You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU RUSA

20050 KUALA TERENGANU


TEL: 09-6222250 FAX: 09-6237050
Perkara
: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT KE 2
2012
Tarikh : 2 Julai 2012 (Isnin)
Masa : 2.15 ptg
Tempat
: Bilik j-QAF
Hadir : Semua Hadir
1.0
AGENDA 1
UCAPAN PENGERUSI
Pn Zaimah Bt Sulong
1.1Dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah.
1.2Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua ahli mesyuarat.
1.3Pengerusi menyarankan ahli mesyuarat supaya sentiasa istiqamah
dalam menjalankan tanggungjawab dan bersabar dalam melaksanakan
segala amanah yang diberikan.
2.0
AGENDA 2
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS
2.1Ust Ishak bin Ghani meminta supaya minit mesyuarat disahkan tanpa
pindaan.
3.0
AGENDA 3
PERKARA BERBANGKIT
3.1(4.2) Ust Ishak bertanya kepada pihak pengurusan tentang status
pelan laluan ketika kebakaran yang baru bagi menggantikan yang
lama.
3.2(6.2) Ust ishak juga bertanya tentang masalah tingkap nako yang
pecah masih lagi tidak dibaiki.Harap pihak pengurusan dapat
menggantikan tingkap nako yang baru secepat mungkin kerana
berisiko membahayakan murid-murid.
4.0
AGENDA 4
STATUS PELAN TAKTIKAL BULAN JAN-JUN
4.1Program yang telah dijalankan sepanjang bulan Jan-Jun :
Bil
Program
Tarikh
1.
Program Sekolah bersama Agensi Dadah
25 April 2012
Kebangsaan
2.
Program Latihan Kebakaran dan
13 Jun 2012
Demonstrasi Memadam Kebakaran
3.
Pemantauan Kawasan Merbahaya di dalam
2 x sebulan
sekolah
5.0
AGENDA 5
HAL-HAL LAIN

5.1Pengerusi meminta supaya ahli jawatankuasa lebih prihatin dengan


kawasan-kawasan yang berisiko membawa kecederaan kepada muridmurid terutamanya melibatkan alatan-alatan elektrik.
5.2Ust Ishak meminta guru-guru lain juga bersama-sama menjaga
keselamatan murid-murid di sekolah dan jangan hanya melepaskan
tanggungjawab ini kepada guru yang terlibat sahaja.
5.3Ust Ishak juga belum berpuas hati dengan tahap keselamatan tangki
kumbahan dan berharap pihak sekolah dapat menyediakan pagar
keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang dan disudahi dengan tasbih
kafarah dan surah Al-Asr.
Dicatat oleh :
...
(En Mohd Haris b Mat Yusoff)
Setiausaha JK Sekolah Selamat
SK Pulau Rusa
Disemak oleh :
.
(Pn Zaimah bt Sulong)
Pengerusi
Jawatankuasa Sekolah Selamat
SK Pulau Rusa.

You might also like