You are on page 1of 6

Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi ( ) atau dikenali sebagai Rhazes di dunia

barat merupakan salah seorang pakar sains dan ahli falsafah Iran yang hidup antara tahun 865 AD 925 AD. Beliau telah menyumbang dalam bidang perubatan, kimia dan falsafah.
Menurut al-Biruni al-Razi dilahirkan di Rayy, Iran pada tahun 865 AD (251 Hijrah), dan meninggal di
Rayy 925 AD (313 H).
Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi adalah seorang ahli perubatan, falsafah, dan sarjana Parsi
yang memberikan sumbangan asas dan berkekalan dalam bidang perubatan, Alkhemi (Alchemy), dan
falsafah, yang ditulis dalam lebih 184 buah buku dan rencana dalam pelbagai bidang sains. Dia fasih
dalam pengetahuan perubatan Yunani dan menambah sebahagian besar kepadanya dari
pemerhatiannya sendiri. Sebagai ahli alkhemi, Razi diakui sebagai menjumpai asid sulfirik, yang
digunakan secar ameluas ("work horse") bagi kejuruteraan kimia dan kimia moden. Dia juga
menjumpai ethanol dan hasil sulingannya, dan kegunaannya dalam perubatan. Dia tanpa
dipersoalkan lagi merupakan salah seorang juru ilmuan dalam Dunia Islam, dan mempunyai
pengaruh yang besar kepada sains dan perubatan Eropah.

al-Razi merawat pesakit. (pelukis tidak dikenali)

Razi adalah seorang yang berfikiran rational sepenuhnya, amat yakin dengan kuasa logik (power of
reason); dia dianggap oleh rakan semasa dan penulis bioliografi sebagai bebas dan bebas dari
sebarang prajudis he was widely regarded by his contemporaries and biographers as liberal and free
from any kind of prejudice, amat cekal dan berani mengutarakan pendapatnya tanpa teragak-agak.
Dia percaya kepada kemajuan manusia dan "Tuhan Maha Bijaksana".
Dia mengembara di kebanyakan tempat dan memberikan khidmatnya kepada beberapa putera dan
pemerintah terutamanya diBaghdad di mana dia mendirikan makmalnya. Sebagai guru dalam
Perubatan dia menarik minat ramai pelajar dalam pelbagai bidang, baik, jujur, dan tegas bagi
berkhidmat kepada pesakitnya, tidak kira kaya ataupun miskin.
Institute Razi hari ini di Tehran, Iran dinamakan sempena namanya, dan 'Hari Razi' ('Hari Farmasi')
disambut di Iran setiap 27 Ogos.
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Riwayat hidup

