You are on page 1of 20

Fred Steele (1973),

Lambert (1994)
(Rusli Zaenal, 2002)
Sutherland (2000)
Kajian Busch (1995)
Bernama (2008)
Rusli Md Zain (1998)
Pembelajaran kooperatif merupakan suatu pembelajaran kelompok dengan jumlah
peserta didik 2-5 orang dengan gagasan untuk saling memotivasi antara
anggotanya untuk saling membantu agar tercapainya suatu tujuan pembelajaran
yang

maksimal.

Berikut

ini

merupakan

beberapa

pengertian

pembelajaran

kooperatif (cooperative learning) menurut para ahli.

1. Depdiknas

(2003:5)

Pembelajaran

Kooperatif

(cooperative

learning)

merupakan strategi pembelajaran melalui kelompok kecil siswa yang saling


bekerja sama dalam memaksimalkan kondisi belajar untuk mencapai tujuan
belajar.
2. Bern

dan

kooperatif)

Erickson

(2001:5)

Cooperative

merupakan

strategi

pembelajaran

learning (pembelajaran
yang

mengorganisir

pembelajaran dengan menggunakan kelompok belajar kecil di mana siswa


bekerja sama untuk mencapai tujuan belajar.
3. Johnson, et al. (1994); Hamid Hasan (1996) Belajar kooperatif adalah
pemanfaatan

kelompok

kecil

(2-5

orang)

dalam

pembelajaran

yang

memungkinkan siswa bekerja bersama untuk memaksimalkan belajar mereka


dan belajar anggota lainnya dalam kelompok.
4. Suprijono, Agus (2010:54) Model pembelajaran kooperatif adalah konsep
yang lebih luas meliputi semua jenis kerja kelompok termasuk bentuk-bentuk
yang dipimpin oleh guru atau diarahkan oleh guru.

5. Slavin (Isjoni, 2011:15) In cooperative learning methods, students work


together in four member teams to master material initially presented by the
teacher. Ini berarti bahwacooperative learning atau pembelajaran kooperatif
adalah suatu model pembelajaran dimana sistem belajar dan bekerja
kelompok-kelompok kecil berjumlah 4-6 orang secara kolaboratif sehingga
dapat merangsang peserta didik lebih bergairah dalam belajar. Dari beberapa
pengertian menurut para ahli dapat disimpulkan bahwa pembelajaran
kooperatif adalah cara belajar dalam bentuk kelompok-kelompok kecil yang
saling bekerjasama dan diarahkan oleh guru untuk mencapai tujuan
pembelajaran yang diharapkan.
6. Eggen and Kauchak (1996:279) Pembelajaran kooperatif merupakan sebuah
kelompok

strategi

pengajaran

yang

melibatkan

siswa

bekerja secara

berkolaborasi untuk mencapai tujuan bersama.


7. Sunal

dan

Hans

(2000)

Cooperative

learning merupakan

suatu

cara

pendekatan atau serangkaian strategi yang khusus dirancang untuk memberi


dorongan

kepada

peserta

didik

agar

bekerja

sama

selama

proses

pembelajaran.
8. Stahl (1994) Cooperative learning dapat meningkatkan belajar siswa lebih
baik dan meningkatkan sikap tolong menolong dalam perilaku sosial.
9. Kauchak dan Eggen dalam Azizah (1998) Cooperative learning merupakan
strategi

pembelajaran

yang

melibatkan

siswa

untuk

bekerja

secara

kolaboratif dalam mencapai tujuan.


10.Djajadisastra (1982) Metode belajar kelompok merupakan suatu metode
mengajar dimana murid-murid disusun dalam kelompok-kelompok waktu
menerima pelajaran atau mengerjakan soal-soal dan tugas-tugas.
Sumber:
Isjoni. (2011). Cooperative Learning Efektivitas Pembelajaran Kelompok. Bandung:
ALFABETA
Komalasari,

Kokom.

(2011). Pembelajaran

Aplikasi. Bandung: PT Refika Aditama

Kontekstual

Konsep

dan

Suprijono, Agus. (2010). Cooperative Learning Teori & Aplikasi Paikem. Yogyakarta:
Pustaka Pelajar
Trianto. (2009). Mendesain Model Pembelajaran Inovatif-Progresif. Jakarta: Kencana
Best regards,
Dedi Siswoyo

PRINSIP PEMBELAJARAN KOPERATIF


Terdapat 5 elemen yang perlu dipegang dalam KPK (Johnson dan Johnson,
1994). Antaranya ialah ahli-ahli saling bergantung secara positif. Setiap ahli
kumpulan mesti sedar bahawa mereka mempunyai kaitan dengan orang lain dan
usaha untuk melakukan sesuatu tidak akan berjaya jika usaha tidak dilakukan
bersama. Setiap ahli kumpulan harus sedar mereka saling bergantung dalam
melaksanakan beban tugas. Dalam hal ini, ahli-ahli kumpulan sedar mereka
tenggelam bersama-sama. Sehubungan itu, interaksi bersemuka merupakan salah
satu elemen yang terdapat dalam KPK. Dalam elemen ini, setiap ahli perlu
berkomunikasi secara bersemuka, membuat kerja bersama dan menunjukkan
kesungguhan untuk berkongsi maklumat dan berbincang dalam melaksanakan dan
menyempurnakan tugasan dan mencapai matlamat kumpulan.
Rasa tanggungjawab untuk menyiapkan tugasan antara ahli kumpulan juga
terkandung dalam elemen KPK. Setiap kumpulan bertanggungjawab terhadap
pembelajaran sendiri dan mesti mempunyai kesedaran untuk bekerjasama dan
meyumbang tenaga untuk melaksanakan sesuatu tugasan dengan sempurna.

