You are on page 1of 161

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 : OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri merupakan syarat wajib bagi semua penuntut di Program


Pengajian Ijazah, Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia untuk memenuhi
pengambilan kursus diperingkat ijazah. Latihan industri ini merupakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat kursus Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan kursuskursus yang lain.
Latihan ini

untuk menyesuaikan pelajar ke alam pekerjaan yang penuh

mencabar selepas menamatkan pengajian di bidang masing-masing. Daripada


pengalaman yang ditimba semasa menjalankan latihan ini, para pelajar dapat
mempraktikkan pengajian semasa di universiti kerana tempat menjalankan latihan
industri adalah selari dengan bidang pengajian masing-masing.
Justeru itu, latihan industri ini penting bagi pelajar untuk meningkatkan tahap
kualiti pembelajaran dan menghasilkan tenaga kerja yang separa mahir serta beretika
kerja yang baik.

1.2 : OBJEKTIF LAPORAN

Setelah menamatkan sesi latihan industri ini setiap pelajar mesti menyiapkan
satu buku laporan lengkap. Buku laporan ini merangkumi kegiatan yang di lakukan oleh
saya bersama para pelatih yang lain di TNBD Terengganu ini.

Buku laporan ini adalah bertujuan untuk menyediakan satu laporan khas dan
lengkap tentang apa yang telah dipelajari oleh pelajar semasa menjalani latihan industri.
Dengan adanya laporan sebegini para pelajar dapat meningkatkan lagi kefahaman
tentang apa yang telah dipelajari di firma masing-masing. Selain itu pelajar lebih
bersedia untuk melakukan tugasan dan kerts kerja samasa di alam pekerjaan nanti.

Justeru itu, laporan ini telah dibuat mengikut jadual mengikuti pasukan dan
dimuatkan di dalam bab-bab. Bab-bab tersebut marangkumi apa yang telah dipelajari
sepanjang mengikut pasukan yang mengendalikan tugasan harian mereka.

BAB 2 : LATAR BELAKANG SYARIKAT


2.1 : Latar Belakang Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan satu syarikat yang semakin


meningkat nama di negara kita sejak dahulu lagi. TNB juga telah setanding dengan
syarikat ternama yang terdapat di Malaysia seperti EON (Edaran Otomobil Nasional
Berhad), Telekom Malaysia Berhad dan sebagainya. Malah TNB juga terdapat
sahamnya yang telah tercatat di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Ini
membuktikan yang TNB adalah satu syarikat korporat melalui modal yang agak besar
dan juga terdapat sejumlah pekerja yang profesional, cekap dan mempunyai budaya
kerja yang baik.

Antara insan yang paling banyak menyumbangkan tenaga dan berpengaruh di


dalam syarikat ini ke arah meningkatkan lagi nama TNB ialah Encik Mohd. Azim B.
Dato Hj. Yusoff selaku Pengurus Besar Kuala Terengganu . Di samping mempunyai
punca utama modalnya dari saham dan pelaburan daripada para ahli serta pengguna,

kejayaan TNB ini juga adalah hasil kerjasama antara pekerja, pihak atasan dan juga
pengguna.

2.2 : SEJARAH PENUBUHAN TENAGA NASIONAL


BERHAD

Tenaga elektrik adalah sebahagian penting dalam kehidupan moden kita. Walaupun
sentiasa berada di belakang tabir, namun ia merupakan kuasa penggerak utama dalam
pencapaian matlamat ekonomi dan sosial negara serta kehidupan manusia.
Bekalan elektrik mula diperkenalkan di semenanjung tanah air dalam tahun 1894
oleh Loke Yew dan Thamboosamy Pillai apabila mereka menggunakan sebuah alat
janakuasa kecil dalam perusahaan lombong bijih timah mereka. Tahun 1900 juga
menandakan bermulanya operasi stesen janakuasa pertama di semenanjung Malaysia iaitu
Stesen Janakuasa Hidro Sempam di Raub, Pahang. Seramai 15 pengguna dan 41 lampu
jalan menerima bekalan elektrik ketika itu.
Pihak swasta telah memainkan peranan penting dalam usaha membawa kemudahan
bekalan elektrik ke beberapa bandar di semenanjung. Pada tahun 1927, Jabatan Elektrik
Negeri negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan dengan Sir W. J. William sebagai

pengarahnya yang pertama. Pada tahun itu juga, Stesen Janakuasa Bangsar, Kuala Lumpur
telah dibuka dengan menggunakan arang batu.
Peristiwa paling penting dalam sejarah bekalan elektrik negara ialah pada 1
September 1949 di mana Akta Elektrik No. 30, 1949 telah dikuatkuasakan dan
perkhidmatan bekalan tenaga elektrik yang selama ini dimiliki oleh kerajaan, telah dipindah
milik di bawah kuasa Lembaga Letrik Pusat Persekutuan Tanah Melayu (LLP).

2.3 : SEJARAH PENUKARAN LLN KEPADA TNB

Peristiwa paling penting dalam sejarah bekalan elektrik negara ialah pada 1
September 1949 di mana Akta Elektrik No. 30, 1949 telah dikuatkuasakan dan
perkhidmatan bekalan tenaga elektrik yang selama ini dimiliki oleh kerajaan, telah
dipindah milik di bawah kuasa Lembaga Letrik Pusat Persekutuan Tanah Melayu (LLP)
Pada 22 Jun 1965, Lembaga Letrik Pusat Persekutuan Tanah Melayu telah
ditukar namanya kepada Lembaga Letrik Negara Tanah Melayu (LLN).
Setelah beberapa dekad memberikan khidmat kepada negara dan menggerakkan
jentera pembangunan , maka berakhirlah lembaran Lembaga Letrik Negara dengan
penukaran nama kepada Tenaga Nasional Berhad pada 1 September 1990.

Menerusi keazaman dan ketekunan anggota kerja dan pandangan jauh para
pemimpin kita yang dahulu dan sekarang, ia menjadi satu realiti. Perkembangan dan
pembangunan TNB setelah diswastakan begitu pesat dan pada 28 Mei 1992, ia
disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Kini, TNB menjadi syarikat
terbesar yang disenaraikan di bursa saham tersebut dengan permodalan pasaran RM
26.4 bilion yang mewakili 17.5% permodalan pasaran. Hari ini TNB bukan sahaja
dikenali dari aspek kepakarannya dalam menyalurkan tenaga elektrik di peringkat
tempatan malah, kini ia juga mula melabur dan mencari peluang pasaran peringkat
antarabangsa.

2.4 : SISTEM ELEKTRIK TENAGA NASIONAL


BERHAD

2.4.1

Pendahuluan
Tenaga Nasional Berhad (TNB) ialah sebuah syarikat yang didaftarkan di bawah

Akta Syarikat 1965 dan bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas seperti:

Untuk menjana, menghantar, membahagi dan menjual tenaga kepada


pelanggan di Semenanjung Malaysia.

Untuk merancang, memasang, beroperasi dan persaingan elektrik untuk


penjanaan, penghantaran dan pembahagian elektrik.

Untuk mencapai objektif yang dirancangkan, TNB meluaskan rangkaiannya di


Semenanjung Malaysia dan Sabah. TNB mempunyai pusat perkhidmatan yang cekap
dan cepat seperti Pusat Pengesan Panggilan dan Pusat Perkhidmatan Pelanggan.
TNB mempunyai 3 anak syarikat yang utama dan menjadi penggerak dalam
perkembangan TNB iaitu:

TNB Generation Sdn. Bhd

TNB Transmistion Network Sdn. Bhd

TNB Distribution Sdn. Bhd

2.4.2

Penjanaan

Memastikan keperluan bekalan elektrik bagi pelanggan sentiasa mencukupi.

Mematuhi akan peruntukan Akta Kuantiti Alam Sekitar 1974 sertasyarat-syarat


lain yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi semua projek pembangunan
serta kendalian logi.

Menyiapkan projek-projek mengikut jadual.

Menjawab pertanyaan atau aduan melalui telefon dalam masa 24 jam.

Menjawab pertanyaan atau aduan bertulis dalam masa tujuh (7) hari.

2.4.3

Penghantaran

Memastikan sistem talian penghantaran sentiasa berupaya menyalurkan bekalan


elektrik dengan selamat, berkualiti dan ekonomi kepada semua pelanggan.

Mematuhi peruntukan Akta Alam Sekitar 1974 serta syarat-syarat yang ditetapkan
oleh Jabatan Alam Sekitar bagi segala projek pembangunan.

Menyiapkan semua projek penghantaran mengikut jadual.

Memastikan talian penghantaran dan pencawang dalam keadaan yang boleh


dikendalikan setiap masa.

Menyediakan

perkhidmatan

kepakaran

kepada

semua

pelanggan

yang

memerlukannya.

Menjawab semua pertanyaan atau aduan melalui telefon dalam masa 24 jam.

Menjawab segala pertanyaan atau aduan bertulis dalam masa tujuh (7) hari.

2.4.4

Pembayaran

Membuat pembayaran, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan


seperti berikut:1) Dalam masa dua (2) bulan :
-

Pemulangan wang cagaran bil elektrik

2) Dalam masa sebulan :

Pembayaran kemajuan projek.

Pembayaran pampasan dan gantirugi

Pembayaran wang tahanan (retention free)

Pembayaran

Perkhidmatan dan perolehan.

Menjawab dalam masa 24 jam, segala pertanyaan atau aduan melalui


telefon.

Menjawab dalam masa tujuh (7) hari segala pertanyaan atau aduan bertulis.

: PENCAPAIAN REKOD

2.5

2.5.1

Pengenalan
TNB merupakan syarikat yang tidak asing di negara Asia.yang mana
syarikat ini telah mendapat anugerah Best Of Employer in Malaysia.TNB juga
telah terpilih sebagai 10 di antara syarikat yang terbaik di Malaysia dan yang ke
11 daripada 20 syarikat yang terbaik di asia.
Syarikat ini banyak banyak menyediakan kemudahan asas untuk
kebajikan warga kerjanya.Antara kemudahan yang di sediakan seperti
perubatan,pembelajaran dan kemudahan pinjaman untuk warga kerjanya.

2.5.2

Prestasi Kewangan

TNB sekali lagi mencatat sejarah apabila menunjukkan peningkatan


prestasi keuntungan syarikat buat pertama kalinya merentasi paras RM 2 billion
mencecah 2.11 billion. Keputusan cemerlang ini dikaitkan dengan beberapa

faktor semasa termasuk perolehan daripada pertukaran mata wang asing dan
pertumbuhan sihat bagi keseluruhan penggunaan kuasa elektrik di Semenanjung
Malaysia.
Walau apa pun sebab yang mendorong kepada pertumbuhan kewangan
yang sedemikian rupa, yang pastinya pencapaian sedemikian sewajarnya
menjadi satu kebanggaan di kalangan warga TNB khususnya dan warga
Malaysia amnya.
Hakikatnya, tanpa sumbangan keringat dan cetusan minda warga kerja
TNB, laluan ke arah pencapaian tersebut sudah tentu akan menjadi lebih sukar.
Tidak kurang pentingnya keyakinan yang telah diberi kepada TNB oleh semua
pihak, iaitu pemegang-pemegang saham, kerajaan dan para pengguna yang
membuka lebih banyak ruang untuk TNB membuat beberapa keputusan
strategik dan berkesan.

2.6 : PIAGAM PELANGGAN TENAGA NASIONAL

10

2.6.1

Perkhidmatan Pelanggan
Menjawab segala pertanyaan secara langsung atau melalui telefon dalam masa 24
jam. Pertanyaan atau aduan bertulis akan dijawab dalam masa 7 hari dari tarikh
penerimaan surat. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah:

Berusaha untuk membaik pulih sebarang gangguan kecil bekalan dalam masa 4 jam
dan gangguan besar selewat-lewatnya 2 hari kerja.

Menyambung semula bekalan yang telah dipotong, jika semua bil telah dijelaskan
sebelum jam satu petang, pada hari pembayaran dibuat.

Memberi layanan khas kepada pelanggan yang lanjut usia atau cacat anggota.

Menyambung bekalan elektrik selepas temujanji. Pengujian pemasangan dibuat bagi


bekalan baru (voltan rendah)
-

Keadaan biasa

: tidak melebihi 2 hari kerja

Keadaan luar biasa

: tidak melebihi 2 minggu

2.7 : LOGO DAN SIMBOL TNB

11

2.7.1

Rasional Logo

TENAGA NASIONAL BERHAD

Logo Korporat Tenaga Nasional Berhad (TNB) melambangkan matlamat badan


swasta ini yang berterusan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dalam
memenuhi kehendak negara dengan azam baru berasaskan masa depan yang dinamik.

2.7.2

Simbol
Identiti Korporat TNB berasaskan simbol yang mudah dikenali sebagai penggunaan

tenaga elektrik, iaitu mentol lampu. Rekabentuk yang dicipta ini membayangkan nilai-nilai
yang bertenaga demi masa depannya.
Rekabentuk ringkas dan berkesan ini serta hampir keseluruhannya dibentuk dengan
satu garisan yang sama. Bentuk kilat dalam mentol pula membawa gambaran jelas fungsi
bekalan elektrik TNB. Rekabentuk mentol yang berbentuk T membawa pengertian tenaga.

2.8 : NAMA KORPORAT

12

Nama Tenaga Nasional Berhad dengan sendirinya meringkaskan keseluruhan


peranan badan swasta ini . Ia digambarkan dalam logo korporat dengan huruf cetak
yang jelas dan canggih untuk memaparkan masa depan TNB yang mencabar.
Bentuk huruf-huruf condong yang digunakan untuk merekabentuk namanya
mencerminkan peranan TNB yang dinamik dalam kemajuan negara.

Ibu Pejabat TNB Kuala Terengganu

13

Stor Pusat TNB Kuala Terengganu

Pusat Pemulihan Bekalan TNB Jalan Banggol, Kuala Terengganu

14

15

16

BAB 3 : RINGKASAN KERJA LATIHAN INDUSTRI


Semasa menjalani latihan para pelajar harus mengikuti setiap aktiviti yang telah ditetapkan
oleh firma. Di Tenaga Nasional Berhad Distribution ini saya telah mengikuti gerakerja yang telah
diatur oleh penyelia khasnya.
Penyelia telah memberi jadual tugasan harian kepada para pelatih supaya gerakerja lebih
tersusun dan bersistematik. Latihan yang dijalankan hanya 5 kali dalam seminggu.
Selama 5 bulan menjalani latihan di firma ini banyak perkara yang telah saya pelajari
daripada pasukan yang telah saya ikuti. Berikut ialah ringkasan pasukan yang talah saya ikuti
sepanjang latihan;

Pasukan pertama yang diikuti ialah Pasukan Perancang Dan Pembinaan. Bahagian
perancang merupakan proses pertama yang mesti dilalui bagi sesuatu projek yang ingin
dijalankan. bahagian perancang ini akan membuat lawatan dan proses penilaian atau
jangkaan (estimate). Estimate amat penting dan mesti dijalankan kerana membabitkan
penilaian kos-kos bagi sesuatu projek. Bahagian pembinaan adalah merupakan bidang
yang bertanggungwajab dalam melaksanakan sesuatu projek baru yang akan dibina atau
dijalankan. Kerja yang dilakukan bukan saja terbatas kepada projek baru tetapi
melibatkan projek meningkatkan bekalan eletrik yang dipohon oleh pengguna dan juga
membabitkan projek sistem bekalan elektrik

17

Pasukan kedua ialah Pasukan Pencawang Kendalian Dan Selenggaraan (K&S)


Pasukan ini membuat selenggaraan pada pencawang dan bersedia untuk kerja-kerja
Break Down. Pelajar didedahkan berkenaan bagaimana penyelenggaraan pencawang
elektrik (PE) dijalankan, ini termasuklah penyelenggaraan bagi Stesen Suis (SS) iaitu
sebahagian dari rangkaian penghantaran elektrik antara PE. .

Pasukan ketiga ialah Pasukan Sesalur Atas Voltan Rendah(SAVR I) bahagian Break
Down dan SAVR II. Pasukan ini melakukan tugas-tugas membaik pulih kerosakkan wayar
sesalur atas 415V serta mengubah suai talian. Bahagian ini terbahagi kepada empat

bidang utama iaitu PPB atau Pusat Pengurusan Bekalan, Serbis, Sesalur Voltan Rendah
(SVR) dan Lampu Awam.

Pasukan keempat ialah Pasukan 33 KV menitikberatkan tentang perlindungan dan


keselamatan dalam sistem penghantaran dan pengagihan bekalan elektrik oleh TNB. Ianya
melibatkan langkah-langkah perlindungan dan keselamatan dari berlakunya sebarang
kerosakan atau breakdown yang boleh berlaku apabila wujudnya kejadian atau masalah
voltan lampau atau lebihan voltan dan juga earth fault iaitu rosak ke bumi.

Pasukan kelima ialah Pasukan Jangka. Pasukan ini memasang meter pada pengguna yang
memohon bekalan yang baru selain menukar meter yang telah rosak. penggunaan jangka
meter samada 1 fasa ataupun 3 fasa, meter CT

Secara keseluruhannya aktiviti yang dilakukan oleh saya sepanjang latihan industri ini
menepati kursus yang telah dipelajari di KUTKM.

18

BAB 4 : PEMBINAAN

4.1 : Pembinaan
Bahagian Pembinaan merupakan salah satu bahagian yang didedahkan oleh pihak
TNBD kepada pelajar. Bahagian ini adalah melibatkan sesuatu projek baru atau sesuatu
sistem bekalan yang perlu ditingkatkan yang mesti dilaksanakan oleh pihak TNBD.
Bahagian ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Pencawang,talian atas dan Kabel.
Memandangkan masa yang singkat, pelajar dapat didedahkan bahagian kabel. Ini kerana
bahagian pencawang lebih ditekankan pada bahagian senggaraan dan voltan tinggi.

4.1.1 Di antara alat yang digunakan di TNB

Bahan-bahan yang digunakan untuk pemasangan kabel bertebat di udara ialah:-

19

i)

Penyangkok

ii)

Pencengkam gantungan

iii)

Penetap tamatan

iv)

Perangkai Fusable Fusable Link

v)

Tiub pemati hujung

vi)

Pengikat Nylon hitam

vii)

a)

Penyambung bertebat Piercing

Penyangkuk

Penyangkuk diperbuat daripada keluli yang diliputi oleh galvanis melalui proses
celup panas. Penyangkuk ini digunakan untuk menahan dan menyokong penetap
tamatan dan pencengkam gantungan. Penyangkuk juga dikenali sebagai Hook.

b)

20

Pencengkam gantungan

Reka bentuk pencengkam gantungan adalah bersesuaian untuk di gunakan pada


dawai gantungan atau Neutral bersalut tanpa menyebabkan berlakunya kerosakan pada
penebat (terdapat pelapik pelastik yang dipasang pada pencengkam gantungan).
Pencengkam gantungan ini dipasang pada tiang sesalur terus dan tiang sudut
sehingga 30o. bagi tiang sudut yang melebihi sudut ini, penetap tamatan perlu digunakan.
Terdapat dua saiz yang dibekalkan bergantung pada saiz dawai pengantung atau
Neutral:-

c)

21

i)

Pencengkam gantungan 25 75mm2

ii)

Pencengkam gantungan 120mm2

Penetap tamatan

Penetap tamatan digunakan untuk menahan tegangan kabel pada tiang tamatan,
pembahagian dan tiang sudut dimana sudut peralihannya melebihi 30o.
Penetap tamatan dipasang pada dawai pengantung atau neutral bertebat tanpa
menyebabkan berlakunya kerosakan pada salutan penebat pengalir. Terdapat 3 saiz yang
dibekalkan bergantung pada saiz dawai pengantung atau neutral:-

d)

i)

Penetap tamatan 25mm2

ii)

Penetap tamatan 70mm2

iii)

Penetap tamatan 120mm2

Perangkai Fusable Fusable Link


Fusable Link merupakan penyangkut berbentuk S yang diperbuat daripada keluli

lembut yang disalut dengan galvanis melalui proses celup panas berpandukan B.S.729.
Fusable Link perlu dipasang diperataraan penyangkok dengan pengcengkam
gantungan. Fusable Link ini perlu dipasang pada tiang sesalur terus dan tiang sudut dimana
sudut peralihannya kurang daripada30o.
Fusable Link direka bentuk supaya kekuatan di dalam lingkungan 6kN supaya talian
kabel bertebat dan segala bahan pepasangan yang lain tidak mengalami kerosakan sekiranya

22

pokok dan dahan yang berat tertimpa di atas talian. Terdapat juga fusable link yang telah
dipasang secara siapbina pada pencengkam gantungan.
e)

Tiub pemati hujung


Tiub pemati hujung digunakan untuk menutup pengalir yang terdedah pada

bahagian hujungnya. Ia diperbuat daripada bahan EPDM hitam penentang cuaca padatan
tinggi.
Tiub ini dapat di pasang dengan menggunakan tangan tanpa perlu dihangatkan atau
menggunakan peralatan khas.
Saiz-saiz yang terdapat ialah:

f)

i)

Tiub pemati hujung 16 25mm2

ii)

Tiub pemati hujung 70mm2

iii)

Tiub pemati hujung 95mm2

iv)

Tiub pemati hujung 120 185mm2

Pengikat Nylon hitam


Pengikat Nylon Hitam digunakan untuk mengikat kembali terus pengalir ke dawai

pengantung atau neutral di setiap tempat dimana pengalir tersebut terombak keluar daripada
gumpalannya apabila pemasangan bahan-bahan dibuat pada kabel. Pengikat ini diperbuat
daripada bahan plastik dengan panjangnya lebih kurang 200mm dan lebarnya 9mm.
Terdapat kemudahan untuk mengunci ketat dan meleraikan di satu hujung pengikat ini.

