You are on page 1of 3

Terima kasih Pengerusi Majlis.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada


Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru-guru dan
rakan sekalian. Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat
menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,
Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan
sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei
setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, Guru
Pembina Negara Bangsa dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema ini amat
bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat
mencabar untuk melahirkan murid yang lebih kreatif dan berinovasi.
Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu,
marilah kita menghargai dan mengingati jasa guru.
Rakan-rakan sekalian,
Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita
dapat mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan
kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya. Seharusnya
jasa itu dikenang sepanjang hayat. Guru tidak pernah jemu mengajar
kita supaya kita dapat membaca, menulis dan mengira.
Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita
mestilah menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru
mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala
nasihat dan bimbingan mereka.

Rakan sekalian,
Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin
belajar sehingga kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala masalah
yang kita fahami dalam pelajaran. Oleh itu, guru merupakan pendidik
yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.
Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan
kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu
sungguh bererti kepada kami semua. Terima kasih, cikgu. Saya akhiri
ucapan saya ini dengan fragmen sajak Guru Oh Guru karya Usman
Awang.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Sekian, terima kasih.

You might also like