You are on page 1of 5

SED410

Motivasi adalah salah satu daripada aspek yang penting dalam sukan. Ia akan mempengaruhi
penglibatan atlet dalam aktiviti sukan, latihan, pertandingan dan sebagainya. Ia juga
mungkin mempengaruhi minat dan kepuasaan seseorang atlit terhadap sukan yang
diceburinya. Motivasi ialah sumber atau alat yang menggalakkan seseorang untuk mencapai
matlamat dan seterusnya berusaha untuk mencapai matlamat tersebut (Cox, 1994). Motivasi
juga boleh didefinisikan sebagai kekuatan dalaman yang menggerakkan dan membawa
kepada tingkah laku ( Vincent dan Mohd. Sofian dalam Mohd. sofian, 2002). Motivasi juga
merujuk kepada arah dan intensiti usaha seseorang individu (Sage, 1977 dalam Shaharudin,
2001).
Motivasi boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu motivasi intrinsik (dalaman) dan
motivasi ekstrinsik (luaran)
Motivasi Intrinsik
Menurut Singer (1984), motivasi instrinsik ialah motivasi yang timbul dari dalam hati
seseorang itu sendiri. Motivasi ini timbul daripada keinginan dirinya sendiri untuk mencapai
matlamat-matlamat seperti kesedaran tentang potensi dirinya, kejayaan, kepuasan dan
keseronokan. Lazimnya, seseorang atlet yang bermotivasi intrinsik akan terus terlibat dalam
sesuatu aktiviti. Ia lahir dalam diri seseorang atlet disebabkan oleh faktor-faktor dalaman dan
minatnya tanpa dipaksa orang lain.
Atlet yang mempunyai motivasi intrinsik akan mengikuti latihan peningkatan kemampuan
atau pertandingan bukan kerana dorongan dari luar seperti hadiah, pujian, penghargaan dan
publisiti, melainkan kerana kepuasaan dalam dirinya. Tambahan lagi, atlet yang mempunyai
motivasi intrinsik biasanya tekun, bekerja keras, teratur dan berdisiplin dalam menjalani
latihan serta tidak bergantung kepada orang lain.
Motivasi Ekstrinsik
Motivasi ekstrinsik ialah motivasi yang dirangsang oleh elemen luar seperti ganjaran untuk
mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan sukan. Ganjaran itu adalah dalam pelbagai
bentuk seperti hadiah, hukuman, ugutan, penghargaan dan pengiktirafan (Mohd. Sofian,
2002). Motivasi ini hanya akan kekal seketika kerana atlet akan berusaha bersungguhsungguh apabila ganjaran disediakan. Ganjaran kebendaan lebih cepat hilang jika
dibandingkan dengan ganjaran kepuasan atau motivasi dalaman.

