You are on page 1of 1

CABARAN-CABARAN YANG

DIHADAPI OLEH GURU.


Salah satu daripada cabaran yang dihadapi oleh para guru ialah guru
diberikan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang
guru atau mengajar subjek yang tidak berkaitan dengan opsyen yang
dibelajar. Hal ini mungkin menyebabkan kualiti pengajaran menurun jika guru
tidak mahir dalam subjek tersebut.
Selain itu, tanggungjawab seseorang guru pada masa kini bukan sahaja
mengajar beberapa subjek yang tertentu tetapi seseorang guru juga terpaksa
memegang beberapa port folio dalam sesuatu jawatankuasa atau memegang
sesuatu jawatan yang tidak berkaitan aktiviti pengajaran dalam kelas.
Seterusnya, seseorang guru juga menghadapi cabaran dalam
menyesuaikandiri dalam perkembangan era globalisasi terutamanya dalam
penggunaan alatanyang semakin canggih dalam sesi pengajaran.
Selain itu, para guru juga harus menimbangkan tentang kelayakan
akademik mereka sendiri. Seorang guru yang berkualiti haruslah
mementingkan profesionalisme dan berusaha untuk mempertingkatkannya.
Hal ini demikian kerana profesionalisme guru adalah berpusatkan kepada ilmu
pengetahuan.
Para guru pada era ini juga menghadapi cabaran yang melibatkan dasardasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Sebagaicontoh, Dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) yang telah dilaksanakan mulai tahun 2002.
Guru pada masa kini juga menghadapi cabaran dalam
menyeimbangkankeperluan perkembangan minda pelajar dan melahirkan
masyarakat yang bersatupadu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing bagi
menyahut cabaran Wawasan2020 untuk membentuk Negara yang bersatu
padu dengan matlamat kongsibersama Malaysia sebagai sebuah Negara
yang aman, berintergrasi di peringkatkaum dan wilayah, hidup harmoni,
berkerjasama sepenuhnya serta didokong olehsatu bangsa Malaysia yang
setia dan berdedikasi.

You might also like