Setiap orang dalam kumpulan harus belajar dan terlibat secara aktif untuk
membantu kumpulannya berjaya (Jacobs, 1995). Selain itu, kemahiran sosial perlu
diberi penekanan yang berfungsi secara berkesan dalam kumpulan. Kemahiran
sosial penting kerana tanpa kemahiran sosial, ahli kumpulan akan menghadapi
kesukaran dalam melaksanakan aktiviti kumpulan. Antara kemahiran sosial yang
harus ditekankan kepada ahli kumpulan ialah aspek kepimpinan, saling percaya,
kemahiran komunikasi, membuat keputusan dan sebagainya. Prinsip yang terakhir
ialah pemprosesan kumpulan. Tugasan perlu dilakukan secara muafakat dan
keputusan yang dibuat adalah hasil persetujuan bersama. Setiap ahli harus saling
bantu-membantu,

membuat

keputusan

bersama

dan

berusaha

membuat

pembaikan dalam tugasan. Dalam hal ini, guru dan murid harus berupaya membuat
refleksi sejauhmana P&P telah berjaya (Kagan, 1994).
IMPLIKASI PEMBELAJARAN KOPERATIF TERHADAP KEMAHIRAN MENULIS
Kajian-kajian yang dilakukan telah menunjukkan keberkesanan pembelajaran
koperatif dari segi pencapaian akademik di samping meningkatkan proses sosialilasi
murid. Melalui kaedah pembelajaran koperatif ini, murid berpeluang meneguhkan
domain kognitif dan domain efektif.
Berdasarkan domain afektif, Sharon & Slavin (1989) dalam Zakaria Kassim
(2003) menyatakan pembelajaran koperatif meninggalkan pelbagai kesan yang
dapat dikenal pasti seperti lebih bekerjasama, saling meningkatkan harga diri dan
menyayangi sekolah. Kajian yang dijalankan menunjukkan murid yang belajar
secara koperatif lebih bekerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lain
berbanding kaedah pembelajaran secara individu.
Setelah dapat bekerjasama dalam kumpulan mereka juga akan saling
menerima dan bertukar-tukar idea antara satu sama lain. Perhubungan dengan
individu akan mewujudkan persahabatan tanpa mengira kaum dan kedudukan.
Seterusnya pelajar berasakan diri mereka diterima dan dihargai oleh rakan-rakan.
Harga kendiri mereka akan meningkat dan secara tidak langsung mereka akan lebih
menyanyangi sekolah dan berminat untuk belajar.
Sehubungan itu, Johnson and Johnson (1994) dalam Mahzan Arshad (2003)
menjelaskan bahawa belajar secara berkoperatif memberi peluang kepada pelajar
untuk terlibat dalam aktiviti sosial dalam bilik darjah dengan aktif. Kumpulan

pembelajaran berkoperatif boleh terdiri daripada tiga orang atau lebih dalam satusatu kumpulan. Ahli-ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk mencapai
objektif pembelajaran. Secara tidak langsung, mereka perlu menguatkan nada
suara supaya didengari dan difahami oleh ahli kumpulan lain. Teguran sesama ahli
perlu dilakukan dengan sewajarnya agar dinamik kumpulan tidak hancur dan gerak
kerja berjalan lancar.
Zakaria Kassim (2003) bersetuju bahawa kaedah pembelajaran koperatif
dapat mengendalikan pelajar melaksanakan tugas-tugas secara bersemuka. Kaedah
pembelajaran koperatif juga mendorong pelajar berinteraksi dan berkomunikasi
dengan rakan sebaya secara harmoni. Dengan cara demikian, kaedah pembelajaran
koperatif

memupuk

nilai-nilai

murni

seperti

kejujuran,

bekerjasama,

saling

menghormati, bertanggungjawab, bertolak-ansur berperikemanusiaan, sanggup


berkorban sepakat dan berinisiatif. Pelaksanaan tugas secara berkoperatif dapat
menumpukan pelakuan dan keyakinan diri murid.
Berdasarkan domain kognitif pula, kajian oleh beberapa tokoh pengkaji
(Deuttsh, 1949; Thomas, 1957; Hulten dan De Vries, 1976; Madden dan slavin,
1983; Robert E. Slavin, Terjemahan Nurulita, D.Zubaedi, 2008) menunjukkan
pembelajaran koperatif boleh meningkatkan pencapaian dan kemahiran kognitif
pelajar. Pembelajaran koperatif yang menggunakan kerjasama dalam kumpulan
kecil yang terdiri daripada pelajar dari pelbagai kebolehan membolehkan pelajar
bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan bagi menghasilkan
pembelajaran secara maksimum. Dalam hal ini, kerjasama dalam kumpulan sangat
diperlukan supaya setiap individu dapat mencapai apa yang dihasratkan dan dapat
memperoleh manfaat bersama (Kagan, 1994).
Sehubungan itu, semua kaedah belajar bersama menekankan tanggungjawab
setiap ahli dalam kumpulan dengan tidak mengambil kira pencapaian akademik.
Apabila yang cerdas berada dalam kumpulan yang kurang cerdas, namun ia akan
memberi faedah kepada golongan yang berbeza dalam satu kumpulan (Robert E.
Slavin, 2008).
Jika dijalankan dengan sempurna, setiap pelajar mempunyai tanggungjawab
untuk menguasai sesuatu subtopik serta berpeluang berkongsi pengetahuannya
dengan ahli kumpulan yang lain. Untuk tujuan ini, pelajar perlu betul-betul

memahami

subtopik

itu,

bukan

sekadar

menghafal

sesuatu

topik.

