You are on page 1of 12

PRINSIP2 ERGONOMIK

ASAL NAMA ERGONOMIK


ERGON + NOMOS = ERGONOMIK
(KERJA
ATA U U S A H A ) ( P E R AT U R A N )

PRINSIP ERGONOMIK
Terdapat 12 prinsip ergonomik yang perlu diberi perhatian untuk
memelihara keselamatan. Prinsip-prinsip ergonomik ialah:
1. Bekerja dalam postur tubuh badan yang neutral/normal.
Postur memainkan peranan yang penting dalam memulakan sesuatu
aktiviti. Posisi yang terbaik ialah berada dalam keadaan neutral
kerana tubuh badan tidak menerima atau dibebani apa-apa tekanan.

2 . M E N G U R A N G K A N D AYA ATA U T E N A G A K E R J A YA N G
D I G U N A KA N S E C A RA B E R L E B I H A N S E M A S A B E K E R JA.
D AYA YA N G D I G U N A K A N S E C A R A B E R L E B I H A N ATA U
M E L A M PA U T E R H A D A P A K A N M E N I M B U L K A N
B E R L A K U N YA K E L E T I H A N ATA U K E C E D E R A A N . S E C A R A
P R A KT I K A L N YA , T I N D A K A N T E RT E N T U P E R LU
D I K E N A L PA S T I B A G I M E N G U R A N G K A N D AYA

3. Memastikan benda kerja dalam lingkungan mudah untuk


dicapai.
Prinsip ini lebih mirip kepada keadaan postur, Barang-barang
yang perlu digunakan diletakkan berhampiran agar mudah
dicapai dengan tidak perlu melakukan regangan.

4.

B E K E R J A PA D A K E T I N G G I A N YA N G S E S U A I .

K E R J A YA N G D I L A K U K A N H A R U S L A H M E N G I K U T
T I N G G I YA N G B E R S E S U A I A N D E N G A N K E A D A A N
TUBUH BADAN

5. MENGURANGKAN PERGERAKKAN YANG BERLEBIHAN SEMASA BEKERJA.


GUNAKAN PERALATAN YANG SESUAI BAGI MEMBANTU MENGURANGKAN
JUMLAH TEKANAN ATAU PERGERAKAN.

6. Meminimumkan beban statik dan keletihan semasa


bekerja.
Beban statik ini akan menyebabkan keletihan dan
ketidakselesaan serta gangguan terhadap kerja yang
dilakukan.

7. Meminimumkan titik tekanan semasa bekerja.


Titik tekanan kadangkala dikenali juga sebagai tekanan
sentuhan. Ini kerana titik tekanan ialah titik di mana berlakunya
sentuhan di antara anggota tangan dan peralatan yang
digunakan. Titik ini akan memindahkan tekanan dari peralatan
kepada anggota badan yang terlibat.

8. Mengekalkan persekitaran tempat kerja yang kemas, teratur


dan selesa semasa bekerja.
Suasana persekitaran tempat kerja yang baik dapat membantu
pekerja mencapai objektif kerja di samping meningkatkan
usaha, keselesaan dan menghapuskan tekanan kerja. Toleransi
patut diamalkan bagi mengurangkan tekanan kerja.

9. Lakukan senaman ringan, pergerakan dan regangan antara


kerja.
Untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan mengelakkan
kecederaan, manusia haruslah bersenam dan melakukan
regangan sebelum memulakan melakukan sesuatu pekerjaan.
Senaman ringan atau regangan amat mudah dilakukan tetapi ia
memberi kesan yang besar dalam menyelesaikan masalah
ergonomik kerana ia dapat membantu otot atau sendi berehat
dan tidak kejang.

10. Rekabentuk paparan dan kawalan di tempat kerja agar


mudah difahami.
Rekabentuk alatan yang baik dapat membantu pekerja
menyampaikan maklumat dengan mudah dan difahami. Ini
dapat meningkatkan produktiviti, keselamatan dan komunikasi
antara pekerja. Pengawalan alatan juga dapat berjalan dengan
lancar dan baik.

11. Musnahkan halangan


Memusnahkan segala halangan yang mengganggu perjalanan
kerja atau menyediakan situasi yang tidak mempunyai halangan
ketika kerja dilakukan
12. Menambahbaikkan organisasi kerja.
Keprihatinan dan penglibatan kedua-dua pihak iaitu pihak
pengurusan dan pekerja adalah dua faktor kritikal yang
diperlukan dalam menyelesaikan masalah keselamatan dan
kesihatan. Prinsip ergonomik secara amnya haruslah difahami
dan menggunakan alatan yang sesuai untuk menyelesaikan
masalah. Faktor rekabentuk kerja seperti penjadualan, motivasi,
sistem peralihan, rehat dan perundingan dapat meningkatkan
organisasi kerja dengan melibatkan kerjasama antara pihak
pengurusan dan pekerja.

You might also like