23

g)

Penyambung bertebat Piercing

Penyambungan bertebat Piercing digunakan untuk mendapatkan keterusan


sambungan elektrik antara talian utama dengan pengalir tee-off. Pelit sesentuh bergerigi
yang disediakan dapat menembusi terus pada penebat bagi mendapatkan sambungan
elektrik yang baik tanpa membuang salutan penebat.
Dengan menggunakan saiz-saiz yang bersesuaian denagn pengalir, semua logam
penyambung ditutupi sepenuhnya dalam perumah yang dapat menahan pada sebarang
kenadaan cuaca dan kalisair, serta dapat menahan voltan arus ulang alik 5kV untuk 1 minit
setelah diredam 300mm dalam air selama 1 jam.
Penyambung bertebat Piercing yang digunakan untuk menyambung pelbagai saiz
pengalir fasa dan dawai neutral atau pengantung adalah seperti berikut:-

24

i)

Penyambung Piercing 185 120mm2 @ 185 95mm2

ii)

Penyambung Piercing 165 120mm2 @ 25 16mm2

iii)

Penyambung Piercing 120 70mm2

iv)

Penyambung Piercing 95 70mm2 @ 95 70mm2

v)

Penyambung Piercing 95 70mm2 @ 25 16mm2

vi)

Penyambung Piercing 25 16mm2 @ 25 16mm2

4.2 : Pencawang
Pencawang elektrik ialah pengumpulan komponen-komponen perkakasius yang
digunakan untuk mengarahkan pengaliran tenaga elektrik di dalam sistem kuasa dan
memastikan keselamatan sistem dengan menyediakan satu badan dimana alat-alat
perlindungan automatik dan pengaliran tenaga dapat dipasang.
Secara asasnya Pencawang elektrik mengandungi beberapa litar pendatang (incoming circuit) dikawal oleh perkakasuis-perkakasuis bertemu di satu sistem busbar yang
sama yang kemudiannya dikendalikan untuk penyusaian atau ditinggi atau direndahkan
nilai bekalan voltan untuk penghantaran atau pembahagian.

PENCAWANG OUTDOOR

25

H POLE

4 . 3 : Fungsi-fungsi Pencawang
Fungsi pencawang ialah untuk:
i) Membentuk satu nodal point dimana kuasa diubah atau dan diagihkan daripadanya ke
pencawang lain atau pengguna.
ii) Membolehkan penyusaian masuk atau keluar ke bahagian-bahagian lain dalam satu-satu
sistem.
i) Membolehkan bahagian yang rosak dalam satu-satu sistem diasingkan dengan cara
penyusaian dan pembekalan elektrik dapat diteruskan melalui litar yang lain.

26

Rajah 4.1 :

Pencawang pembahagian

4.3.1 : Keperluan Pencawang Elektrik


Nilai voltan yang terguna akan dinaikkan untuk penghantaran dan direndahkan
untuk pembahagian. Proses pengendalian meninggi atau merendah nilai voltan memerlukan
pencawang.
Faedah-faedah voltan tinggi untuk penghantaran:
i) Nilai susutan voltan rendah
ii) kos perbelanjaan pengaliran kurang.
Faedah-faedah voltan rendah untuk pembahagian:
i) Kos perbalanjaan perkakasuis rendah
ii) Senang dibekal kepada pengguna-pengguna sebab alat-alat yang digunakan oleh
pengguna memerlukan voltan rendah

27

4.4 : Pembinaan Pencawang Atas Tiang 11 Kv ( Pole Mounted


substation)
Penerangan
Sebelum pekerjaan dijalankan para pelatih mestilah dapat merancangkan pekerjaan
tersebut. Dengan tindakanberlakunya kelambatan perlaksanaan projek dan pembaziran yang
tidak menentu (seperti menyediakan alat-alat yang tidak perlu dan sebagainya). Di bawah
ini disertakan panduan-panduan bagi melaksanakan pembinaan pencawang atau tiang 11Kv.
4.4.1

Panduan-panduan untuk Pembinaan Pencawang Atas Tiang 11Kv.

1) Melukis Pelan Pencawang atas Tiang 11Kv


Lukisan pelan hendaklah dibuat mengikut spesifikasi. Dengan berpandukan pelan yang
disediakan para pelatih akan dapat membuat pelan pencawang dengan menyertakan
segala alatan ukuran dan tempat kedudukan alatan.
2) Membuat Senarai Barang-barang
Dengan berpandukan gambarajah pencawang para pelatih dikehendaki memberikan
senarai barang-barang bagi pembinaan pencawang tersebut.
3) Persiapan Barang
a) Persediaan 2 tiang besi berukuran 11.4 cm x 14 cm x 1066.8 cm. Pastikan keduadua tiang mempunyai lubang untuk menyokong alatubah kemudaian pastikan ia
telah dicat dengan anti-rust dan disalut dengan cat aluminium. Jika perlu tiangtiang tersebut hendaklah dicat semula.
b) Persediaan palang besi untuk penebat pin, petikabel, penangkap kilat, fius, penebat
pin shakel dan pengelas alatubah dengan menggunakan besi alur 10.2 cm x 5.1 cm x
0.635 cm.

28

c) Persediaan pengapit kabel berukuran 5.1 cm x 0.635 cm. kabel dialarkan salari
dengan tiang, para pelatih dikehendaki menyemak jumlah pengapit kabel yang
diperlukan. Ianya perlu dicari kembali jika keadaan tidak memuaskan. Palang untuk
fius tiang dari kayu cengal berukuran 7.6 cm x 7.6 cm. semak kembali palang
tersebut. Jika perlu para pekerja dikehendaki membuat yang baru.
d) Persediaan paip pembinaan.
Pembumian bolehlah dijalankan seperti rajah dibawah. Jarak diantara batang paip
mestilah 2 kali ganda panjang paip tersebut. Jenis paip bumi adalah seperti berikut:
i)

Batang tembaga 15.24 cm x 1.6 cm diameter

ii)

G.I. paip 30.5 cm x 6.35 cm diameter. Adalah baik pembumian dibuat cara
gelung dan peyambungan jejari jikalau nilai rintangan tidak mencukupi 3
ohm. Pembumian penagkap kilat mestilah diasingkan dan ditanam
berhampiran dengan tiang. Ini adalah untuk mengelakkan dari gelangan
yang berlebihan.

Rajah 4.2 :

Rajah rintangan pembumian pencawang atas tiang.

e) Peyampai Penebat Pin 11 Kv.


Bagi penyampai pin 11 Kv peraturan membuatnya mestilah mengikut panduan. Saiz
dawai peyampai ialah S.W.G. 16.
f) Keselamatan pekerja di pencawang atas tiang.

29

Oleh sebab pekerjaan ini merbahaya, para pekerja mestilah mematuhi segala
peraturan kerja seperti dicataitkan:
i)

Pekerja dikehendaki memakai topi keselamatan semasa menjalankan kerja.

ii)

Tangga yang digunakan hendaklah diikat hujungnya kepada tiang. Pastikan


sudut tangga denga tiang tidak begitu besar.

iii)

Perhatikan tali-tali yang digunakan pada masa menjalankan kerja di dalam


keadaan yang baik.

iv)

Gunakan tali pinggang keselamatan semasa menjalankan kerja di atas tiang.

v)

Semua perkakas yang digunakan di atas tiang hendaklah di simpan di dalam


beg semasa tidak menggunakannya.

vi)

Semasa pekerja-pekerja menjalankan kerja diatas tiang. Pekerja lain tidak


dibenarkan duduk di bawah kawasan pekerjaan tersebut.

vii)

Gunakan tali untuk menaikkan barang-barang perkakas.

g) Kedudukan tiang dan penentuan tapak.


Para pekerja dikendaki membuat tapak pada pencawang atas tiang iaitu dengan
memancang kayu serta menutuskan arah lubang slur bagi menaikkan tiang. Untuk
peringatan, dalam dan lebar mestilah tepat 183 cm x 122 cm persegi.

30

Rajah 4.3 :

31

Rajah pencawang atas tiang 11 Kv

4.5 : Pembinaan Pencawang Berbangunan 11 Kv (Indoor Substation)

Penerangan
Sebelum pekerjaaan dijalankan para pekerja mestilah dapat merancangkan
pekerjaan tersebut. Denga itu, tindaklah berlaku kelambatan perlaksanaan projek dam
pembaziran yang tidak menentu ( seperti menyediakan alat-alat yang tidak perlu atau
berlebihan dan sebagainya)
Panduan-panduan bagi perlaksanaan pencawang berbangunan 11 Kv.
1. Melukis Pelan Pencawang
Pelan bangunan mesti dilukis dan diluluskan oleh jabatan berkenaan.
2. Senarai Barang-barang
Senarai barang-barang untuk pembinaan pencawang berbangunan mesti disediakan.
3. Membuat Persediaan Tempat Pencawang Berbangunan
Pastikan kedudukan alatubah, perkakasuis, tapak papan pembahagian voltan rendah dan
peparit-peparit untuk kabel voltan tinggi dan rendah.
4. Pepasang Alatubah
Kedudukan alatubah mesti ditentukan dipasang di tengah-tengah tapak alatubah.
5. Pepasangan Perkakasuis
Pastikan jenis perkakasuis yang akan dipasang dan disediakan tapak seperti ukuran
perkakasis tersebut.

32

6. Pepasangan Papan Pembahagian Voltan Rendah dan Kabel


Tentukan suis papan pembahagian voltan Rendah dan lokasi kedudukannya.
7. Pembumian Perkakasuis dan Alatubah
Semua perkaksuis mestilah dibumikan. Pembumian dilakukan kepada semua alatubah,
perkakasuis dan kabel, kemudian disambungkan kepada punca pembumian utama yang
direntang di bahagian bangunan tersebut dan seterusnya ke sistem pembumian
pencawang.

Rajah 4.4 :

Pencawang Berbangunan 11 kV

4.6 : Papan Pembahagian Voltan Rendah ( PPVR )


1. Penerangan
Papan pembahagian voltan rendaf mengandungi bahagian-bahagian berikut:
a) Jangka TDI ( Thermal Demang Indicator Meter )
b) Basbar

33

c) Unit Menatang ( Incoming Unit )


d) Unit Pengagih ( Outgoing Unit )
e) Alatubah arus ( current Transformer )

2. Jangka TDI
Untuk mengukur beban iaitu bekalan elektrik yang digunakan oleh keseluruh pengguna.
3. Basbar
Menyambung bekalan dari unit mendatang ke unit pengagaih. Terdapat empat Basbar
iaitu fasa merah, kuning, biru dan neutral.
4. Unit Mendatang
Alat yang digunakan untuk mengasingkan bekalan dati alatubah ke basbar di PPVR.
5. Unit Pengagih
Alat yang digunakan untuk mengasingkan bekalan atau memberi bekalan kepada
pengguna.
6. Alatubah Arus
Untuk merendahkan nilai arus yang mengalir pada basbar supaya dapat dibaca .
oleh jangka TDI mengikut nisbah pada alatubah arus. Contoh 800 A : 5 A.
7. Contoh beberapa ukuran PPVR
a) 1000 Amp
b) 1600 Amp
c) 2000 Amp
8. Cara mengendali

34

Untuk mengendalikan PPVR, kita mestilah berdiri sekurang-kurangnya 2 kaki dari


PPVR. Untuk mengasingkan bekalan dari alatubah ke basbar. Bekalan di unit
mendatang dengan menggunakan kayu penyambung.

Rajah 4.5 :

Peti Pembekal Voltan Rendah

4.6.1

Cara Mengendalikan Papan Pembahagian Voltan Rendah (PPVR)

1)

Berdiri sekurang-kurangnya 2 kaki dari PPVR.

2)

Untuk mengasingkan bekalan dari alatubah ke basbar gunakan kayu penyambung.

3)

Untuk pemotongan bekalan, didahulukan dengan Red, Yellow, Blue.


Untuk memasukkan bekalan, didahulukan dengan Red, Yellow, Blue.

4.7 : Perkakasan Vacuum Circuit Breaker Jenis Aci


a)

Penerangan
Komponen-komponen luar perkakasan pemutus litar vacuum jenis Aichi ialah:
1)

35

Jangka Ampiar.

2)

Jangka Voltan.

3)

Geganti.

4)

Suis alat pemanas.

5)

Gius.

6) Plat nama ( penerangan pemutus litar vacuum ).


7) Lengan untuk menarik keluar atau menolok dalam pemutus litar vacuum.
8) penunjuk keadaan pemutus litar ( ON atau OFF ).
9) Penunjuk keadaan spring ( Spring Charged atau Spring Free ).
10) Penunjuk pengira kendalian pemutus litar.
11) Butang pembumian.
12) Butang penutup (ON ) pemutus litar.
13) Butang pelantik ( OFF ) pemutus litar.
14) Tuil interlock.
15) Penunjuk lokasi pemutus litar ( Service atau Isolated ).
16) Penutup pesawat pembumian.
17) Pesawat mengecas spring.
18) Kemudahan mengunci untuk kedudukan ( Service atau Isolated ).
19) Kemudahan mengunci untuk menutup atau pelantik pemutus litar.
b)

Kendalian

Pemutus litar vacuum jenis Aichi boleh dikendali dalam tiga kedudukan iaitu:
1) Perkhidamatan biasa ( Normal Service).
2) Membumi kabel ( Cabel Earth ).
3) Membumi busbar dan kabel ( Busbar and Cabel Earth ).
c)

Kedudukan Perhkidamatan Biasa ( Normal Service )

1) Pemutus litar ditolak masuk ke kedudukan service.


2) Lengan kendalian digunakan untuk mengecas spring pemutus litar tersebut. ( 5-6
pergerakan lengan diperlukan untuk mengecas spring tersebut ).

36

3) Penunjuk keadaan spring akan menunjukkan spring Charged.


4) Butang menutup pemutus litar di tarik untuk menutup ( ON ) pemutus litar tersebut.
5) Penunjuk keadaan pemutus litar akan menunjukkan ON.
6) Penunjuk keadaan spring akan menunjukkan Spring Free.
7) Untuk peringatan iaitu Tuil Interlock mesti ditekan ke bawah dengan kaki semasa
menolak atau pemutus litar.

d)

Pesawat Palam Litar Pendua ( Secondry Circuit Plug )

1) Palam litar pendua mesti dimasukkan dalam pemegangnya sebelum monolak pemutus
litar ke kedudukan service. Jika tidak, pemutus litar tidak boleh ditutup.
2) Bila pemutus litar berada dalam keadaan service palam litar pendua tidak boleh
dikeluarkan dari pemegangnya.
e)

Membumi Kabel

i. Pemutus litar vacuum ditarik keluar ke kedudukan ISOLATED atau pun keluar dari
perkakasuis.
ii. Masukkan lengan pengendalian ke pesawat pembumian setelah penutupnya dialih dan
tolak lengan ke bawah ke kedudukan ON untuk membumi kabel.
f)

Membumi Busbar Dan Kabel

1) Tolak pemutus litar ke kedudukan Service.


2) Tarik butang pembumian dengan satu tangan dengan menggunakan lengan
pengendalian. Kendalain pesawat pembumian ke kedudukan ON.
3) Kemudian tutup (ON) pemutus litar vacuum tersebut dan busbar akan dibumikan
melalui pemutus litar serta suis pembumian.
4) Untuk mengeluarkan pembumian buka (OFF) pemutus litar dengan butang pelantik dan
kemudian kemdalian suis pembumian ke kedudukan OFF.

37

5) Untuk peringatan iaitu untuk membumikan busbar, kabel serta busbar mesti dipotong
bekalannya kerana dengan perkakasuis jenis ini tidak ada kemudahan untuk
membumikan busbar sahaja.

Alatubah Kuasa

Nisbah Pengubah
Di sebuah alatubah sempurna ,nisbah pengubah diantara voltan arus dan bilangan
lilitan adalah seperti berikut:
VP = NP
VS

NS

Di mana ,

38

VP adalah lilitan utama.


VS adalah lilitan pendua.
NP adalah bilangan lilitan di lilitan utama
NS adalah bilangan lilitan di lilitan pendua

Dan ,
KVA (masuk)

KVA (keluar)

VP x IP

VS x IS

VP

IS

VS

IP

Dimana ,
IS adalah arus di lilitan pendua.
IP adalah arus di lilitan utama.
Kesimpulan diantara voltan,arus dan juga bilangan lilitan ialah
VS
VS

IS
IP

NP
NS

4.7 .1 : Alatubah Kuasa ( Prinsip ) ( Power Transformer )


Alatubah kuasa ialah sebuah alat statik arus ulang alik yang di gunakan untuk
mengalih kuasa elektrik dari satu litar yang lain dengan mengubah voltan an arus tetapi
tanpa mengubah frekuensinya. Prinsip kerja alatubah ialah kuasa (power) boleh
dipindahkan secara efektif melalui induksi magnatik dari satu gegelang lilitan kepada yang
lain dengna daya magnetik yang dihasilkan oleh arus ulang alik. Apabila arus ulang alik ini
dihidupkan ke lilitan utama, arus yang mengalir ini membuat teras besi (iron core) menjadi
magnetik. Arus ini mulanya mengalir pada satu arah dan kemudian sebaliknya (arus ulang
alik). Medan magnetik yang dihasilkan mengelilingi seluruh litar mangetik (teras besi) dan

39

menghasilkan (induce) voltan ke litar utama dan pendua kerana kedua-dua ini di sambung
dengan medan magnetik yang sama.
Voltan yang dihasilkan di satu lilitan (per turn) di lilitan utama dan lilitan pendua
adalah sama dan di arah yang sama. Voltan yang dihasilkan di lilitan pendua adalah
bergantung kepada voltan yang dimasukkan pada lilitan utama dan bilangan lilitan pada
lilitan pendua. Oleh kerana voltan di lilitan utama dan lilitan pendua berubah, arus di lilitan
pendua juga turut berubah.
Kuasa ( VA ) = Voltan x

Rajah 4.6 :

Arus

Gambarajah asas Alatubah kuasa.

4.7.2 :Keupayaan Alatubah

Keupayaan alatubah ditafsirkan di dalam KVA atau MVA contohnya 100 KVA, 200
KVA, 1 MVA, 30 MVA dan lain-lain.
Adalah mustahak untuk mengetahui keupayaan alatubah kerana ini dapat
menentukan:
1) Arus maksima di bahagian utama ( primary ) dan pendua ( secondary ).

40

2) Kadar fius yang akan digunakan bahagian utama dan pendua.

Arus Maksima =

KVA x

1000
3

KEUPAYAAN

VOLTAN BAHAGIAN UTAMA ( PRIMARY VOLTAGE )

ALATUBAH
(KVA)
100
200
300
400
500
750
1000
Jadual 4.1 :

KADAR FIUS 11 Kv

KADAR FIUS 6.6 Kv

(Ampiar )
10
20
30
40
50
75
90

( Ampiar )
15
30
50
60
75
125
140

Kadar Fius Voltan Tinggi untuk Gegelang Utama

4.7.3 : Rekabentuk Alatubah Pembahagian

41

Alatubah kuasa ialah satu perkakas elektrik yang boleh mengubah voltan tinggi ke
voltan rendah atau dari voltan rendah ke voltan tinggi. Alatubah yang digunakan untuk
sistem pembahagian biasanya ialah yang mengubah voltan dari voltan tinggi ke voltan
rendah, untuk dialirkan kepada pengguna.
Voltan yang dikeluarkan oleh alatubah pembahagian biasanya ialah 415 Volt 3 fasa.
Biasanya alatubah-alatubah yang digunakan untuk sistem pembahagian mempunyai
kumpulan vektor Dy 11 iaitu dinamakan Delta star.

