You are on page 1of 16

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBEF2103
PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Name:

Ahmad Farouq Bin Omar

Matric number:

911212045225001

Telephone number: 0193285061

E-mail address: Far_rock91@yahoo.com

Learning Centre: Seremban

MAY 2014 Semester

ISI KANDUNGAN
TAJUK
PENDAHULUAN
BIODATA PELAJAR
PENERANGAN MENGENAI (PELAJAR 1)

MUKA SURAT
3-4
5-6
7-8

KEKUATAN DAN KELEMAHAN

DIDALAM PEMBELAJARAN (PELAJAR 1)


PENERANGAN MENGENAI (PELAJAR 2)

10-11

KEKUATAN DAN KELEMAHAN

12

DIDALAM PEMBELAJARAN (PELAJAR 2)


JADUAL PERBEZAAN (PELAJAR 1) DAN

13

(PELAJAR 2)
AKTIVITI YANG BERSESUAIAN DENGAN

14

PERSONALITI INTROVERT
AKTIVITI YANG BERSESUAIAN DENGAN

15

PERSONALITI EKSTROVERT
KESIMPULAN
RUJUKAN

16

PENDAHULUAN
Setiap individu mempunyai sifat, sikap, gaya dan cara terendiri. Inilah diantara perkataan
yang sesuai apabila memperkatakan seseorang. Satu istilah yang sesuai bagi perkataan-perkataan
itu ialah personaliti. Personaliti juga bermaksud sahsiah yang melambangkan ciri-ciri atau sifat
2

keperibadian atau perwatakan yang membezakan di antara seseorang individu dengan individu
yang lain.
Secara umum personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang.
Watak dan personaliti merupakan dua istilah yang dapat dibezakan. Personaliti merujuk kepada
organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku
seseorang individu. Daripada huraian tadi jelas diketahui bahawa watak itu hanya merupakan
sebahagian daripada personaliti. Personaliti dibahagikan kepada 3 ketegori iaitu Ekstorvert,
Introvert dan Ambivert.
Ekstrovert adalah personaliti seseorang yang lebih suka kepada dunia luar berbanding
dunia dalam yang biasanya terdiri daripada golongan yang agresif ataupun aktif di mana mereka
lebih suka bergaul dan bersosial dan sering melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial.
Individu yang berpesonaliti ekstrovert biasanya menonjolkan ciri-ciri seperti tenang, gemar
kepada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif, inovatif atau gemar kepada perubahan, gemar
akan aktiviti-aktiviti luar, mudah bercakap, cepat bertindak balas, tidak mudah bimbang dan
mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Mereka juga lebih cepat mendapat kawan dan menyesuaikan
diri dengan suasana yang baru.
Introvert pula adalah seseorang yang mempunyai personaliti yang bersifat pasif,
emosional, pendiam dan kurang bergaul. Mereka juga cenderung melakukan dan menyiapkan
kerja secara individu tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Mereka juga bersikap serius,
pemalu, dan tidak mempunyai cita-cita yang tinggi. Individu yang bersifat introvert menonjolkan
ciri-ciri seperti pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat reflektif atau sentiasa berfikir
terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu, boleh dipercayai, tenang, tingkah laku yang
terkawal, dan kurang bersedia untuk menanggung risiko. Individu yang mempunyai personaliti
introvert sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana atau persekitaran yang baru kerana
mereka lebih gemar menyendiri.
Individu-individu yang mempunyai ciri-ciri personaliti yang sukar digolongkan sebagai
introvert atau ekstrovert, maka mereka boleh disifatkan sebagai ambivert. Ambivert mempunyai
ciri-ciri seorang ekstrovert dan introvert. Ambivert adalah gabungan ekstrovert dan introvert.
Mereka ini seorang yang aktif tetapi sensitif, suka berkawan tetapi memilih untuk bekerja
3

berseorangan dan bertutur lancar tetapi berfikir sebelum bercakap ataupun memberikan
pendapat. Seseorang yang berpesonaliti Ambivert mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran
di sekelilingnya. Mereka memiliki sifat yang terbuka pada dasarnya, dan juga boleh berinteraksi
baik dengan orang lain seperti orang yang berpesonalti ekstrovert. Namun mereka juga boleh
berubah menjadi introvert apabila mereka merasa ingin bersendiri.

