You are on page 1of 5

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CEMPAKA
MINIT MESYUARAT KECEMERLANGAN TAHUN 6, BIL 2/2013
Tarikh

: 20 Mac 2013

Masa

: 1.10 tengah hari

Tempat

: Bilik Mesyuarat

Pengerusi

: Tuan Haji Shafiee bin Omar

Kehadiran(Bilangan) : 12 Orang
Ketidakhadiran

: 3 Orang

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada


1

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Shafiee bin Omar.
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.
1.3 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir
dan mengalu-alukan kehadiran untuk mesyuarat kali yang kedua.
1.4 Beliau membentangkan agenda mesyuarat.

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.


2.1. Dibentang oleh Puan Norazila binti Ghazali.
Dicadang untuk disahkan oleh Encik Mohd Hafiz bin Abd Razak.
Disokong untuk pengesahan oleh Puan Roshita binti Jaffar.

PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Puan Azilah mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbiran kerana telah
menyediakan papan kenyataan bagi tahun 6 di kantin. Beliau menyatakan
bahawa akan memenuhkan papan kenyataan tersebut dengan informasi yang
berkaitan.
3.2. Encik Fredolin menyatakan satu taklimat akan diadakan bersama-sama guru
kelas bagi menunjukkan cara-cara untuk mendaftarkan murid-murid dalam
program Zoom-a.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PERBINCANGAN ISU SEMASA :


4.1 Ucapan Pn. Azilah Penyelaras Tahun 6
4.1.1 Program Motivasi di Kem Kaizen.
Sepatutnya diadakan pada hari Jumaat tetapi ditangguhkan kerana ramai
murid tidak dapat menyertai kem tersebut.
Encik Rasman memaklumkan Kem Motivasi ini akan diadakan pada 12 dan 13
April 2013. Surat makluman kepada PPD telah dibuat.
4.1.2 Kelas Tambahan Cuti Sekolah
Tidak akan dijalankan pada cuti sekolah bulan Mac untuk memberi pelajar
rehat dan ramai guru juga tidak dapat melibatkan diri kerana masalah yang
tertentu.
4.1.3 Kerja Sewaktu Cuti sekolah
Guru besar meminta setiap guru agar dapat memberi kerja yang sesuai.
Setiap murid akan disediakan 2 set soalan bagi setiap mata pelajaran.
Pelajar boleh merujuk kepada nota secara tidak langsung pelajar akan dapat
belajar.
4.1.4 Pembelajaran Secara Kumpulan
Pelajar digalakkan untuk membuat study group. Akan dilaksanakan dan
memerlukan pemantauan.
Hari Rabu dan Khamis ada masa yang terluang. Pelajar boleh menjalankan
study group pada masa tersebut. Dijalankan di kelas tahun 6.
4.1.5 Kelas Tambahan
Kelas malam berjalan seperti biasa. Esok kelas malam dan kelas hikmah akan
ditangguhkan kerana ada perlawanan bola sepak.
4.1.6 Pembentangan Post Mortem
Puan Azilah meminta maaf kerana keputusan tanpa mata pelajaran Sains.
Pencapaian pelajar adalah mengikut kelas. Jumlah pelajar adalah seramai 96
orang tetapi Cuma 95 orang sahaja yang mengambil peperiksaan.
Peratus menguasai keseluruhan ialah 32.29% dengan GPS sebanyak 3.03.
4.1.6.1 Pembentangan oleh Puan Azilah binti Abd Hamid
Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, jumlah menguasai ialah sebanyak
67.74% manakala yang tidak menguasai ialah sebanyak 32.26 %.Puan Azilah
menyatakan soalan tidak susah. Murid tidak percaya kepada guru. Murid juga
tidak mengikut formula yang diberi oleh guru.
Kerja rumah yang diberi juga tidak dibuat oleh murid-murid.
Murid sibuk dan terlibat dengan hoki, bola jaring, pancaragam dan olahraga.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.1.6.2 Pembentangan oleh Puan Norazila binti Ghazali.


Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman jumlah menguasai ialah
88.17% manakala jumlah yang tidak menguasai ialah 11.83%.
Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan pula jumlah menguasai adalah
seramai 79.57% manakala tidak menguasai pula adalah seramai 20.43%.
Murid-murid menjawab soalan terpesong iaitu lari daripada tajuk. Ada juga
antara murid yang memilih salah tajuk. Bagi bahagian C iaitu membina ulasan
murid masih lagi tidak mengikut format yang diberikan.
4.1.6.3 Pembentangan oleh Puan Anita binti Rahmat
Bagi mata pelajaran matematik jumlah yang menguasai ialah 44.68%
manakala yang tidak menguasai ialah sebanyak 55.32%.
Murid mudah lupa walaupun topik yang dikeluarkan telah dipelajari.
Murid juga tidak menghafal sifir. Murid masih tidak pandai mengeluarkan
maklumat.
Bagi kertas 1, murid tidak cukup masa. Murid lambat mengira dan akan
menghentam jawapan bagi 10 soalan yang terakhir.
Bagi kertas 2 pula, murid cuai walaupun soalan agak senang.
4.1.6.4 Pembentangan oleh Encik Mohd Hafiz bin Abd Razak
Bagi mata pelajaran Sains jumlah yang menguasai ialah sebanyak 60.64%
manakala yang tidak menguasai pula adalah sebanyak 39.36%.
Agak sukar untuk mengajar kerana buat masa ini kelas telah dipecahkan
kepada dua kelas. Bilangan murid terlalu ramai di dalam kelas dan
menyebabkan timbul rasa kurang selesa.
Murid-murid juga tidak mengikuti arahan dan teknik yang telah diajar oleh guru
sewaktu menjawab soalan ujian.
4.2

Ucapan Guru Besar

4.2.1

Kata alu-aluan oleh Tuan Haji Shafiee bin Omar.

4.2.2

Beliau meminta setiap guru membuat TOV dan ETR. Jika boleh perlu
diperluaskan kepada guru-guru yang lain. Guru juga perlu mengenalpasti
murid-murid mereka.

4.2.3

Setiap guru bertanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan UPSR


2013. Beliau mengingatkan tentang perlunya mengatur strategi. Guru diminta
lebih memahami Headcount. Pastikan sasaran terutama pencapaian dalam
setiap kali UPPM. Perlu buat post mortem selepas UPPM.

4.3.4 Guru perlu memberi perhatian yang lebih kepada murid-murid yang
lemah.supaya mereka tidak berasa terpinggir. Guru juga perlu memberi
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

perangsang kepada murid-murid ini.


4.3.5 Guru besar juga meminta semua guru mengimbas semula kerja lama.
4.3.5

Guru Kaunseling perlu memberi pendedahan kepada murid-murid tentang


keyakinan murid-murid kepada semua guru.

4.3.6

Setiap guru perlu ada headcount bagi subjek masing-masing. Guru juga perlu
memastikan sama ada headcount tersebut melepasi sasaran atau sebaliknya.

4.3

Ucapan GPK Kurikulum

4.3.1 En. Rasman menyatakan selepas naik cuti persekolahan akan datang, para
pelajar akan mengikuti perjumpaan dengan guru besar iaitu dua minggu
sekali.
4.3.2 Bagi pelajar yang tidak menyiapkan kerja rumah tindakan serta-merta akan
dikenakan iaitu dikumpulkan dan hantar kepada Encik Rasman.
4.3.3 Selepas cuti persekolahan pergerakan pelajar akan dihadkan. Sukan yang
dibenarkan cuma hoki.
4.3.4 Kelas PJ akan ditahan selama sebulan sebagai denda prestasi menurun.
Faktor pakaian sukan menyebabkan fokus pelajar kurang di dalam bilik darjah.
4.3.5 Guru perlu membentangkan strategi yang dipilih sama ada berkesan ataupun
tidak. Tindakan sewajarnya perlu diambil bagi mengatasi sebarang masalah.
4.3.6 Pelajar memerlukan pemakanan yang sihat, ruang yang selesa, motivasi dan
sokongan daripada guru-guru, rakan-rakan serta ibu bapa.
4.3.7 Makanan tambahan seperti kismis dan Examo akan diberikan kepada pelajar
tahun 6. Sebanyak RM 600 telah diperuntukan untuk program tersebut.
4.3.8 Guru perlu memastikan ruang belajar cukup selesa dengan menceriakan bilik
darjah. Guru diminta mengambil kain tirai di pejabat.
4.3.9 Pelajar perlu diberi motivasi. Cik Mastijah diminta untuk mengesan emosi
pelajar.
4.3.10 Pihak sekolah akan memohon sarapan daripada PIBG. Peruntukan yang
diperlukan ialah RM 3000.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

HAL-HAL LAIN

5.1 Encik Fredolin memaklumkan akan berbincang dengan penyelaras berkenaan


dengan zoom-a.
5.2 Puan Rosnani memaklumkan bahawa sewaktu kelas malam dataran agak
gelap.
5.3 Puan Azilah meminta Unit Ko-kurikulum berganding bahu untuk menjalankan
aktiviti.

Tindakan : Semua guru.

PENUTUP
a) Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir.
b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.50 petang.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

..........................................
(PN. NORAZILA BT GHAZALI)
Setiausaha Kecemerlangan Tahun 6
SK. Taman Cempaka.

................................
(PN. AZILAH BT ABD HAMID)
Penyelaras Tahun 6
SK. Taman Cempaka

Disahkan oleh,
.......................................................

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

You might also like