You are on page 1of 3

MATERIALISME

EPISTIMOLOGI
Demokritus (460-360 SM), merupakan pelopor pandangan materialisme
klasik, yang disebut juga atomisme. Demokritos beserta para pengikutnya
beranggapan bahawa segala sesuatu terdiri dari bagian-bagian kecil yang tidak dapat
dibahagi-bahagikan (atom). Atom-atom merupakan sebahagian elemen yang begitu
kecil sehingga mata kita tidak dapat melihatnya. Atom-atom itu bergerak, sehingga
dengan demikian membentuk objek yang dapat dilihat oleh pancaindera kita.
Materialisme adalah satu fahaman

dalam ilmu falsafah yang menyatakan

bahawa perkara yang dapat dikatakan benar-benar wujud adalah Materia / materi iaitu
elemen yang boleh dilihat, dirasa dan disentuh bukan elemen seperti rohani, spiritual
atau supranatural. Fahaman ini tidak mengakui kewujudan non-material seperti roh,
hantu, malaikat dan setan (Ludwig Freuerbach 1804-1872 ).
Menurut Ludwig Feuerbach (1804-1872), materialisme tidak mengenal alam
spiritual. Kepercayaan terhadap Tuhan hanyalah merupakan suatu tindak balas dari
kegagalan atau ketidakpuasan manusia mencapai cita-cita atau kebahagiaan dalam
hidup manusia. Dengan kegagalan tersebut manusia memikirkan ada sesuatu yang
wujud yang dikhayalkan memiliki kesempurnaan. Satu elemen yang mempunyai
kunci kebahagiaan manusia. Sesuatu yang wujud secara absolute. Oleh hal yang
demikian, bagi Ludwig Feuerbach Tuhan hanyalah hasil khayalan manusia. Tuhan
diciptakan oleh manusia itu sendiri, secara maya, padahal wujudnya tidak ada.
Dengan ini, Materialisme adalah fahaman yang berpandangan bahawa
hakikatdan realitinya adalah objek itu sendiri. Bukan rohani, bukan spiritual, atau
supranatural. Filsafah materialisme memandang bahawa objek adalah asas dan elemen
utama sebelum mencapai sesuatu idea. Dengan kata lain materialisme, mengakui
bahawa objek menentukan kemunculan idea, bukanya idea yang menentukan
kemunculan objek. Contohnya, oleh kerana meja dan kerusi itu adalah objek bersifat
materi, maka manusia akan berfikirkan tentang meja dan kerusi. Kerana manusia tidak
boleh membayangkan meja dan kerusi itu sebelum melihat objek tersebut secara
zahirnya.

FAHAMAN MATERIALISME
Terdapat beberapa orang tokoh dalam fahaman materialisme. Antara tokoh
tersebut ialah Ludwig Freuerbach (1804-1872) yang berasal daripada jerman. Beliau
salah seorang pelopor fahaman ini daripada tokoh-tokoh yang terdahulu seperti Thales
(625-545 SM) berpendapat bahawa unsur asal adalah air. Anaximandros (610-545
SM) berpendapat bahawa unsur asal adalah apeiron, yaitu unsur yang tak terbatas.
Anaximenes (585-528 SM) berpendapat bahawa unsur asal adalah udara. Heraklitos
(540-475 SM) berpendapat bahawa unsur asal adalah api. Demokritus (460-360 SM)
berpendapat bahawa hakikat alam adalah atom-atom yang amat banyak dan halus.
Atom-atom itulah yang menjadi asal kejadian alam semesta. Setiap daripada tokoh
falsafah fahaman ini mempunyai hujah mereka yang tersendiri. Hal ini yang
menyebabkan fahaman ini semakin tersebar dan menjadi asas kepada pemikiran
eropah moden.
Pada awalnya, materialisme tidak mendapat banyak perhatian kerana
dianggap aneh dan mustahil. Pada abad 19, materialisme mula diterima di Barat.
Faktor-faktor

yang

mempengaruhi

perkembangan

tersebut

adalah

fahaman

materialisme berpegang pada kenyataan-kenyataan yang mudah difahami, bukan pada


hujah-hujah abstrak. Teori-teori fahaman ini jelas berdasarkan teori-teori pengetahuan
yang sudah umum.
Namun, fahaman materialisme ditentang oleh tokoh agama kerana terangterangan tidak mengakui kewujudan Tuhan. Seorang anti-materialisme bernama
Friedrich Paulsen berkata
Kalau materialisme itu benar, maka segala sesuatu di dunia ini akan dapat
diterangkan, termasuk bagaimana atom membentuk teori materialisme itu sendiri
yaitu dapat berfikir dan berfilfasaf
Namun tokoh-tokoh fahaman ini terus memberikan hujah dan menentang
kritikan yang telah diberikan oleh pelbagai tokoh falsafah yang lain. Sebagai sebuah
fahaman dalam ilmu falsafah, tentunya materialisme mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri. Antara ciri materialisme adalah segala yang ada (wujud) berasal dari satu
sumber yaitu objek yang bersifat materi. Kedua, fahaman ini tidak meyakini adanya
alam ghaib. Ketiga, fahaman ini menjadikan pancaindera manusia sebagai satu-

satunya alat bagi mencapai ilmu dalam hidup manusia. Keempat,

fahaman ini

meletakan ilmu sebagai pengganti agama dalam peletakkan hukum dan fenomena.
Kelima,

menyatakan kecenderungan dan tabiat manusia sebagai akhlak manusia

tersebut. Kesemua ciri ini merupakan pegangan dan pendirian ahli falsafah
materialisme.
Terdapat dua versi dalam aliran materialisme. Pertama adalah materialisme
dialektika dan kedua adalah materialisme metafizik.
a) Materialisme Dialektika
Materialisme dialektika adalah materialisme yang memandang segala sesuatu
selalu berkembang sesuai dengan hukum-hukum dialektika iaitu hukum yang
berkembang dengan fenomena yang berlaku secara objektif di dalam fenomena dunia.
Contohnya, bumi berputar diatas paksinya, maka akan belaku siang dan malam,
pokok yang patah dahan nya akan tumbuh kembali dan lain-lain. Semua pikiran ini
menunjukkan bahawa dunia dan kehidupan kita senantiasa berkembang.
b) Materialisme Metafizik
Materialisme metafizik, yang memandang dunia secara kelompok, tidak
menyeluruh dan secara statik. Pemikiran materialisme metafizik ini misalnya pendapat
bahawa seseorang manusia yang mencuri akan terus mencuri. Dan manusia tersebut
tidak akan berubah.

RUJUKAN
P. A. van der Weij. 1988. Filsuf-filsuf Besar Tentang Manusia. Jakarta. PT Gramedia
Pustaka Utama
Bryan Magee. 2008. The Story of Philosophy. Yogyakarta: Kanisius
Andi Muawiyah Ramli. 2009. Karl Marx. PT lkis. Jakarta

You might also like