You are on page 1of 18

JENIS-JENIS MOTOR

1. Motor DC magnet kekal


2. Motor DC lilitan siri
3. Motor DC lilitan selari
4. Motor DC lilitan wound
5. Motor universal AC/DC
6. Motor aruhan satu fasa
7. Motor kapasitor
8. Motor kutub telau (shaded pole motor)
9. Motor hidupan kapasitor putaran aruhan
10.Motor hidupan kapasitor putaran kapasitor
11.Motor aruhan tiga fasa
12.Motor sangkar tupai (squirrel cage motor)
13.Motor gelang gelincir
14.Motor segerak

1.

MOTOR DC MAGNET KEKAL

Motor jenis ini mempunyai dayakilas (torque) yang rendah. Bekalan DC


disambungkan terus kepengalir armature melalui berus karbon atau penukar
tertib (commutator assembly). Medan magnet yang terdapat ialah dari
magnet kekal yang dipasang di stator.
Apabila arus mengalir ke armature maka medan aruhan akan terbentuk dan
bertindakbalas dengan medan magnet yang sedia ada, maka rotor akan
berputar.
Motor jenis ini selalunya bersaiz kecil dan voltannya juga rendah iaitu
kurang dari 24V DC. Ia banyak digunakan untuk peralatan kecil seperti
permainan kanak-kanak. Bekalannya selalunya menggunakan bateri kecil.

2.

MOTOR DC LILITAN SIRI

Dari gambarajah diatas kita dapati litar medan dan armature adalah
disambungkan dalam bentuk siri dan terus ke punca bekalan DC. Lilitan
pengalir di bahagian medan adalah hanya beberapa gelong sahaja. Saiz muka
keratan pengalir ini adalah besar dan ianya memberikan rintangan yang
rendah.
Motor DC jenis siri mempunyai daya kilas permulaan yang sangat tinggi dan
kelajuannya adalah juga tinggi tetapi boleh berubah-ubah. Dengan adanya
arus yang sama masuk melalui armature dan medan maka dayakilas mula
yang tinggi terbentuk.
Apabila motor ini mempunyai beban kelajuannya berkurangan, tetapi
apabila beban berkurangan kelajuannya bertambah. Jika tiada beban
langsung kelajuannya akan bertambah tinggi lagi. Oleh itu motor jenis siri
sangat sesuai disambungkan melalui coupling atau gear bagi mengelakkan
dari ianya tergelincir.

3.

MOTOR DC LILITAN SELARI

Dari gambarajah diatas lilitan armature dan medan untuk motor jenis selari
adalah disambungkan secara selari. Ia memberikan kekuatan medan dan
kelajuan dengan tidak berubah-ubah. Armature dan medan shunt boleh
disambungkan terus ke bekalan (dipanggil self excited).
Motor jenis ini banyak digunakan. Lilitan medan mempunyai banyak
bilangan lilitan dan garispusatnya adalah kecil, jadi rintangannya adalah
tinggi maka arus yang masuk adalah kecil. Medan electromagnet adalah kuat
kerana terdapat banyak lilitan pada medan.
Arus mengalir melalui litar armature. Arus armature tidak mengubah
kekuatan medan atau dengan ertikata lain arus beban boleh diubah-ubah
tanpa menganggu kelajuan motor. Rintangan boleh diubah-ubah maka
kelajuan pun berubah. Oleh itu motor jenis selari mempunyai ciri
pengawalan kelajuan yang baik dan selalu digunakan di kilang-kilang
perindustrian.

4.

MOTOR DC LILITAN WOUND (SIRI DAN SELARI)

Gambarajah diatas menunjukkan sambungan yang terdapat pada motor


lilitan wound (siri dan selari). Kita dapati pada medan magnet terdapat dua
lilitan dari jenis siri dan juga selari. Lilitan siri disambungkan dengan
armature, medan selari pula disambungkan selari dengan armature. Dengan
adanya gabungan ini ia memberikan sifat kedua-dua jenis motor.
Motor jenis wound mempunyai daya kilas yang tinggi dan mempunyai sifat
yang baik bagi pertalian dayakilas dan kelajuan bila mempunyai beban.
Ia digunakan untuk alat-alat atau mesen-mesen yang memerlukan dayakilas
yang tinggi tetapi memerlukan kelajuan yang agak tetap.

4.