Ini

mengakibatkan pemprosesan pada aras yang lebih tinggi, yang meningkatkan daya
ingatan dan seterusnya membolehkan mereka menunjukkan pencapaian yang lebih
baik.
Justeru, kumpulan murid yang diajar dengan pendekatan pembelajaran
koperatif mencatat pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan
murid yang diajar melalui kaedah tradisional (Cheah dan Poon, 1998). Dengan
menggunakan kaedah kumpulan kecil, pelajar-pelajar dapat berkongsi kekuatan dan
membaiki kelemahan masing-masing. Selain itu, kemahiran interpersonal dapat
dibentuk selain daripada belajar menyelesaikan masalah bersama-sama. Melalui
penempatan

ke

dalam

kumpulan

dan

memberi

tugasan

kepada

mereka

menyebabkan mereka perlu bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain.
Tanggungjawab menyelesaikan tugasan merupakan kaedah yang amat baik untuk
memberi

peluang

kepada

pelajar

memenuhi

keperluan

sosial

mereka.

Permuafakatan ini akan membantu dan menggalakkan pembelajaran yang aktif.


KPK boleh menjadi satu asas yang kukuh untuk membina peribadi insan
mulia,

menanam

nilai-nilai

positif

hidup

bermasyarakat

selain

membantu

perkembangan emosi dan mental pelajar (Robert E. Slavin, 2008). Perkembangan


koperatif tidak hanya berperanan meningkatkan prestasi akademik sahaja, malah
harus dilihat dalam aspek yang lebih luas iaitu pembentukan sahsiah generasi akan
datang.
Sehubungan dengan itu, beliau bersutuju bahawa KPK juga mendorong
pelajar meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran. Murid lebih
cenderung dan berminat belajar sambil bertukar-tukar pendapat atau berinteraksi
dengan rakan. Ini jelas menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran koperatif
menyumbang kepada peningkatan pelajar jika dibandingkan dengan kaedah
pembelajaran secara tradisonal.

KAITAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DENGAN PENULISAN KARANGAN


Menurut Vygotsky, pembelajaran bahasa harus bermula dengan aktiviti yang
bersifat sosial sebelum menjadi aktiviti yang bersifat individual dan personal

(Roselan Baki, 2003). Oleh itu, sebelum pelajar mula diminta untuk menulis
karangan, mereka perlu diberi peluang melakukan aktiviti yang membolehkan
mereka berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru. Oleh itu, aktiviti perbincangan,
aktiviti kumpulan dan sebagainya perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Manusia tidak mengetahui sesuatu perkara dengan sendirinya. Segala
pengetahuan adalah hasil daripada penggabungan pengetahuan dengan orang lain
yang kita kenali serta dapat membezakan apa yang kita tahu dengan orang lain
tahu. (Harste dalam Mahzan Arshad, 2003). Apabila guru memberi peluang kepada
pelajar melakukan aktiviti interstektualiti dalam kelas, lebih banyak pembelajaran
berlaku.
Dalam menghasilkan penulisan misalnya, pelajar gemar berinteraksi dengan
aktif dengan membuat perbandingan antara teks yang ditulisnya dengan teks yang
ditulis oleh rakan yang lain. Hasil penulisan secara individu ini apabila digabung
akan menghasilkan penulisan yang mantap. Dalam hal ini, Saunders (1999) dalam
Ahmad Zaini (2000) menegaskan tentang perlunya kerjasama dalam pembelajaran
menulis terutamanya untuk merangka, menulis bersama, membetulkan kesilapan
bersama dan menerbitkan bersama.
Pendapat-pendapat

di

atas

adalah

selari

dengan

perspektif

psikologi

sosiolinguistik yang melihat proses menulis sebagai satu proses yang melibatkan
aktiviti kognitif, sosial dan bahasa dalam meningkatkan pengetahuan literasi
(berbahasa) pelajar. Ini adalah kerana kanak-kanak menguasai pengetahuan literasi
ketika mereka berhubung dengan orang lain dan mereka dapat meningkatkan
penguasan literasi mereka dalam masyarakat secara bermakna.