Ain/SED410

Page 1

SED410
Motivasi berbentuk hukuman digunakan oleh jurulatih sukan sebagai dorongan atau
rangsangan untuk mencapai sesuatu kejayaan. Keadaan ini tidak begitu baik kerana pemain
lain akan turut berada dalam keadaan tertekan dan ketakutan malahan tidak menyeronokkan.
Hukuman boleh meningkatkan motivasi atlet untuk memperbaiki diri dan prestasinya.
Namun, hukuman dan dendaan yang keterlaluan akan menjejaskan dan mendatangkan kesan
negatif untuk jangka masa panjang.
Sebagai contoh, pertandingan badminton terbuka Malaysia menawarkan hadiah beratus ribu
ringgit dan ini menjadi motivasi ekstrinsik kepada pemain baik dari dalam atau luar negara
bersaing merebut ganjaran lumayan yang ditawarkan. Ini kerana pemain menjadikan
pertandingan sebagai mata pencarian atau sumber kewangan dalam hidup, Oleh itu mereka
bersungguh-sungguh untuk memenangi hadiah.
Menurut Robert S.Weinberg and Daniel Gould(1999) from Human Kinetics Journal
mengatakan orang yang mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal lebih dari satu sebab,
sebagai contoh angkat berat, selain daripada untuk mendapat bentuk badan yang menarik,
mereka juga merasa gembira dan merasa seronok bersama-sama rakan yang sama minat
dalam aktiviti angkat berat. Selain daripada baik utuk kesihatan dan memberi motivasi
kepada orang lain untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik.
Perbezaan Jantina dalam motivasi. Beberapa perbezaan jantina wujud dalam motivasi untuk
penglibatan sosial. Sebagai contoh, Sirard, Pfeiffer, dan Pate (2006) mengkaji faktor-faktor
motivasi yang berkaitan dengan penyertaan sukan di lebih 1600 pelajar sekolah menengah.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa berseronok motif yang diberi nilai tertinggi bagi semua
kanak-kanak. Apabila motif dibandingkan dengan jantina, kanak-kanak perempuan lebih
kepada faedah sosial dan kemahiran, persaingan, dan kecergasan sebagai motif utama
manakala kanak-kanak lelaki menekankan persaingan, faedah sosial, dan kecergasan yang
paling kerap. Penulis merumuskan bahawa kanak-kanak lelaki sekolah menengah mempunyai
daya tarikan yang lebih kepada aspek-aspek yang kompetitif sukan manakala kanak-kanak
perempuan mempunyai daya tarikan yang lebih kepada aspek-aspek sosial. Kesimpulan
daripada kajian ini adalah terhad kepada kumpulan umur sampel; tetapi mereka menekankan
kepentingan mengiktiraf bahawa walaupun lelaki dan perempuan mungkin mempunyai
banyak motif yang sama untuk sukan dan penglibatan aktiviti fizikal, perbezaan yang penting
mungkin menjadi nyata.

Ain/SED410

Page 2

SED410
Theory of Reasonable Action (Ajzen and Fishbein,1980 and Penny,1996) merupakan teori
tindakan oleh seseorang untuk melakukan aktiviti fizikal berdasarkan sebab-sebab tertentu.
Teori ini menghuraikan tentang tingkah laku manusia. Ianya berkaitan dengan motivasi
manusia yang dipengaruhi oleh sesuatu tingkah laku. Perubahan tingkah laku manusia
dipercayai ditentukan oleh tahap keinginan dan perubahan tingkah laku untuk melakukan
sesuatu tindakan terhadap objek bergantung kepada situasi tertentu dan pada masa yang
ditetapkan.
Berdasarkan teori tersebut, tahap keinginan boleh meramal pelbagai jenis tingkah laku
dengan ketepatan yang tinggi berdasarkan peristiwa yang berlaku pada individu tersebut.
Beberapa elemen utama terlibat dalam proses atau peristiwa tahap
keinginan tersebut ke arah membentuk sesuatu bentuk tingkah laku yang
baru (Ajzen 1991). Pertama, melibatkan sikap tingkah laku yang merujuk
sebagai tahap mana penilaian setiap individu yang menyenangi sesuatu
bentuk tingkah laku. Kedua, tahap keinginan adalah norma subjektif yang
merujuk kepada penerimaan tekanan sosial untuk mempersembahkan
sesuatu bentuk tingkah laku. Ketiga, adalah merujuk kepada darjah
kawalan tingkah laku. Kawalan tingkah laku bermaksud tahap keinginan
yang berkait rapat dengan tingkah laku di mana tingkah laku digerakkan
pada masa yang sama tingkah laku yang dingini digerakkan atau
dipersembahkan Fishbein dan Ajzen (1975). Walau bagaimanapun, teori
ini mencadangkan hanya tahap keinginan sahaja yang memberi kesan
secara terus kepada tingkah laku, manakala tahap keinginan pula
dipengaruhi oleh sikap.
Sikap terhadap tingkah laku merujuk kepada penilaian individu ke tahap
mana individu tersebut menyenangi atau tidak menyenangi sesuatu
bentuk tingkah laku (Ajzen 1991; Fishbein dan Ajzen 1975; Hisrich et al
2008). Sikap dikatakan mempunyai kesan ke atas tingkah laku tertentu
dan berkait rapat dengan dengan perasaan setiap individu sama ada
perasaan yang positif mahupun perasaan yang negatif (Ajzen 1991; Ajzen
dan Fishbein 1975).