MOTOR UNIVERSAL (AC/DC)

Motor ini dipanggil juga motor siri kerana medan dan armaturenya
disambung secara siri. Ia juga boleh menerima bekalan AC dan juga DC
asalkan voltannya sama. Ciri-cirinya samalah dengan motor jenis siri iaitu
dayakilasnya kuat serta kelajuannya tinggi. Saiz motor jenis ini selalunya
kecil sahaja iaitu kurang dari satu kuasa kuda.
Motor universal mempunyai penukar tertib (commutator) dan berus karbon.
Medan dan armaturenya menerima bekalan yang sama sebab ia disambung
secara siri.
Motor universal digunakan didalam alat penyedut hampagas, pencampur
makanan, hand drill, pengering rambut dan sebagainya. Kelajuan tanpa
beban motor ini boleh mencapai sehingga 15,000 pusingan seminit.
Kelajuan sebegini boleh menimbulkan bahaya jika langkah keselamatan
tidak diambil perhatian.

6.

MOTOR ARUHAN SATU FASA

Motor jenis ini terdiri daripada satu stator berlilit dengan lilitan fasa tunggal
diubahsuai untuk bertindak sebagai dua fasa (split phase). Ianya juga
memerlukan satu medan berputar untuk tujuan memulakan motor berpusing.
Medan berputar boleh didapati dengan menggunakan bekalan fasa.
Motor ini menerima bekalan satu fasa tetapi dengan penggunaan dua lilitan
stator secara selari dan mengujudkan satu lagi fasa yang berlainan sudut fasa
motor ini seolah-olah mendapat bekalan dua fasa untuk mengujudkan
resultant torque.
Tindakbalas diantara medan yang dibentuk oleh arus-arus teraruh didalam
lilitan rotor dan medan berputar yang dibentuk oleh lilitan stator
membuatkan rotor tersebut berputar.

7.

MOTOR SATU FASA KAPASITOR KEKAL

Motor ini hampir serupa sahaja dengan motor fasa belah, bezanya ialah arus
pada lilitan hidupan (start winding) berada terus menerus walaupun motor
itu terus berputar. Satu kapasitor perlu disambungkan didalam litar secara
tetap samaada semasa hidupan ataupun putaran.
Motor jenis ini mempunyai daya kilas yang sangat rendah dan sesuai untuk
motor kipas angin jenis siling atau jenis meja dan juga jenis dinding, kipas
pelawas dan sebagainya. Saiznya kecil dan selalunya sehingga tiga kuasa
kuda.

8.

MOTOR KUTUB TELAU (SHADED POLE MOTOR)

Motor jenis ini mempunyai lilitan tambahan pada setiap kutub. Lilitan ini
selalunya sedikit sahaja tetapi pengalirnya bersaiz besar dari lilitan kutub
utama. Lilitan tambahan ini tidak memerlukan disambung kepada bekalan.
Ia hanya bertindakbalas dari aruhan yang diterima dari lilitan utama dengan
mengujudkan satu lagi medan magnet untuk bertindakbalas dengan medan
magnet dari lilitan utama bagi mengujudkan resultant torque untuk
memutarkan motor.

10

9.

MOTOR HIDUPAN KAPASITOR PUTARAN ARUHAN

Motor hidupan kapasitor putaran aruhan serupa sahaja dengan motor fasa
belah (split phase) dari segi binaannya. Ia menghidupkan beban yang agak
berat seperti peti ais, pemampat, elevator dan auger. Ia boleh didapati dalam
saiz antara 1/6 kuasa kuda hinggalah 10 kuasa kuda.
Terdapat dua kapasitor untuk motor jenis ini. Satu untuk permulaan
(starting), satu lagi kapasitor utama untuk berjalan (running). Dengan adanya
kapasitor medan magnet yang wujud disebabkan oleh kutub-kutub hidupan
boleh diperkuatkan untuk tujuan hidupan beban-beban yang berat. Kuduadua kutub hidupan dan kapasitor dikawal oleh satu suis empar (centrifugal
switch), mereka ini akan terputus sebaik-baik sahaja motor mencapai
kelajuan yang tertentu, selalunya 75% dari kelajuan sebenar.

11

10.

MOTOR HIDUPAN KAPASITOR PUTARAN KAPASITOR


Motor jenis ini digunakan untuk menjalankan beban-beban yang
berat. Ia boleh didapati antara saiz kuasa kuda hinggalah 25 kuasa
kuda.