KAJIAN BERKAITAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOPERATIF ASPEK


PENULISAN KARANGAN
Rosni Yusof (1999) telah mengunakan kaedah pembelajaran koperatif STAD
(Students

Teams-

Achievement

Division)

atau

dikenali

sebagai

Kumpulan

Pembahagian Pencapaian Murid, bagi melihat pencapaian pelajar tingkatan dua,


Sekolah Menengah Kebangsaan di negeri Melaka dalam aspek tersebut. Hasil

eksperimen selama empat minggu mendapati bahawa pendekatan koperatif amat


berjaya berbanding dengan kaedah tradisional.
Kajian yang serupa dilakukan oleh Suraya (1999) dalam Masitah Zainuddin
(2005), di Negara Brunei Darul Salam. Beliau menggunakan kaedah pembelajaran
koperatif STAD, ke atas pelajar tingkatan tiga dalam jangka masa enam minggu.
Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan pembelajaran koperatif begitu berkesan
berbanding tradisional.
Ahmad Zaini Yaacob (2000) yang mengkaji tentang kesan pembelajaran
koperatif dalam kalangan pelajar tingkatan empat di luar bandar. Beliau telah
menyelidik cara pembelajaran koperatif dapat meningkatkan mutu penulisan
pelajar. Enam aspek yang spesifik dalam penulisan karangan telah ditumpukan
dalam kajian beliau iaitu kematangan fikiran, perbendaharaan kata, olahan, struktur
kata, isi dan kesalahan bahasa. Beliau telah mendedahkan teknik koperatif kepada
kumpulan rawatan. Mereka diajar cara bekerjasama dalam kumpulan untuk
menghasilkan karangan. Pelajar yang didedahkan dengan kaedah ini didapati
meningkat dari segi perancangan, penjanaan idea, mencari bahan, olahan dan
struktur kata dalam karangan pelajar. Dapatan kajian beliau menunjukkan
pembelajaran koperatif dapat meningkatkan aspek-aspek tersebut dalam mutu
penulisan pelajar.
Zawiah Abd. Shukor dan rakan-rakan (2001), telah membuat kajian yang
lebih

menarik

tentang

pengajaran

penulisan

dengan

mencuba

strategi

pembelajaran koperatif menggunakan teknik Round Robin dan Round Table dalam
proses penulisan dalam kalangan murid tahun empat sebuah sekolah rendah. Kajian
yang dilakukan oleh mereka cuba meninjau kekuatan dan kelemahan kedua-dua
teknik berkenaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan.
Kajian ini juga telah melihat cara pengguna teknik ini boleh mendorong murid untuk
menghasilkan karangan yang baik.
Roslina Othman (2002) telah mengkaji tentang strategi pembelajaran
koperatif dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran di Kelantan pula
mendapati kanak-kanak yang mengikuti strategi pembelajaran koperatif telah
menunjukkan pencapaian lebih baik dalam mengenal huruf dan suku kata
berbanding kanak-kanak yang belajar dengan kaedah tradisional.

Khadijah Ahmad (2005) yang mengkaji tentang keberkesanan pembelajaran


koperatif dalam menulis karangan BM. Kajian dilakukan terhadap 30 orang pelajar di
Sekolah Menengah di daerah Kuala Nerang, Kedah. Dapatan kajian mendapati
bahawa terdapat perbezaan dan peningkatan dari segi penulisan karangan
terhadap kaedah yang digunakan oleh guru dalam penulisan karangan. Terdapat
perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam menulis karangan
sebelum dan selepas dirawat dengan kaedah pembelajaran koperatif. Hasil
hubungan interaksi sesama ahli kumpulan atau rakan sebaya telah berjaya
meningkatkan pengetahuan kebolehan pelajar dalam menulis isi karangan.
Masitah Zainuddin (2005), dalam kajiannya tentang keberkesanan teknik
pembelajaran koperatif dalam penulisan karangan BM pelajar tingkatan dua.
Kaedah yang digunakan adalah kaedah eksperimen yang memakan masa selama
hampir sebulan. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar sekolah menengah,
di daerah Kangar, Perlis. Hasil kajian mendapati bahawa pembelajaran koperatif
berjaya meningkatkan penulisan dalam karangan setelah sesi rawatan dijalankan.
Pelajar didapati bekerjasama, tolong menolong dan bertindak sebagai satu pasukan
yang mantap tanpa mengira perbezaan yang wujud sesama mereka. Pembelajaran
koperatif juga boleh membina kemahiran menulis yang berkualiti tinggi di samping
mengatasi masalah kesantunan mengembang, menghurai, menjana supaya lebih
mantap dan bernas.

KAJIAN

BERKAITAN

PENGAJARAN

KARANGAN

DAN

PEMBELAJARAN

KOPERATIF SECARA AM
Taylor,

E.

(2000)

melalui

kajian

beliau

terhadap

murid

yang

diajar

mengunakan unsur naratif iaitu cerita rakyat. Hasil kajian mendapati teknik ini
berkesan untuk murid lemah serta murid yang cemerlang pada masa sama. Cerita
rakyat

memperkenalkan

penggunaan

bahasa

yang

pelbagai

kepada

murid.

Berdasarkan pemerhatian beliau terhadap murid yang diajar menggunakan cerita


rakyat, beliau mendapati murid-murid ini menunjukkan minat serta bersemangat
untuk

belajar.

Pada

akhir

pengajaran,

murid-murid

mengulas

bahawa

sesi

pengajaran menggunakan cerita rakyat merupakan bahagian yang paling disukai


mereka. Cerita rakyat mempunyai ciri-ciri istimewa yang sesuai untuk pengajaran

bahasa.