BIODATA PELAJAR( PELAJAR 1)

NAMA

:ALIF ABBAS BIN ABDUL HADI

KELAS

:6 CERDIK

SEKOLAH

:SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SERI PUTRA

BIL ADIK BERADIK

:3 ORANG( ANAK 1)

HOBI

:BERMAIN PERMAINAN VIDEO

PERSATUAN

:BULAN SABIT MERAH

KELAB

:KELAB CATUR

PERMAINAN

:BOLA SEPAK

AKTIVITI

:MENYERTAI

PERTANDINGAN

CATUR

PERINGKAT

SEKOLAH, PERTANDINGAN MARI MEMBACA PERINGKAT


SEKOLAH.
PENCAPAIAN

:JOHAN PERTANDINGAN CATUR PERINGKAT SEKOLAH, ,


PEMENANG LENCANA GANGSA PERTANDINGAN MARI
MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH.

BIODATA PELAJAR( PELAJAR 2)

NAMA

:IRFAN NAQUIDIN BIN SALLEH

KELAS

:6 CERDIK( ANAK KE 3)

SEKOLAH

:SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SERI PUTRA

BIL ADIK BERADIK

:5 ORANG

HOBI

:BERMAIN BOLA SEPAK DAN BERBASIKAL

PERSATUAN

:PENGANGKAP SEKOLAH

KELAB

:KELAB KECERIAN

PERMAINAN

:BOLA SEPAK

AKTIVITI

:MENYERTAI PERTANDINGAN DEBAT BAHASA INGGERIS


PERINGKAT SEKOLAH, PERTANDINGAN MARI MEMBACA
PERINGKAT

SEKOLAH,

PERTANDINGAN

KOIR

PERINGKAT SEKOLAH, PERTANDINGAN BOLA SEPAK


PERINGKAT DAERAH.
PENCAPAIAN

:JOHAN PERTANDINGAN DEBAT PERINGKAT SEKOLAH,


PELAJAR CEMERLANG BAGI TAHUN 6 KESELURUHAN,
NAIB

JOHAN

SEKOLAH,

PERTANDINGAN

TEMPAT KETIGA

KOIR

PERINGKAT

PERTANDINGAN

BOLA

SEPAK PERINGKAT DAERAH, ANUGERAH PENGAWAS


SEKOLAH.