Terdapat dua buah kapasitor didalam motor jenis ini. Satu mempunyai
keupayaaan yang tinggi untuk hidupan. Yang satu lagi mempunyai
keupayaan yang rendah untuk putaran. Penggunaan kapasitor ini dilakukan
melalui suis empar. Kapasitor hidupan akan terputus dari bekalan apabila
putaran telah sampai pada suatu kelajuan yang ditentukan, manakala
kapasitor putaran akan terus disambungkan dengan lilitan putaran (run
winding).

12

11.

MOTOR ARUHAN TIGA FASA

Motor aruhan tiga fasa mendapat bekalan tiga fasa 415V atau lebih. Ia
boleh berputar sendiri tidak seperti motor fasa tunggal yang secara asasnya
tidak boleh berputar dengan sendiri. Medan magnet motor tiga fasa adalah
berputar (rotating magnetic field) manakala medan magnet motor satu fasa
adalah berdenyut (pulsating magnetic field).
Motor satu fasa terhad kuasanya, oleh itu untuk kuasa yang lebih kuat motor
tiga fasa terpaksa digunakan dan untuk kuasa yang lebih besar lagi motor
tiga fasa voltan tinggi perlu digunakan iaitu sehingga 6.6KV.
Diantara jenis-jenis motor tiga fasa ialah:
a.
b.
c.

Motor sangkar tupai (squirrel cage motor)


Motor gelang gelincir (slip ring motor)
Motor segerak (synchroneous motor)

13

12.

MOTOR SANGKAR TUPAI

Motor ini mempunyai stator berlilit tiga fasa dan rotor sangkar tupai
dilitarpintaskan dikedua-dua hujungnya. Lilitan rotor pula terdiri dari
kepingan tembaga dan bersaiz lebih besar dari lilitan stator, manakala
bilangannya pula adalah sedikit sahaja. Motor jenis ini ringkas binaannya,
banyak digunakan, tahan lasak dan murah harganya berbanding dengan
motor-motor jenis lain yang sama kuasanya.
Kelajuannya adalah hampir tetap dan tidak banyak bergantung kepada
beban. Perbedaan kelajuan diantara tanpa beban dengan beban penuh
hanyalah antara 1.5% hingga 4%. Dayakilasnya adalah tinggi dan
mencukupi untuk tugas-tugas biasa.
Faktur kuasanya adalah baik iaitu diantara 0.85 0.9 pada beban penuh.

14

BINAAN
Ia terdiri dari dua komponen utama iaitu STATOR dan ROTOR serta
penutup hujung untuk memuatkan bearing dimana ianya digunakan untuk
memegang shaft motor.
Pada stator terdapat lilitan tiga fasa yang dimuatkan didalam laminated slot
yang diperbuat dari besi. Lilitan tersebut adalah dalam bentuk tiga gelong
satu fasa dan berbeza sebanyak 120 darjah elektrik diantara satu sama lain.
Lilitan pengalir-pengalir itu adalah disambung berbentuk star atau delta.
Punca hujung lilitan stator dibawa ke kotak terminal di bahagian frame
motor untuk disambungkan ke punca bekalan.
Rotor adalah bahagian yang berputar/berpusing dan berbentuk silinder
diperbuat daripada besi yang mempunyai slot untuk memuatkan pengalir.
KELAJUAN
Sebagaimana yang kita ketahui lilitan di dalam stator slot adalah berbeza
sebanyak 120 darjah elektrik (electrical degrees). Dengan ujudnya tiga
medan magnet yang berbeza ini maka terhasillah putaran medan magnet
(rotating magnetic field). Medan magnet yang terhasil akan mengaruh pula
lilitan di rotor dan terhasilah pula medan magnet yang berlawanan di rotor
dan terjadilah tolakan dan seterusnya putaran pada rotor.
Kelajuan rotor bergantung kepada jumlah kutub rotor dan juga ulangan
(supply frequency) dengan formula berikut:
F

NxP
120

(120 x F)
P

dimana

F ulangan
N kelajuan rotor
P jumlah kutub

15

Kutub
25Hz
1580
750
500
375
300

2
4
6
8
10

Kelajuan (rpm)
50Hz
3000
1500
1000
750
600

60Hz
3600
1800
1200
900
720

KELAJUAN SEGERAK DAN GELINCIR (SLIP)


