You are on page 1of 7

Penyelesaian Masalah

Definisi :
Penyelesaian masalah boleh ditakrifkan sebagai suatu proses yang
terancang untuk mencapai tujuan yang dikehendaki dalam sesuatu masalah dengan
menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi. Ia adalah cara
seseorang individu menggunakan pengetahuan yang diperolehi dahulu,kemahiran serta
kefahaman untuk memenuhi tuntutan sesuatu situasi yang tidak lazim. Individu itu
dikehendaki mensentisis apa yang dipelajari dan mengaplikasikannya kepada situasi
yang baru dan berlainan.
Kemahiran penyelesaian masalah adalah penting dalam matematik .
Pelajar digalakkan menggunakan pengetahuan sedia ada dan kemahiran untuk mencari
jawapan kepada masalah matematik, contohnya hubungan nombor dengan pola
nombor.Penyelesaian masalah yang efektif bergantung kepada:

Imaginasi
Kreativiti
Pemikiran logik
Kesungguhan pelajar

Kegagalan pelajar dalam matematik mencerminkan kegagalan mereka dalam


penyelesaian masalah.
Perkataan masalah dalam matematik merujuk kepada kenyataan atau
situasi kehidupan seharian yang memerlukan jalan penyelesaian yang tidak nyata dan
tidak ketara.Kebanyakan masalah perlu menggunakan pengetahuan sedia ada untuk
mendapatkan jawapan. Penyelesaian masalah adalah:

Mencari penyelesaian masalah yang tiada penyelesaian semerta


Mencari penyelesaian masalah yang sukar diselesaikan
Mengatasi halangan dalam menyelesaikan masalah
Mencapai matlamat yang diinginkan dengan menggunakan kaedah yang sesuai

Terdapat perbezaan antara mengajar penyelesaian masalah dengan


strategi pengajaran penyelesaian masalah.
Mengajar penyelesaian masalah: mengajar pelajar bagaimana menyelesaikan
masalah.
Strategi pengajaran penyelesaian masalah : Teknik pengajaran yang mana
masalah digunakan sebagai cara untuk membantu pelajar memahami atau
memperoleh kecelikan meneroka matematik.
Ramai ahli pendidik telah mengemukakan pelbagai model untuk kemahiran
penyelesaian masalah antaranya Polya (1957).Menurut Polya , penyelesaian masalah
terdiri dari empat langkah:

Memahami masalah
Merancang penyelesaian masalah
Melaksanakan strategi penyelesaian masalah
Menyemak semula penyelesaian masalah

Langkah 1: Memahami Masalah


Bebeberapa soalan boleh digunanakan bagi membantu murid memahami
masalah.

Apakah

anda faham ayat tersebut?


boleh anda menyatakan semula masalah dengan ayat

sendiri?
anda cuba cari atau lakukan?
maklumat yang anda dapat dari masalah itu?
yang tidak diketahui?
Maklumat yang tiada atau tidak perlu?

Langkah 2: Merancang Strategi


Beberapa persoalan boleh dijadikan panduan ketika merancang strategi.

Apakah

perhubungan antara data dengan perkara yang tidak

diketahui?
masalah ini sama dengan masalah yang pernah anda

selesai sebelum ini?


strategi yang boleh digunakan?

Langkah 3 :Melaksanakan Strategi.


Panduan yang boleh digunakan dalam

melaksanakan strategi

penyelesaian masalah.
Strategi

laksanakan dan selesaikan masalah.


semak setiap langkah yang telah dilaksana.
pastikan langkah yang dipilih tepat.

Langkah 4: Menyemak Semula.


Panduan yang digunakan ketika melaksanakan langkah ini
Baca semula soalan.
-

Adakah

anda menjawab soalan yang dikemukakan?


jawapan anda betul?
jawapan anda munasabah?