2 Guru Al-Razi dan Penentangnya


3 Sumbangannya kepada perubatan

3.1 Cacar lawan campak


4 Buku kimia karangannya

4.1 Buku pada alkimia


5 Rujukan dan bacaan lanjut
6 Bibliografi

6.1 Sumber Silam

6.2 Kajian Moden


7 Edisi karya falsafah
8 Pautan luar

[sunting]Riwayat

hidup

Dalam bahasa Parsi, Razi membawa erti "dari bandar Ray (juga dieja RAY, REY, atau RAI, Parsi
silam RAGHA, Latin RHAGAE) dahulunya salah satu bandar besar di Dunia)", bandar silam di cerun
selatan Dataran Elburz Range yang terdampar di selatan Laut Caspian, terletak
berhampiran Tehran, Iran. Di bandar ini (seperti Ibnu Sina) dia membuat kebanyakan pencapaian
hasil kerjanya.
Pada awal kehidupannya dia boleh menjadi sebagai seorang tukang emas (Baihaqi), pengurup wang
(Cf. Ibn abi Usaibi'ah) tetapi lebih besar kemungkinannya sebagai pemain seruling yang menukar
minatnya dalam muzik kepada alkhemi (cf. ibn Juljul, Sa'id, ibn Khallikan, Usaibi'ah, al-Safadi). Pada
usia tiga puluh (menurut Safadi empat puluh) dia berhenti penyelidikannya dalam alkhemi kerana
ujikajinya menyebabkan penyakit mata (Cf. al-Biruni), memaksanya mencari ahli perubatan dan ubat
bagi menyembuhkannya. Al-Birflni, Baihaqi dan yang lain, menyatakan bahawa ini adalah sebab
mengapa dia memulakan kajian perubatannya. Dia amat kuat belajar setiap hari dan malam. Gurunya
adalah 'Ali ibn Rabban al-Tabari (Cf. al-Qifti, Usaibi'ah), seorang pakar perubatan dan ahli falsafah
yang lahir di Merv sekitar 192/808 (meninggal. sekitar. 240/855).
Al-Razi mendalami bidang perubatan dan kemungkinan juga bidang falsafah dengan ibn Rabban alTabari. Selepas itu minatnya dalam falsafah kerohanian boleh dikesan dari gurunya ini, yang
merupakan anak kepada seorang Rabbai yang mahir dalam kitab keagamaan (Scriptures). Menurut
Prof.Hamed Abdel-reheem Ead, Profesor Kimia di Fakulti Sains, Universiti Cairo (Cf. the Alchemy
Website): " (...) Al-Razi mulai mempelajari perubatan selepas lawatan pertamanya ke Baghdad,
apabila dia berusia sekurang-kurangnya 30 tahun, di bawah ahli perubatan yang terkenal Ali ibn Sahl

(Yahudi yang memasuki Islam, tergolong kepada sekolah perubatan Tabaristan atau Hyrcania yang
terkenal. Dia menunjukkan kepakaran yang mendalam berkenaan bidang tersebut sehinggakan dia
dengan pantas melepasi gurunya, dan menulis tidak kurang daripada seratus buku perubatan. Dia
turut mengarang 33 penulisan (treatises) berkenaan sains semulajadi (tidak termasuk alkhemi),ilmu
hisab dan astronomi (...)."
Al-Razi menjadi terkenal dalam bandar asalnya sebagai ahli perubatan. Dia menjadi Pengarah
(Direktor) hospital Rayy (Cf. ibn Juljul, al-Qifti, ibn abi Usaibi'ah), semasa pemerintahan Mansur ibn
Ishaq ibn Ahmad ibn Asad yang merupakan gabenor Rayy dari 290-296/902-908 bagi pihak
sepupunya Ahmad ibn Isma'il ibn Ahmad, pemerintah Samanian kedua. Razi menujukan kitab
perubatannya al-Tibb al-'Mansuri kepada Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad , yang disahkan dalam
manuskrip tulis tangan dalam bukunya. Ini disanggah oleh ibn al-Nadim', tetapi al-Qifti dan ibn abi
Usaibi'ah mengesahkan bahawa yang bernama Mansur sememangnya Mansur ibn Isma'il yang
meninggal pada 365/975. al-Razi berpindah dari Rayy ke Baghdad semasa pemerintahan Khalifah
Muktafi (sekitar.289/901-295/907) di mana dia sekali lagi menjawat jawatan Ketua Pengarah (Chief
Director) hospital.
Selepas kemangkatan al-Muktafi (295/907) al-Razi dikatakan kembali ke Rayy di mana dia
mempunyai ramai pelajar dengannya. Sebagaimana diterangkan oleh Ibn al-Nadim dalamFihrist, alRazi ketika itu adalah Sheikh (gelaran bagi seseorang yang berhak mengajar) "with a big head similar
to a sack", dikelilingi oleh beberapa surrounded by several bulatan pelajar. Apabila seseorang sampai
dengan soalan saintifik, soalan ini disampaikan kepada pelajar 'bulatan pertama'. Sekiranya mereka
tidak mengetahui jawapannya, ia disampaikan kepada 'bulatan kedua'... dan seterusnya, sehingga
pada akhirnya, apabila kesemua yang lain telah gagal memberikan jawapan, ia akhirnya sampai
kepada al-Razi sendiri. Kita tahu bahawa salah seorang daripada pelajarnya menjadi pakar
perubatan. Al-Razi merupakan seorang yang pemurah, dengan sifat perikemanusiaan terhadap
pesakitnya, dan murah hati terhadap golongan miskin, Dia sering kali memberikan mereka rawatan
penuh tanpa mengenakan sebarang bayaran, ataupun sebarang bentuk bayaran lain. Apabila dia
tidak bersama pelajar atau pesakitnya, dia sentiasa menulis atau belajar.
Fakta ini mungkin menjadi punca kepada melemahkan penglihatannya sehingga menyebabkan dia
menjadi buta pada kedua belah matanya. Sesetengah mengatakan bahawa punca dia buta
disebabkan dia makan terlalu banyak kacang (broad beans) (baqilah). Penyakit matanya bermula
dengan katarak dan berakhir dengan buta sepenuhnya. Khabar angin menyebut dia enggan dirawat
bagi katarak, mendakwa bahawa dia "telah melihat begitu banyak dunia sehinggakan dia tidak larat
lagi melihatnya." Bagaimanapun, ini kelihatannya sebagai lelucuan dan bukannya berdasarkan fakta
sejarah. Salah seorang penuntutnya dari Tabaristan datang bagi menjaganya, tetapi, menurut alBiruni, dia enggan dirawat dan mengistiharkan bahawa ianya tidak berguna kerana waktu matinya
telah dekat Beberapa hari kemudian dia meninggal di Rayy, pada 5 Sha'ban 313/27 Oktober 925.
[sunting]Guru