Kelajuan yang terdapat didalam jadual diatas adalah kelajuan segerak dan
bukannya kelajuan rotor yang sebenarnya.
Kelajuan sebenar selepas motor tersebut mempunyai beban penuh adalah
kurang sedikit dari kelajuan segerak. Perbedaan diantara kelajuan sebenar
dengan kelajuan segerak dipanggil gelincir.
Gelincir

(Kelajuan segerak Kelajuan sebenar) X 100


Kelajuan segerak

Katalah kelajuan sebenar ialah 3480rpm manakala kelajuan sebenar ialah


3600rpm:
Gelincir

(3600-3480) X 100
3600

3.33%

Nilai peratus gelinciran yang kecil menunjukkan kawalan kelajuan motor


(speed regulation) adalah baik.

16

13.

MOTOR GELANG GELINCIR (SLIP RING MOTOR)

Lilitan stator untuk motor jenis ini sama sahaja seperti motor aruhan sangkar
tupai tetapi rotornya berbeza. Rotornya pula terdiri dari satu armature yang
mempunyai lilitan tiga fasa seperti yang terdapat pada stator. Lilitan ini
disatukan supaya membentuk jumlah kutub yang sama seperti yang terdapat
pada stator.
Hujung setiap lilitan rotor disambungkan kepada tiga gelang gelincir (slip
ring). Gelang gelincir ini terletak dibahagian luar motor tetapi adalah
bahagian yang bersambung dengan rotor dan berputar mengikut putaran
rotor.
Perintang luar (resistance bank) akan disambungkan dengan lilitan rotor ini
melalui berus karbon dan gelang gelincir ini. Perintang luar adalah untuk

17

menambah nilai rintangan rotor


mengurangkan arus permulaan motor.

semasa

motor

dimulakan

bagi

Selepas rotor mencapai kelajuan penuh perintang ini tidak diperlukan lagi
dan lilitan rotor akan dilitarpintaskan hujungnya melalui penyentuh
(contactor)
Pada ketika ini motor jenis ini bergerak menyamai motor sangkar tupai.

18

15.

MOTOR SEGERAK (SYNCHRONOUS MOTOR)

Motor segerak agak berlainan dengan motor-motor yang lain. Ia mempunyai


kelajuan segerak (synchronous speed), tanpa slip. Oleh itu kelajuannya
hanya bergantung kepada frekuensi bekalan AC.
Motor ini memerlukan bekalan AC tiga fasa untuk stator nya dan bekalan
DC untuk rotornya. Rotornya mempunyai gelong dan menjadi medan
magnet tetap apabila dibekalkan dengan bekalan DC. Arus DC medan
dipanggil juga arus ujaan rotor. Medan kutub ini akan terkunci (locked)
dengan kutub berputar (rotating pole) pada statornya, oleh itu rotor akan
berputar dengan kelajuan segerak dengan medan statornya.
Bekalan DC disalurkan kepada rotornya melalui gelang gelincir. Motor ini
selalunya bersaiz besar dan harganya agak mahal. Motor segerak tidak boleh
hidup dengan sendiri. Ia memerlukan bantuan untuk memulakannya.
Rotornya diputar dahulu oleh sebuah motor lain sehingga ke kelajuan
segerak, kemudian arus ujaan disalurkan ke rotor. Namun begitu motor ini
boleh hidup sendiri jika rotornya disediakan dengan gelong sangkar tupai.
Kelebihan motor ini adalah ia boleh dijalankan pada faktur kuasa mengekor
(lagging), faktur kuasa unity (satu) dan faktur kuasa mendulu (leading). Ini
boleh dilakukan dengan mengubah-ubah (meninggi dan menurunkan) arus
ujaan rotor motor tersebut.
Dengan sebab ia mempunyai cirri faktur kuasa mendulu maka ia boleh
digunakan untuk memperbaiki faktur kuasa pemasangan elektrik disamping
membuat tugas utama ianya dipasang.
Dimana kelajuan segerak yang tetap diperlukan, motor ini adalah yang
paling sesuai. Didalam kapal laut, motor ini digunakan untuk menjalankan
propeller kapal tersebut.
Daya kilas motor segerak tidak banyak berubah dengan perubahan voltan
berbanding dengan motor arohan.
Motor segerak mempunyai persamaan dengan sebuah alternator dari segi
binaannya.

You might also like