suara guru besar yang tiba-tiba meninggi.
sebab..kalau dirumah, saya lah yang mencuci jamban. Bukan sekadar najis mak
dan saya, kadang-kadang kucing, biawak, dan jiran-jiran mak yang datang bergosip
juga membuang najis, jadi, saya akan membersihkan jamban di rumah sehingga
berkilau.
Guru besar Kecut ternganga dengan penjelasan Gajali.
baiklah..awak diterima, selamat bekerja..
terima kasih tuan! Bila boleh mula tuan?
hari ini jugak!!
.
Maka, bermulalah kerjaya Gajali sebagai seorang tukang cuci jamban sepenuh
masa. Mula-mula Gajali membaca senarai dan inventori alatan jamban dan bilik air.
Seterusnya beliau mengira jumlah jamban di dalam semua bilik air yang ada di
sekolah itu. Selepas itu beliau memahamkan jadual cucian jamban dan akhirnya
Gajali mencuci jamban.
Hari kedua, ketiga dan seminggu yang pertama, Gajali dibuli. Pelajar sekolah yang
nakal sengaja berak sipi dan menjatuhkan bom jauh daripada lubang jamban.
Ada beberapa kali, Gajali tergelincir dan tersembam di atas bom pelajar. Tapi
Gajali tetap tabah. Selepas seminggu, Gajali dah expert. Beliau sudah tahu di mana
jamban yang ada berak sipi yang mana tak. Gajali sudah pandai berjalan di jamban
agar tidak terpijak bom jangka yang sengaja diletak di depan pintu jamban.
Satu perkara yang sering dilakukan oleh Gajali semasa mencuci jamban ialah
menyanyi. Gajali akan menyanyi berbagai jenis lagu daripada pelbagai genre. Pagi
mungkin lagu dangdut, tengahari mungkin lagu jazz, petang pulak mungkin lagu
irama Malaysia.
Pada suatu hari yang berbau masam kepam di dalam jamban di tingkat dua atas blok
guru, Gajali sedang mencuci sebuah jamban yang memiliki berak sipi. Waktu itu
baru pukul 9.30 pagi. Seperti biasa, Gajali akan menyanyi sambil menyental
kotoran. Kali ini beliau memilih lagu Meggi Z yang berbunyi,
anggur merah, yang selalu memabukkan diriku..tidak seberapa!!! Dahsatnya!!...

Tiba-tiba ada satu suara menyampuk,


dahsatnya!!!
Gajali yang sedang terbongkok-bongkok tersentak dan terus keluar dari jamban
tersebut. Rupa-rupanya orang yang menyampuk itu ialah seorang yang Gajali
minati sekali. Beliau ialah seorang composer dan pencari bakat nyanyian program
PENYANYI YANG KITA TAK SANGKA BOLEH MENYANYI WALHAL
MUKA HUDUH itu. Gajali tergamam dan berus jamban ditangannya jatuh ke lantai
dan menghentam bom sipi yang masih degil. Percikan bom dan air kotor terkena
pipi sang composer.
Esoknya, Gajali sedang merakamkan single pertamanya yang berjudul BERAK
SIPI HATI LUKA di studio milik si composer. Minggu depan jangan lupa buka
radio dan nikmatilah nyanyian Gajali si pencuci jamban bersuara emas.

You might also like