PELAJAR 1

Kaedah kajian yang saya pilih untuk digunakan adalah kaedah pemerhatian dan kaedah
temubual. Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila saya mengkaji
perkembangan tingkah laku tingkah laku pelajar tersebut, misalnya mengkaji perkembangan
tingkah laku kanak-kanak, kesan menyertai pelbagai aktiviti di sekolah, kesan pemilihan kawankawan dan cara pelajar untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kaedah temubual juga digunakan
untuk mengetahui mengenai aspek kognitif dan interaksi mereka dengan orang lain.
Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, saya mendapati pelajar yang pertama
merupakan seorang yang berpesonaliti introvert. Hal ini dibuktikan melalui pemerhatian yang
saya lakukan selama seminggu, saya mendapati pelajar ini lebih gemar meluangkan masa
bersendirian dan membaca buku di perpustakaan. Ketika waktu rehat, pelajar ini lebih gemar
untuk pergi ke perpustakaan berbanding rehat bersama kawan-kawan. Selain itu, pelajar ini juga
tidak banyak berinteraksi dengan kawan-kawan ataupun guru sama ada didalam ataupun di luar
kelas. Pelajar ini banyak meluangkan masa dengan membuat kerja sendiri serta menyiapkan
kerja sekolah yang diberikan ketika guru tiada didalam kelas. Walaupun ada rakan-rakanya yang
mengajak beliau untuk bermain di belakang kelas, tetapi beliau tidak mengendahkan ajakan
tersebut. Melalui pemerhatian yang saya jalankan, saya juga mendapati Alif Abbas tidak
mempunyai kawan-kawan yang ramai. Hanya segilintir sahaja yang saya perhatikan bertegur dan
bercakap dengan beliau.
Dari segi interaksi dengan orang lain, Alif Abbas lebih merupakan seorang yang pemalu.
Dia kurang berinteraksi dengan orang lain. Alif juga merupakan seorang yang berdisiplin.
Sepanjang pemerhatian yang saya lakukan saya tidak pernah melihat beliau melakukan sebarang
kesalahan disiplin. Setiap hari Alif akan sampai 10 minit awal ke sekolah. Beliau juga
merupakan seorang pelajar yang kemas. Tali leher sentiasa dipakai dan kasut beliau juga bersih
dari sebarang kotoran. Hal ini mungkin terjadi kerana Alif kurang melibatkan diri dengan aktiviti
luar bilik darjah. Walaupun beliau kurang berinteraksi dengan orang lain, beliau merupakan
seorang pelajar yang baik. Keputusan peperiksaan Alif kurang memberangsangkan. Beliau tidak
medapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Akan tetapi Alif melibatkan diri dalam
pertandingan catur. Beliau merupakan johan pertandingan catur peringkat sekolah.
Dari aspek kognitif beliau merupakan seorang yang lambat untuk memahami sesuatu
topik baru yang baru dipelajari. Alif kurang bertanya didalam kelas. Walaupun beliau tidak
7

memahami mengenai sesuatu perkara, beliau tidak bertanya kepada guru yang mengajar. Ketika
soalan diajukan, murid-murid lain berebut-rebut untuk menjawab soalan yang diajukan, akan
tetapi Alif mengambil sikap mendiamkan diri dan melihat sahaja rakan-rakanya didalam kelas
menjawab pertanyaan yang diajukan oleh guru didalam kelas. Disamping itu, ketika
menyelesaikan sesuatu masalah, beliau mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Hal ini berlaku berkemungkinan daripada sikap Alif sendiri yang kurang
bertanya dan kurang berinteraksi.
Ketika aktiviti berkumpulan dijalankan didalam kelas, Alif tidak melibatkan diri secara
aktif di dalam aktiviti berkumpulan yang dijalankan. Beliau lebih mendiamkan diri dan mengikut
sahaja ahli yang lain. Alif kurang memberikan kerjasama ketika aktiviti berkumpulan dijalankan.
Beliau juga lebih bergantung kepada rakan-rakan yang lain untuk menyelesaikan masalah yang
diberikan.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN DALAM PEMBELAJARAN PELAJAR (1)

Alif merupakan pelajar yang berpesonaliti introvert. Beliau kurang mengambil bahagian
ketika sesi pembelajaran berlaku. Beliau juga kurang bertanya mengenai sesuatu yang kurang
difahami. Kelemahan yang dimiliki oleh Alif dalam dalam pembelajaran adalah walaupun beliau
kurang bertanya ketika didalam kelas tetapi beliau lebih suka untuk berjumpa dengan guru
selepas habis kelas. Beliau lebih gemarkan situasi yang tenang tanpa gangguan untuk berbincang
mengenai sesuatu perkara atau topik yang tidak difahami didalam kelas. Selain itu Alif juga
kurang berbincang mengenai pelajaran ketika didalam kelas. Beliau lebih suka melakukan hal
sendiri. Hal ini menyebabkan Alif kurang memahami tentang sesuatu topik baru yang diajarkan
kerana beliau kurang berinteraksi didalam kelas. Ketika aktiviti berkumpulan dijalankan, Alif
kurang memberikan kerjasama. Beliau lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat apa yang
orang lain buat dan kemudiannya baru Alif akan mengikut apa yang dibuat oleh orang lain.
Walaupun Alif seorang yang introvert, tetapi beliau juga mempunyai kekuatan yang
tersendiri. Contohnya seperti beliau tidak pernah tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan
tepat pada masanya. Alif akan cuba menyiapkan kerja sekolah yang diberikan ketika tida guru di
dalam kelas. Berbeza berbanding rakan-rakanya yang lebih gemar bermain dan bersembang
sesama mereka ketika ketiadaan guru didalam kelas. Disamping itu Alif juga merupakan seorang
pelajar yang berdisiplin sama ada didalam bilik darjah ataupun diluar bilik darjah. Beliau akan
mengikut segala arahan yang diberikan oleh gurunya ketika sesi pembelajaran. Contohnya
seperti Alif disuruh oleh gurunya untuk mengambil buku di bilik guru, dia akan mengambilnya
tanpa sebarang alasan. Walaupun Alif kurang memberikan kerjasama didalam aktiviti
berkumpulan tetapi beliau gemar jika diberikan sesuatu kerja yang tidak memerlukan beliau
berinteraksi dengan orang lain, contohnya seperti menggunting gambar dan melukiskan sesuatu
yang berkaitan dengan aktiviti berkumpulan yang dijalankan. Alif akan melakukan dan
melaksanakan kerja-kerja yang diberikan itu dengan sebaik mungkin. Alif digelar pelukis kerana
beliau mempunyai kemahiran melukis yang cantik dan kemas.

