You are on page 1of 7

Tajuk Artikel

Pengaruh Perancangan Strategik Dan Kepemimpinan


Pentadbir Terhadap Pembentukan Sekolah Selamat

Penulis

Abdul Jawi Abnoh Sawi, Mohd Yusof Abdullah


dan Anuar Din

Maklumat

Jurnal Pendidikan Bitara UPSI


http://jpbu.upsi.edu.my/index.php/vol-3-siri-3
ISSN : 1394 - 7176
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pengenalan
Kajian ialah mengenal pasti pengaruh perancangan strategik dan kepemimpinan
pentadbir terhadap pembentukan sekolah selamat. Pengaruh kombinasi kedua-dua variabel ini
terhadap pembentukan sekolah selamat turut dikenal pasti. Kekuatan pengaruh kedua-dua
variabel juga dinyatakan untuk mengenal pasti variabel mana yang memberi pengaruh kuat
terhadap pembentukan sekolah selamat. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti halanganhalangan yang mempengaruhi pembentukan sekolah selamat. Kajian ini adalah berbentuk
kajian tinjauan sampel. Instrumen kajian melibatkan berbentuk kajian deskriptif dan tinjauan
sampel. Analisis data menggunakan analisis inferens berkaitan dengan analisis regresi
pelbagai untuk menguji pengaruh perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir
terhadap pembentukan sekolah selamat. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat halanganhalangan yang mempengaruhi pembentukan sekolah selamat sehingga sekolah tidak selamat.
Tumpuan bagi mengenal pasti pengaruh perancangan strategik adalah berdasarkan langkah1

langkah strategik iaitu visi dan misi, analisis persekitaran, pembentukan strategi, pelaksanaan
strategi, kawalan, penilaian dan maklum balas. Manakala pengaruh kepemimpinan pentadbir
dikenal pasti melalui peranan pentadbir, sifat pentadbir, tingkah laku pentadbir dan gaya
kepemimpinan pentadbir. Halangan-halangan yang mempengaruhi sekolah selamat dikenal
pasti melalui kelemahan dan ancaman yang dihadapi oleh sekolah-sekolah kajian. Hasil
kajian ini membolehkan kepemimpinan pentadbir dapat merangka perancangan strategik
berkesan dan pentadbir menonjolkan ciri-ciri kepemimpinan berkesan untuk pembentukan
sekolah selamat.

Analisis kekuatan
Kajian ini adalah berbentuk kajian deskriptif dan tinjauan sampel. Gay dan Peter
(2003) menjelaskan kajian deskriptif adalah mencari dan mengenal pasti kejadian sesuatu
perkara. Hal ini bermatlamat untuk menjelaskan sesuatu fenomena (Mohd. Najib, 2000).
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan penekanan kepada 70%
kuantitatif dan 30% kualitatif. Tumpuan bagi mengenal pasti pengaruh perancangan strategik
adalah berdasarkan langkah-langkah strategik iaitu visi dan misi, analisis persekitaran,
pembentukan strategi, pelaksanaan strategi, kawalan, penilaian dan maklum balas. Manakala
pengaruh kepemimpinan pentadbir dikenal pasti melalui peranan pentadbir, sifat pentadbir,
tingkah laku pentadbir dan gaya kepemimpinan pentadbir. Halangan-halangan yang
mempengaruhi sekolah selamat dikenal pasti melalui kelemahan dan ancaman yang dihadapi
oleh sekolah-sekolah kajian. Lokasi kajian dijalankan di beberapa buah sekolah rendah dan
menengah yang melibatkan 15 buah sekolah iaitu 8 buah sekolah rendah dan 7 buah sekolah
menengah yang terletak berhampiran dengan kawasan persekitaran bandar daerah Semporna.
Sampel kajian terdiri daripada pentadbir sekolah di kawasan kajian. Jumlah sampel kajian