Pengulangan

pada

bahagian-bahagian

tertentu

membolehkan

perbendaharaan kata serta tatabahasa baharu diperoleh. Malah sangat sesuai


untuk meningkatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Dayang Rositer Awang Ibrahim (2001), mengkaji tentang keberkesanan
penggunaan

Kaedah

pembelajaran

aspek

Pembelajaran
tatabahasa

Koperatif
Bahasa

(KPK)
Melayu.

dalam
Kajian

pengajaran

dan

eksperimental

menggunakan Rekabentuk Kumpulan Kawalan Pra-Ujian-Pasca-Ujian telah dijalankan


di sekolah Menengah di daerah Kapar, Klang, yang melibatkan 64 orang pelajar.
Pelajar ini dibahagikan kepada dua kumpulan rawatan secara padanan iaitu 32
dalam eksperimen (KPK) dan 32 lagi dalam kumpulan kawalan (kaedah tradisional).
Hasil kajian mendapati bahawa KPK secara relatif lebih berkesan dalam pengajaran
tatabahasa berbanding dengan kaedah tradisional.
Nor Azizah Salleh dan kawan-kawan (2002), mengkaji sejauh manakah
pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran Sains dapat menerapkan nilai murni;
bekerjasama; berdikari; kasih sayang; kebersihan mental; kejujuran ; kerajinan dan
rasional. Seramai 990 orang pelajar tingkatan dua dari 12 buah sekolah di Selangor
diambil sebagai sampel dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan ialah soal
selidik (pra ujian dan pasca ujian), pemerhatian guru dan temu bual pelajar. Kaedah
kuasi eksperimen dijalankan dengan mengambil setiap sekolah dua buah kelas
dijadikan sample, sebuah dijadikan kelas eksperimen dan sebuah lagi dijadikan
kelas kawalan. Hasil kajian menunjukkan semua nilai murni yang dapat diterapkan
melalui kaeadah pembelajaran koperatif dan setiap nilai murni didapati berbeza
antara sekolah.
Kajian oleh Zakaria Kassim (2003) memberi tumpuan kepada kemahiran
komunikasi,

pembabitan

dan

pencapaian

pelajar

dalam

mata

pelajaran

perdagangan melalui kaedah permainan jigsaw II dan STAD (Students TeamsAchievement Division atau dikenali Kumpulan Pembahagian Pencapaian Murid).
Beliau menjalankan kajian secara kuasi eksperimen selama 11 minggu bagi
memastikan kesan kedua-dua kaedah ke atas pencapaian, pembabitan dan amalan
berkomunikasi pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran
koperatif menyumbang kepada peningkatan pelajar jika dibandingkan dengan
kaedah pembelajaran secara konversional.

Faridah Hanim (2003), dalam kajiannya terhadap empat orang guru


matematik di sebuah sekolah menengah. Secara spesifik kajian ini meneroka faktorfaktor yang mendorong guru matematik mengamalkan pembelajaran koperatif di
samping mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Hasil kajian
mendapati bahawa lima faktor yang mempengaruhi guru matematik mengamalkan
pembelajaran koperatif iaitu pelajar, guru, kemudahan fizikal, kumpulan sokongan
dan budaya sekolah. Terdapat tujuh masalah yang telah dikenal pasti menyulitkan
pelaksanaan

pembelajaran

koperatif

adalah

pelajar,

guru,

masa,

kaeadah

penagajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, latihan dan kandungan


pelajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru matematik mempunyai
pengetahuan yang sederhana mengenai pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam
pengajaran bilik darjah masing-masing. Antara kaedah yang kerap digunakan oleh
mereka ialah kaedah berstruktur, jigsaw dan Team-Games-Tournaments. Hampir
kesemua elemen dalam pembelajaran koperatif diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran kecuali kemahiran social dan refleksi kumpulan.
Tok Hoon Seng (2006) dalam kajiannya yang bertajuk Cooperative Learning
And Achievement In English Language Acquisition N A Literature Class In A
Secondary School, menyatakan bahawa pembelajaran koperatif adalah satu usaha
untuk mengelompokkan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kebolehan ke dalam
kumpulan kecil demi menuju ke arah sasaran umum. Pernyataan tersebut
diperkuatkan lagi dengan dapatan kajian oleh oleh Siti Hajar Abd Hamid (2007)
dalam

kajiannya

yang

bertajuk

Pembelajaran

Koperatif

Menggunakan

EPembelajaran Di Kalangan Pelajar Yang Mengambil Subjek Telekomunikasi Dan


Rangkaian, Fakulti Pendidikan, UTM Skudai Johor. Hasil kajian menunjukkan
bahawa penggunaan kaedah pembelajaran secara koperatif dapat membantu
pelajar dan guru di sekolah dalam usaha untuk memantapkan strategi pengajaran
dan pembelajaran mereka.
Zaenab

Hanim

dan

kawan-kawan

(2004),

dalam

kajiannya

tentang

Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK) dalam Pengajaran Matematik:


Penyelidikan Sekolah Rendah, mengkaji tiga pemboleh ubah paling penting tentang
kemampuan guru, memotovasikan pelajar dalam PK yang bertujuan untuk
mengubah amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. KPK yang digunakan
dalam kajian ialah struktur jigsaw, Tind The Find dan Pairs Check. Hasil penyelidikan

menunujukkan bahawa kemampuan guru mengalami masalah pada peringkat awal


tindakan. Namun kemampuan guru tersebut semakin meningkat pada peringkat
pusingan

akhir.