PELAJAR 2
9

Kaedah kajian yang saya pilih untuk digunakan adalah kaedah pemerhatian dan kaedah
temubual. Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila saya mengkaji
perkembangan tingkah laku tingkah laku pelajar tersebut, misalnya mengkaji perkembangan
tingkah laku kanak-kanak, kesan menyertai pelbagai aktiviti di sekolah, kesan pemilihan kawankawan dan cara pelajar untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kaedah temubual juga digunakan
untuk mengetahui mengenai aspek kognitif dan interaksi mereka dengan orang lain.
Hasil daripada pemerhatian yang saya jalankan, saya mendapati pelajar yang kedua ini
merupakan pelajar yang berpesonaliti ekstrovert. Irfan merupakan pelajar yang aktif dan ceria.
Beliau sangat aktif dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh pihak
sekolah. Irfan juga merupakan seorang pengawas disekolah. Beliau juga dianugerahkan sebagai
pelajar terbaik tahun 6. Ketika didalam kelas beliau merupakan seorang yang mempunyai ciriciri seorang ketua. Beliau akan melibatkan diri secara aktif didalam setiap aktiviti yang
dijalankan. Contohnya seperti setiap soalan yang diajukan oleh guru, beliau akan berusaha untuk
menjadi orang yang pertama menjawab soalan tersebut. Irfan juga meminati subjek matematik.
Setiap soalan yang berkaitan dengan subjek matematik beliau akan berusaha untuk
menyelesaikannya. Ketika didalam kelas, Irfan merupakan seorang yang gemar untuk bertanya
tentang sesuatu yang tidak difahami olehnya. Beliau akan melibatkan diri secara menyeluruh
didalam setiap aktiviti.
Dari sudut interaksi dengan orang lain, Irfan merupakan seorang yang sangat terbuka
dalam meluahkan dan melontarkan sesuatu idea. Beliau akan berbincang bersama-sama rakan
mengenai sesuatu subjek yang baru dipelajari. Hal ini membantu beliau untuk mendapatkan
kefahaman mengenai topik baru yang baru dipelajari. Jika terdapat masalah didalam topik yang
baru dipelajari, beliau akan mewakilkan kawan-kawanya untuk bertanya kepada guru mengenai
masalah yang tidak difahami tersebut. Irfan juga gemar melibatkan diri dalam aktiviti yang
memerlukan beliau untuk menyuarakan idea atau pendapat. Contohnya beliau sering kali terlibat
dalam acara perbahasan. Beliau juga merupakan pembahas terbaik sekolah beliau. Ketika
bersama rakan-rakan, beliau merupakan seorang yang sangat ceria dan gemar untuk berseloroh.
Rakan-rakan sangat menyenangi beliau kerana sikap dan personaliti yang dimiliki oleh beliau.
Irfan gemar untuk mencuba sesuatu yang baru. Beliau akan mencabar dirinya untuk melakukan
sesuatu perkara yang baru. Contohnya seperti aktiviti mendakit Bukit Broga yang dianjurkan
10