1) Peti Kabel
Peti kabel adalah tempat di mana voltan tinggi disambung.
2) Gebok Putusan Voltan Tinggi
Ruang ini ialah untuk sambungan lilitan alatubah di tangki utama denga peti kabel.
3) Tangki Konservator
Adalah ruang untuk menyimpan minyak. Ianya menentukan paras minyak tangki
minyak utama. Tangki konservator memastikan tangki utama dipenuhi minyak dan juga
mengurangkan luas. Permukaan minyak bertemu dengan udara dan menyediakan ruang
untuk minyak mengembang apabila panas.
4) Ruang Jangka Suhu
Ruang berupa slinder, berisi minyak alatubah di mana suhu minyak ditangki dapat
diukur.
5) Tolak Paras Minyak
Menunjuk paras minyak di tangki konservator.
6) Injap
Injap di mana aliran minyak dari tangki konservator ke tangki utama dikawal.

42

7) Dehydrating Bresther
Di dalam breather diisikan dengan silica gel ke paras tengah dan dibawahnya
diisikan dengan minyak alatubah. Breather bertugas sebagai sistem penafasan bagi
alatubah. Apabila minyak didalam tangki utama memanas dan mengembang, udara dari
alatubah akan keluar melaluinya dan semasa minyak menyejuk dan menurun, udara
akan masuk melalui Breather. Silica gel didalam Breather ialah untuk
mengeringkan udara lembap yang melaluinya dan masuk ke dalam alatubah. Begitu
juga dengan kegunaan minyak, iaitu supaya udara yang mengandungi air dan habuk
tidak masuk ke dalam tangki utma alatubah. Warna Silica Gel akan bertukar dari biru ke
merah samar setelah beberapa lama bertugas kerana udara yang mengandungi lembapan
melaluinya.
8) Suis Penukar Tap
Suis penukar tap ialah untuk meninggi atau merendahkan voltan yang keluar dari
alatubah. Suis penukar tap ini hanya boleh diputar apabila alatubah telah dimatikan.
9) Pengelak Haba
Pengelak haba digunakan untuk menyejukkan minyak didalam alatubah dengan cara
menyediakan permukaan yang lebih luas untuk megalirkan haba.
10) Pelit Kadar
Pelit yang menunjukkan rajah skematik alatubah serta lain-lain maklumat.
11) Pili Saring Minyak
Tempat di mana contoh minyak boleh diambil untuk diuji penebatannya.

12) Injap Pengering Rendah


Ialah saluran di mana minyak dikeluarkan semasa menukar atau menggantikan minyak
lama dengan minyak baru.

43

13) Bushing Voltan Rendah


Sesumbu dimana bekalan voltan rendah 415 volt 3 fasa di keluarkan dan dibekalkan
kepada pengguna-pengguna. Ianya mempunyai tiga punca untuk fasa dan satu punca
untuk neutral kabel voltan rendah disambung kepada papan pembahagian voltan rendah
melalui sesumbu ini.
14) Tank Cover Lifting Lug
Pemegang untuk mengangkat penutup tangki utama alatubah.
15) Tapak Alatubah
Tapak bawah alatubah untuk menampung alatubah.

16) Haulage Holes


Digunakan untuk menjalankan alatubah dari satu tempat ke satu tempat uyang lain.
17) Punca Pembumian
Punca pembumian tangki alatubah untuk disambungkan ke sistem pembumian di
pencawang.
18) Minyak Alatubah
Minyak di dalam tangki alatubah yang digunakan sebagai bahan penebat di antara
lilitan dan juga badab alatubah. Minyak ini juga berfungsi sebagai bahan untuk
penyejukkan alatubah.

44

Rajah 4.7

: Pandangan alat alatubah pembahagian

4.8 : Senggaraan Pencawang ( Substation Maintenance )


Perkakas elektrik setelah di pasang memerlukan pemeriksaaan dan senggaraan
berkala jika ia dikehendaki beroperasi dengan selamat dan efisyen. Pemeriksaan dan
senggaraan ini di panggil Senggaraan Berjadual. Objektif senggaraan berjadual ini adalah
untuk mencegah berlakunya kerosakan kepada perkakasan dan alatan elektrik yang terlibat.
Dari definasi ini jelas bahawa senggaraan berjadual perlu dilakukan dengan kerap
mengikut program yang di rancang supaya semua aspek seperti kakitangan, pengangkutan
dan peralatan dapat disediakan untuk kerja yang akan dijalankan. Untuk memudahkan lagi
kerja senggaraan ini mungkin dapat dipecahakan mengikut senggaraan tahunan, senggaraan
bulanan dan senggaraan mingguan.

45

Sistem pembahagian dirangkumi pelbagai perkakas dan peralatan seperti kabel


bawah tanah, talian atas, perkakasuis voltan tinggi, alatubah kuasa, papan pembahagian
voltan rendah dan lain-lain. Kesemua yang tersebut di atas memerlukan senggaraan yang
berbeza dan terperinci.
Secara amnya, sistem senggaraan berjadual ini boleh dibahagikan seperti berikut:
a) Senggaraan struktur pencawang dan peralatan yang berkaitan.
b) Senggaraan alatubah.
c) Senggaraan pemutus litar minyak atau pemutus litar hampagas atau unit gegelang utama
dan pengasing.
d) Senggaraan bateri dan pengecas bateri.

4.8.1 :

Senggaraan Struktur Dan Peralatan Yang Berkaitan

Ini melibatkan pemeriksaan secara fizikal dan senggaraan berjadual di


bahagian struktur di dalam pencawang termasuk pagar. Satu senarai semak boleh
disediakan untuk memudahkan kerja-kerja penyemakan.

4.8.2
i)

46

Kawasan Luar
Memotong rumput rampai di sekeliling kawasan pencawang.

ii)

Kerja-kerja pembersihan longkang.

iii)

Papan tanda DI LARANG MASUK dan MERBAHAYA dipamerkan denngan


terang.

iv)

4.8.3

Mangga untuk pintu masuk pencawang.

Kawasan Dalam

i)

Kawasan dalaman pencawang mesti di simpan bersih.

ii)

Tikar getah di letakan di hadapan perkakasuis voltan tinggi dan papan pembahagian
voltan rendah ( untuk pencawang berbangunan ).

iii)

Peparit kabel mesti dipenuhi dengan pasir supaya aitr tidak bertakung dan semua
lubang kemasukan kabel ditutup.

iv)

Pamirkan Shock Card.

v)

Alat pemadam api mesti di dalam keadaan beroperasi dan di periksa selalu oleh pihak
pembekal.

vi)

Semua alatan untuk kendalian perkakasuis mesti di letak di dalam keadaan teratur.

vii) Periksa keadaan jaring di semua pintu dan tingkap.


viii) Periksa semua lampu.
xi)

Papan Pembahagian Voltan Rendah atau kotak fius mesti di periksa untuk memastikan
sambungannya dalam keadaan ketat.

x)

47

Semua tag untuk Feeder dinamakan dengan betul dan jelas.

xi)

Ambil bacaan beban pada semua feeder.

xii) Ambil bacaan voltan.

48

xiii) Periksa semua sambungan pembumian supaya tidak berkarat atau longgar.
xiv) Periksa keadaan bateri dan pengecas bateri.
xv)

Periksa keadaan semua sambungan di antara sel dan di sapu dengan Vaseline.

xvi)

Ambil bacaan ketumpatan bandingan pada semua sel, jika bateri jenis Lead Acid
digunakan. Periksa juga paras electrolyte sel berkenaan.

xvii) Ambil bacaan voltan pada setiap sel.


xviii) Ambil bacaan arus dan voltan pada pengecas bateri. Bacaaan di ambil sebelum dan
sesudah senggaraan bateri dilakukan, dimana suis pemilih di letakkan pada Tickle
Charge dan Quick Charge.

4.9 : Pembumian Pencawang

4.9.1

Pembumian
Pembumian ialah sambungan kepada jisim ( masa ) bumi. Pembumian secara am

merangkumi dua bahagian iaitu pembumian sistem sua pembumian peralatan.

4.9.2

Pembumian Sistem
Pembumian sistem dilakukan untuk sebab-sebab berikut:

a) Mengasingkan sistem apabila berlaku kerosakan.


b) Menghadkan perbezaan potensi diantara pengalir yang tidak bertebat di sesuatu
kawasan.
c) Menghadkan berlakunya voltan berlebihan dalam keadaan berbeza.

49

4.9.3

Pembumian Peralatan
Pembumian peralatan dilakukan untuk satu sebab tertentu iaitu perlindungan kepada

manusia. Apabila peralatan ini dibumikan, ia memberi satu laluan yang kurang rintangan ke
bumi. Ini bermakna jika sesuatu punca yang hidup menyentuh badan peralatan kuasa
elektrik akan mengalir ke bumi dan arus tidak mengalir ke badan sesiapa jika disentuh
peralatan tersebut kerana rintangan badan tinggi daripada rintangan pengalir ke bumi.
1) Kesan Aliran Arus
Charles Dalzied telah membuat kajian tentang kesan aliran arus melalui badan dan
mendapat hanya memerlukan 25 mA untuk membuat jantung berhenti berdenjut. Jika
ketegangan otot di bahagian dada berlanjutan. Seseorang itu mengalami kesesakan
pernafasan. Beliau juga mendapati bahawa badan boleh menerima arus yang tinggi dalam
jangka masa yang pendek dan arus yang kurang bagi jangkamasa yang panjang.
Arus

0.116 / t

2) Jenis Pembumian
i) Pembumian Secara Terus
Dalam Pembumian secara terus, neutral alatubah itu di sambungkan secara terus
kepada sistem Pembumian Utama Pencawang dengan rintangan yang rendah.
Biasanya sistem ini digunakan di dalam Alatubah Pembahagian 11/0.433 Kv.
Kerosakkan ke bumi di dalam sistem ini menyebabkan arus lampu mengalir untuk
membenarkan kegunakan fius kepada sistem pembahagian.
ii) Pembumian Rintangan
Pembumian cara ini digunakan untuk mengurangkan arus lampu kepada bumi.
Sejenis perintang dimasukkan di antara neutral dengan bumi bagi menghadkan arus
itu kepada nilai yang selamat. Cecair di dalam tanngki silinder ialah sodium

50

bikobornat yang dicampuri dengan air suling. Pembumian jenis ini biasa digunakan
dalam Alatubah Pembahagian.

3) Pembumian Peralatan Dan Struktur


Struktur logam dan peralatan seperti tangki latubah dan perkakasuis boleh dicas
melalui induksi. Ia juga boleh dicaskan melalui kerosakan penebatan, bushing dan lain-lain.
Dengan sebab itu semua struktur logam dan peralatan mesti dibumikan.
Secara am, sambungan ke bumi dibuat menggunakan dawai tembaga jalinan
tembaga atau dawai bagi bergalvani SWG 7/10. perhatian mesti diberikan kepada semua
punca sambungan supaya dapat menghindarkan daripada kerosakan mekanikal, sambungan
terbuka dan tidak berkarat, dimana akan mengakibatkan kenaikan nilai rintangan
4) Rangkaian Pembumian
Rangkaian pembumian ialah sambungan dawai besi bergalvani 7/10 yang ditanam
didalam tanah diantara semua elektrod pembumian, struktur logam dan perkakas untuk
mewujudkan satu pembumian sepunya.
5) Kriteria Pembumian
Berikut adalah 4 kriteria pembumian:
i) Jenis Tanah
Tanah jenis kapor, tanah liat, gravek, berbatu, berpasir dan lain-lain boleh
menmpengaruhi nilai rintangan sistem pembumian.
ii) Elektrod
Jenis-jenis elektrod yang biasa digunakan ialah paip besi bergalvani dan rod
tembaga. Kedua-dua jenis elektrod ini didapati berkesan kerana mempunyai ciri-ciri
tersebut:
a) Nilai pengaliran yang tinggi.
b) Rendah nilai rintangan.

51

c) Tidak mudah berkarat.


d) Tahan lasak.
Kedalaman elektrod yang ditanam didapati lebih berkesan daripada garispusat
elektrod. Ini adalah disebabkan kawasan yang diliputi oleh elektrod mempunyai
ruang jumlah rintangan yang menyeluruh.

iii) Pengalir
Pengalir yang digunakan mestilah mempunyai saiz yang mencukupi untuk
membawa arus lampu dan tidak mudah panas dalam apa jua keadaan. Jenis pengalir
yang digunakan ialah dawai bergalvani 7/10 SWG dan dawai tembaga 0.1 in 2
iv) Cuaca
Keadaan cuaca juga di sesuatu kawasan mempengaruhi nilai rintangan pembumian.
Di kawasan yang mempunyai banyak hujan dan lembap akan menghasilkan nilai
yang rendah.

4.9.4 :

Pemasangan Pembumian Di Pencawang

Penerangan
i) Kedudukan Paip Besi Bergalvani
Paip bumi biasanya ditanam di sudut bangunan pencawang dan smbungan paip-paip
adalah dibuat dengan menggunakan dawai besi bergalvani 7/10 SWG atau dawai
tembaga 0.1in2 secara selari.
Jika empat batang paip bumi tidak menghasilkan rintangan bumi yang dikehendaki,
paip tambahan boleh ditanam lagi dan sambungan dibuat pada mana-mana sudut
pencawang yang sesuai. Adalah kurang baik bagi kita menanam paip-paip itu dalam

52

jarak yang terlalu dekat. Ini adalah kerana satu kawasan akan menutupi sebahagian
kawasan rintangan paip-paip yang berlebihan.

Rajah 4.8 :

Gambarajah Kedudukan Paip Bumi.

ii) Kedudukan Rod Tembaga


a) Tanam beberapa dalam yang boleh, tetapi ingatkan bilangan batang rod yang telah
ditanam di satu sudut.
b) Jarak bagi rod pertama ke rod kedua ialah dua kali ganda lebih panjang bagi batang
rog yang telah ditanam.
iii) Cara Sambungan
a) Gunakan bol loyang 12.7 mm x 38 mm untuk membuat logam kepingan pada paip
bumi.
b) Gunakan crossby clip 12.7 mm sambung dawai-dawai pada logam kepingan itu.
c) Jalinan tembaga saiz 1 x1/8 digunakan untuk menyambungan diantara bumi
perkakasuis, alatubah dan papan pembahagian voltan rendah kepada pembumian
utama.
d) paip besi bergalvani yang ditanam ke bumi denga menggunakan tukul besi atau
monkey hammer mestilah 10 kaki dalamnya.

53

e) Crossby Clip ialah untuk menyambungkan diantara dawai galvani dengan elektrod
bumi dan juga dimana dawai temabag dari perkakasuis disambung selari dengan
dawai galvani di elektrod bumi.

iv) Cara-Cara Membuat Sambungan Ke Bumi


a) Brazing
Cara membuat penyambungan dengan menggunakan silver sifos. Cara ini memberi
keteguhan yang baik pada sambungan.
b) Pretining
Juga dikenali bagai sweating. Ini untuk memberi keterusan yang lebih baik apabila
menggunakan bol dan nat. di buat dengan membuat satu lapisan edngan pateri di
tempat penyambungan.
c) Bol and Nat
Cara ini murah dan cepat untuk siap. Tetapi bol dan ant mesti diikat dengan kuat
memberi keterusan yang baik.
d) Soketing
Biasa digunakan di pencawang luar dan selalunya menggunakan dawai besi
bergalvani.

54

Rajah 4.9:

Cara sambungan pembumian pencawang

4.10 : Kabel
Kabel merupakan bahan atau komponen utama yang digunakan untuk
penyambungan dan pembekalan elektrik ke sesuatu kawasan ataupun bahagian yang
dikehendaki. Kabel digunakan bagi menyambungkan bahagian utama ke sub-utama dan
dari sub utama kepada litar akhir atau peralatan atau perkakasan yang menggunakan
elektrik. Terdapat pelbagai jenis, saiz, dan keupayaan kabel yang diguna pakai hari ini,
bergantung kepada keadaan atau faktor-faktor tertentu dan juga keadaan semasa. Kabel ini
terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu kabel voltan tinggi dan kabel voltan rendah.
Kabel voltan tinggi ini mampu membawa beban atau voltan setinggi 11kV dan ke atas
manakala kabel voltan rendah hanya mampu mnembawa voltan setinggi 415V dan ke
bawah. Kegunaan kabel ini bergantung kepada voltan yang diperlukan dan menjadi perkara
utama untuk mengetahui beban yang dikehendaki bagi menentukan kabel yang hendak
dipakai.

55

4.10.1 Komponen utama Kabel


Kabel terdiri daripada dua komponen utama iaitu pengalir dan juga penebat.

4.10.2 Jenis- Jenis dan Saiz Kabel.


Terdapat pelbagai jenis dan saiz kabel yang digunakan oleh TNB dalam
penyambungan dan penghantaran bekalan elektrik kepada pengguna. Semua kabel pada
asasnya adalah sama iaitu mempunyai pengalir untuk membenarkan arus mengalir dan
penebat bagi membataskan pengaliran arus atau mengelak dari arus mengalir serta
melindungi pengalir bagi kabel tersebut. Kabel dibuat mengikut kadaran arus dan voltan
yang boleh dibawa olehnya semasa penghantaran bekalan elektrik. Pada umumnya, kabel
boleh dikelaskan kepada dua iaitu kabel voltan tinggi dan kabel voltan rendah. Berikut ini
merupakan penerangan ringkas jenis dan saiz bagi kabel voltan tinggi dan kabel voltan
rendah. Penerangan ini berdasarkan jadual 1- 4 di muka surat sebelah.

1. Kabel Voltan Rendah.


a. PVC
b. ABC (Arial bundle Cable)
c. BARE AI (Bare Alminium)
Jenis kabel yang terkini dipakai oleh pihak TNB ialah kabel jenis ABC dan kabel
sedia ada adalah PVC dan BARE AI. Kedua-dua kabel ini akan dimansuhkan secara
berperingat-peringkat. Ini kerana pemilihan kabel ABC dalam penggunaan penghantaran
dan pendawaian voltan rendah adalah lebih baik dan selamat berbanding kabel BARE AI
dan PVC. Kabel ABC adalah lebih selamat digunakan kerana sukar berlakunya kerosakan
kerana kabel ini dibaluti penebat pada luarnya. Ini menyebabkan kabel ini sukar rosak atau
pun putus dan juga kerosakan talian ke talian tak akan berlaku berbanding kabel BARE AI
yang mana pangalirnya terdedah kepada luar. Ini mengakibatkan kabel ini mudah rosak,

56

putus seterusnya memudahkan kejadian kerosakan antara dua talian apabila bersentuhan
dan kejadian rosak ke bumi.
ABC juga lebih baik berbanding kabel PVC. Ini kerana walupun bersalut, kabel
PVC tidak menetapkan yang mana kabel hidup, neutral dan juga yang mana kabel bagi
lampu jalan. Ini menyusahkan pekerja untuk memilih yang mana kabel untuk dijadikan
kabel hidup mahupun neutral. Ini mengakibatkan apabila tersalah sambung dan tertukar fasa
hidup dengan hidup atau tertukar fasa dengan neutral pada kabel, akan berlakunya
kerosakan dan mengakibatkan kemusnahan pada kabel itu sendiri dan juga perkakasan
elektrik yang terlibat. Oleh kerana itulah kabel ABC telah dipilih memandangkan kabel ini
telah ditetapkan untuk penggunaannya iaitu berdasarkan saiznya dan label yang diberikan
oleh pengeluar dengan menetapkan sesuatu saiz untuk kabel fasa atau hidup, kabel untuk
neutral dan untuk lampu jalan.

2. Kabel Voltan Tinggi.


a. XLPE (cross Link Poly Etthlyn)
b. PILC (Paper Insulated lead cover)

Kabel voltan tinggi yang digunapakai oleh TNBD pada masa sekarang adalah
XLPE terutamanya melibatkan kerja-kerja pemasangan kabel yang baru. Kabel PILC
adalah kabel sedia ada yang masih digunapakai tetapi tidak melibatkan pemasangan yang
baru. Kabel PILC ini akan diganti dengan kabel XLPE apabila terjadinya kerosakan atau
breakdown. Penggunaan kabel XLPE ini bagi menggantikan kabel PILC ini adalah
memandangkan kabel ini mempunyai banyak kelebihan. Berdasarkan jadual cables rating,
jelas menunjukkan bahawa pada saiz kabel yang sama, kabel XLPE mempunyai kadaran
arus yang lebih tinggi berbanding kabel PILC, oleh itu kabel ini mempunyai keupayaan
membawa beban yang lebih tinggi berbanding kabel PILC. Selain itu, kerja pemasangan
sambungan atau tamatan bagi kabel XLPE adalah lebih mudah berbanding kabel PILC.
Kabel XLPE juga mempunyai keselamatan dan prestasi yang lebih baik berdasarkan bahan

57

dan rekabentuk pembinaannya. Ini dapat dilihat contoh rajah kabel XLPE dalam lampiran
bahagian pembinaan. Penggunaan kabel XLPE juga adalah lebih baik berbanding kabel
PILC kerana kabel ini lebih mudah dan selamat apabila digunakan sebagai kabel talian atas
over head untuk penghantaran voltan tinggi.