Pendekatan Heuristik
Takrif: Merangkumi semua bidang penyelesaian masalah sama ada
teknikal (rutin ) dan bukan teknikal (bukan rutin ) .Juga satu set cadangan dan soalan
yang perlu pelajar fikir, untuk membantu menyelesaikan masalah.Menggunakan kaedah
3

ini

pelajar mestilah meneroka konsep matematik bagi menyelesaikan sesuatu ikir

cmasalah.Heuristik juga dikatakan sebagai satu proses memikirkan cara penyelesaian


masalah yang kadangkala tidak disedari atau dikenali.
Apakah Masalah Yang Baik???.
Ciri-cirinya ..

mampu mencabar dan memupuk minat pelajar


releven dengan topik yang diajar
berkaitan rapat dengan pengalaman hidup pelajar
bermakna dalam kehidupan seharian pelajar

Pernyataan masalah :Titik tolak kepada penyelesaian masalah


Pernyataan masalah penting bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan
kadangkala menjadi penyebab utama pelajar gagal menyelesaikan sesuatu masalah.
Pelajar keliru dengan perkataan: (kurangkan penggunaan perkataan ini )

jika
sekiranya
katakan
anggapkan
Pelajar juga tidak perlu..

menghurai
menyusun
menyenarai
menyatakan semula
menafsirkan
menganalisis
Peringkat awal penyelesaian masalah hanya melibatkan proses mengenalpasti

apa yang diminta.


Kaedah Membantu Pelajar yang Lemah .
Guru boleh menggunakan beberapa kaedah bagi membantu pelajar lemah:
4

menggalakkan komunikasi dan kerjasama antara pelajar


permudahkan masalah yang diutarakan
perlu tahu bila perlu membantu pelajar
perlu elak memberi jawapan kepada pelajar
meminta pelajar menerangkan jalan penyelesaian yang telah difikirkannya
menanya soalan berbentuk membimbing

Masalah Rutin dan Bukan Rutin


Masalah terbahagi kepada 2 : iaitu rutin dan bukan rutin.Masalah rutin hanya
memerlukan beberapa prosedur seperti operasi arismetik untuk penyelesaian masalah.
Contoh soalan: Berapakah keluasan padang berukuran 50 m kali 50 m ?
Sekiranya masalah ini tidak boleh diselesaikan mengikut pengiraan biasa,
maka dikenali pula masalah bukan rutin.
Contoh soalan : Anggarkan bilangan rambut di kepala.
Strategi Penyelesaian Masalah
Terdapat 4 strategi penyelesaian masalah..

Teka dan uji


Mengurus maklumat dalam carta, jadual dan graf
Mencari pola
Memudahkan masalah

Strategi Teka dan Uji

Strategi paling asas- menggalakkan kita membuat tekaan dan menguji sama ada
jawapan betul atau salah.
Langkah yang digunakan.
1. Teka jawapan
2. Semak jawapan yang diteka, Adakah ia penyelesaian kepada
masalah tersebut
3. Guna maklumat yang semak untuk meneka jawapan lain
4. Ulang langkah sehingga mendapat jawapan yang betul.

Strategi Mengurus Maklumat dalam Carta, Jadual atau Graf


5

Mempamerkan maklumat dalam bentuk carta,jadual dan graf.


Graf digunakan untuk menunjukkan perhubungan 2 atau lebih set kumpulan

fakta atau maklumat


Mahir membaca carta, jadual atau graf
Belajar membina carta, jadual atau graf untuk melaporkan maklumat.

Strategi Mencari Pola

Mencari pola dalam data atau maklumat yang diberikan


Membuat ramalan atau generalisasi berdasarkan analisis pelajar
Mengenalpasti pola(meramal apa yang berlaku seterusnya)
Sesuatu pola ialah pengulangan sistematik yang tepat, berbentuk angka,visual
atau perlakuan.

Strategi Memudahkan Masalah

Digunakan dengan strategi lain


Menulis semula masalah dengan menggunakan nombor yang lebih kecil.
Menukar masalah dengan kepada bentuk yang lebih bermakna
Masalah yang tidak boleh diselesaikan dengan satu langkah, dipecahkan kepada
beberapa kes dan diselesaikan secara berasingan.

Penutup
Sebagai kesimpulannya , dari ringkasan yang telah dibuat, dapat saya
fahami bahawa penyelesaian masalah memainkan peranan penting dalam membantu
pelajar mengembangkan kefahaman konsep matematik. Juga membolehkan pelajar
untuk mengalami proses pengetahuan matematik yang telah dibina sebelum ini.
Penyelesaian

masalah

mencakupi

kerangka

konseptualnya

iaitu

apakah

hueristik,memahami masalah, strategi penyelesaian,penilaian dan kewajaran jawapan


dan masalah kehidupan seharian.

You might also like