You are on page 1of 2

PK 07/3

SK BANDAR SERI ALAM


PASIR GUDANG, JOHOR
MINIT MESYUARAT UNIT KOKURIKULUM DAN SUKAN KALI PERTAMA
TAHUN 2016
Tarikh

: 29 Disember 2015

Masa

: 10.30 pagi

Tempat

: Bilik Mesyuarat SK Bandar Seri Alam

Pengerusi

: En. Mohd Senin Bin Kassim, GPK Ko-Kurikulum SK Bandar Seri Alam

Kehadiran

AGENDA MESYUARAT
1

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke mesyuarat Unit Ko-Kurikulum dan
Sukan kali pertama bagi tahun 2016. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk
penyebaran maklumat tentang senarai ahli jawatankuasa ko-kurikulum dan sukan serta
perlaksanaan aktiviti ko-kurikulum dan sukan pada tahun 2016 kepada semua guru.

PENGURUSAN KO-KURIKULUM DAN SUKAN 2016


2.1

Pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum peringkat sekolah dijalankan pada setiap sabtu

minggu kedua dan keempat.


2.2. Setiap murid wajib mempunyai buku rekod kegiatan ko-kurikulum dan perlu
dilengkapkan setiap kali perjumpaan dijalankan.
2.3 Guru penasihat wajib melaksanakan aktiviti ko-kurikulum sepanjang tahun.
2.4

Minit mesyuarat bagi setiap perjumpaan harus dilengkapkan setelah perjumpaan

dijalankan.
2.5 Organisasi unit ko-kurikulum dan sukan bagi tahun 2016.
2.6 Setiap ketua unit diminta untuk menghantar pelan strategik dengan kadar segera.
Tindakan : Semua Guru Penasihat 1 Murid 1 Sukan, Persatuan dan Unit Beruniform

1
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK 07/3

TAKLIMAT AKTIVITI KO-KURIKULUM DAN SUKAN 2016


3.1Aktiviti kokurikulum yang dilakukan harus berpandukan pekeliling.
3.2 Menyenaraikan aktiviti penting unit kokurikulum dan sukan sepanjang tahun 2016.
3.3 Membentangkan dasar 1M1S .
3.4 Pengurusan aktiviti kokurikulum perlu dirancang dengan sempurna sebelum
perlaksanaan..
3.5 Guru penyelaras memastikan semua murid terlibat dalam setiap aktiviti yang akan
dijalankan.
3.6 Perlantikan jawatankuasa unit-unit kokurikulum perlu mengambil kira potensi murid.

Tindakan : Semua Guru Penasihat 1 Murid 1 Sukan, Persatuan dan Unit Beruniform
4

HAL HAL LAIN


4.1 Isu isu aktiviti ko-kurikulum.
Guru penasihat digalakkan untuk mencari cara bagaimana untuk menarik minat
murid untuk hadir aktiviti ko-kurikulum
4.2 Memastikan semua murid mengenakan pakaian unit beruniform dengan lengkap pada
setiap hari Rabu.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul `12.30 tengah hari.

Disediakan oleh,

..........................................

Disemak Oleh,

......................................

JESSICA JANNET ANAK AHI


Naib Setiausaha Ko-Kurikulum

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

SK Bandar Seri Alam

SK Bandar Seri Alam

Tarikh :

Tarikh :

2
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like