4.10.3 Langkah-Langkah Keselamatan Ketika Memgendalikan Kabel.


Beberapa langkah perlu diambil semasa kerja-kerja mengendalikan kabel seperti
ketika mengangkat kabel, membuat pemasangan dan tamatan. Kabel yang dikeluarkan dari
kilang pengeluaran biasanya telah diuji terlebih dahulu sebelum dikeluarkan. Ini bagi
menjamin mutu dan prestasi kabel agar ia tidak mendatangkan sebarang masalah kepada
penggunaannya kelak. Tetapi jika kabel ini tidak menuruskannya dengan dan berhati-hati,
ianya boleh mendatangkan masalah dan mudah rosak serta tidak boleh digunakan.
Kabel hendahlah dibuka dengan berhati-hati ketika memulakan kerja seperi
membuka dari penggulungnya iaitu gelungan kayu. Kabel ini hendaahlah dibuka dengan
mengelakkan dari terkena benda-benda tajam dan keras agar tidak terluka. Sekiranya
sesuatu kabel dipotong dan sebelum dipasang kepada sesuatu peranti atau peralatan elektrik,
hujung kabel yang dipotong tersebut hendaklah dibaluti dengan segera agar penebat dan
pengalirnya tidak rosak dan tidak dipengaruhi faktor luaran seperi dimasuki air.
Satu lagi perkara yang mesti dititikberatkan ialah ketika mahu membengkokkan
kabel sewaktu kerja mengendalikan kabel dijalankan. Membengkokkan kabel tidak perlu
dilakukan berhampiran dengan kotak tamatan. Kabel akan mudah rosak jika garis pusat
pembengkokkan itu adalah kecil. Dalam kerja-kerja pemasangan kabel, bengkokkan kabel
pada susdut-sudut tertentu mestilah dibuat dengan garis pusat sebesar mungkin. Ini bagi
mengurangkan tekanan pada kabel tersebut dan mengekalkan kelegaan kabel tersebut.
Bengkokan kabel dengan garis pusat yang kecil akan menyebabkan kerosakan pada
penebat, pengalir dan perisai perlindungan kabel tersebut.

58

4.10.4 Membuat Tamatan dan Penyambungan Kabel.


Tamatan dan penyambungan kabel adalah proses yang amat penting bagi
memastikan keterusan, kesempurnaan penebatan atau pengalir dan keterusan perisai
perlindungan terus kekal prestasi dan keupayaannya. Ini penting kerana agar kabel dapat
membawa arus beban yang telah dikadarkan dan juga nilai arus yang terhasil apabila
berlaku kerosakan ataupun litar pintas. Kerja ini juga amat penting bagi menggelakkan dari
mudahnya berlaku kerosakan pada kabel sekaligus breakdown atau gangguan bekalan
eletrik mudah terjadi. Contohnya ialah semasa kerja tamatan dan penyambungan antara
kabel bagi kabel bawah tanah iaitu biasanya kabel voltan tinggi. Kerja ini penting bagi
memastikan penyambungan dan tamatan yang dibuat tahan dari masalah gegaran atau
perubahan struktur tanah yan menyebabkan kabel tersebut mudah terluka ataupun rosak.
Ianya juga amat penting agar kabel tidak mudah dimasuki air sehingga kabel shock
ataupun sebagainya. Kerja ini juga amat penting agar tahan dari faktor-faktor cuaca seperti
hujan yang memudahkan kabel dimasuki air seperti yang dinyatakan tadi. Selain hujan suhu
yang amat tinggi atau keadaan persekitaran yang panas juga boleh mengakibatkan kabel
mudah pecah ataupun terluka. Kesan ini semua adalah penting dan mesti dititikberatkan
semasa kerja tamatan dan penyambungan kabel dijalankan.

4.10.5 Pengujian Kabel


Kabel yang dipasang ataupun yang digunakan oleh TNB dalam penghantaran atau
pengagihan bekalan elektrik mestilah diuji bagi memastikan kabel tersebut betul- betul
berada pada prestasi yang sempurna dan tidak berlaku sebarang kerosakan mahupun berada
dalam keadaan yang tidak memuaskan. Diantara ujian yang dimaksudkan ialah :

59

1. Insulation Test (ujian penebatan).


Ujian ini dijalankan menggunakan peralatan yang dipanggil Megger . Ujian ini
adalah untuk mengukur tahap kekuatan penebat bagi sesuatu kabel dengan melihat
rintangan yang dihasilkan melalui alat tersebut (megger). Untuk mengenalpasti kabel
tersebut betul-betul baik, rintangan yang terhasil semasa ujian ini dijalankan mestilah
melebihi 100M. Megger ini mempunyai 2 terminal E dan L, 1 pemilih suis dan 2 sekil.
Sekil yang dimaksudkan ialah sekil untuk Megaohm dan ohm. Sebelum sebarang ujian pada
kabel dijalakan, pemilihan sekil mestilah betul agar bacaan sebenar boleh diperolehi dan
suis pemilih juga harus ditetapkan. Suis pemilih ini adalah jumlah voltan yang hendak
disuntik semasa ujian dijalankan. Semasa ujian dijalankan, terminal E mestilah dibumikan
dan terminal L disambung pada pengalir kabel. Pemilihan voltan juga hendaklah
berkesesuaian dengan kabel yang hendak diuji. Prestasi penebatan kabel juga boleh dilihat
dengan mengambil bacaan arus bocor yang berlaku pada kabel semasa ujian penebatan
dijalankan. Sekiranya arus tinggi terhasil, ini bermakna kabel itu gagal berada dalam
prestasi yang dikehendaki.

2. Continuity Test (ujian keterusan.).


Ujian keterusan dijalankan bagi memastikan pengalir kabel berada dalam keadaan
yang baik. Ujian ini juga dijalankan dengan menggunakan Megger. Untuk mengetahui
kabel ini mempunyai pengalir yang baik, rintangan yang terhasil mestilah kecil sehingga
bacaan sifar atau 0. Apabila bacaan tanpa rintangan, ianya menunjukkan bahawa pengalir
pada kabel tersebut tidak berintangan yang boleh mengganggu pengaliran arus. Apabila
rintangan tinggi terhasil kabel ini tidak berada pada prestasi yang baik kerana wujudnya
masalah pada pengalit tersebut. Semasa ujian ini dijalankan, kedua-dua hujung pada sesuatu
kabel disambung dengan kedua-dua terminal Megger tersebut
3. Phasing Test ( ujian fasa).

60

Ujian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti sambungan fasa yang
betul bagi setiap penyambungan kabel, tidak kira semasa tamatan atau sambungan. Ujian ini
dijalankan dengan menggunakan Phasing Indicator atau penunjuk fasa.

BAB 5 : PERANCANG
61

5.1 : Pengenalan
Perancang merupakan bahagian yang bertanggungjawab menguruskan sesuatu
projek permohonan bekalan elektrik yang baru ataupun projek yang melibatkan
meningkatkan atau upgrade sesuatu bekalan elektrik sedia ada. Secara umumnya, perkara
atau kerja yang terlibat dalam bahagian ini ialah membuat surat-surat yang berkaitan
dengan pembekalan projek baru atau meningkatkat bekalan sedia ada untuk diberikan
kepada pihak yang terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran atau
Daerah, Syarikat Telekom Malaysia Berhad ataupun kontraktor iaitu pemaju bagi sesuatu
projek yang berkaitan.
Juruteknik yang terlibat juga membuat lawatan ke tapak projek bekalan berkenaan
dan akan memikirkan kaedah pengambilan bekalan elektrik samada daripada pencawang
elektrik atau tiang elektrik sedia ada yang paling hampir atau pun memerlukan pencawang
baru. Ini bergantung kepada total connection load(TCL) dan maximum demand (MD)
yang berkaitan dengan projek berkenaan serta beban yang ditanggung pada pencawang
yang berhampiran.
Semasa peninjauan dan lawatan yang dijalankan, juruteknik terlibat juga
bertanggungjawab membuat anggaran atau estimate bagi projek tersebut iaitu kos yang
terpaksa dibayar oleh pengguna atau pemaju terlibat dan kos yang terpaksa dikeluarkan oleh
TNB. Setelah kos yang terlibat ini diketahui, penyediaan borang kerja modal mestilah
dilaksanakan oleh juruteknik terbabit sebelum diluluskan oleh eksekutif bahagian
perancang.
Bagi projek yang dijalankan ini, pelukis pelan iaitu bahagain CAD akan membuat
pelan cadangan skematik untuk pembekalan kepada pengguna. Jika sesuatu

projek

memerlukan pencawang elektrik yang baru, juruteknik atau wakil dari bahagian perancang
akan membuat pemeriksaan (checklist) pencawang serta sebarang kerja-kerja dengan
penyerahan pencawang kepada TNB.

62

5.2 : Lawatan dan Jangkaan (estimate) di Tapak Projek


Apabila menerima projek baru, wakil TNBD akan membuat lawatan dan peninjauan
terlebih dahulu di kawasan berkenaan bagi memudahkan kerja-kerja memberi bekalan
kepada pengguna. Semasa di tapak projek, wakil TNBD seperti juruteknik atau pomen akan
melakukan perkara seperti di bawah:
a) Melihat tapak projek dan kawasan sekitarmya bagi memudahkan penanaman tiang
yang di perlukan.
b) Mencari punca bekalan elektrik yang hendak kepada tersebut seperti mencari
pencawang elektrik yang terdekat atau mencari tiang elektrik yang sedia ada.
c) Membuat lakaran atau pelan yang kecil daripada pencawang elektrik yang terdekat
ke tapak projek.
Bagi sesuatu projek yang memerlukan bekalan elektrik atau beban yang tinggi,
maka ia seharusnya membina pencawang elektrik yang baru di tapak projek tersebut.
Pembinaan pencawang elektrik yang baru ini dibuat oleh pihak pemaju atau kontraktor
projek berkenaan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak TNB.
Apabila ia siap sepenuhnya, pihak TNB akan membuat pemeriksaan sepenuhnya
dan beberapa perkara perlu dilakukan oleh pekerja TNB ialah :a) Memerhati dan meneliti pencawang elektrik baru sama ada mengikut pelan dan
prosidur yang di kehendaki oleh pihak TNB ataupun tidak.
b) Membuat perbincangan dengan pihak yang terlibat mengenai pembinaan
pencawang tersebut sama ada menepati apa yang dikehendaki atau tidak.
c) Membuat checklist pencawang setelah memeriksa dan meneliti pencawang
tersebut. ( Lampiran checklist PE )

63

d) Membuat surat komen mengenai pencawang elektrik tersebut.

GAMBAR BERSAMA KONTRAKTOR DAN TNB

64

PENCAWANG YANG BARU DISERAH KUNCI

5.2.1 : Pengiraan Berapa Amp (Arus) yang perlu berdasarkan beban pengguna.
Tujuan pengiraan ini dibuat adalah untuk membuat anggaran iaitu estimate bagi
setiap projek yang ingin dijalankan setelah kerja-kerja lawatan dijalankan oleh pihak TNBD
di tapak projek. Pengiraan ini adalah berdasarkan beban yang mungkin terlibat dalam
projek terbabit dan anggaran beban ini mestilah disediakan oleh pihak pemaju atau
kontraktor bagi projek tersebut. Pengiraan tersebut adalah mengikut formula berikut:
I (arus) = MD/ 0.61
di mana MD ialah maximum demand (kehendak maksimum)
P = VI KOS ,
KOS ialah 0.85 iaitu standard yang dipakai oleh TNB.
P ialah maximum demand.

65

Pengiraan arus ini adalah penentu bagi sesuatu projek samada memerlukan
pencawang elektrik yang baru atau mengcukupi dengan sumber bekalan sedia ada seperti
tiang atau pun dari pencawang elektrik berdekatan. Arus dari bekalan sedia ada mestilah
diukur dan dibandingkan dengan arus yang dikira melalui maximum demand. Sekiranya
arus beban baru ini iaitu maximum demand tersebut adalah hampir atau kurang dari 50%
dari arus bekalan sedia ada, ini bermaksud arus bekalan sedia ada ini boleh diambil sebagai
punca bekalan kepada projek tersebut dan sekiranya melebihi 50%, ini bermakna PE baru
diperlukan.
Pemaju mestilah mengemukakan MD atau TCL ( total connection load) iaitu jumlah
sambungan beban iaitu jumlah sambungan beban yang dipakai bagi semua pengguna
terlibat dalam satu masa. MD boleh diperolehi dari TCL jikalau pemaju tidak memberi MD
semasa mengemukakan permohonan bekalan iaitu dengan menggunakan formula yang
ditetapkan oleh TNB
MD = TCL X faktor kepelbagaian (ditetapkan oleh TNB)

5.3 : Kaedah Permohonan Bekalan Elektrik


a. Penerimaan surat permohonan bekalan elektrik daripada pemunya projek.
Mengandungi :-

66

i.

Pelan lokasi bersekil

ii.

Pelan tatatur pembangunan bersekil

iii.

Rajah skematik papan suis utama

iv.

Tarikh sasaran bekalan elektrik diperlukan

v.

Nilai MD dan TCL bagi yang baru dan lama

vi.

Nama, alamat, no. telefon, dan faks pemunya projek

vii.

Kaedah penyambungan

viii.

Makluman kepada TNB bagi % pembinaan bangunan, jalan, dan bilik


pencawang tersebut dari semasa ke semasa.

b. Membuat anggaran ( estimate ) dan pemeriksaan.


i.

Ambil bacaan beban talian atas bagi siang dan malam pada talian atas yang
berhampiran dengan kawasan tersebut.

ii.

Buat pengiraan sama ada perlukan P/E atau tidak.


Jika perlu :
i.

Hantar surat bagi pembinaan P/E yang baru.

ii.

Buat pemeriksaan terhadap P/E yang baru dari semasa ke semasa ( ikut
spesifikasi TNB )

iii.

Buat anggaran kaedah / jarak pemasangan talian yang hendak di gunakan.

iv.

Lakarkan pelan rajah skematik projek tersebut.

Jika tidak perlu :


i.

Buat anggaran kaedah / jarak pemasangan talian yang hendak di gunakan.

ii.

Lakarkan pelan rajah skematik projek tersebut.

c. Buat laporan BKKM.


i.

Jika ada P/E :

ii.

Hantar ke bahagian autocad untuk lukis rajah skematik bagi kawasan


tersebut.

67

iii.

Jika terlibat, majukan cadangan teknik daerah.

iv.

Hantar surat cas sambungan kepada pemunya projek.

v.

Hantar surat kelulusan projek tersebut kepada bahagian pembinaan bagi


tindakan

selanjutnya.

BAB 6 : BAHAGIAN PERLINDUNGAN 33 kV

6.1 : Pengenalan

68

Tujuan sistem perlindungan ini dijalankan adalah bagi memastikan sistem kuasa dan
pengagihan bekalan elektrik dalam TNB boleh beroperasi dengan baik, sempurna dan
selamat kepada pengguna, orang awam, kakitangan dan semua sistem yang terlibat
termasuklah dari segi peralatan atau komponen yang terbabit. Perlindungan juga adalah
bertujuan untuk mengelakkan secepat mungkin dan meminimumkan kerosakan.
Prinsip Asas Sistem Perlindungan.
Pemutus
Litar

Rajah 6.1 :

Pengubah
Arus

Komponen Asas Dalam Sistem Perlindungan.

Geganti

Berdasarkan rajah tersebut prinsip kendalian dalam sistem perlindungan ialah


Pengubah arus (Current Transfomer) mengukur arus yang melaluinya dan menukarkannya
kepada arus sekunder dan menghantarnya kepada geganti (relay), apabila arus yang diukur
tadi melebihi arus yang diset pada relay, relay akan trip atau belantik seterusnya menghantar
isyarat kepada pemutus litar. Pemutus litar pula akan trip untuk memutuskan litar bagi
mengasingkan kerosakan yang berlaku.

6.2 : Komponen Atau Peralatan Yang Terbabit Dalam

Sistem

Perlindungan
Peralatan yang paling penting dan terlibat dalam sistem perlindungan ialah Current
Transfomer (CT) iaitu Pengubah Arus, Relay iaitu Geganti

dan Circuit Breaker

Pemutus Litar. Dalam bahagian ini, penerangan adalah berkaitan CT dan Relay sahaja
memandangan bahagian perlindungan ini hanya melibatkan dua komponen ini sahaja.

69

Pemutus Litar tidak akan diterangkan memandangkan ianya adalah dibawah penyeliaan
atau penguasaan TNBT (TNB Transmission). Oleh itu segala masalah dan penyenggaraan
pemutus litar adalah diuruskan oleh TNBT dan bukannya di bahagian TNBD.

6.2.1 : Pengubah Arus (CT)

CT secara asasnya berfungsi untuk pengukuran dan perlindungan. CT akan


merendahkan arus bagi mengukur arus tinggi dan disambung pada relay bagi litar
perlindungan. Dalam system, CT akan menurun atau menukarkan arus dari tinggi (primary)
kepada arus kecil (secondary). CT penting bagi menghasilkan arus sekunder daripada arus
primer semasa arus primer melalui CT. Tujuan menghasilkan arus yang kecil adalah untuk
penggunaan relay yang kecil dalam system yang bertujuan untuk menjimatkan kos,saiz
komponen dan ruang yang terlibat.CT terdiri daripada dua belitan iaitu
i.

Belitan Utama (primary Winding)- belitan sedikit dengan conductor atau


dawai pengalir yang kasar atau besar.

ii.

Belitan Sekunder (secondary Winding)- belitan banyak dengan dawai


pengalir yang halus.

Terdapat 3 jenis CT iaitu


i.

Gelang (ring type)

ii.

Belitan Utama Bar (Bar Primary Type)

iii.

Belitan Utama Wound (Wound Primary Type)

Tiap-tiap CT mempunyai ratio atau nisbah. Contohnya 400/5. Nisbah ini bermaksud
arus primary 400A dan arus sekunder 5A atau ringkasnya nisbah CT dari 400 kepada 5. CT
mempunyai dua saiz saja yang bergantung kepada arus sekunder iaitu 5A dan 1A. Saiz yang
digunakan ini adalah bergantung kepada penggunaan relay.

70

6.2.2 : Kelas CT
Kelas CT yang diguna pakai oleh TNB dalam perlindungan ialah
i.

5P10

ii.

5P20

iii.

10P10

Berdasarkan kelas tersebut, nombor pertama iaitu 5 dan 10, adalah petunjuk bagi
ralat yang boleh berlaku ke atas CT dan ianya telah ditetapkan oleh pengeluar.

Ralat bagi arus terkadar (rated current) ialah arus yang sepatutnya CT kendali
mengikut ratio iaitu arus promer yang ditetapkan tetapi berlaku ralat. Composite error pula
ialah ralat yang disebabkan oleh CT itu sendiri iaitu ralat bahan atau pembinaannya.
Dari jenis kelas itu juga, P pula bermaksud Protection iaiti CT yang diguna untuk
perlindungan dalam sesuatu sitem kuasa atau elektrik. Nombor ke tiga iaitu 10 atau 20
dikenali sebagai factor tepu (saturation factor). Faktor ini digunakan sebagai pengukur
untuk had ketepatan bagi CT. Ketepatan CT mesti mengikut gandaan arus utama mengalir
iaitu 10 atau 20 darab (X) ganda arus utama atau pimer. Apabila arus primer melebihi had
ketepatan ini, CT ini akan out iaitu tidak akan memberi bacaan yang betul atau tepat.

6.2.3 : Burden
Burden ialah beban yang ditanggung oleh CT, contohnya relay, pendawaian atau
peralatan dan diukur dalam unit VA. Pengiraan burden adalah berdasarkan rumus berikut:
VA = IZ.

71

Semakin tinggi burden, ketepatan CT semakin kurang. CT mestilah mengandungi


beban VA iaitu kurang dari kadaran beban VA dan factor tepunya tidak boleh lebih dari CT
yang telah ditetapkan. Oleh itu, untuk memastikan CT beroperasi dalam ketepatahn yang
tinggi, burden mestilah dikurangkan, contohnya dengan menurangkan beban seperti
mengurangkan pendawaian. Tujuan burden ini dikira atau dinilai ialah untuk menentukan
kesesuaian penggunaan CT dengan relay. Contohnyarelay 5A mungkin tidak beroperasi
jikalau dipasang jauh dari CT. Ini kerana burden yang dikira tinggi dan rintangan yang kecil
terhasil. Bila rintangan ini kecil, ianya tidak berkesesuaian untuk relay yang digunakan.