oleh pihak sekolah. Beliau membuktikan dirinya seorang yang sangat aktif dan cergas. Beliau
menjadi orang yang pertama berjaya sampai ke puncak Bukit Broga. Dalam setiap aktiviti yang
disertai oleh beliau, beliau akan berusaha untuk melakukan yang terbaik.
Dari aspek kognitif pula, saya mendapati beliau merupakan seorang yang cepat belajar.
Beliau akan bertanya mengenai setiap topik baru yang dipelajari dengan bersungguh-sungguh.
Beliau juga merupakan seorang yang bagus dalam membuat keputusan. Rakan-rakan
mempercayai beliau untuk membuat sesuatu keputusan. Dari segi kognitif, beliau juga
merupakan seorang yang kreatif dalam melakukan sesuatu perkara. Beliau akan berusaha
menjadi atau menghasilkan sesuatu yang berbeza dengan rakan-rakan beliau.
Ketika aktiviti berkumpulan dijalankan pula, beliau akan melibatkan diri secara aktif
didalam setiap aktiviti yang dijalankan didalam kumpulan tersebut. Beliau akan melontarkan
pendapat dan idea beliau. Walaupun begitu, Irfan tetap juga akan mengambil kira pendapat
daripada orang lain sebelum membuat keputusan pendapat mana yang lebih sesuai digunakan.
Inilah yang dikatakan sebagai ciri-ciri seorang ketua yang baik. Beliau tidak mementingkan diri
sendiri.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIDALAM PEMBELAJARAN PELAJAR (2)


11

Irfan merupakan pelajar yang berpesonaliti ekstrovert. Beliau gemar untuk menyuarakan
pendapat dan idea yang beliau ada. Kekuatan yang dimiliki oleh Irfan didalam pembelajaran
adalah beliau mampu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan dengan bagus.
Beliau akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut sebaik-baiknya. Beliau akan
merujuk kepada kepada rakan-rakan dan guru sebelum menyelesaikan sesuatu masalah.
Disamping itu, Irfan merupakan seorang yang suka untuk mengulangkaji pelajaranya. Jika
terdapat waktu lapang, beliau akan berbincang bersama rakan-rakan untuk mengulangkaji
pelajaran. Beliau tidak suka membiarkan masa yang ada terbiar begitu sahaja tanpa melakukan
sebarang aktiviti. Tidak hairanlah beliau dianugerahkan sebagai pelajar terbaik tahun 6.
Walaupun begitu, beliau juga mempunyai kelemahan didalam pembelajaran. Kadangkadang idea yang dikeluarkan oleh beliau tidak difahami oleh rakan-rakan dan hal ini
menyebabkan terdapat konflik yang timbul. Ada rakan yang kurang menyenangi akan kehadiran
beliau didalam sesuatu aktiviti. Mereka berasa iri hati kerana Irfan mampu untuk melakukan
sesuatu tugasan yang diberikan dengan baik. Hal ini tidak bagus kerana akan menimbulkan
pelbagai masalah jika dibiarkan berterusan. Selain itu, irfan mempunyai masalah untuk
menyelesaikan sesuatu masalah secara bersendirian. Beliau lebih gemarkan suasana yang tidak
terlalu sunyi. Beliau suka kepada suasana yang tidak terlalu bising dan terlalu sunyi. Hal ini akan
menyebabkan beliau mengajak rakan-rakan untuk berbincang dan secara tidak langsung akan
menyebabkan rakan-rakan yang ingin bersendirian seperti Alif rasa terganggu.