Al-Razi dan Penentangnya

Selain daripada Ali ibn Rabban al-Tabari, yang mengajar al-Razi perubatan, Ibn alNadim mengatakan bahawa indicates al-Razi mempelajari falsafah dengan al-Balkhi, yang telah jauh
mengembara dan mengetahui banyak perkara mengenai falsafah dan sains kunu. Sesetengah turut
mendakwa bahawa al-Razi attributed sebahagian buku al-Balkhi berkenaan falsafah kepada dirinya
sendiri. Tidak banyak yang diketahui mengenai al-Balkhi, walaupun nama penuhnya.
Penentang al-Razi, sebaliknya, diketahui ramai. Mereka termasuk yang berikut:

1. Abu al-Qasim al-Balki, ketua Mu'tazilah di Baghdad (m. 319/931), penulis semasa dengan al-Razi
yang menulis banyak bangkangan terhadap buku al-Razi, terutamanya buku Ilm al-Ilahi.
Percanggahannya dengan al-Razi menghasilkan (entailed pemikirannya berkenaan konsep 'Masa'.
2. Shuhaid ibn al-Husain al-Balkhi, dengan mana al-Razi terbabit dengan banyak pertikaian; satu
daripadanya adalah konsep 'Nikmat', dijelaskan dalam bukunya Tafdll Ladhdhat al-Nafsdi mana Abu
Sulaiman al-Mantiqi al-Sijistani memetiknya dalam karangannya Siwan al-Hikmah. Al-Balkhi
meninggal sebelum 329/940.
3. Abu Hatim al-Razi menjadi penentang al-Razi yang paling penting (m. 322/933-934) dan
merupakan salah seorang pendakwah Isma'ili teragung. Dia menerbitkan pertikaian dengan al-Razi
dalam bukunya A'lam al-Nubuwwah. Disebabkan buku ini, pemikiran al-Razi berkenaan Rasul dan
Ugama kekal sehingga kini.
4. Ibn al-Tammar (kemungkinannya adalah abu Bakr Husain al-Tammar, menurut Kraus) merupakan
seorang ahli perubatan dan dia turut mempunyai pertikaian dengan al-Razi, yang di rakamkan oleh
abu Hatim al-Razi dalam A'lam al-Nubuwwah. Ibn al-Tammar tidak bersetuju dengan buku al-Razi, alTibb al-Ruhani tetapi al-Razi membalasnya. Malah, al-Razi menulis dua anti thesis (antitheses):
(a) Jawapan pertama berkenaan pertikaian al-Tammar dengan Misma'i berkenaan 'Jisim (Matter)'.
(b) Jawapan kedua kepada pendapat al-Tammar pada 'Atmosphera penduduk dalam bumu
(subterranean habitations)'.
5.Yang berikut merupakan penulis yang disebut oleh al-Razi dalam penulisannya:
(a) al-Misma'i, seorang Mutakallim, yang menentang 'kebendaan (materialists)', dijawab oleh
penulisan (treatise) al-Razi.
(b) Jarir, pakar perubatan yang mempunyai teori berkenaan 'Memakan mulberries hitam selepas
minum air tembikai'.
(c) al-Hasan ibn Mubarik al-Ummi, kepada mana al-Razi menulis dua (epistles) dengan ulasan.
(d) al-Kayyal, seorang Mutakallim: al-Razi menulis buku berkenaan Theori berkenaan Imam nya.
(e) Mansur ibn Talhah, sebagai pengarang buku "Makhluk", yang dikritik oleh al-Razi.
(f) Muhammad ibn al-Laith al-Rasa'ili yang menentang alkhemist yang dipertikai oleh al-Razi.
6. Ahmad ibn al-Tayyib al-Sarakhasi (m. 286/899), merupakan semasa yang lebih tua pada al-Razi.
Al-Razi mempertikai pendapatnya mengenai 'rasa pahit'. Tambahan lagi dia membangkang gurunya
Ya'qub ibn Ishaq al-Kindi, berkenaan penulisannya, dalam mana dia merendah-rendahkan alkhemist.
[sunting]Sumbangannya
[sunting]Cacar

