You are on page 1of 6

Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS)

TAJUK:
1.0

SISTEM PEMBUMIAN PENCAWANG 11kV

PENGENALAN:
Pembumian

2.0

KUPASAN SEKERIN SEPARA-PENGALIR1


(Removal of Semiconducting Shielding):
2.1

Bahan sekerin penebatan berkemungkinan dari jenis yang lekatkemas2 (bonded) ke atas penebatan kabel. Ini bertujuan memperbaiki
keupayaan aliran elektrikal, TETAPI ianya menghasilkan kerumitan
didalam proses persediaan hujung kabel untuk cantuman dan tamatan.

2.2

Sekerin penebatan ini mesti di kupas secara kemas dan bersih


semasa pencantuman kabel. Sebarang kehadiran cebisan / serpihan
bahan sekerin penebatan, jika ada, akan mengurangkan krediabiliti
cantuman atau tamatan.
Berbagai pembuat peralatan telah menghasilkan beberapa jenis
peralatan mekanikal bagi tujuan untuk mengupas sekerin penebatan
ini TETAPI kebanyakan nya mempunyai keralatan teknikal dan tidak
direkomenkan untuk kebanyakan gunaan am3.

2.3

Mengupas sekerin penebatan di iringi bersama dengan pembangunan


kemahiran yang cemerlang dengan menggunakan fail bulat, pisau
yang tajam dan pelayer (needle-nose pliers).
Kesabaran dan masa adalah amat penting dan perlu di berikan
perhatian serius sejajar dengan penggunaan peralatan yang betul dan
tepat.
Berikut adalah prosidur yang direkomenkan untuk di amalkan:
2.3.1 Langkah 1:

Untuk sekerin penebatan mudah-kupas (peelable)


2 jenis sekerin penebatan iaitu PERTAMA: lekat-kemas (bonded type) & KEDUA: mudah-kupas (peelable).
3
Sila rujuk ISAS - peralatan kupasan di rekomenkan.
1
2

Latihan Penghantaran & Pembahagian Unit Kabel / Kegemilangan ILSAS 2007


INSTITUT LATIHAN SULTAN AHMAD SHAH, TNB
Km 7, Jln Kajang/Puchong, Beg Berkunci 205, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Tarikh: 6/6/2016
muka surat 2/6

Rujukan: UG03/C002080
Persediaan Kupasan Kabel

Ukur ke belakang dari hujung kerat kabel ke sasaran dimana


sekerin penebatan hendak di kupas. Dengan menggunakan pita
elektrik 4, balutkan pita di sekeliling sasaran kupasan sekerin
penebat dengan kemas dan gunakan pita sebagai panduan
untuk memulakan kikiran.
2.3.2 Langkah 2:
Dengan menggunakan kikir bulat (rat tail file) dan pita elektrik
sebagai panduan, kikir keliling bulat sekerin kabel tersebut.
Kikir sekadar cukup jelas kelihatan penebatan XLPE sepanjang
penanda pita itu.
JANGAN tandakan penebatan dengan menggunakan kikir.
2.3.3 Langkah 3:
Menggunakan hujung tip pisau tajam, dan bermula dari pusat
kikir, lakukan garisan halus memanjang hingga ke hujung kabel.
WASPADA, jangan sampai menekan dalam sekerin penebat
sehingga melebihi separuh dari ketebalannya. Lakukan
beberapa garisan halus memanjang hingga ke hujung kabel,
dengan jarak antara satu garisan halus lebihkurang 19mm.
2.3.4 Langkah 4:
Pada hujung kabel, kelar dua garisan halus tadi sedalam yang
mungkin, menembusi penebatan kabel. Kelaran garisan ini
harus di panjangkan ke belakang lebihkurang 12mm dari hujung
kabel untuk menghasilkan tebingan dimana ianya boleh mampu
di kepit dengan pelayer. Selak kelaran sekerin pengalir
daripada penebatan dengan menggunakan pisau atau pelayer.
2.3.5 Langkah 5:
Kepit kelaran sekerin pelayer dengan menggunakan pelayer,
tarik dengan cermat dan waspada dengan daya secukupnya
untuk menarik keluar dari kulit penebatan.
4

Samada menggunakan dawai binding SWG20 dengan 3 lilitan kemas atau constant force spring.