6.2.4 : Geganti (Relay)


Geganti ialah peranti yang menerima arus dari CT yang bertindak untuk trip atau
belantikyang bergantung kepada arus yang diset dan arus yang melalui bahagian primer CT.
Apabila arus melebihi arus yang diset pada geganti, relay atau geganti ini akan trip bagi
menghantar isyarat kepada pemutus litar untuk belantik bagi memutuskan litar bagi
mengasingkan kerosakan. 2 jenis relay yang diguna pakai dalam TNB ialah earth fault relay
(geganti rosak ke bumi) dan over current relay (geganti lebihan arus).
Terdapat 3 jenis rekabentuk dan binaan relay iaitu
i.

Kutub Tunggal

ii.

Kutub Tiga Tegak

iii.

Kutub Tiga Mendatar

Ianya menunjukkan komponen asas dalam relay dan nama komponen yang terlibat
dengan pembinaannya.
Geganti IDMT (Inverse Definite Minimum Time lag) Geganti Arus Lebih Masa
Minimum Terhad.

72

Ciri- ciri geganti IDMT boleh dilihat berdasarkan graf ciri masa melawan arus
geganti IDMT seperti yang ditunjukkan graf . Berdasarkan graf ini, makin tinggi arus rosak,
makin cepat masa geganti beroperasi. Ini boleh juga dibuktikan melalui formula dibawah.
t0

0.14
IF

I Set

TSM

0.02

Berdasarkan formula ini juga jelas menunjukkan apabila arus rosak meningkat,
masa geganti operasi turut bertambah iaitu makin cepat. Berdasarkan formula tersebut :
t 0 = masa geganti beroperasi untuk trip iaitu untuk menghantar isyarat agar

pemutus litar bertindak.


I F = Arus Rosak.

I Set = Arus yang disetkan pada geganti.

TSM = Pendarab Setan Masa iaitu masa kendalian geganti.


Pihak TNB mengesetkan geganti yang diguna pakai dalam sistem adalah
berdasarkan formula diatas. Pengesetan arus geganti over current (O/C) dan geganti
earth fault (E/F) adalah berbeza. Arus yang diset pada geganti O/C adalah lebih tinggi
dari geganti E/F. Ini kerana untuk meningkatkan kepekaan geganti E/F, pengesetan arus
mesti rendah bagi meningkatkan masa relay beroperasi. Kepekaan relay atau geganti E/F
perlu tinggi kerana arus rosak yang berpunca dari rosak kebumi lebih rendah berbanding
kerosakan lebihan arus.

6.3 : PENGENALAN TALIAN ATAS 33KV

73

1. Tiang
Tiang keluli digunakan untuk menyokong pengalir, penebat dawai bumi,palang
pengalir dan juga lain-lain bahan pepasangan talian yang diperlukan.
2. Penebat
Samada menggunakan penebat pin atau set penebat gantungan (penebat cakera)
3. Dawai bumi
Dawai keluli galvanis digunakan sebagai dawai bumi. Ia direntang atas dawai
pengalir bertujuan untuk melindungi pengalir daripada penahan kilat.

4. Palang pengalir
Palang pengalir digunakan untuk menyokong pengalir 3 fasa.
5. Bingkai dawai bumi
Bingkai ini digunakan untuk menyokong dawai bumi.

74

6. Saiz-saiz tiang
Terdapat 4 saiz tiang:-

75

10500 x 168.3 x 139.7 x 114.4mm

1200 x 193.7 x 168.3 x 139.7mm

1200 x 219.1 x 193.7 x 168.3mm

13500 x 193.7 x 168.3 x 139.7mm

MELARASKAN KEDUDUKAN TIANG PEMBAHAGIAN

Semasa meneyelaraskan tiang-H perkara berikut perlu diperiksa:

Kedua-dua titik tengah tiang berada di garisan pembahagi

Garisan talian mestilah berada di tengah tiang-H (titik tengah tiang berada pada
jarak 914.5mm dari pancang tengah).

Kedua-dua tiang berada pada ars yang sama.

Kedua-dua batang tiang berada dalam keadaan tegak.

MELARASKAN KEDUDUKAN TIANG DI GARISAN PEMBAHAGI

Untuk melihat kelurusan tiang di atas garisan pembahagi, rentang benang pada pancang
yang selari dengan garisan pembahagi pada jarak setengah garis pusat luar sarung
perlindung bumi. Alihkan tiang sehingga bahagian luar sarong pelindung bumi
menyentuh benang.

MENDAPATKAN KEDUDUKAN TENGAH TIANG-H

Untuk mendapatkan kedudukan tengah tiang-H,alihkan tiang tersebut supaya jarak paku
diatas pancang tengah ketepi kedua-dua tiang berada pada jarak yang sama (914.5D/2)mm dimana D adalah garispusat luar sarong pelindung bumi.

76

MENGARASKAN TIANG

Untuk mengaraskan tiang letakkan tanda di setiap tiang pada ukuran sama daripada
palang pengalir. Tiang tersebut hendaklah diselaraskan supaya kedua-dua tanda tersebut
berada di aras yang sama. Ini boleh juga dilakukan dengan bantuan alat ukur aras
level atau pun tiub plastik yang diisi air.

TEGAK TIANG

Tali pandu hendaklah diselaraskan supaya tiang boleh dipasti tegak dengan
menggunakan tali batu plumbum atau alat timbang air.

MENYELARASKAN TIANG SUDUT DAN TIANG TAMATAN

Tiang-H sudut dan tamatan ditempatkan sama seperti tiang-H pembahagian, kecuali
tiang sudut didirikan condong kebelakang lebih kurang 150mm terkeluar daripada tegak
pasti sebelum merentang.
Tiang tamatan juga perlu dicondongkan kebelakang 150mm daripada talian. Ini
memboleh sedikit ruangan pergerakan untuk tiang dan umbang semasa tegangan
dilakukan.

77

KERJA-KERJA SENGGARAAN TALIAN ATAS VOLTAN TINGGI

Senggaraan talian atas terbahagi kepada dua;


1. Rondaan
2. Senggaraan
Rondaan
Rondaan rentis

Rondaan dijadualkan tiap-tiap bulan supaya bagi setiap talian dan rentis berada dalam
keadaan baik. Rentis diperiksa sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Rondaan talian
Kekerapan

Talian voltan tinggi dironda sekali bagi setiap 3 bulan dengan melihat semua penebat
dari paras tanah
Pemeriksaan yang teliti pada semua penyokong dan umbang hendaklah dilakukan
setahun sekali
Kerja-kerja logam yang terdapat di dalam tanah dan bukan di dalam konkrit hendaklah
diuji daripada hakisan di bhagian bawahnya dalam tempoh 2 tahun sekali

78

Pekerja rondaan

Pekerja rondaan menjalankan tugas rondaan biasanya merupakan pemasang talian yang
berpengalaman, dapat mengenal tanda-tanda sebarang bahagian yang ketinggalan pada
penebat, pengalair atau lain-lain bahan pemasangan.
Mereka perlu mencatitkan segala kemungkinan yang menyebabkan terjadinya kesankesan terhadap keupayaan kendalian litar.

PERKARA-PERKARA YANG DITITIKBERATKAN SEMASA RONDAAN TALIAN

Perhatian hendaklah diberi kepada perkara-perkara berikut:


a) Penebat
Perhatikan tanda-tanda arka atau lain-lain kerosakan disebabkan oleh lontaran
batu atau tembakan peluru. Penebat kaca akan hancur dan penebat tembikar
akan retak, periksa tanduk arka yang
gantungan yang tidak lurus(tegak).

79

longgar dan ambil catitan penebat

b) Pengalir dan dawai bumi

Periksa pengalir bebas daripada dawai atau benang yang tergantung misalnya
benang layang-layang dimana mungkin hingga ke paras tanah. Keadaan ini
MERBAHAYA pada cuaca lembap.
Perhatikan kepada lembar yang putus atau gumpalan pada pengalir. Keadaan ini
akan menunjukkan tanda karat pada pengalir. Ambil catitan keadaan dawai bumi
dan pengalir.

80

c) Kenduran pengalir

81

Ambil catitan sebarang kenduran yang berlebihan dengan menggunakan


highmeter.

d) Kelegaan pengalir
Kelegaan kebumi, bangunan dan sebagainya mestilah diambil catitan.

e) Tiang,umbang,dan bahan pepasangan

82

Perhatikan kepada tiang dan umbang yang berkarat dan ambil catitan sekiranya
karat meresap kedalam. Teropong kembar hendaklah digunakan untuk
memeriksa semua bahan-bahan pepasangan diatas tiang .

f) Penghalang memanjat dan notis bahaya


Penghalang dan notis hendaklah dalam keadaan baik. Membuat pemerhatian
ketas lembar yang yang putus dan kendur pada kawat berduri. Pastikan plat
BAHAYA dapat dibaca dengan mudah.
g) Pokok kayu
Buat pemerhatian terhadap pokok kayu yang merbahaya dimana mungkin
tumbang menimpa talian. Semak(belukar) yang terdapat dibawah talian tidak
dibenarkan membesar melebihi ketinggian 2.4 m (8ft)
h) Bangunan dan rentis
Laporkan dengan segera sebarang pembinaan rumah tanpa kebenaran dalam
kawasan rentis.

i) Laluan tengah rentis


Ambil catitan keadaan rentis untuk mengesahkan bahagian laluan dengan rentis
tengah 1.8m (6ft) boleh dimasuki serta merta semasa kecemasan.

83

SENGGARAAN TAHUNAN
Kerja-kerja yang terlibat meliputi perkara-perkara seperti berikut:a) Mengecat tiang
b) Menukar penebat pecah
c) Pemeriksaan keatas peralatan seperti dawai bumi, pencekam gantungan dan lainlain lagi.

6.4 : PENGALIR TALIAN SEHINGGA 33Kv


Jenis-jenis pengalir
Pengalir yang digunakan ialah:a. Tembaga tarik kuat ( hard drawn cooper )
b. Silmalec
Simalec ialah bahan logam campuran daripada aluminium, magnesium dan silicon

84

simalec
Saiz dan lembar pengalir tembaga tarik kuat

Saiz dan lembar pengalir tembaga tarik kuat yang didapati diterangkan seperti berikut:
Keluasan sebenar inc2
0.15
0.1
0.075
0.05
0.125
No.6 SWG
No.8 SWG

Bilangan lembar & garis pusat pengalir


7/0.166
7/0.136
7/0.116
3/0.147
3/0.104
1/0.192
1/0.60

Saiz dan lembar pengalir silmalec


Saiz dan pengalir yang didapati diterangkan seperti berikut:
Kelulusan sebenar
150mm2
100mm2

Bilangan lembar & Kod nama


garispusat
pengalir
(mm)
19/3.47
Ash
7/4.65
Oak

Persamaan
tembaga

pengalir

0.15inc2
0.10 inc2

Keupayaan membawa
Keupayaan membawa arus untuk pengalir diberikan dijadual dibawah. Kadar keupayaan dikira
pada suhu udara 950F dengan tiupan angin 1b.s.j.
Saiz
7/2.00mm (7/14 SWG)
7/2.65mm (7/12 SWG)
7/2.00mm (7/14 SWG)
7/2.65mm (7/12 SWG)

85

Grade / kualiti
700 / 45 ton
700 / 45 ton
1150 / 70 ton
1150 / 70 ton

Penggunaanya
Dawai keluli galvanis grade 700 digunakan pada talian tembaga dan dawai keluli grade 1150
untuk silmalec.
Pemasangan satu atau dua dawai bumi
Pada amnya talian dibina denan satu dawai bumi. Dua dawai bumi digunakan mengikut pada
keadaan-keadaan di bawah;
i.

Pada talian tugas berat apabila kerosakan menuju ke pencawang

ii.

Di kawasan di mana aras kerosakan ke bumi tinggi.

iii.

Di antara tiang jarak jauh

86

ANTARA AKTIVITI YANG TELAH DILAKUKAN

87

88

BAB 7 :KENDALIAN DAN SENGGARAAN

7.1 : Pengenalan
Senggaraan adalah bahagian penjanaan (Maintenance) atau melakukan kerja
baik pulih, pembinaan projek baru, pengawalan kawasan-kawasan talian serta berbagaibagai kerja yang berkaitan di sekeliling kita.
Bahagian senggaraan sekarang ini boleh dikatakan senang dari dahulu. Tidak
susah atau seteruk dahulu jika hendak dibandingkan dengan sekarang. Ia adalah
disebabkan apabila LLN telah diswastakan maka sekarang dipanggilkan TNB dimana
telah banyak perubahan yang telah dilakukan oleh TNB. Ini adalah untuk kemudahan
dan keselesaan kepada kakitangan TNB.

89

Kontraktor-kontraktor Bumiputra telah ditawarkan kerja yang dahulunya


dilakukan oleh pihak TNB seperti merentang kabel 3 X 185 + 120 + 16 ABC dan
memasang meter-meter di kawasan perumahan dan banyak lagi. Kontraktor-kontraktor
ini adalah yang berdaftar dengan TNB sahaja. Dahulunya kerja-kerja TNB ini adalah
menanam tiang dan menyelenggarakan talian-talian yang merentangi jalan raya dan
rumah-rumah pengguna. Tetapi sekarang, ianya telah dilakukan oleh kontraktorkontraktor yang berdaftar ini dengan dibantu oleh pihak TNB.
Tugas-tugas senggaraan ini semakin mudah apabila ianya, dilakukan dengan
semangat kumpulan yang dijadikan satu tradisi dari dahulu lagi. Kumpulan yang
melibatkan 7 hingga 10 orang pekerja bagi satu lori sudah cukup meringankan bagi
kerja-kerja dan dilakukan. Memang wajarlah pada dahulunya LLN ini adalah satu badan
kerajaan dan ditukarkan kepada badan berkanun iaitu TNB sekarang ini.
Kumpulan-kumpulan ini sekarang hanya ditugaskan menjaga dan melakukan
kerja baik pulih serta membuat satu pembaharuan bagi kemudahan penggunaan tenaga
elektrik tidak kira samada pengguna kediaman mahupun kilang-kilang.
Di TNB Kuala Terengganu ini, hanya 2 buah lori sahaja yang digunakan bagi
kerja-kerja senggaraan ini dengan melibatkan 14 orang pekerja dengan termasuk
seorang Incharge (ketua) bagi tiap-tiap kumpulan. 2 orang pomen di bahagian
senggaraan sahaja yang dikhaskan untuk mengarahkan ketua-ketua kumpulan ini
melakukan kerja-kerja pada hari tersebut dan hari-hari berikutnya.
Kerja-kerja yang dilakukan oleh bahagian senggaraan adalah kerja-kerja yang
berkaitan dengan overhead dan talian-talian atas yang disalurkan kepada pengguna. Di
sepanjang jalan kita, tiang-tiang dan talian-talian atas itu kesemuanya adalah yang
berkaitan dengan kerja-kerja senggaraan.

90

KERJA SENGGARAAN YANG SEDANG DILAKUKAN

7.2 : Kerja-Kerja Yang Dilakukan Oleh Bahagian Senggaraan


7.2.1 Menanam Tiang
i)

Ditanam sekurang-kurangnya 4-6 sehari yang diuruskan oleh pihak


pekerja Crain Auger. Jarak antara satu tiang ke satu tiang yang lain lebih
kurang 100 hingga 110 kaki.

ii)

Menanam penyokong tiang yang terdiri daripada plit dan sebatang rod
sepanjang 5 kaki. Di tanam sehingga sedalam 2 hingga 3 kaki dalamnya.

iii)

Membina Stay Wire dengan menggunakan 2 player. Pengalir bersaiz


7/10mm2 (7 core). Dimulakan dengan 8 lilitan iaitu mengikut turutan
bermula 8, 7, 7, 7, 6, 6, 5.

91

Setelah ketiga-tiga kerja yang dilakukan seperti diatas, maka kerja-kerja


penanaman tiang boleh dikatakan lengkap dengan terpasangnya stay atau umbang.
Bagi kemudahan kerja ini, tali, tangga, spanar, wise dan safety beld (tali
pinggang keselamatan) digunakan untuk keselamatan pekerja. Masa yang diambil bagi
mengerjakan shutdown ini bergantung kepada tiang iaitu kedudukan tiang itu sendiri.
Kedudukan tiang adalah seperti berikut :i)

Tiang tengah

ii)

Tiang tamatan

iii)

Tiang mula

iv)

Tiang sudut

v)

Tiang pembahagi

Bagi tiang tamatan adalah yang paling mudah dan mengambil masa yang
singkat untuk menyiapkannya. Bagi tiang pembahagi pula, adalah kerja yang paling
sukar dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Bahagian ini adalah lebih
bahaya dan perlu berhati-hati. Ini adalah kerana bimbang tertukar Phase dan Neutral.
Untuk memudahkan kerja, tiang pembahagi memerlukan 2 atau 3 orang bagi satu-satu
kerja. Tiang-tiang yang lain hanya seorang sahaja melakukannya dan tidak begitu sukar
daripada tiang pembahagi dan tidak semudah pula tiang tamatan.
Sebelum menanam tiang, bekalan hendaklah diputuskan dahulu untuk
keselamatan kerja. Bekalan dipotong dari substation-substation yang berhampiran atau
yang mengawal kawasan kerja tersebut. Terdapat 3 jenis pencawang-pencawang iaitu:-

92

i)

Indoor

ii)

Poledoor

iii)

Outdoor

7.3 : Indicator

Ia boleh digunakan untuk menguji


i)

Voltan arus terus

ii)

Voltan arus ulang alik.

iii)

7.3.1 Cara mengenali bekalan yang diuji samada AC atau DC

i)

Kedua-dua filamen pada lampu neon menyala, ianya menunjukkan belakan itu
adalah AC.

ii)

Jika salah satu daripada dua filamen pada lampu neon menyala ini adalah
bekalan DC.

7.3.2 Cara menguji penunjuk voltan (Voltage Indicator)

1)

Penguji penebat 500 volt untuk menguji keterusan prod. Bekalan elektrik yang
boleh dikenalpasti untuk menentukan ianya dalam keadaan yang baik.

2)

3)

93

Menguji bekalan di puncak bekalan:i.

Fasa Merah dengan Neutral

ii.

Fasa Kuning dengan Neutral

iii.

Fasa Biru dengan Neutral

Mengukur voltan diantara Fasa dengan Fasa:-

i.

Fasa Merah dengan Kuning

ii.

Fasa Kuning dengan Biru

iii.

Fasa Biru dengan Merah

Rajah 7.10 :

Voltage Indicator

7.4 : Phase Rotation / sequence tester


Alat ini digunakan untuk mengetahui samada kedudukan Red, Yellow dan Blue
disambungkan dengan betul.

7.4.1 Cara menggunakannya

94

i)

Mula-mula letakkan pengapit pada alat yang hendak diuji.

ii)

Tekan punat ON.

iii)

Lihat dalam bulatan dimana arah lawannya, jika mengikut arah pusingan ia
dalam keadaan yang baik dan jika berlawanan, ia menunjukkan wayar serbis
bertukar.

7.4.2 Kesan-kesan jika bertukar wayar servis

ii)

Meter akan berputar berlawanan.

iii)

Bagi motor, ia memberi kesan seperti pusingan yang berlawanan jika rumah atau
bangunan itu pendawaian 3 fasa.

iv)

Bagi 1 fasa, ia tidak memberi apa-apa kesan.

Rajah 7.11

: Phase Rotation / sequence tester

7.5 : Gangguan Bekalan


Selalunya gangguan bekalan ini berlaku akibat perkara-perkara yang tidak
disengajakan dan kerja-kerja perancangan. Kerja-kerja baik pulih yang selalu dilakukan
apabila berlaku kejadian seperti ini adalah yang melibatkan talian-talian akibat
daripada:-

95

a. Angin kencang
b. Ribut petir
c. Talian ditimpa dahan atau pokok kayu.
d. Penyambung ditengah talian (Piercing Connector atau Iine Tap) longgar.
Pengalir akan ditukarkan kepada yang baru atau yang lebih baik apabila
penyambung (linetape) diragukan akan keselamatannya. Bagi keselamatan kerja, fius di
tiang harus dicabut dahulu sebelum kerja-kerja baikpulih dilakukan. Fius ini akan
dipasang semula selepas kerja-kerja baikpulih selesai. Fius ini berkadaran hanya
50Ampere dan 100 Ampere.