Dapatan

juga

menunjukkan

bahawa

kemampuan

guru

memotivasikan pelajar pada peringkat awal tindakan adalah rendah dan meningkat
pada bahagian akhir. Keseluruhannya, kemampuan guru menstruktur PK adalah
tinggi daripada pemboleh ubah yang lainnya.
Ruslim Mohd. Salleh (2005), menjalankan kajian berbentuk eksperimen untuk
melihat kesan pembelajaran koperatif kaedah Jigsaw terhadap pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam tingkatan empat. Kajian dijalankan selama
10 minggu di sebuah sekolah menengah di daerah Kulim, Kedah. Seramai 60 orang
pelajar tingkatan empat dipilih untuk menduduki ujin pra dan seterusnya
dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan eksperimen didedahkan dengan
pengajaran menggunakan kaedah pembelajaran koperatif manakala kumpulan
kawalan menggunakan kaedah pengajaran sedia ada. Hasil kajian mendapati
bahawa kaedah pembelajaran koperatif yang menggunakan kaedah jigsaw telah
meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
Hwang et al. (2005) dalam Cheah Cheah Tong Tiat dan kawan-kawan (2007)
yang mengkaji tentang Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam
penmbelajaran bacaan pemahaman teks di kalangan murid SJK (c) dan SJK (T),
mengesahkan jangkaan yang pembelajaran bersama membolehkan pedagogi
menjadi

lebih

berkesan

dalam

menambah

keupayaan

pelajar-pelajar

untuk

memperolehi pengetahuan perakaunan daripada satu tradisional kuliah kaedah


dalam pasif selaras persekitaran pembelajaran. Kajian ini melanjutkan Hwang et
al.'s (2005) mengkaji dengan meneroka keberkesanan menggunakan pembelajaran
bersama di darjah-darjah ilmu berbeza di dalam Bloom (1956) taksonomi.
Penemuan-penemuan positif pereplikaan ini dan sambungan adalah penting kerana
mereka

harus

mengukuhkan

keyakinan

pengajar-pengajar

perakaunan

yang

mengajar di satu persekitaran pembelajaran yang pasif dalam melaksanakan


pedagogi ini untuk menyampaikan topik-topik perakaunan yang telah menjadi
semakin lebih kompleks atas dua dekad lepas.
Cheah Tong Tiat dan kawan-kawan (2007), dalam kajiannya bertajuk
Keberkesanan

Kaedah

Pembelajaran

Koperatif

Dalam

Pembelajaran

Bacaan

Pemahaman Teks Di Kalangan Murid SJK ( C ) Dan SJK ( T ).Tujuan kajian dijalankan
untuk meninjau keberkesanan kaedah Pembelajaran Koperatif (PK) Bahagian
Pencapaian Pasukan Pelajar BPPP (Student Teams-Achievement Divisions-STAD) dan
kaedah Pembelajaran Tradisional (PT) terhadap pencapaian bacaan pemahaman
teks Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Kajian dilakukan terhadap murid darjah lima
dari dua buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK C) dan sekolah jenis kebangsaan
Tamil (SJK T). Seramai 160 orang murid dari dua buah sekolah Cina dan Tamil telah
terlibat sebagai sampel kajian. Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa kaedah
PK (BPPP) merupakan kaedah yang lebih berkesan berbanding dengan kaedah PT
dalam pencapaian bacaan pemahaman teks. Hasil kajian menunjukkan terdapat
perbandingan, peningkatan pencapaian pemahaman teks bagi pelajar yang
mengikuti kaedah PK (BPPP) heterogenous adalah lebih tinggi daripada pelajar yang
mengikuti kaedah PK (BPPP) homogenous.
Kajian oleh Azizi Hj. Yahaya, Intan Sapinas Binti Bahuri (2007) untuk meninjau
faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pembelajaran koperatif di kalangan
pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Responden kajian
terdiri daripada 132 orang pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik,
Perak. Instrumen yang telah digunakan di dalam kajian ini adalah satu set soalan
soal selidik. Hasil kajian, didapati bahawa faktor rakan sebaya merupakan faktor
yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar
Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak.

RUMUSAN
Berdasarkan tinjauan dan kajian yang dijalankan, jelaslah bahawa strategi
pengajaran dan pembelajaran secara koperatif mendatangkan kesan yang positif
sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas rawatan. Sikap dan
perlakuan mereka didapati mengalami perubahan menerusi pembelajaran koperatif.
Mereka melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti yang dirancang oleh guru
kerana mempunyai tanggungjawab untuk menaikkan imej kumpulan masing-

masing. Semangat perpaduan, kerjasama dan saling bantu membantu amat penting
memandangkan kaedah pembelajaran yang menekankan persaingan. Oleh itu,
pengkaji berpendapat bahawa pembelajaran koperatif juga sesuai digunakan dalam
apa jua mata pelajaran yang hendak diajarkan kepada pelajar.

BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Talib. (ed) (1989). Pengajaran dan pengujian Bahasa: Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.
Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik.
Kuala Lumpur: Utusan Publication&Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Hamid Ahmad. (1998). Persepsi dan kepercayaan guru dan pelajar terhadap
karangan berkualiti. Disertasi untuk sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Abdullah Hassan. (1996). Isu-isu Pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia
di Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan di Negeri Selangor. Tesis Master.
Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Abdul Shukor Shaari (2001). Penulisan Karangan: Beberapa Proses Yang Harus.
Dewan Bahasa. Februari, 1 (2): 24-27.
Ahmad

Khair

Mohd.

Nor

(2005).

Menulis

Membina

Ketrampilan

Berfikir.

Pelita Bahasa. Julai, 18 (7): 12-14.