Ain/SED410

Page 3

SED410

Teori Tindakan Bersebab boleh diringkas seperti gambarajah berikut.

Bila saya kaitkan dengan aktiviti fizikal mengikut teori ini, ini lah hasilnya;

Perceived
Consequen
ce
Saya rasaa
selalu letih
dan sakit
kaki bila

Significant
Others
Doctor
nasihatkan
supaya saya
rajin
Ain/SED410
bersenam dan
jaga makan

Attitudes
Saya kena
rajin
bersenam
suapaya
tidak sakit
lagi

Subjective
norma
Kawan-kawan
mengajak
masuk kelas
aerobic
Page 4
suapaya
saya ber
semangat

Intentions
Saya rasa
sangat
bermotivasi
tinggi untuk
bersenam

Behaviours
Saya tidak
lagi merasa
letih dan
sakit kaki
kerana saya
kerap
bersenam
dan merasa
seronok

SED410

Dalam artikel daripada The New York Times (Monday October 26,2015) menyatakan
kurangnya motivasi menyebabkan orang berhenti bersenam. Oleh itu penulis menyarakan
beberapa tips untuk meningkatkan motivasi dalam diri antaranya bersenam bersama rakan
yang sama-sama minat dalam aktiviti senaman. Selain itu terdapat juga perbezaan motivasi
antara lelaki dan wanita. Wanita yang mengalami masalah berat badan akan lebih bermotivasi
untuk melakukan aktiviti fizikal bagi memgurangkan berat badan berbanding dengan lelaki
melakukan aktiviti untuk mendapatkan otot yang menarik.
Program Jom Kurus 1 Malaysia (6 weeks) yang diilhamkan oleh YB Khairy Jamaludin yang
disokong oleh NGO dan Belia Malaysia sedikit sebanyak memberi kesedaran terutama
golongan belia untuk sama menyahut cabaran untuk mengurangkan berat badan. Malaysia
merupakan Negara yang tertinggi di Asean yang menghadapi masalah obestiti.

Ini

merupakaan satu cabaran dan memerlukan motivasi yang tinggi dan iklan yang berkesan
untuk mengajak orang ramai menyertai kempen ini. Aktiviti ini tidak memerlukan masa yang
panjang, sekurang-kurangnya 20 minit sehari diperlukan untuk membuat aktiviti fizikal. Ia
akan meninggalkan impak yang lebih berkesan.
Berdasarkan Teori Tindakan Bersebab (Ajzen & Fishbein,1980) menggunakan dua unsur,
sikap dan norma (atau jangkaan orang lain), untuk meramalkan niat tingkah laku. Iaitu,
apabila sikap kita membawa kita untuk melakukan satu perkara tetapi norma-norma cadangan
kita perlu melakukan sesuatu yang lain, kedua-dua factor yang mempengaruhi niat tingkah
laku kita. Sebagai contoh; Puan Kiah mahu bersenam untuk mendapatkan berat badan yang
ideal, tetapi Cik Peah dan Cik Tijah mencadangkan dia mengambil ubat diet kerana
merasakan adalah sangat mustahil dia boleh bersenam memandangkan dia bekerja mengikut
shift. Adakah Puan Kiah akan meneruskan niatnya atau mengikut norma-norma rakan-rakan
nya mengambil ubat diet untuk kurus. Sikap inilah yang menjurus kepada niat kita.

Ain/SED410

Page 5

You might also like