7.6 : Fius Black Board (LV ABC Switch Cross Section)


Black Board digunakan di talian-talian ABC. Kebanyakkan pada talian-talian
TNB, ia menggunakan fius lama jenis Yorkshire. Akan tetapi pada masa kini, pihak
TNB telah menggunakan Black Board kerana keupayaannya membawa arus sebanyak
400 Amp.

7.6.1

96

Kerja-Kerja Am Senggaraan

Tugas-tugas am senggaraan adalah mengalih laluan mengalirnya arus bekalan


(jumper) dengan membuat serta mengubah dan menukar jumper yang sedia ada di
talian atas tiang pembahagian.
Sebab-sebab perlu dialihkan ialah :
i)

Fedeer (F1) tidak cukup untuk menampung satu kawasan yang menggunakan
beban-beban yang bertambah banyak, maka ia memerlukan bantuan daripada F2
pula untuk menampung beban-beban ini dan seterusnya membantu F1.

7.7 : Feeder
Feeder adalah fius yang mengawal sesuatu kawasan. Satu feeder mengandungi 3
fius yang sama tiap-tiap satu fius berkadaran 125Amp. Ia hanya mengawal beban yang
terhad.

Pemasangan Kabel Bertebat Di udara Voltan Rendah

97

7.8 : Sistem Kabel Bertebat Diudara


Sistem kabel bertebat diudara yang dilaksanakan terdiri daripada satu hingga
empat mengalir aluminium yang bersalut da pengalir-pengalir tersebut membelit
disekeliling dawai pengalir penggantung yang juga dikhususkan sebagai dawai Neutral.
Dengan menggunakan sistem kabel diudara keterusan bekalan kepada pelanggan
dapat dijamin dengan lebih berkesan disebabkan kurangnya berlaku kerosakkan
(kemungkinan berlakunya litar pintas tidak mudah terjadi) disamping kos-kos
pembinaan dan senggaraan lebih mudah).
Didalam proses pembinaan talian dapat dilakukan dengan lebih cepat dan
masalah untuk mencatas dan menebang pokok-pokok kayu dapat dikurangkan.
Oleh kerana keeseluruhan sistem pemasangan kabel ini bertebat sepenuhnya,
pemasangan sistem ini lebih selamat dan tidak memberi satu keadaan yang merbahaya
kepada pekerja dan orang awam untuk menyentuh kabel tersebut. Keterangan ringkas
berikut adalah diantara beberapa perkara-perkara yang perlu dilaksanakan didalam
pembinaan talian kabel bertebat diudara:i.

Terdapat 2 saiz kabel bertebat diudara yang telah diseragamkan penggunaannya


sebagai sesalur talian utama:a) 3 x 185 mm2 + 16 mm2 + 120 mm2
b) 3 x 95 mm2 + 16 mm2 + 70 mm2
Pengalir 16 mm2 terdapat pada kedua-dua kabel tersebut untuk kegunaan
pengalir lampu awam.

98

ii.

Terdapat 2 saiz kabel bertebat diudara yang telah diseragamkan penggunaanya


sebagai sesalur servis:a) 3 x 16 mm2 + 25 mm2 untuk bekalan 3 fasa
b) 3 x 16 mm2 + 25 mm2 untuk bekalan 1 fasa

iii.

Walaupun sambungan pada pengalir kabel bertebat diudara perlu menggunakan


penyambung bersalut Piercing.

iv.

Penggunaan Perangkai Fusable (mekanikal) diperkenalakan bagi melindungi


kabel dan pelbagai pepasangan lain daripada mengalami kerosakan sekiranya
dahan atau pokok-pokok kayu yang berat menimpa talian.

v.

Dawai bersalut PVC perlu digunakan sebagai dawai bumi bagi memastikan
keseluruhan pepasangan sistem ini bertebat sepenuhnya.

vi.

Tegangan kabel dibuat sehingga kelegaan kabel ke paras tanah sepertimana yang
diperlukan didalam kehendak peraturan diperolehi dengan cara membuat
pengukuran ditapak kerja dan tidak perlu menggunakan Dynamometer dan
papan kenduran.
Walaupun didalam pemasangan kabel bertebat diudara, kadaran fius-fius yang

dipasang perlulah pada kadar yang betul bagi mengelak berlakunya kerosakan pada
bahan penebat. Semua sambungan sesalur serbis bagi tujuan pengimbangan beban pada
setiap fasa perlu dibuat dengan berhati-hati.

7.8.1 Kabel Bertebat Di Udara Voltan Rendah


i.

Binaan Dan Rekabentuk

Kabel ini mempunyai satu hingga empat pengalir aluminium bertebat


dengan Polyethylene. Pengalir-pengalir ini membelit disekeliling dawai
penggantung bersalut aluminium Alloy. Dawai penggantung ini juga
dikhususkan sebagai dawai Neutral.

99

ii.

Pengalir Fasa

Bahan pengalir yang digunakan adalah Aluminium Tarik Kuat (Hard


Drawn Aluminium) dikeluarkan mengikut keadaan H68 mengikut panduan BG
2627 Wrought Aluminium For Electrical Purpose. Pengalir-pengalir ini di
bentukkan di dalam keadaan bulat, berlembar dan dipadatkan bersesuaian seperti
kehendak IEC 228 Conductor of Insulated Cables.

iii.

Dawai Penggantung Atau Neutral

Dawai penggantung atau neutral diperbuat daripada bahan aluminium


alloy di dalam bentuk dawai yang ditarik daripada rod yang sentiasa melalui
proses pengolahan dan penangungan. Sambungan tidak boleh dibuat sama sekali
pada dawai penggatung. Dawai penggantung perlu mempunyai ciri-ciri fizikal
berikut:-

Beban putus (sebelum dilembarkan)

30 h Bar (min)

Kerintangan pada suhu 20oC

0.0328. Ohm mm2/2

Ketumpatan pada suhu 20oC

2.70 kg / dm3

Jadual 7.3 :
7.9 :

Ciri-ciri fizikal pada dawai penggantung

Penebat

Semua pengalir termasuk dawai penggantung atau neutral perlu disalut dengan
lapisan Polyethylene hitam penentang cuaca padatan tinggi.
7.10 : Arah Pusingan Membelit Pengalir

100

Pengalir-pengalir membelit disekeling dawai penggantung atau neutral mengikut


arah tangan kanan susunan cara (Z). Semua teras-teras pengalir perlu kemas dan rapat di
antara satu sama lain.

7.11.1 : Fius Di Tiang Dan Kadar Fius


Penebat Polythylene akan mengalami kerosakan yang berkekalan sekiranya
pengalir kabel dibenarkan membawa arus yang tinggi melebihi dariapda kadar maksima
arus kabel. Dalam kes-kes yang tertentu kehangatan haba yang terjadi di sepanjang
kabel tersebut boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran. Bagi memastikan penebat
tidak akan mengalami kerosakan oleh penghasilan haba yang keterlaluan disebabkan
lebihan beban, fius-fius yang dipilih akan terputus sebelum arus melebihi kadar
keterusan maksima sesuatu kabel.
Untuk melindungi kabel-kabel ini, fius-fius HRC yang mempunyai ciri-ciri
kelakuran fius pengeluar berpandukan spesifikasi B.S. 88 part 5 perlu digunakan. Kadar
fius maksima untuk pelbagai saiz kabel adalah seperti berikut:-

Saiz Pengalir Fasa

Kadar Fius

Maksima Arus

Fius

Sebenar

185 mm2

(AMP)
200

(Faktor Fius 1.5 Kali)


300

95 mm2

125

188

16 mm2

50

75

Jadual 7.13 : Kadar fius yang digunakan dalam pelbagai saiz kabel.

101

Untuk melindungkan talian kabel bertebat terhadap beban lampau serta untuk
mendapatkan kemudahan pengasingan bahagian talian utama kabel bertebat diudara.
L.V. Outdoor Fuse Switch 400 amp dengan kadar fius maksima 200 amp dan 125 amp
perlu di gunakan berpandukan kepada penggunaan saiz kabel.
Cara pemasangan fius ditiang sepertimana yang diamalkan sekarang pada talian
atas voltan rendah dan sesalur serbis perlu diikuti.

Rajah 7.27 :

Pepasangan peti fius

Kebaikan Dan Keburukan Kabel Bertebat Diudara


Kebaikan
1)

102

Penyesuaian penggunaan sistem ini dapat digunakan dalam jangka masa yang lama.

2)

Kos-kos binaan talian dan senggaraan lebih murah jika dibandingkan dengan talian
tak bersalut.

3)

Masalah untuk menebang pokok-pokok dapat dikurangkan (hanya pokok yang


condong ke talian sahaja). Oleh itu langkah ini tidak mengendalakan perlaksanaan
sesuatu projek itu.

4)

Oleh kerana neutral pada talian ini tidak mempunyai nombor, pengenalannya
mudah diketahui tanpa menghadapi sebarang masalah ketika kerja-kerja
pemasangan atau pembaikan dijalankan.

5)

Kabel-kabel pada talian ini bertebat, pengenalannya mudah di tahui dan tidak
merbahaya kepada orang-orang yang menyentuh talian tanpa berlapik samada
kepada orang awam atau pekerja-perkerja.

6)

Kejadian-kejadian litar pintas pada pengalir bertebat diudara dapat dikurangkan.

Keburukan

1)

Mengalami kesukaran sedikit apabila memisahkan pengalir-pengalir bersalut


ketika

membuat

sambungan

disebabkan

dawai-dawai

tersebut

melilit

disekeliling dawai neutral yang tegang.


2)

Sambungan sesuatu bekalan bagi tujuan pengimbangan beban setiap fasa


mestilah dilakukan dengan berhati-hati.

3)

Fius-fius pada talian ini mestilah dipasang dengan kadar yang betul untuk
mengelakkan dariapda bahan penebat terbakar.

103

PENGGUNAAN KABEL ABC PADA TIANG OVERHEAD

BAB 8 : SESALUR ATAS VOLTAN


RENDAH (SAVR)

8.1 : PENGENALAN
Dalam pemasangan sesalur atas voltan rendah, perkara-perkara yang berikut mestilah diketahui :-

Mengenal pasti saiz-saiz pengalir yang digunakan di dalam pembinaan talian atas voltan
rendah.

104

Menyatakan kelegaan dan perantaraan pengalir dengan tanah, bangunan dan lain-lain
talian.

Menyatakan segala perhatian yang perlu diambil ketika kerja-kerja merentang pengalir.
Menyatakan prihal mustahak melakukan tegangan bunuh dan tegangan bina pada atas
carta kenduran dengan betul.

Membuat segala tegangan-tegangan yang diperlukan pada pengalir, samaada secara


menggunakan dynanometer atau papan kenduran.

8.2 : SAIZ PENGALIR

Jadual 8.2(a),(b),(c) di bawah menunjukkan saiz pengalir dengan kadaran fius mengikut kabel yang
berlainan jenis.
JADUAL 8.2(a) : Saiz Kabel Jenis PVC
PVC

105

SIZE

RATING AI (A)

RATING Cu (A)

7/083 (25mm )

90

110

19/064 (35mm)

120

140

19/083 (70mm )

180

230

7/173 (1000mm )

250

JADUAL 8.2(b) :Kabel ABC


ABC
SIZE

MAX. FUSE (A)

1 X 16 +25

50

3 X 16 + 25

50

3 X 95 + 70

125

3 X 185 + 120

200

JADUAL 8.2(c) : Kabel Bare A1

106

BARE AI
SIZE AI

Max. fuse (A)

3/132

80

7/122 (50mm)

100

7/173 (100mm)

160

7/173 (100mm)

260

8.3 : SUSUNAN PENGALIR


Susunan pengalir untuk talian voltan rendah dibuat secara menegak dengan mengikut aturan
berikut.
Ianya bermula daripada atas :-

Fasa Merah

Fasa Kuning

Fasa Biru

Lampu Jalan

Neutral
Jika satu fasa atau dua fasa dilarikan, susunan pemasangan yang sama mengikut aturan-

aturan tersebut hendaklah dipatuhi. Sekiranya pengalir lampu jalan tidak dikehendaki untuk
pemasangan tiga fasa, kedudukan lubang yang keempat pada tiang tersebut perlulah
dikosongkan untuk pepasangan pengalir lampu jalan dimasa akan datang.

107

Kelegaan Dan Perantaraan Pengalir


Kelegaan Minima Dengan Tanah
Kelegaan minima ( Ketinggian minima diantara dawai dengan paras tanah ) bagi
sebarang dawai pengalir atau penambahan dawai bumi yang tergantung di udara pada
suhu 60C (140F) mengikut keadaan berikut :a) Merentangi Jalan Raya

5.49 meter

b) Merentangi kawasan tanah lapang

5.18 meter

c) Merentangi kawasan dimana kenderaan

4.57 meter

tak mungkin boleh masuk.


Tiang

KELEGAAN

108

Rajah 8.3(a) : Menunjukkan Kelegaan Pengalir Dengan Tiang

8.4 : PERANTARAAN DENGAN BANGUNAN DAN RUMAH


KEDIAMAN

1) Semua pengalir tak bersalut kecuali bertebat sepenuhnya tidak boleh direntang dekat atau
berhampiran dengan bangunan atau rumah kediaman kecuali bangunan pencawang.
Walaubagaimanapun ianya tertakluk apabila mengikut syarat-syarat tersebut :

a) Perantaraan atau jarak minima pengalir dengan bangunan secara mendatar mestilah
tidak kurang daripada 2.1 meter atau 7 kaki.
b) Dengan bangunan secara menegak mestilah tidak kurang daripada 2.7 meter atau 9 kaki.

2) Hanya pengalir yang bertebat sepenuhnya dapat ditempatkan dibangunan atau rumah
kediaman dengan syarat dawai tersebut hendaklah di tempatkan dengan ketinggian tidak
kurang daripada 2.7 meter daripada paras tanah
3) Melintasi Tiang Telekom
Sudut Semasa Pelintasan
Antara sudut minima yang perlu dibuat diantara talian pengalir dengan talian telekom
ditempat pelintasan tidak boleh kurang daripada 30 darjah.
Jarak Minima

109

Jarak minima diantara talian pengalir yang tidak boleh dibumikan, antara contohnya
ialah dawai fasa dengan talian telekom adalah 610 mm, sementara jarak minima
diantara pengalir yang boleh dibumikan iaitu dawai neutral adalah 305mm.

4) Menegang Dan Kenduran Pengalir


Tegangan-Tegangan dawai aluminium berlembar tidak bersalut yang dilakukan adalah
seperti jadual berikut:-

Jadual 8.4(a) :Tegangan Pengalir Aluminium Berlembar tidak bersalut

SAIZ

TEGANGAN

TEGANGAN

TEGANGAN

MM2

BUNUH

BUNUH

BUNUH

KN

ib

kN

ib

25

1.22

274

0.61

137

50

2.42

544

1.21

272

100

4.88

1096

2.44

548

Nota : 1kN = 224.8 ib = 102kgf

Tegangan Bunuh
Tegangan bunuh ini dilakukan pada setiap dawai pengalir

110

yang baru dikeluarkan daripada drum. Nilai tegangan bunuh adalah dua kali nilai
tegangan bina dan tegangan bunuh perlu dilakukan selama satu jam atau 60 minit.
Sebelum tegangan ini diturun, tegangan bina didalam kerja sebenar tegangan bunuh
perlu diperiksa setiap 20 minit dan ditegangkan semula ketegangan tersebut.
Walaubagaimanapun tujuan tegangan bunuh ini dilakukan supaya:a) Setiap dawai pengalir dapat diluruskan daripada bengkokkan-bengkokkan yang
terjadi dan dengan ini kadar pengembangan

pengucupan pada setiap dawai

pengalir akan mempunyai kadar yang sama, dan jarak antara pengalir sentiasa
sama iaitu 230 mm.
b) Ianya juga bertujuan untuk memperkemaskan lembar-lembar pengalir kembali
dalam kedudukan asal supaya tidak terdapat udara yang terperangkap diantara
lembar-lembar tersebut yang boleh mengakibatkan bertambahnya rintangan
elektrik dawai pengalir.
Tegangan Bina
Ianya merupakan tegangan yang dilakukan pada pengalir dan dibiarkan didalam
pembinaan selama-lamanya. Tegangan ini merupakan tegangan yang selamat yang
mengesahkan dawai tersebut tidak akan mengalami kerosakan atau putus dengan sendiri
walaupun dalam keadaan cuaca yang buruk

5) Perlu Melakukan Tegangan Dengan Betul


Pengalir perlu di buat tegangan dengan betul supaya:

111

a) Sekiranya tegangan kurang, boleh menyebabkan labuhan dawai yang berlebihan


sehingga kelegaan minima tidak diperolehi.
b) Sekiranya lebih tegangan, daya-daya yang terjadi akan melebihi beban kerja
selamat yang direka bentuk pada tiang,bumbang dan lain-lain.

6) Cara Pengukuran
Menggunakan Dynanometer
Dynanometer dipasang bersiri dengan pull-lift dan come along clawp. Setelah pulllift ditarik, pengalir tersebut ditegangankan dan tegangan mengikut tegang yang boleh
dibaca secara terus pada Dynanometer.
Jadual Kenduran
Jadual kenduran pengalir untuk tegangan bunuh dan tegangan bina
pada pelbagai panjang span diberi dalam jadual dibawah. Jadual
ini adalah bagi kegunaan ketiga-tiga pengalir.

Jadual 8.4(b) : Menunjukkan Kenduran Pengalir Untuk


Tegangan Bunuh dan Bina

112

Spun (meter)

Kenduran

bunuh Kenduran

(mm)

(mm)

25

45

90

30

65

130

35

90

150

40

115

230

45

145

290

50

180

360

bina

8.5 : MENYAMBUNG PENGALIR DAN PENYAMBUNG


1) Penyambung Dalam Tegangan
a) Penyambung Di tengah Jarak
- Pengalir aluminium disambung dengan menggunakan penyambung di tengah
jarak.
b) Saiz-saiz Penyambung Di tengah Jarak
- Terdapat 3 saiz penyambung di tengah jarak untuk ketiga pengalir iaitu 100 mm,
50
mm dan 25 mm.
c) Penggunaan Penyambung Di tengah Jarak
- Penggunaan penyambung di tengah jarak seberapa yang boleh perlu dielak
daripada penggunaannya. Penyambung ini hanya perlu digunakan didalam kerjakerja senggaraan sahaja. Penyambung di tengah jarak tidak digunakan dikawasan
talian melintasi talian telekom, jalan raya atau terdapat saluran paip air yang besar.

113

Didalam apa-apa keadaan sekali pun, penyambung ditengah jarak tidak boleh
digunakan pada dawai neutral.

2) Penyambung tidak dalam tegangan


a) Penyambung Dua Logam
- Penyambung dua logam digunakan untuk menyambung diantara pengalir tembaga
dengan pengalir aluminium. Apabila penyambungan dibuat, bahagian aluminium perlu
diletakkan dibahagian atas. Setiap penyambung mempunyai kadar arus 60 amps dan
penyambung ini digunakan pada pengalir yang lebih daripada 39 mm persegi ( 19/1.53
mm).
b) Tiub Aluminium Berisi Geris
- Jika sekiranya talian utama adalah pengalir aluminium, pengalir tembaga atau keluli
yang kecil dibawah 39 mm persegi boleh disambung ketalian utama dengan
menggunakan tap talian aluminium tetapi pengalir tembaga perlu dimasukkan terlebih
dahulu ke dalam tiub aluminium berisi geris.
c) Tiub Tembaga Berisi Geris
- Sekiranya pengalir aluminium yang kecil perlu disambung ke punca sambungan atau
talian tembaga, pengalir aluminium tersebut perlu disarongkan dengan tiub tembaga
berisi geris.

114

8.6 : PENYOKONG

TIANG

ELEKTRIK

SESALUR

ATAS

VOLTAN RENDAH
1)

Jenis-jenis Tiang
Terdapat 4 jenis tiang yang biasanya digunakan didalam Tenaga Nasional. Tiang-tiang
tersebut seperti berikut:
a.

Tiang Kayu

b.

Tiang Konkrit

c.

Tiang Konkrit Span

d.

Tiang Keluli

115

2) Fungsi Tiang
Fungsi tiang adalah sebagai penyokong dawai pengalir dan lain-lain bahan
pemasangan seperti fius, peti kabel dan lain-lain supaya:
a)

kelegaan yang selamat daripada tanah, bangunan dan lain-lain dapat diperolehi.

b)

Kelegaan diantara fasa dan neutral dapat diperolehi.

3) Panjang Tiang
a.

9 meter iaitu digunakan pada talian sesalur utama

b.

7.5 meter digunakan pada sesalur bekalan.