Ahmad

Zaini

Yaacob

(2000).

Keberkesanan

pembelajaran

koperatif

dalam

meningkatkan penulisan bahasa Melayu di kalangan pelajar tingkatan 4 luar


bandar.

Kertas

Projek

Sarjana

Pendidikan

yang

Tidak

Diterbitkan

Fakulti

Pendidikan, Universiti Malaya.


Allen, V.G (1991). Teaching Blingual & ESL Children, Dalam Flood J, Jensen, J.M.
Lapp, D. & squire, J.R. Hand book of research on teaching the English Language
Arts. New York: Macmillan.

Arbak Othman. (1989). Mengajar tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Azizi Hj. Yahaya, Intan Sapinas Binti Bahuri (2007). Tinjauan amalan pembelajaran
koperatif

di

kalangan

pelajar

tingkatan

dua

Maktab

Rendah

Sains

Mara,

Gerik, Perak. Fakulti Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia


Bloom, B. (ed). (1956). Taxonomy of Educational Objektives, Handbook 1: Cognitive
Domain. New York: David McKay.
Cheah Tong Tiat dan kawan-kawan (2007). Keberkesanan kaedah pembelajaran
koperatif dalam penmbelajaran bacaan pemahaman teks di kalangan murid SJK (C)
dan SJK (T). UM: Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak boleh diterbitkan.
Cheah & L.Poon. (1998). Efficacy of cooperative learning amaong Malaysian
Secondary school Student. Jurnal Pendidikan jilid 16, halaman 13-27.
Dayang

Rositer

pembelajaran
tatabahasa

Awang

Ibrahim

koperatif
bahasa

(2001).

dalam

Melayu

Keberkesanan

pengajaran
di

sekolah

dan

penggunaan

kaedah

pembelajaran

aspek

menengah.

UPM:

Serdang:

Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.


Faridah Hanim Omar (2003). Pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam mata
pelajaran

matematik

di

sebuah

sekolah

menengah:

Satu

Kajian

Kes.

UKM. Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.


Faridah Serajul Haq, Nooreiny Maarof & Raja Mohd Fauzi Raja Musa (2001). Masalah
penulisan naratif di kalangan pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan 27.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Gan, SL (1992). Integrated curriculum and experative learning in Malaysia
Multiracial
classrooms. Paper presented at The reaseach trumen wold conference on
Education

(Cairo,

22-24

Mac

1992).

Ismail Ahmad, (2004). Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Jacobs, M. G., Gan, S. L. & Ball, J. (1995). Learning cooperative learning via
cooperative learning: A sourcebook of lesson plans for teacher education
on cooperative learning. Singapore: SEAMEO, Regional Language Centre.
Johnson,

D.

W.

&

Cooperative,

Johnson,

R.

T.

competitive,

(1987).

Learning

and

together

and

individualistic

alone:

learning.

Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.


Johnson, D. W., Johnson, R. T. & Holubec, E. J. (1988). Cooperation in the classroom.
Edina, Minnesota: Interaction Book.
Johnson, D.J., & Grant, J.O (1989). Written Narratives of Normal& Learning
disebled of Dysledvia, 39: 140-156.
Kagan, M., & Kagan, Spencer.(1994). Advanced cooperative learning: Playing with
elements. Los Angeles, CA: Kagan Cooperative Learning..
Kamaruddin Tahir (2005). Kesan strategi koperatif dalam meningkatkan tahap
pemahaman

di

kalangan

pelajar

tingkatan

1.

Universiti

Malaya:

Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.


Khadijah Ahmad (2005). Keberkesanan koperatif dalam kemahiran menulis bahasa
Melayu

di

kalangan

pelajar

tingkatan

2.

Universiti

Malaya:

Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.


Kementerian

Pelajaran

Malaysia.

Lembaga

Peperiksaan

Malaysia.

(2003).

Malaysia.

(2008).

Laporan prestasi SPM 2002.


Kementerian

Pelajaran

Malaysia.Lembaga

Peperiksaan

Skema Pemarkahan Karangan Respons Terbuka.


_____________

(2003).

Huraian

Sukatan

Pelajaran

Bahasa

Melayu

Edisi

Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.


Mahzan Arshad (2003). Pendidikan literasi bahasa Melayu: Satu pendekatan
bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications& Distributor Sdn. Bhd.
Maharom Mamat (2000). Kemahiran menulis dan pengajian umum: Antara sikap dan
keperluan,

Persidangan

Bangi: 18-19 April.

Kebangsaan

Pengajian

Umum

di

Alaf

Baru.

Marohaini Yusoff (1999). Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman ke arah


kemantapan pembelajaran di sekolah menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Marohaini Yusoff (2004). Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Penerbitan UM.
Masitah Zainuddin (2005). Keberkesanan teknik pembelajaran koperatif dalam
penulisan

karangan

BM

pelajar

tingkatan

dua.

Universiti

Malaya:

Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.


Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
McCarthey, S.J. & Raphael, T.E. (1992). Alternative perspectives of reading/ writing
connections. Dlm. Irwin, S. & Doyle, M. (pnyt), Reading/ Writing Connection.
Newark, DE: International Reading Associaton.
Nawi Ismail (2002). Permasalahan dalam penyampaian isi karangan. Pelita Bahasa,
Ogos, 14 (08): 44-45.
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2003). Teori Bahasa: Implikasi terhadap pengajaran
tatabahasa. Tanjung Malim: Penerbit UPSI.
Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Melayu sedekad yang lalu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nor Azizah Salleh, Siti Rohayah Ariffin & Musa Daia (2002). Penerapan nilai murni
melalui

pembelajaran

koperatif

dalam

Sains.