seramai 110 orang responden yang terdiri daripada kalangan pengetua/guru besar, penolongpenolong kanan dan ketua-ketua bidang di sekolah-sekolah kajian.
Pengkaji mengambil data secara analisis regresi pelbagai dilakukan. Selain itu
pengkaji juga membuat temu bual dan dilakukan melibatkan beberapa pentadbir di sekolahsekolah kajian. Data-data temu bual juga disusun secara kuantitatif supaya mudah dianalisis
melalui pendekatan statistik kuasi dengan mengira bilangan kali sesuatu perkara yang dikenal
pasti dalam data kajian.Hasil temu bual menunjukkan bahawa sekolah kajian memberikan
penekanan terhadap polisi sekolah selamat dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan.
Pengkaji juga telah membuat kajian-kajian yang lepas, ini kerana kebanyakan kajiankajian yang dibuat dalam perancangan strategik sebelum ini lebih berfokus kepada hubungan
antara perancangan strategik dengan kualiti, prestasi dan keberkesanan sekolah. Skop kajian
seolah-olah terarah kepada menjawab persoalan bagaimana pendekatan ini dilaksanakan dan
kesan pendekatan ini apabila dilaksanakan terhadap kejayaan sekolah. Menyedari tentang
fokus kajian yang sebelumnya bersifat agak sama, maka kajian ini cuba memberi dimensi
fokus kepada pengaruh perancangan strategik sebagai satu variabel kajian terhadap
pembentukan sekolah selamat. Kajian ini menunjukkan terdapat pengaruh perancangan
strategik terhadap pembentukan sekolah selamat berdasarkan langkah-langkah strategik
seperti visi dan misi, analisis persekitaran, pembentukan dan pemilihan strategi, pelaksanaan
strategi, kawalan, penilaian dan maklum balas. Seterusnya dapatan kajian adalah selaras
dengan dapatan kajian terdahulu yang ditunjukkan dalam kajian Muda dan Rusilawati (2003),
kajian Marzita dan Sufean (2002) dan, kajian Ahmad Masrizal dan Sufean (2003) jelas
menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan perancangan strategik terhadap sekolah
selamat.

Analisis kelemahan
Pengkaji tidak membuat banyak kajian literatur terhadap pembetukan sekolah
selamat. Daripada hasil pembacaan jurnal yang dikaji oleh pengkaji kebanyakan kajian
liteatur lebih kepada kepimpinan pentadbir. Pendek kata, semua aspek dalam penulisan jurnal
memerlukan sumber rujukan literatur yang betul bagi membuktikan perbincangan kajian
lebih bersifat saintifik dan empirikal. Tujuan utama kajian literatur ialah untuk menjelaskan
kajian yang akan dijalankan berdasarkan maklumat dan pengetahuan yang tepat tentang
hubung kait isu yang hendak dikaji.
Pengkaji tidak membuat kajian rintis. Tujuan kajian rintis dibuat adalah

untuk

mendapatkan ketelusan data daripada ujian percubaan melalui kumpulan kecil individu.
Tujuan lain adalah untuk menilai ketekalan (reliability) item daripada aspek; aras item,
objektif item, kefahaman item, kebolehgunaan item dan arahan item itu sendiri. Instrumen
yang baik adalah instrumen yang dibina sendiri oleh penyelidik bagi maksud pengumpulan
data dalam sesuatu kajian. Dengan itu, seseorang penyelidik tidak begitu digalakan untuk
mengambil sebarang contoh, bentuk dan jenis soal selidik yang sedia ada atau yang
dikeluarkan oleh agensi atau bank item daripada sources of test information bagi
penyelidikan pendidikan atau daripada pihak pengeluar dan pembekal soal selidik seperti;
Mental Measurements Year books (MMY). Dengan itu, penyelidik sepatutnya menguji
sendiri kebolehpercayaan (reliability) instrumen soal selidik melalui kajian rintis dengan
menggunakan salah satu teknik atau kombinasi antara beberapa teknik untuk menguji darjah
kebolehpercayaan item yang bertujuan untuk melihat internal consistency correlation
coefficient item-item.
Pengkaji juga telah mengkaji dan memilih lokasi kajian dijalankan di beberapa buah
sekolah rendah dan menengah yang melibatkan 15 buah sekolah iaitu 8 buah sekolah rendah
dan 7 buah sekolah menengah yang terletak berhampiran dengan kawasan persekitaran

bandar daerah Semporna. Situasi sekolah selamat menurut pengkaji tidak releven kerana
tahap keselamatan sekolah antara sekolah menengah dan sekolah rendah berbeza. Lokasi
kajian juga hanya tertumpu di kawasan persekitaran bandar.