kepada perubatan

lawan campak

Pakar perubatan Al-Razi telahpun menyedari mengenai pentingnya kebersihan, seperti yang dapat
dilihat dalam ketelitiannya ketika memilih tapak hospital Audidi. Al-Razi telah menggantungkan daging
yang baru pada beberapa tempat yang dicadangkan sebagai tapak hospital Audidi dan memilih
tempat yang daging menjadi busuk paling lambat. Konsep kebersihan udara dan tempat telah
disedari oleh pakar perubatan Islam masa itu.
Di Barat pula, ketika meletusnya Perang Crimea 1855, mereka yang tercedera dirawat di dalam
hospital yang berkeadaan kotor dan tidak terurus. Apabila Florence Nightingale merawat mangsa
perperangan tersebut, konsep kebersihan masih tidak diberi penekanan dan hospital tentera didirikan
di atas pembentungan. Ini menyebabkan, walaupun diberi penjagaan rapi oleh Florence Nightingale,

jumlah kematian di hospital tersebut lebih tinggi berbanding hospital lain. Siasatan pada 1855
menyimpulkan bahawa kematian tersebut disebabkan kebersihan sekeliling (sanitasi) yang kurang
baik.
[sunting]Buku

kimia karangannya

[sunting]Buku

pada alkimia

Buku Perubatan yang dikarang oleh al-Razi.

Ini adalah buku yang ditulis oleh al-Razi berkenaan kimia (alchemy), kebanyakannya dalam bahasa
Parsi:

Modkhele Taalimi

Elaleh Ma'aaden

Isbaate Sanaa'at

Ketabeh Sang

Ketabe Tadbir

Ketabe Aksir

Ketabe Sharafe Sanaa'at

Ketabe Tartib, Ketabe Rahat, Buku Mudah

Ketabe Tadabir

Ketabe Shavahed

Ketabe Azmayeshe Zar va Sim (Ujian pada Emas)

Ketabe Serre Hakimaan

Ketabe Serr (Buku berkenaan Rahsia)

Ketabe Serre Serr (Rahsia pada rahsia)

Buku pertama berkenaan Ujikaji

Buku kedua berkenaan Ujikaji

Resaale'ei Be Faan

Arezooyeh Arezookhah

Surat kepada wazir Ghasem bin Abdullah

Ketabe Tabvib

[sunting]Rujukan

dan bacaan lanjut

You might also like