You are on page 1of 4

Abdullah bin Jahsy

sumber : http://dakwah.info/featured/abdullah-bin-jahsy/

Abdullah bin Jahsy r.a adalah anak kepada ibu saudara Rasulullah SAW, Umamah binti Abdul
Mutallib dan juga ipar kepada Rasulullah SAW kerana Rasulullah SAW mengahwini saudara
perempuannya Zainab binti Jahsy r.a.

Abdullah bin Jahsy r.a termasuk dikalangan 40 orang pertama yang memeluk Islam (al-Sabiqun
al-Awwalun).
Penghijrahan Abdullah bin Jahsy ke Madinah
Ketika Rasulullah SAW mengizinkan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah, Abdullah bin
Jahsy adalah orang kedua berhijrah selepas Abu Salamah r.a. Penghijrahan ini bukanlah sesuatu
yang baru bagi beliau kerana beliau telah terlibat dalam hijrah ke Habsyah sebelum ini, cuma
penghijrahan kali ini disertai isteri dan anak.
Berikutan daripada hijrah beliau ke Madinah, harta-harta peninggalan dan kekayaan Abdullah
bin Jahsy telah di rampas oleh Abu Jahal. Peristiwa ini berlaku apabile para pembesar Quraisy
yang mengadakan rondaan bagi memeriksa sudut-sudut kota Mekah mendatangi perkampunang
Bani Jahsy, iaitu setelah Abdullah bin Jahsy meninggalkan kota Mekah. Pemimpin meraka, Abu
Jahal yang mendapati rumah Abdullah bin Jahsy tidak berpenghuni dan dipenuhi harta kekayaan,
telah mengambil seluruh harta itu. Perkara ini kemudiannya sampai ke pengatahuan Abdullah
bin Jahsy dan beliau mengadu kepada Rasulullah SAW.

Rasulullah telah menjawab: Allah akan menggantikannya dengan rumah yang paling baik di
Syurga
Abdullah bin Jahsy sebagai Amirul Mukminin
Untuk membentuk pasukan tentera Islam, Rasulullah SAW telah memilih 8 orang yang
dipandangnya mampu berperang termasuk Abdullah bin Jahsy dan Saad bin Abi Waqqash r.a.
Dalam pasukan ini, Abdullah bin Jahsy telah terpilih sebagai ketua dan telah diserahkan bendera
Islam pertama kepadanya. Bendera ini telah diikat pada tongkat Rasullulah SAW. Abdullah bin
Jahsy telah digelar Amirul Mukminin kerana peristiwa ini.
Setelah dilantik sebagai amir, beliau telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk merisik dan
mengintip musuh. Rasulullah telah memberi Surat Perintah kepada beliau dan melarang beliau
membuka surat itu melainkan sesudah dua hari perjalanan. Oleh itu sesudah dua hari perjalanan,
beliau telah membuka surat itu dan membacanya:
Bila kamu membaca surat ini, teruskanlah perjalananmu ke arah Mekah. Berhentilah diantara
Taif dan Mekah. Amatilah gerak-geri kaun Quraisy dan segera laporkan kepadaku.
Sesuai dengan arahan Rasulullah SAW, Abdullah bin Jahsy r.a meneruskan perjalanannya dan
tiba di Nakhlah. Di tempat tersebut mereka mempersiapkan pos perisikan dan ketika mereka
bersiap-siap, tiba-tiba dari jarak yang agak jauh mereka terlihat sekumpulan kabilah Quraisy
terdiri daripada Amr bin Hadhramy, Hakam bin Kaysan, Utsman bin Abdullah dan al-Mughirah
bin Abdullah. Mereka membawa dagangan seperti kulit, anggur dan sebagainya. Abdullah bin
Jahsy telah bermesyuarat dengan pasukannya untuk menyerang atau membiarkan kabilah
Quraisy itu. Di saat akhir bulan Haram, jika mereka melakukan penyerangan, bererti melanggar
kehormatan bulan itu serta akan mendatangkan kemarahan bangsa Arab. Akan tetapi jika kabilah
itu dibiarkan lalu, mereka akan masuk ke tanah Haram (Mekah) iaitu bererti membiarkan mereka
masuk ke tempat aman.
Akhirnya mereka memutuskan menyerang dah merampas harta kabilah itu. Seorang anggota
rombongan tewas, dua ditawan dan seorang lagi berjaya melarikan diri. Tibanya di Madinah,
harta rampasan dan tawanan dibawa dihadapan Rasulullah SAW. Abdullah bin Jahsy dan
pasukan telah dimarahi kerana bertindak diluar arahan dan perintah Rasulullah SAW.
Baginda telah menangguhkan keputusan mengenai hukuman harta rampasan dan dua tawanan
perang sementara menunggu keputusan dari Allah. Abdullah bin Jahsy dan pasukan telah
digantung kerja. Mereka jelas bersalah kerana melanggar perintah Rasulullah SAW. Kaum
muslimin mencela mereka sehingga mereka terase dipulaukan. Penyesalan dan kesedihan
menjadi lebih teruk apabila mereka mengetahui kaum Quraisy menggunakan peluang ini untuk
menekan Rasulullah SAW dan kaum Muslimin. Mereka menyebarkan berita dikalangan kabilahkabilah Arab, bahawa kaum Muslimin telah menghalalkan pertumpahan darah dan perampasan
harta dibulan Haram.

Abdullah bin Jahsy menganggung beban mental yang sangat hebat. Walaubagaimanapun, beliau
tetap terus beristigfar dan memohan ampun kepada Allah SWT sehingga turunnya Al-Baqarah
ayat 217 membawa berita gembira. Turunnya ayat ini telah menenangkan hati Rasulullah SAW.
Harta rampasan diberi ke Baitul Man dan kedua tawanan dibebaskan. Harta rampasan ini adalah
harta rampasan pertama umat Islam dan musuh yang dibunuh adalah musyrik pertama yang
tertumpah darahnya di tangan kaum Muslimin. Bendara pasukan mereka juga, bendara pertama
yang diikat oleh Rasulullah.
Syahidnya Abdullah bin Jahsy
Abdullah bin Jahsy adalah antara sahabat yang syahid dalam perang Uhud. Di dalam perang ini
Abdullah bin Jahsy dan Saad bin Waqqash r.a telah berdoa di sebuah tempat yang agak terpencil.
Doa Saad bin Waqqash r.a:
Ya Allah, pertemukanlah aku dengan musuh yang paling buas dan jahat. Aku akan melawannya
dan berilah aku kemenangan
Abdullah bin Jahsy mengaminkan doa seraya menambah:
Ya Allah, pertemukanlah aku dengan musuh yang jahat dan buas. Aku akan melawannya dan
aku tewas ditangannya. Dia kemudian memotong hidung dan telingaku
Ketika perang Uhud berakhir, ternyata Allah memakbulkan doanya. Para sahabat menemukan
jasadnya tewas sepertimana doanya. Hidung dan telinganya buntung dan tubuhnya digantung
dengan seutas tali. Allah SWT memuliakan nya dengan pahala syahid bersama Hamzah bin
Abdul Muttalib r.a. Keduanya tewas dan dimakamkan didalam satu kubur. Air mata Rasulullah
telah membasahi kubur mereka menambah harumnya darah syahid yang melumuri jasab mereka.
Semoga mereka dirahmati. Amin.

Sumber rujukan:
Sejarah 133 wira terbilang di zaman Rasulullah SAW.
Dr. Khalid Muhammad Khalid
Al-Hidayah.

You might also like