Jurnal

Pendidikan.

Jilid/ Volume 27, Mei.


Robiah

Kulop

Hamzah.

(1999).

Kemahiran

menulis:

Pengalaman

penulis.

Bengkel Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: 6-8 Jun.


Robert

E.

Slavin.

(2008).

Cooperative

learning:

Teori,

riset

dan

praktik.

Penterjemahan Nurulita. Bandung: Penerbit Nusa Media.


Rohani Salleh (2002). Kajian terhadap pencapain bahasa Melayu bagi pelajar
berprestasi rendah sekolah menengah atas.
UM: Tesis Sarjana Pengajian Bahasa Moden yang tidak diterbitkan

Roselan Baki (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu.


Shah Alam: Karisma Publicatins Sdn. Bhd.
Roslina Othman (2002). Keberkesanan strategi pembelajarankoperatif di kalangan
kanak-kanak bermasalah pendengaran: Satu kajian Eksperimen.
UKM: Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda tang tidak diterbitkan.
Rosni Yusof (1999). Kesan dua pendekatan pengajaran terhadap pencapaian
tatabahasa

pelajar

tingkatan

2.

UM:

Tesis

Sarjana

Pendidikan

yang

tidak

boleh diterbitkan.
Rusnah Hashim (2003). Perlakuan dan proses pengajaran pra menulis karangan dua
orang guru tingkatan 4. UM: Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan.
Ruslim Mohd. Salleh (2005). Kesan pembelajaran koperatif ke atas pencapaian
pelajar

pendidikan

mata

pelajaran

Pendidikan

Islam

bagi

Tingkatan

di sekolah dalam daerah Kulim. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Pendidikan


yang tidak diterbitkan.
Suhaida

Abdul

Kadir

tradisional

terhadap

akademik

dan

(2002).
prestasi,

hubungan

Perbandingan
atribusi
sosial

pembelajaran

pencapaian,

dalam

koperatif

konsep

Pendidikan

dan

kendiri.

Perakaunan.

Universiti Sains Malaysia: Tesis Sarjana Muda.


Suppiah Nachiappan (2006). Penggunaan gaya bahasa dan pemprosesan informasi
dalam penulisan karangan melalui analisis hermeneutik. Perak: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Slavin R.E (1989). Research on cooperatif learning. Theory, reseach& practive.
Boston. MA: Allyn& Bacon.
Siti Hajar Abd Hamid (2007). Pembelajaran koperatif menggunakan epembelajaran
di

kalangan

pelajar

yang

mengambil

subjek

telekomunikasi

dan

rangkaian, Fakulti Pendidikan. UTM Skudai Johor. Universiti Teknologi Malaysia:


Tesis Sarjana Muda.
Siti Zaleha M. Hashim (2005). Penulisan Kreatif Latihan Berfikir Yang Baik-Satu
Pengalaman. Pelita Bahasa. Julai, 18 (7): 18-20.

Syed Lutfi Syed Hamzah (1994). Peranan guru dalam meningkatkan mutu
pendidikan
bagi mencapai matlamat wawasan. Dalam Yaakub Isa (pnyt.). Guru yang efektif.
Kuantan: Jawatankuasa Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang.
Taylor, K. E. (2000). Using Folktales. United State of America: Cambridge University
Press.
Tok Hoon Seng (2006). Cooperative learning and achievement in English
language

acquisition

literature

class

in

secondary

school.

Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.


Yahya Othman (2005). Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur;
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Yap Kim Fat (1991). Kesan sambutan interaktif penulisan karangan pPelajar
tingkatan
4. Desertasi untuk sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan. Fakuti Pendidikan.
Universiti Malaya.
Zaenab Hanim, Rahmat Soeoed, Siti Rihayah Ariffin & Noriah Ishak (2004)..
Penggunaan kaedah pembelajaran koperatif (PK) dalam pengajaran matematik.
Penyelidikan Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan, Jilid/ Volume 29.
Zakaria Kassim (2003). Kemahiran kKomunikasi, pembabitan dan pencapaian
pelajar
perdagangan

melalui

kaedah

pembelajaran

koperatif.

USM: Tesis Ijazah Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan.


Zawiah Abd. Shukor, Suria Baba, Nadzeri Hj. Isa (2001). Strategi pembelajaran
koperatif
proses
Institut

menggunakan
penulisan:

teknik

Satu
Bahasa

Round

Tinjauan.

Robin
Forum

dan

Round

Penyelidikan

Melayu

Table

dalam

Pendidikan.
Malaysia.

http://www.ipsah.edu.my/LamanR&D2007/KajianPemantauanBPG/Bahasa0
1.htm -

keberkesanan-koperatif

http://www.mpbl.edu.my/math/pedagogi/Kenal%20&%20Cinta%20CL-

Seminar%20MPGaya.pdf

kenali

dan

http://eprints.utm.my/6040/1/aziziyahkoperatif.pdf -

cintai
aziziyah

.http://mariam-adi.blogs.smjk.edu.my/pembelajaran-koperatif/
www.usm.my/education/kaunseling/tips/Kaedah%20Pembelajaran%20Koperatif.doc - kaedah koperatif

You might also like