4) Kedalaman Tiang Yang Ditanam


Tiang yang didirikan ditanam sedalam 1.5 meter, kecuali tiang span konkrit 7.5
meter ( Kebiasaannya digunakan pada talian telekom, tiang ini ditanam sedalam 1.2 meter).

5) Pengebumian Di Tiang
a) Sebab-sebab Pembumian
Tenaga Nasional Berhad menggunakan cara Pembumian Neutral Berkali
(Multiple-Earthed-Neutral) untuk sesalur talian atas voltan rendah iaitu neutral
disambungkan ke bumi dengan menggunakan dawai bumi pada setiap tiang. Di
pencawang elektrik dawai neutral juga dibumikan.
Dengan membumikan neutral disetiap tiang, rintangan bumi dapat dikurangkan
dan apungan neutral dapat dielakkan sekiranya dawai neutral putus.

116

b) Pembumian Bahan-bahan Logam


Semua bahan-bahan logam sebagai contohnya seperti pendakap D dan
dibahagian atas tiang disambungkan ke bumi (Neutral).

c) Penentuan Dan Pemilihan Kedudukan Tiang


# faktor-faktor penentuan kedudukan memancang tiang

Di dalam tanah simpanan jalan


Di perantaraan longkang dengan susur tepi jalan
Mengikut keadaan simpang siur jalan, selekoh tiga dan lain-lain lagi.
Panjang atau jarak span lebih kurang sama dan tidak melebihi had maksima
sesuatu pembinaan talian.
Mempunyai kawasan tanah yang mencukupi untuk pembinaan umbang.
Pada kedudukan tanah yang sesuai, misalnya mengelak daripada terletak diatas
saluran perkhidmatan yang lain, seperti kabel elektrik, paip air dan lain-lain.
Manakala keadaan tanah yang tidak perlu membuat penambahan tapak asas.
Pada kedudukan perantaraan sempadan diantara rumah, bangunan, pagar atau
pintu pagar bangunan.
Pada kawasan yang tidak memberi gangguan pada penghuni atau orang awam.

117

Penempatan tiang membolehkan pengalir mempunyai kelegaan-kelegaan yang


memcukupi misalnya, kelegaan dengan tanah, bangunan, pokok atau dahan kayu
dan talian-talian perkhidmatan lain.

Jenis Talian

Span maksima ( Meter )

Pengalir tak bersalut

55

Kabel bertebat di udara

50

Jadual 8.6(a) : Ketinggian tiang span dengan jenis pengalir

Dawai PVC

Span maksima (meter)

7/1.12 mm

25

7/2.14 mm

35

19/1.53 mm

45

19/2.14 mm

45

Jadual 8.6(b) : Saiz Dawai Dengan Ketinggian Tiang Span

6) Penggalian Lubang Atau Mendirikan Tiang


a) Bentuk dan Ukuran Lubang yang digali
Cangkul dan pengali digunakan untuk mengali lubang tiang. Penggalian lubang tiang
dapat dilakukan dengan menggunakan kren auger.
300 mm

118

1.2m
300

Lebar 1 mm cangkul

Peg penanda

Lubang tiang

Gambarajah 8.6 (i) : Menunjukkan ukuran lubang untuk


Tiang Span

b) Cara Mendirikan Tiang


Langkah-langkah tertentu haruslah diikuti apabila mendirikan tiang. Untuk
menyenangkan pergerakan tiang masuk kedalam lubang, satu penahan perlu diletakkan
kedalam lubang dan tiang tersebut perlu diselaraskan supaya tiang sentiasa didalam
keadaan yang lurus semasa mendirikannya menerusi tali-tali manila yang diikat di

119

kepala tiang. Walaubagaimanapun dalam zaman yang canggih ini cara sebegini tidak
lagi dilakukan.

c) Tegak tiang dan menimbus


Tegak tiang dapat dipastikan dengan menggunakan tali batu pelambam, selepas tiang
tegak pada kedudukannya, lubang akan ditimbus dan pada setiap 150 mm hendaklah
dipadatkan dengan menggunakan penumbuk bumi.

7) Meletak Nombor Pada Tiang


Semua tiang elektrik yang dibina perlu diletakkan dengan nombor.
Nombor-nombor tiang diletakkan dibahagian pangkal tiang dengan jarak 1.5 meter
daripada paras tanah.
Pilihan bahagian atau permukaan tiang yang mudah dilihat apabila membuat
pemeriksaan sebagai contohnya permukaan yang berhadapan dengan jalan.
Saiz nombor dan tulisan yang digunakan adalah stensil 75 mm atau 3 inci.
Di bahagian dimana nombor atau tulisan ditiang hendaklah dicat hitam dan nombor dan
tulisan dicat putih atau sebaliknya.

8.7 : UMBANG TALIAN ATAS VOLTAN


RENDAH
1) Fungsi Umbang

120

Umbang merupakan alat untuk memperseimbangkan daya-daya yang dihasilkan oleh


tegangan dawai serta daya-daya yang terhasil disebabkan tiupan angin di talian supaya
tiang sentiasa dalam keadaan tegak.

2) Bahan-Bahan Yang Digunakan Pada Umbang


i) Dawai umbang
ii) Dawai umbang yang digunakan adalah dari jenis dawai keluli galvani grade 700N/mm
( kuantiti 45 tan ).
iii) Saiz dawai adalah seperti berikut:-

Jadual 8.7(a) : Saiz dawai umbang dengan beban


Saiz

Beban

Putus

Beban

Selamat

Berat

(mm)

(KN)

(KG)

(KN)

(KG)

(KG/)

7/2.00

15.4

1571

6.16

628

0.17

7/2.65

27.0

2754

10.8

1102

0.30

7/3.25

40.65

4146

16.28

1659

0.64

iv) Dawai umbang bersaiz 7/2.65 mm dan 7/3.25 mm digunakan pada talian sesalur utama.
Sementara dawai umbang bersaiz 7/2.00 digunakan pada sesalur bekalan.

3) Komponen Pada Umbang


i) Sepit Umbang
ii) Didal

121

iii) Penebat Umbang


iv) Bebusar Umbang dan Didal
v) Rod dan Pelit Umbang
vi) Bingkai Kayu Umbang
vii) Penyelaras Berpusing

ROD DAN PLET BESI ( DITANAM DALAM LUBANG


SEBELUM UMBANG DI IKAT)

4 )Cara membuat sambat umbang di didal


Keterangan:

122

1)

Sambat umbang ialah cara-cara yang sesuai untuk menamatkan hujung dawai
umbang supaya mendapat ikatan yang kuat dan juga untuk menahan tegangan pada
dawai umbang.

2)

Sambat umbang dibuat dengan melilitkan lembar-lembar yang terdapat pada dawai
umbang.

3)

Tiap-tiap lembar yang dililitkan hendaklah diketukkan dengan kuat supaya


sambatnya kuat dan kemas.

4)

Setelah siap, sambat umbang hendaklah disapu dengan cat Bituminous kerana
semasa menyambat Galvanise pada lembar-lembarnya akan luka dan hilang.

5)

Didal umbang digunakan supaya senang membentukkan dawai umbang dan


perlindungan daripada umbang patah apabila dawainya ditegangkan.

6)

123

Bilangan-bilangan lilitan sambat umbang ialah:Lembar pertama

8 lilitan

Lembar kedua

7 lilitan

Lembar ketiga

7 lilitan

Lembar keempat

7 lilitan

Lembat kelima

6 lilitan

Lembar keenam

6 lilitan

Lembar ketujuh

5 lilitan

124

Rajah 7.12 :

Turutan-turutan lilitan

8.8 : PEMILIHAN DAN PENENTUAN UMBANG


1) Carta Pemilihan Umbang
# Dua umbang perlu dipasang dalam garisan yang bertentangan dengan kedua-dua
pengalir.

Jadual 8.8(a) :Carta pemilihan umbang bagi pembinaan talian 3


fasa, pengalir, lampu jalan dan neutral

Bilangan

Jarak

saiz minima

umbang Jarak umbang

Nama Tiang

dan

x minima

Tamatan

Umbang
2 x 7/3.25

100mm + 25mm
6.0m

50mm + 25mm
5.5m

Pembahagian

4 x 7/3.25

6.0m

5.5m

sudut lebih 60
Sudut 10

1 x 7/2.65

3.0m

2.0m

20

1 x 7/2.65

3.5m

3.0m

30

1 x 7/3.25

4.5m

3.5m

45

2 x 7/3.25

4.5m

4.5m

60

2 x 7/3.25

6.0m

5.5m

2) Jenis-Jenis Umbang
i) Umbang Terbang
Umbang terbang hanya digunakan apabila kawasan tanah yang tidak sesuai
digunakan untuk memasang satu atau dua umbang pada tiang berkaitan.Pemasangan

125

umbang terbang membolehkan umbang biasa dipasang pada tiang umbang terbang yang
mengimbangi daya disebabkan oleh tegangan dawai pengalir.
ii) Umbang penolak luar dan tiang sokongan
Umbang jenis ini hanya akan digunakan sekiranya kawasan tanah untuk
pemasangan umbang biasa tidak boleh dibuat, pemasangan umbang ini hanya boleh
dilakukan pada sudut yang kecil sahaja iaitu:a) Talian 4 x 100mm + 25mm sehingga sudut peralihan maksima 5.
b) Talian 4 x 50mm +25mm sehingga peralihanmaksima 8.

iii)

Umbang sementara
Semasa pembinaan, penamatan dawai umbang perlu dibuat sebalum pengalir-

pengalir ditegangkan. Pengalir ditegangkan ketahap tegangan bunuh sebelum di turun


kembali kepada tegangan yang akan ditinggalkan dalam pembinaan.
Sekiranya jarak umbang ditempatkan pada jarak kedudukan minima umbang
sementara mungkin perlu digunakan pada

tiang-tiang tamatan dan sudut bagi

menampung lebihan daya disebabkan oleh tegangan bunuh tersebut.


Umbang sementara juga diperlukan pada tiang pembahagian apabila kerja-kerja
menegang pengalir tidak dijalankan secara serentak kedua-dua bahagian tiang tersebut.

126

umbang

BAB 9 : Sistem Lampu Awam

9.1

Pemasangan Lampu Jalan

Pepasangan peralatan lampu jalan dapat dibuat pada tiang dan sambungan dawai
dibuat dengan menggunakan Penyambung Piercing ke pengalir lampu jalan kabel
bertebat diudara.

9.2

127

Jenis-jenis Lampu Jalan

Lampu-lampu yang standard digunakan didalam Tenaga Nasional untuk


menerangi jalan adalah:i)

Lampu Filament atau Filament Lamp.

ii)

Lampu Wap Raksa atau High Pressure Mercury Vapour Lamp.

iii)

Lampu Wap Materiam atau Sodium Vapour Lamp.


Selain daripada jenis-jenis lampu standard yang di nyatakan diatas, jenis-jenis

lampu yang lain mungkin digunakan atau permintaan daripada pihak pengguna.
Pengguna lampu-lampu awam ini terdiri daripada Majlis Perbandaran,
Penguasa-penguasa Awam atau Tempatan, Jabatan-jabatan Kerajaan seperti Jabatan
Kerja Raya atau Pemaju-pemaju perumahan.

9.3

Litar Sambungan Lampu


a. Litar Lampu Filament

Rajah9.1

b. Litar Lampu Wap Raksa

128

Rajah 9.2

c. Litar Lampu Wap Naterium

Rajah 9.30

9.4

Tempat Penggunaan

Lampu Filament

Jalan di kawasan luar bandar.

Lampu Wap Raksa

Jalan di kawsan bandar.

Lampu Wap Naterium

Sebagai di kawasan yang standard di sekitar

129

kawasan

simpang-simpang

jalan,

bulatan

dan

selekoh jalan raya.

9.5 Penggunaan Atau Fungsi Bahan-Bahan Lampu

a)

Choke
Fungsi choke adalah untuk meninggikan voltan pada permulaan dan mengurangkan

arus yang mengalir.

130

b)

Alatubah
Fungsinya adalah untuk meninggikan voltan pada permulaan dan mengurangkan

arus yang mengalir.

131

Rajah 9.6
c)

Kapasitor
Fungsi kapasitor adalah untuk membetulkan kembali angkadar kuasa (power faktor)

serta mengurangkan gangguan gelombang telekomunikasi.

d)

Fius Kecil Minor Fuse

Fius ini dikenali sebagai fius berdawai. Binaannya terdiri daripada pemegang
fius, elemen fius dan dasar fius. Dasar dan pemegang fius diperbuat daripada tembikar
dan elemen fius menggunakan dawai tembaga bersalut timah.
Kadar fius kecil adalah 15 amps, kadar elemen fius ditentukan daripada
pengaliran arus pada sesuatu litar, pada kebiasaannya untuk pepasangan litar lampu
jalan raya hanya 5 amps. Element fius ini dipasang pada pemegang dan seterusnya di
masukkan kedalam dasar fius untuk melengkapkan litar. Fungsinya adalah untuk
melindungi litar lampu dan bahan daripada mengalami kerosakkan apabila terjadinya:i)

Litar pintas

ii)

Beban lampau

132

Rajah 9.8

9.6 : Suis Masa


Fungsi suis masa adalah:i)

Mengawal arus elektrik secara automatik daripada pengalir fasa ke pengalir


lampu jalan.

ii)

Pengawalan ini dilakukan dengan membenarkan arus elektrik mengalir menerusi


suis (sesentuh tertutup pada jangka waktu yang dikehendaki dan bekalan di
tutup). Sesentuh terbuka pad ajangka waktu yang tidak dikehendaki.

9.6.1 Jenis Suis Masa

133

Suis masa yang digunakan adalah daripada jenis Horstman, Y mark 2 dan juga
Y mark 5 yang mengandungi motor elektrik yang mempunyai gerakan jam beserta juga
dengan kemudahan pergerakan dengan menggunakan spring (Jenis Y mark 2-12 jam
dan Y mark 5-168 jam), kadar membawa arus suis masa adalah seperti berikut:Beban kerintangan (sesistive)

30 Amps 80 Amps

Beban tungsten

20 Amps

Beban regangan (Reactive)

12 Apms

a)

Penentuan Masa Harian

i)

Jarum penunjuk masa ditempatkan dibahagian atas laluan piring suis masa.

ii)

Di piring suis masa ditandakan masa 24 jam (1 hingga 24) iaitu DAY (Siang 6
pagi hingga 6 petang) dan NIGHT (Malam 6 petang hingga 6 pagi).

iii)

Di perantaraan 1 jam dipecahkan kepad a4 ruangan iaitu satu ruangan (garisan)


bersamaan dengan 15 minit.

iv)

Piring masa boleh dipusing mengikut pusingan jam sehingga masa sekarang
yang tepat sehingga selari dengan jarum penunjuk waktu apabila memula tugas
suismasa.

b)

Putaran Spring Bagi Menggerakkan Jam

i)

Putaran spring bagi mengerakkan jam perlu dilakukan apabila kerja pemasangan
suismasa dilakukan dan bekalan elektrik yang terputus didalam jangkamasa
yang lama (Senggaraan).

ii)

Untuk membuat putaran spring, piring masa perlu dibuka terlebih dahulu dengan
membuka knob sekeru.

iii)

Dengan menggunakan pemandu sekuru yang sesuai bagi 3 pusingan penuh


melawan arah pusingan jam pada spindle berlubang.

134

iv)

Apabila meletakkan semula piring suismasa ke tapak perumahannya, pastikan


lubang alur pada lubang piring masa bercantum rapat dengan bolt tetap
dipermukaanya.

c)

Pembetulan Perjalanan Jam

i)

Penyelarasan masa pada suismasa perlu dilakukan sekiranya didapati perjalanan


masa pada suismasa lambat atau cepat.

ii)

Tempat penyelarasan ini boleh didapati dibawah piring masa (piring masa perlu
dibuka), dan terdapat tanda S (untuk melambatkan perjalanan jam) dan F
(untuk mempercepatkan perjalanan jam).

iii)

Di setiap bahagian garisan boleh menyesuaikan mas alebih kurang 2 minit


sehari.

d)

Penentuan Masa Untuk Suis Menjalankan Fungsinya

i)

Takat kendalian ON (Hidup) dan OFF (Mati) yang di pelit dengan warna merah
boleh didapati pada bahagian hujung pring masa.

ii)

Tape ON menunjukkan bahawa suis akan tertutup apabila ia melepasi atau


melalui bahagian jarum penunjuk waktu.

iii)

Tape OFF menunjukkan bahawa suis akan terbuka apabila ia melepasi atau
melalui bahagian jarum penunjuk waktu.

iv)

Tape ini boleh diselarakan mengikut masa yang dikehendaki bagi mengawal
bekalan elektrik dengan cara melonggarkan knob sekeru lebih kurang setengah
pusingan dan seterusnya tape-tape ini dapat diselaraskan satu persatu mengikut
masa yang dikehendaki. Setelah penyelarasan dibuat ketatkan kembali knob sekeru
suismasa.

9.7 Penyentuh Elektrik

135

Fungsinya adalah:i)

Untuk menukar fasa bekalan ke pengalir lampu jalan dengan pengawalan satu
suis masa sahaja.

ii)

Untuk menambah bilangan penggunaan lampu (kuasa elektrik tinggi) di sistem


lampu jalan kadar membawa arus penyentuh elektrik lebih tinggi daripada suis
masa.

9.7.1 Jenis Penyentuh Elektrik

i)

Penyentuh elektrik yang digunakan pada masa sekarang daripada jenis Watford
UCA 3, UCA 7 dan UCA 10. Kadar membawa arusnya untuk lampu-lampu kadar
alir gas (gas discharge) adalah 45 amps, 85 amps dan 125 amps.

ii)

Binaannya terdiri daripada suis penyentuh dan gelong genganti yang dipasang pada
satu peti untuk melindungi alat-alat dan sambungnya.

9.7.2 Keterangan Kendalian Penyentuh Elektrik


i)

Mempunyai tiga bahagian yang penting iaitu:a) Suis


b) Gelung geganti Relay Coil.
c) Spring

ii)

Apabila bekalan mengalrikan menerusi gelung geganti ini akan menyebabkan suis
sesentuh tertutupON ini disebabkan oleh keluli yang terdapat dalam kandungan
alatgerak telah menjadi magnet.

iii)

Jika bekalan tidak mengalirkan dalam gelung genatin, ini akan menyebabkan suis
sesntuh terbuka OFF ini disebabkan oleh keluli yang terdapat dalam kandungan
alatgerak kembali menjadi keluli biasa dan spring akan menolak sehingga
menyebabkan suis terbuka.

iv)

Di dalam sistem lampu jalan, pengalir lampu jalan yang telah dikawal oleh suismasa
disambungkan ke punca sambungan gegelung geganti sementara dawai masuk perlu
disambung pada dawai fasa dan dawai keluar disambung pada pengalir lampu jalan.

136

9.8 Sistem Pepasangan Lampu Awam

Sistem pepasangan lampu awam bergantung kepada:i)

Bagaimana pembayaran perlu dibuat oleh pengguna. Sekiranya pengguna


menggunakan tarif G, pemasangan jangka elektrik meter perlu dibuat dan
sekiranya pembayaran menerusi kontrak khas, jangka elektrik tidak perlu
dipasang. Buat masa sekarang, pengguna yang memohon lampu jalan di rumah
kediaman dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00 bagi satu bulan bagi beban
lampu 100 watt.

ii)

Bilangan serta bahan lampu yang perlu dipasang bagi menentukan keupayaan
peralatan kawalan samada suis masa dan atau penyentuh elektrik digunakan.

iii)

Diantara cara sistem pepasangan lampu awam adalah:a)

Penggunaan suis masa tanpa jangka.

b)

Penggunaan suis masa yang menggunakan jangka.

c)

Penggunaan suis masa dan penyentuh elektrik tanpa jangka.

d)

Penggunaan suis mada dan penyentuh elektrik yang menggunakan


jangka.