Cadangan penambahbaikan
Pengkaji perlu membuat kajian yang seimbang dalam kajian literature. Pengkaji
bukan hanya membuat kajian literature terhadap pengaruh perancangan strategi dan
kepimpinan pentadbir. Ia juga perlu melibatkan kajian literature terhadap pembentukan
sekolah selamat. Tujuan utama kajian literatur ialah untuk menjelaskan kajian yang akan
dijalankan berdasarkan maklumat dan pengetahuan yang tepat tentang hubung kait isu yang
hendak dikaji. Di antara kajian-kajian lepas yang menjadi rujukan kita seperti artikel jurnal,
tesis, kertas kerja, prosiding, buku malah dokumen-dokumen yang berkaitan. Namun, ia
bergantung kepada tahap keutamaan, seperti contohnya ingin menetapkan teori yang akan
kita gunakan dalam kajian, rujukan daripada keratan akhbar dan kertas kerja masih tidak
memadai. Malah perlu mencari sumber yang kukuh hasil daripada penulisan buku daripada
sarjana terbabit dan juga jurnal-jurnal terkini yang dihasilkan.
Pengkaji perlu membuat kajian rintis, ini kerana instrument yang berkualiti tinggi
perlu dibangunkan supaya kita boleh mendapat maklumat yang tepat dalam sesebuah
kajian. Instrumen ini perlu bebas daripada bias jantina dan bias kategori sekolah
supaya ia boleh digunakan secara lebih praktikal dan menyeluruh di Malaysia. Kesahan
dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen
daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi
menghasilkan kajian yang lebik baik dan berkualiti.

Daripada hasil kajian, pengkaji perlu mengambil data dari beberapa buah sekolah di
kawasan bandar dan di kawasan luar bandar. Ini kerana tahap keselamatan antara sekolah
kawasan bandar dan kawasan luar bandar tidak sama. Berkemungkinan besar tahap
keselamatan di sekolah bandar lagi mencabar berbanding di sekolah luar bandar. Hasil
dapatan kajian berkemungkinan berbeza. Seharusnya pengkaji perlu mengambil data di
sekolah yang berbeza dan bukannya hanya tertumpu pada sekolah di sekitar kawasan Bandar
sahaja.

Penutup
Penelitian pengkaji terhadap isu ini membantu ke arah kefahaman yang lebih jelas
terhadap perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir yang memberi pengaruh dan
impak terhadap pembentukan sekolah selamat. Hasil dapatan kajian boleh dimanfaatkan
sepenuhnya oleh kepemimpinan pentadbir di sekolah untuk membuat perancangan strategik
berkesan terhadap pembentukan sekolah selamat. Oleh itu pengkaji mengaplikasikan
perancangan strategik terhadap pembentukan sekolah selamat memberi ruang kepada
kepemimpinan pentadbir sekolah untuk merangka strategi yang berkesan. Di samping itu
kepemimpinan pentadbir juga perlu menonjolkan ciri-ciri kepemimpinan berkesan untuk
kejayaan pelaksanaan program sekolah selamat.

Rujukan
Gay L.R. dan Peter A. 2003. Educational Research : Competencies for
Analysis and Applications. Edisi ke-7. New Jersey : Upper Saddle River, Prentice
Hall Inc.

Marzita Abu Bakar dan Sufean Hussin. 2002. Pengurusan Strategik di


Kalangan Pengurus-pengurus Sekolah Agama JAIS, dalam Jurnal Pengurusan dan
Kepemimpinan Pendidikan. Jilid 12, Bil. 02, hlm. 97 - 125.

M.B. Muda dan Rusilawati Othman. 2000. Model Rantaian Nilai Dalam
Pendidikan: Prakarsa Bagi Pelaksanaan Strategi di Peringkat Institusi Pendidikan.
Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Jil. 10, Bil. 02. hlm. 18 - 34.

Mohd. Najib Gaffar. 2000. Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor :


Universiti Teknologi Malaysia.

Keselamatan

pelajar

sekolah,http://kubangpasuturn.blogspot.com/2008/04/keselamatan-pelajar-disekolah.html, Tarikh diakses 14 Julai 2015

di

You might also like