JADUAL PERBEZAAN INDIVIDU PELAJAR 1 DAN PELAJAR 2:


12

CIRI-CIRI
PERSONALITI

PELAJAR 1
1. INTROVERT

PELAJAR 2
1. EKSTROVERT

2. BERDISIPLIN
3. TENANG

2. CERIA
DAN

DIPERCAYAI

3. PEMIMPIN
4. SUKA
MENYATAKAN

SOSIO EKONOMI DAN


PENJAGAAN

1. KELUARGA YANG
SEDERHANA

PENDAPAT
1. KELUARGA YANG
MEWAH

KELUARGA

2. DIMANJAKAN

2. DIMANJAKAN

PERSEKITARAN

OLEH KELUARGA
1. KAWASAN

OLEH KELUARGA
1. KAWASAN

PERUMAHAN

PERUMAHAN

KEHIDUPAN

2. PERSEKITRAN

2. PERSEKITARAN

KEJIRANAN YANG

JIRAN

TENANG

BISING

DAN

HARMONI

3. RAKAN-RAKAN

3. RAKAN-RAKAN
YANG

YANG

TIDANG

MENGGANGGU

YANG

SERING

DATANG
RUMAH

KE
UNTUK

MELAKUKAN
SESUATU
AKTIVITI.

AKTIVITI YANG BOLEH DIJALANKAN BERSESUAIAN DENGAN PERSONALITI:


PELAJAR INTROVERT
Bagi menangani masalah murid-murid yang mempunyai sifat introvert seperti Alif yang
pemalu, pendiam dan suka memencilkan diri, guru hendaklah memastikan penglibatan murid
yang maksima di dalam kelas. Misalnya, bukan sahaja memastikan Alif menjalankan kerja
sekolah yang diberi, malahan Alif juga boleh digalakkan untuk menjalankan tugasan yang tidak
formal seperti membersihkan bilik darjah. Ini akan menggalakkan Alif untuk bekerjasama
13

dengan rakan yang lain semasa menjalankan tugas dan secara tidak langsung beliau dapat
berinteraksi dengan rakan-rakannya.
Selain itu, cikgu boleh menggunakan strategi pemusatan murid dan bahan. Dengan
strategi seperti ini, ia akan menggalakkan Alif untuk memainkan peranan penting dalam proses
pembelajaran. Alif akan digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran yang dijalankan. Bagi pelajar seperti Alif, ini merupakan peluang untuk membantu
mereka kerana peluang interaksi di antara murid adalah lebih banyak dan ciri-ciri yang positif
seperti bertolak ansur dan bekerjasama jelas dapat dipupuk di dalam diri Alif. Selain daripada itu,
sebagai seorang guru yang mengamalkan cara demokratik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, Alif akan sentiasa digalakkan untuk memberikan pendapat dan idea beliau.
Disamping itu, guru perlu memberikan lebih pujian kepada pelajar introvert seperti Alif.
Bagi mereka yang mempunyai ciri introvert, dengan memberikan pujian kepada mereka, ini akan
dapat mendorong mereka berasa lebih yakin dan lebih positif dan berusaha dengan lebih gigih
pada masa akan datang. Di samping itu juga, guru perlu sentiasa mengajukan beberapa soalan
supaya dapat menimbulkan perasaan ingin tahu terhadap sesuatu perkara dan pelajar introvert
seperti Alif akan berusaha untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut dengan sendiri.
Memberikan peluang kepada pelajar introvert seperti Alif untuk memegang sesuatu
jawatan ataupun menjadi ketua juga merupakan suatu cara yang dapat membantu beliau.
Keadaan ini akan mendedahkan mereka kepada proses sosialisasi dengan orang lain serta dapat
membantu dan menggalakkan murid itu berhadapan dengan rakan-rakannya yang lain.