Latihan Penghantaran & Pembahagian Unit Kabel / Kegemilangan ILSAS 2007

Rujukan: UG03/C002080
Persediaan Kupasan Kabel

Tarikh: 6/6/2016
muka surat

2.3.6 Langkah 6:
Bilamana cukup lapisan sekerin penebatan yang telah di kelar
dan direnggangkan daripada kulit penebatan, dengan
menggunakan pelayer sebagai kekunci, tarik keluar dari kulit
penebatan dengan cara cermat dan teliti berpandukan sedikit
daya yang seimbang supaya cebisan sekerin penebatan yang
ditarik keluar tidak koyak.
Nota: Menarik keluar lapisan ini perlukan kewaspadaan,
ketelitian dan kesabaran. Sekiranya ianya terputus/terkoyak,
mulakan semula pada garisan halus yang lain pula.
AMARAN: Jangan sesekali menggunakan kehangatan (flame)
untuk mengupas sekerin penebatan bagi memudahkan proses
kupasan ini. 5
2.3.7 Langkah 7:
Kaedah yang sama kepada semua sekerin penebatan yang
seterusnya. Rujuk Langkah 3 hingga Langkah 7
2.3.8 Langkah 8:
Periksa, amati dan rasai dengan sensor tangan, sebarang
kecederaan6 pada permukaan penebatan dan mana-mana
cebisan / serpihan sekerin penebatan yang masih terlekat di
atas permukaan penebatan, perlu di lenyapkan.
Nyahkan sebarang kecederaan dan cubitan pelayer, jika ada,
dengan menggunakan Aluminium Oxide 400 Grit 7.
2.3.9 Langkah 9:
Sebab: Dengan menggunakan kehangatan ( flame) akan mengakibatkan karbon pada sekerin penebatan
akan melekat terus di atas permukaan penebatan dan juga mengakibatkan permukaan penebatan tidak
serata. Sila rujuk kepada ISAS.
6
Maksud: kecederaan yang di sebabkan kemungkinan dari garisan halus yang mendalam, cubitan pelayer
apabila proses mengupas sekerin penebatan. Kecederaan yang serius yang mengakibatkan garisan halus
yang kasar dan mendalam dan di rasai oleh deria tangan, haruslah di elakkan. Insiden ini akan
mengakibatkan hayat bagi sesuatu pencantuman kabel.
7
Non-metallic emery cloth.
5

Latihan Penghantaran & Pembahagian Unit Kabel / Kegemilangan ILSAS 2007

Tarikh: 6/6/2016
muka surat 4/6

Rujukan: UG03/C002080
Persediaan Kupasan Kabel

Bersihkan keseluruhan permukaan penebatan dengan kekain


grit, disekeliling penebatan, dengan memberikan tumpuan untuk
meratakan dengan kemas permukaan penebatan bilamana ada
nya sekerin penebatan yang di lenyapkan.
2.3.10 Langkah 10:
Lenyapkan sebarang kelembapan dan serpihan / cebisan
dengan mencuci permukaan permukaan menggunakan lap
yang bersih yang telah di rendamkan didalam isopropyl alcohol.
3.0

PEMBERSIHAN DAN KEBERSIHAN:


(CLEANERS & CLEANLINESS)
3.1

Keberkesanan operasi pengendalian kerja pemasangan bagi kabel


bersalut samada kerja-kerja pencantuman dan tamatan kabel, adalah
sebenarnya bergantung kepada pra-cemaran di persekitaran yang
berbagai bentuk fenomena yang merupai bentuk pejal, cecair atau
pemeluwapan.

3.2

Semasa persediaan kabel dan pepasangan bahan-bahan


pencantuman, bahan cecair (solvent) pembersihan telah di kenalpasti
terlebih dahulu oleh pembuat, KECUALI tidak di nyatakan, bahan
cecair (solvent) jenis yang selalu di gunakan iaitu ISOPROPYL (juga
dikenali sebagai isopropanol) MESTI di guna-pakai. Jenis ini adalah
berpadanan dengan bahan yang digunakan di dalam kabel XLPE 8.

3.3

Bahan cecair (solvent) beserta dengan lap yang bebas daripada


kekotoran dan sentiasa kering semasa menggunakannya.

3.4

Lap tersebut di celup dan di renang bersama dengan bahan cecair


(solvent).
Setiap cucian mesti di lakukan dengan setiap cucian lap yang terbaru,
untuk menggelakkan kemungkinan kehadiran kekotoran yang melekat
di lap yang telah digunakan.