137

BINAAN DALAM LAMPU JALAN

9.8.1 Lampu Jalan Terpasang Di Waktu Siang

Kadangkala lampu jalan menyala pada waktu siang. Ini adalah disebabkan oleh:i)

Ujian sistem lampu jalan sedang dijalankan oleh pekerja TNB untuk mencari
dan memperbaiki kerosakan tertentu. Proses ini pada kebiasaannya tidak
mengambil masa yang panjang.

ii)

Kerosakan alat kawalan lampu jalan telah menyebabkan perkhidmatan lampu


jalan diseluruh kawasan tergendala pada malam sebelumnya. Untuk membiarkan
kawasan itu tidak terus bergelap, pasukan peronda malam telah memasang
lampu-lampu tersebut secara manual iaitu tidak melalui kawalan timeswitch.
Keesokan paginya lampu ini akan dipadamkan satu persatu. Ini akan memakan
masa, kadang-kadang sampai sampai jam 9.00 pagi dibandar-bandar besar.

iii)

Dahan-dahan pokok mengganggu sistem talian atas dan tidak bertebat akan
menyebabkan arus elektrik tersambung pada pengalir lampu jalan di luar pada

138

waktu biasa. Ia akan menyebabkan lampu jalan terpasang sepanjang siang dan
terpadam pada waktu malam.
9.8.2 Masa Lampu Jalan Di Hidupkan

Pada kebiasaannya

sistem pampu

jalan dikawal dengan menggunakan

timeswitch. Untuk meringankan bahan membayar bil ada penguasa tempatan


menghadkan perkhidmatan lampu jalan kepada jam 1.30 minit setiap malam (11 jam 30
minit). Sebagai contoh di Kual Lumpur jika perkhidmatan lampu jalan di panjangkan
selama 10 minit lagi setiap malam, bil elektrik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan
ditambah lebih kurang RM 60,000 setahun.
Melalui pengalaman kita yang luas didapati waktu subuh dan senja bertukar
sepanjang tahun. Untuk menyesuaian perubahan itu, sesuatu jadual tahunan untuk
menukar waktu perkhidmatan lampu jalan diadakan.

9.8.3 Mengalihkan Tiang Lampu

Kadar pertumbuhan bandar di negara kita pesat membangun. Kdang-kadang


didapati kedudukan tiang-tiang elektrik terutama jenis kayu dan konkrit berada di
tempat yang tidak sesuai lagi. Permohonan boleh dibuat terus kepada TNB supaya
tiang-tiang yang terlibat boleh diubah segera. Walaubagaimanapun permohonan untuk
mengubah tiang-tiang yang terlibat hendaklah dibuat melalui Penguasa Tempatan
berkenaan kerana tinag-tiang ini merupakan hak milik mereka.
Amalan tolong-menolong membawa keharmonian dalam kehidupan kita.
Kerjasama orang ramai dan Penguasa-penguasa Tempatan sangat diharapkan untuk
menjamin kemudahan awam ini terus menerus di nikmati oleh semua individu.

139

Antara perkara yang patut sama-sama diberi perhatian ialah:i)

Melaporkan segera masalah lampu jalan yang tidak berfungsi dengan betul.

ii)

Melaporkan segala kegiatan-kegiatan yang boleh merosakkan lampu-lampu


jalan tersebut.

iii)

Jangan menanam pokok-pokok di bawah talian elektrik.

iv)

Semasa membuat aduan, jangan lupa memberitahu TNB iaitu nama, alamat,
nombor tiang serta nombor telefon pengadu jika ada.

BAB 10 : PUSAT PEMULIHAN BEKALAN (PPB)

10.1 :

140

PENGENALAN

Kakitangan TNB terutamanya yang terlibat untuk perkhidmatan pengguna


hendaklah sentiasa bersedia memberi layanan yang memuaskan kepada pengguna
yang datang berurusan dengannya.
Oleh itu Pasukan Pemulihan Bekalan (PPB) di wujudkan untuk membaik pulih
kerosakan sekira berlakunya bekalan elektrik terputus di rumah kediaman dan premis
pengguna.

10.2 : BIDANG KERJA


Bidang

kerja

memeriksa,mengendali

untuk
dan

PPB

merangkumi

menyelenggara

sistem

aspek-aspek
voltan

rendah

seperti
setakat

1000V(1KV) dan menukar fius 25 A di cut out meter rumah.


PPB juga mempuyai satu unit khas untuk aduan pengguna kepada TNB yang mana
data daripada pengguna akan di masukkan ke dalam Pusat Pengurusan Panggilan (Call
Management Center-CMC) dan akan di terima oleh PPB melalui Trouble Call
System(TCS).

10.3 :

141

SISTEM TCS

TCS merupakan salah satu perkhidmatan kepada pengguna secara on-line 24


jam.Pengguna hanya perlu mendail 15454 untuk membuat aduan mengenai kerosakan yang
berlaku di kawasan sekitar. Selepas anggota PPB siap melakukan tugas,semua kenyataan
mengenai tugas yang di lakukan akan di catatkan di TCS .
Sistem ini akan membantu pasukan PPB untuk mengetahui jenis kerosakan yang
berlaku. Antara contoh kerosakan yang kerap berlaku kepada pengguna seperti :-

Wayar khidmat fasa atau neutral longgar pada tamatannya. Kelonggaran ini
mungkin terjadi pada tamatan pada fius khidmat, neutral atau sambungan pada
wayar sesalur atas (415v) pada tiang.

Bebanan arus yang tinggi adalah disebabkan oleh kilat


akan memutuskan fius . Arus beban tinggi juga akan menyebabkan wayar
menjadi hangus dan longgar.

Wayar

terlalu lama yang di gunakan juga adalah salah satu faktor kenapa

bekalan
di rumah tiada(mati) kerana wayar tersebut mudah terdedah kepada kerosakan.
Keadaan akan menyebabkan

wayar menjadi hangus dan longgar pada

tamatannya.
-

Kerosakan lain ialah disebabkan oleh kejadian bencana alam


seperti ribut melibatkan pokok-pokok kayu yang tumbang ke atas wayar
khidmat seterusnya akan menyebabkan wayar akan terputus. Berikut adalah
contoh kerosakan yang sering berlaku:-

142

TIANG TERBALIK KERANA TIANG BERADA DEKAT SUNGAI

POKOK TUMBANG YG MENYEBABKAN SEVIS PUTUS

143

10.4 : PEMULIHAN BEKALAN


Pepasangan elektrik selepas jangka adalah dibawah tanggungjawab pengguna. Oleh itu,
jika berlaku sebarang kerosakan pada sistem elektrik selepas jangka iaitu pada pemasangan di
premis pengguna sendiri, pengguna hendaklah menhubungi kontraktor elektrik untuk membaiki
kerosakan tersebut. Kakitangan TNB hanya boleh memberi nasihat.
Jika kerosakan berlaku sebelum jangka atau pengguna mendapati tidak ada apa-apa
silapnya pada sistem elektrik dalaman, maka pengguna boleh menghubungi Pusat Pengurusan
Bekalan (PPB) yang berdekatan.

i) Apabila membuat aduan:

Bercakaplah dengan terang dan jelas

Maklumkan kepada petugas TNB maklumat-maklumat penting seperti nama


anda, alamat,no. tiang TNB yang berdekatan dan perkara yang berkaitan kerosakan
dialami. Jika premis anda sahaja yang tiada elektrik, besar kemungkinan alat
pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) atau yang biasa disebut suis automatik
terpelantik.

Pastikan ELCB atau ACB terpelantik atau tidak. Jika tidak terpelantik, sila
hubungi PPB TNB yang berdekatan.

ii) Sebab berlakunya kerosakan bekalan elektrik


Punca utama berlaku kerosakan bekalan elektrik ialah :-

144

Kerosakan pada kabel bawah tanah akibat pergerakan tanah, kerja-kerja


penggali oleh kontraktor, lebihan beban kabel dan kabel-kabel lebih usia.

Kerosakan pada pokok yang tergantung atas talian, tiang-tiang patah akibat
lebihan beban talian, talian yang lebih usia dan sentuhan oleh binatang. Fius atau
tiang menara pembekal dan kotak pencawang voltan tinggi terbakar disebabkan oleh
pokok yang tergantung atas talian dan lebihan beban talian.

Fius terbakar pada sambungan jangka disebabkan oleh lebihan beban dalam
premis pengguna atau kerosakan kepada pepasangan elektrik pengguna.

ELCB terpelantik atau sebarang alat kawalan automatik yang dipasang oleh
pengguna di sebabkan oleh beberapa kerosakan kapada pemasangan elektrik di
premis pengguna. Ini biasanya dianggap sebagai masalah dalaman persendirian.

Lain-lain sebab seperti kerosakan kepada peralatan elektrik.

Gambar : Merupakan antara contoh kerosakan pada wayar yang telah lama

145

BAB 11 : METER DAN PEJABAT


11.1

PERKHIDMATAN

NASIONAL BERHAD

YANG

DISEDIAKAN

OLEH

TENAGA

(TNB)

Selain memberi bekalan baru TNB juga menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan


berikut:

Bacaan jangka khas

Penukaran jangka

Pengujian jangka

Pemulihan bekalan

Pemotongan bekalan

Penyambungan semula bekalan

Aduan atau pertanyaan

Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan bekalan


elektrik , TNB mempunyai kewajiban memberi perkhidmatan yang sempurna kepada
penggunapenggunanya. Panduan yang diberikan ini adalah untuk menjelaskan mengenai

146

jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan oleh TNB selain menyediakan bekalan. Maklumat
yang diberikan turut menjelaskan hak-hak pengguna yang perlu disempurnakan oleh TNB .

11.2 : BACAAN JANGKA KHAS

Pembaca jangka akan mengeluarkan bil kepada pengguna sebaik sahaja bacaan
dibuat .Sekiranya pembacaan jangka tidak boleh dibuat atas sebab sebab seperti tiada
penghuni ataupun pintu pagar berkunci maka bacaan jangka anggaran akan dibuat dan bil
anggaran akan dikeluarkan .Bagi menyelaraskan bacaan meter , pengguna perlu memohon dari
Pejabat TNB yang berkenaan agar bacaan khas dilaksanakan .Caj sebanyak RM 3 akan
dikenakan bagi setiap permohonan bacaan jangka khas.

11.3 : PENUKARAN JANGKA

Sekiranya jangka anda ;

Mengeluarkan bunyi (berdengung)

Rosak akibat dipanah petir

Pecah atau retak cerminnya

147

Mempenyai piring yang tidak berjalan dengan betul

*Sila laporkan segera kepada PejabatTNB yang berdekatan supaya tindakan penukaran
jangka dapat dilakukan .

MENUKAR JANGKA

11.4 : PENGUJIAN JANGKA

Pengujian jangka akan dilakukan jika seseorang itu dirasakan jangka tidak mengikut
bacaan yang betul ataupun pergerakan terlalu laju,seseorang itu hendaklan membuat
pengaduan secara bertulis kepada Pejabat TNB yang berdekatan.

148

Penguna hendaklah membuat bayaran sebanyak RM 5 pihak TNB akan memasang


jangka semak untuk menentukan samada betul atau tidak .Sekiranya benar jangka
bergerak laju lebih dari 3 % , jangka tersebut akan ditukarkan yang baru dan wang ujian
RM 5 akan dikembalikan kepada pengguna .Sekiranya kelajuan jangka kurang dari 3 %,
maka jangka tidak akan ditukarkan dan wang ujian tidak akan dikembalikan.

11.5 : PEMASANGAN JANGKA SAMBUNGAN


TERUS

Oleh kerana kadaran maksima jangka sambungan terus ialah 60 A, maka pepasangan
jangka sambungan terus hanya dilakukan apabila beban arus pengguna tidak melebihi
60 A.

Tarif yang berkaitan dengan pepasangan jenis ini ialah tarif A<B<D<F dan G.Tarif-tarif
yang dinyatakan ini juga mungkin memerlukan pepasangan jangka pengendalian
pengubah arus (CT metering) jika keadaan membenarkan untuk pengguna-pengguna
kuasa besar dan dimana keadaan memerlukan jangka sambungan terus akan dipasang.

Saiz-saiz panel jangka adalah seperti berikut:i)

Untuk jangka satu fasa:* Panel papan = 9 x 12


* Panel logam = 12 x 18 x 11/2.

ii)

149

Untuk jangka tiga fasa:-

* Panel papan = 12 x 18
* Panel logam = 14 x 18 x 11/2

Papan jangka servis hendaklah dari kayu keras, dikimiakan untuk melindungi anai-anai.
Pengguna hendaklah menyediakan fius pemotong ialah 15 A, 30 A dan 60 A (maksima).
Tinggi pendaftar jangka dari lantai ialah lebih kurang 6 kaki. Apabila panel logam
jangka digunakan, jangka diletakkan pada pelit fibre.

Pemasangan jangka jenis ini meliputi semua pepasangan 60 A per fasa. Pemasangan ini
boleh di ketegorikan kepada dua bahagian iaitu perjangkaan bukan himpunan (nonsummation) dan perjangkaan himpunan (summation).Kedua-dua bahagian ini boleh
diketegorikan kepada kelas presis (precision) dan bukan presis (non-precision).

Panel jangka dari mild stell dan tebalnya tidak kurang dari 1.5 mm hendaklah
disediakan oleh pengguna.

Sais panel adalah seperti berikut :i)

Perjangkaan himpunan = 3 x 2.5 x 0.5.

ii)

Perjangkaan bukan himpunan = 3 x 3 x 0.5.

Tinggi panel lebih kurang 4.5 kaki dari tapak ke lantai.

Panel jangka hendaklah berdekatan dengan pengubah arus (C.T) dan jauh antaranya
tidak melebihi 8m bagi perjangkaan voltan rendah dengan tanggungan pengubah arus
7.5 VA dan 25M bagi penjanakan voltan tinggi dengan tanggunggan 15 VA. Pendawaian
di panel dan sambungan untuk pengubah arus hendaklah dari saiz dawai 2.5mm 7/
0.067 tembaga atau 7/ 0.029 single insulated.

150

Pengubah arus hendaklah diletakkan untuk merendahkan pemasang atau penukaran


dimana perlu. Pengubah arus untuk pemasang voltan rendah di sediakan oleh Tenaga
Nasional Berhad. Untuk pemasang voltan tinggi pula , switchgear Tenaga Nasional di
gunakan maka pengubah arus dan voltan digunakan oleh TNB. Pengubah arus untuk
perjangkaan voltan rendah biasanya dari kelas 1.0 (atau CM ) dan tanggunggan 7.5 VA.

Pengubah arus untuk voltan tinggi pula dari kelas 0.5 ( atau BN) dan tanggungan 15
VA. Pengubah potensi biasanya dari kelas B dan dari tanggungan 100 VA perfasa.
Pengubah potensi disambung dalam bentuk star-star dengan punca fasa kuning dan
dililitan perdua dibumikan. Semua fius potensi jangka dikadarkan 2 AMP melainkan
untuk sesentuh pemilih voltan dimana kadarannya antara 4 6 AMP.

Gambar : Menunjukkan antara contoh pemasangan jangka

11.6 :

KOMPONEM-KOMPONEM

DIGUNAKAN

151

TAMBAHAN YANG

Tapak fius dan carriet (Fuse Base and Carriet)

Blok penguji (Test Block)

Sesentuh pemilih voltan (Voltage Selector Contactor)

Suis masa (Time Switch)

11.7 : KEBAIKAN MENGGUNAKAN BLOK


PENGUJI

Menguji pendawaian jangka

Mengambil bacaan beban.

Menguji susunan fasa.

Mengambil bekalan (tapping) dari punca tambahan.

Menukar jangka shutdown

Meneliti fungsi jangka

152

11.8 : PERALATAN UNTUK PENDAWAIAN PENJANGKAAN


KENDALIAN PENGUBAH ARUS

i) Peralatan

Star Clips atau Cable Lugs

Cable Strape

Wayar (warna) 2.5 mm atau 7/0.067mm atau 7/0.029mm.

Pengubah arus untuk setiap fasa.

Pengubah arus himpunan (untuk penjangkaan himpunan).

ii)

Setelah ujian pepasangan selesai, bahagian berikut hendaklah dimateri:*Untuk pepasangan sambungan terus.

Pepotong

Penutup punca jangka


*Untuk pemasangan kendalian pengubah arus .

Semua penutup punca jangka.

Semua fius potensi jangka

Penutup blok penguji

Pintu panel

Tranking atau conduit di inspection elbow

Penutup punca pendua pengubah potensi

153

11.9 : Jenis-jenis jangka yang biasa terdapat dalam


pepasangan tnb

154

jangka 3fasa jenis digital

jangka 1 fasa jenis digital

155

jangka 1 fasa jenis elektromekanikal

156

KESIMPULAN
Selama 5 bulan menjalani Latihan Industri di Tenaga Nasional Berhad
Distribution (TNBD) Kuala Terengganu, banyak pengalaman dan pengetahuan saya
perolehi. Sepanjang menjalani latihan industri di syarikat ini , saya telah didedahkan
dengan tatacara kerja dan peraturan-peraturan syarikat. Selama 5 bulan ini juga, saya
menjalani pelbagai kerja di bahagian Pencawang Elektrik yang bervoltan 132/33kV,
33/11kV dan 11/0.415kV.
Semangat kerja secara berhati-hati, menepati masa dan suka tolong-menolong
semasa melakukan kerja adalah merupakan faktor penting dalam menjayakan sesuatu
kerja yang dilakukan. Di samping itu sifat ketekunan dan kesabaran perlu ada dalam diri
bagi melaksanakan tugas-tugas yang di beri. Hanya dengan ketekunan dan kesabaran
yang tinggi sahaja dapat menghasilkan kerja yang bermutu dan terbaik.
Selain itu sifat minat bekerja perlu di tanam dalam diri kita supaya setiap kerja
yang dilakukan adalah berkualiti. Oleh itu, dengan adanya sifat ini dalam diri, ia akan
memudahkan kita menerima segala ilmu yang diberikan dan secara tidak langsung
dapat menaikkan semangat untuk terus belajar. Kita juga perlu menggunakan pemikiran
dalam menyelesaikan masalah kerana ia adalah satu faktor penyumbang dalam
menyiapkan sesebuah projek dan menghasilkan kerja yang terbaik.
Akhir sekali dapat di buat kesimpulan bahawa selepas menjalani latihan industri,
banyak kemahiran dan pengalaman yang perolehi. Secara tidak langsung ia bukan saja

157

dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam aspek teori dan praktikal bahkan
dapat melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam semua aspek pengurusan.

KOMEN DAN CADANGAN


Sepanjang tempoh saya menjalani latihan di Tenaga Nasional Berhad (TNBD)
Kuala Terengganu, saya telah menimba banyak pengalaman serta pengetahuan yang
tidak dapat diperolehi ditempat lain ataupun di Universiti sendiri.
Pada pendapat saya, latihan industri memang wajar diadakan kerana dapat
melahirkan pelajar cemerlang yang berpengetahuan tinggi serta telah mempunyai
pengalaman yang luas. Dengan cara ini, sistem pendidikan di universiti-universiti di
Malaysia dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berkemahiran.
Di sini, saya ingin mengemukakan beberapa komen yang berkaitan dengan kerja
yang dilakukan sepanjang tempoh latihan. Ada diantara sesetengah pekerja menganggap
para pelatih telah mengetahui cara kerja yang akan dijalankan. Ini telah menyukarkan
para pelatih untuk membuat kerja yang diberi.
Pihak pekerja (Network servis) telah menghadapi banyak masalah kerana kerja
yamg diberi hendak disiapkan dalam tempoh yang singkat sedangkan barang-barang
dan peralatan yang disediakan tidak mencukupi. Sedangkan pihak pengurusan
(Customer Servis) hendakkan kerja disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini telah
menyukarkan kerja yang hendak dilakukan, oleh itu kedua-dua pihak hendaklah
bekerjasama diantara satu sama lain.

158

Kebanyakan kerja yang dilakukan hanya dilaksanakan oleh pekerja dan para
pelatih tidak diberi peluang untuk melakukannya. Ini memyebabkan para pelatih
tidak mengetahui suasana kerja yang sebenar. Di samping itu, para pelatih tidak
dapat mempraktikkan kemahiran tentang sesuatu kerja dengan lebih mendalam.
Sepatutnya para pekerja memahami kedudukan para pelatih dengan memberi
peluang untuk melakukan kerja-kerja yang dilakukan.
Kadang-kadang para pelatih merasa kurang yakin terhadap sesuatu kerja,
walaupun para pelatih merasa mereka boleh melakukannya. Disebabkan kurang
kepercayaan dari pihak menyebabkan pihak universiti tidak tercapai cita-cita mereka
untuk melahirkan pelajar yang berkebolehan.

159

SENARAI RUJUKAN

1.

IKATAN, Papan Pembahagian Voltan Rendah (PPVR).

2.

UNITEN, Alatubah Kuasa (Pembahagian).

3.

UNITEN, Pembumian Pencawang Elektrik.

4.

Jabatan Kejuruteraan TNB, Kabel Bertebat Di Udara Voltan Rendah, 2001.

5.

Jabatan Kejuruteraan TNB, Kabel Bertebat Di Udara Voltan Tinggi, 2001.

6.

IKATAN, Jenis-jenis Pencawang 11 kV.

7.

IKATAN, Penghantaran Dan Pembahagian SVR, 1995.

8.

IKATAN, Penghantaran Dan Pembahagian Pemasangan Jangka Dan Peraturan


Pemasangan Jangka, 1993.

160

161

You might also like