PELAJAR EKSTROVERT
Hasil daripada pemerhatian yang saya telah jalankan, cara yang terbaik untuk membantu
pelajar yang berpesonaliti ekstrovert adalah dengan membenarkan pelajar ekstrovert seperti Irfan
menjadi ketua di dalam aktiviti yang dijalankan. Individu yang berpesonaliti ekstrovert
mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang baik. Dengan melantik pelajar ekstrovert menjadi
pemimpin ataupun ketua, mereka akan dapat memimpin dan membantu pelajar introvert seperti
Alif dalam melakukan atau melaksanakan sesuatu perkara.
14

Selain itu, guru haruslah sentiasa mempelbagaikan aktiviti yang diberikan. Pelajar
ekstrovert seperti Irfan akan menjadi mudah bosan ataupun hilang kosentrasi jika aktiviti yang
dijalankan tidak mencabar bagi dirinya. Jika aktiviti itu tidak mencabar, ia akan melunturkan
semangat mereka untuk belajar. kepelbagian aktiviti yang dijalankan akan menarik minat pelajar
ekstrovert seperti Irfan untuk melibatkan diri dengan lebih aktif kerana mereka gemar untuk
mencuba sesuatu yang baru.
Pelajar ekstrovert gemar untuk mengemukakan soalan ketika didalam kelas. Jadi guru
boleh menggunakan cara ini untuk membantu pelajar yang berpesonaliti ekstrovert. Guru
hendaklah menggalakkan pelajar ekstrovert seperti Irfan untuk lebih kerap mengemukakan
soalan dan pandangan. Hal ini akan dapat membantu beliau untuk memaksimakan potensi yang
ada didalam diri beliau disamping menjadi contoh kepada pelajar yang lain untuk lebih berani
bertanyakan soalan dan mengemukakan pandangan.
Disamping itu, guru juga perlu mengadakan perbincangan berkumpulan dengan lebih
kerap. Bagi individu ekstrovert seperi Irfan, mereka amat menggemari kaedah perbincangan.
Kaedah perbincangan merupakan suatu kaedah yang begitu disukai oleh mereka dan ini dapat
menimbulkan rasa minat kepada mereka untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Melalui
aktiviti perbincangan berkumpulan, pelajar ekstrovert akan dapat mengetengahkan bakat yang
ada didalam diri mereka, contohnya seperti memberikan idea-idea yang bernas dan bersesuaian.

KESIMPULAN
Guru memainkan peranan yang besar dalam membantu membentuk dan mengembangkan
personality yang ada didalam diri setiap pelajar. Bagi murid yang lebih dominan ataupun bersifat
ekstrovert, guru boleh haruslah pandai menggunakan kebolehan dan keupayaan murid ini dengan
sebaik-baiknya. Guru juga boleh membantu pelajar dalam membentuk ciri-ciri kendiri yang lebih
positif. Selain itu, guru juga boleh memberi motivasi yang bersesuaian. Guru perlu menerima
semua pandangan yang pelajar cuba berikan dengan memahami konsep sumbangsaran. Jawapan
15

ataupun pendapat yang diberikan oleh pelajar tadi sama ada salah ataupun betul, guru haruslah
mengiyakan kerana ini akan dapat merangsang pelajar tersebut untuk memberikan pendapat idea
mereka tanpa berasa terhalang dengan perasaan takut ataupun malu sekiranya jawapan ataupun
pendapat yang diberikan tadi adalah salah.
Aspek personaliti merupakan gabungan daripada berbagai sifat dan konsep kendiri
seseorang. Individu yang mempunyai konsep kendiri positif akan menghasilkan personaliti yang
bersesuaian dengan keperluan persekitaranya serta dapat menyesuaikan diri dengan lebih mudah
dan pantas. Personaliti seseorang dapat dikenali dengan cara tingkah laku, gaya percakapan, cara
mereka berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan cara mereka berinteraksi.

RUJUKAN
1. Mok, S. S., (2001). Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur : Percetakan Sentosa.
2. Ee, A. M., (2001). Psikologi Pendidikan 1, Psikologi Perkembangan (3rd ed.).
Selangor : Fajar Bakti.
3. Mok Soon Sang (2008). Pengurusan Bimbingan & Kaunseling. Puchong, Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
4. Mok Soon Sang (2012), Perkembangan Kanak-Kanak. Puchong, Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd. Edisi Ketiga.
5. HBEF2103, PSIKOLOGI PENDIDIKAN, Open Universiti Malaysia.
16

You might also like