Iannya membuangkan sebarang gris silikon, pepuluhan minyak di kulit, yang akan membentuk penebatan
diatas permukaan. Ianya sedia nyah-lenyap bersama-sama dengan kelembapan sewaktu permukaan kering.
8

Latihan Penghantaran & Pembahagian Unit Kabel / Kegemilangan ILSAS 2007

Rujukan: UG03/C002080
Persediaan Kupasan Kabel

4.0

Tarikh: 6/6/2016
muka surat

3.5

Arah cucian adalah SE ARAH sahaja iaitu dari penghujung kabel,


melalui penebatan dan seterusnya ke sekerin penebatan 9.

3.6

Selepas permukaan kabel yang telah di bersihkan, amalan yang di


rekomenkan adalah membalut bahagian dedahan penebatan tersebut
dengan beberapa lapisan pita vinyl, bahagian lekat di atas (adhesive
side out) untuk mengekalkan kebersihan penebatan tersebut.

KAEDAH LAIN UNTUK MEMBUAT POTONG-CINCIN DIDALAM


PENEBATAN:
(ALTERNATE METHOD FOR MAKING RING CUTS IN INSULATION)
4.1

Bilamana pengalir penebatan yang tidak berkehendakan raut-pensil 10


(pencil taper), ianya berkemungkinan di tinggalkan dalam keadaan
potongan segi di bahu pengalir.

4.2

Cara yang mudah dan termurah adalah dengan menggunakan pisau


tajam untuk mengupas keluar penebatan daripada pengalir 11.

4.3

Cara yang lain, adalah menggunakan bebenang kasar. Berikut adalah


antara prosidurnya:

Ambil bebenang kasar dengan kepanjangan yang sesuai.


Pegang kedua-dua hujung bebenang kasar.
Buat satu takuk halus di kawasan yang hendak di kupas. Sebolehbolehnya biarlah takuk memadai boleh mengisikan bebenang kasar
tersebut.
Sematkan bebenang kasar itu di dalam takuk yang dibuat, dan lilit
pada penebatan.
Geserkan bebenang kasar itu seperti menggerakan gergaji.

Bebenang kasar itu akan memotong terus penebatan TETAPI tidak


merosakan dan mencederakan pengalir.

Cara ini adalah untuk menggelakkan daripada mengembalikan kekotoran baru ke atas permukaan yang
telah dibersihkan
10
Raut-pensil hanya di perlukan untuk pencantuman bertekanan resin sahaja. Untuk pencantuman
hangatkecut, kebiasaannya hanya di tinggalkan didalam keadaan segi di bahu pengalir sahaja.
11
Cara ini adalah cara yang merbahaya. Merbahaya kepada pengalir, mudah tercedera walaupun secekap
mana pun si pencantum kabel tersebut. AMARAN jangan cederakan pengalir!
9

Latihan Penghantaran & Pembahagian Unit Kabel / Kegemilangan ILSAS 2007

Tarikh: 6/6/2016
muka surat 6/6

Rujukan: UG03/C002080
Persediaan Kupasan Kabel

4.4

Kebanyakan bebenang kasar yang sediada boleh digunakan TETAPI


jenis yang diperbuat daripada fiber asli atau bahan sintetik adalah
dirujuk. Bebenang pembuat kasut tugas-berat, bebenang bungkusan
atau bebenang pancing juga boleh di gunakan juga 12.

4.5

Untuk mengupas penebatan daripada pengalir, guna bebenang ini


dengan menggeserkan seperti geseran gergaji dari potong-cincin (ring
cuts) menuju ke hujung kabel, sebahagian daripada penebatan akan
terkupas keluar. Cara ini adalah cara yang terselamat dari sebarang
kecederaan ke atas pengalir 13.

PERHATIAN:

Bebenang kasar ini akan membawa sebahagian


cebisan dan serpihan bahan-bahan sekerin pengalir
didalam proses kupasan ini. Oleh itu, pastikan
bebenang kasar yang digunakan nanti, bebaskan
daripada cebisan dan serpihan bahan tersebut.
(bersih keseluruhannya).

/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_5/320309259.doc
Created by Nazli (TnK)ISAS

High Resistance String - di dapati di Syarikat ABB, Kabeldon


Cara lain menggunakan pisau tajam. Cara ini kebanyakan akan merosakan dan mencederakan lembaran
pengalir tersebut. Oleh itu, cara ini tidak direkomenkan penggunaannya.
12
13

Latihan Penghantaran & Pembahagian Unit Kabel / Kegemilangan ILSAS 2007

You might also like