You are on page 1of 19

Pengurusan VS Pentadbiran Pendidikan.

1.0 PENGENALAN

Dalam institusi pendidikan, pentadbiran dan pengurusan merupakan bahagian


yang besar dalam sesebuah organisasi dan tidak boleh di pisahkan. Kedua-dua
bahagian ini sangat penting di dalam usaha untuk menegak dan mengukuhkan
lagi sesebuah badan organisasi. Tanpa salah satu bahagian ini, maka sesebuah
organisasi yang wujud tidak akan lengkap, bermasalah dan tidak bertahan lama.
Organisasi seperti sekolah memerlukan pengurusan dan pentadbiran yang kuat
agar mampu mencapai objektifnya yang tersendiri. Namun demikian, terdapat
sesetengah orang yang kurang jelas akan maksud dan konsep sebenar mengenai
pengurusan dan pentadbiran disebabkan oleh pemahaman secara kasar yang
mana kedua-dua bahagian ini hampir mempunyai maksud yang sama. Dalam
organisasi yang berorientasikan fungsi perkhidmatan, pengurusan merupakan
sebahagian daripada pentadbiran tetapi bagi institusi swasta yang
mementingkan keuntungan, pentadbiran merupakan sebahagian daripada
pengurusan, kerana ia lebih kepada pencapaian matlamat organisasi melalui
penggunaan sumber-sumber secara ekonomi.
Membuat keputusan merupakan satu aktiviti tertentu yang dilakukan oleh pihak
pengurusan sedangkan pihak pentadbiran menjalankan tugas-tugas rutin yang
tidak menumpukan kepada kepentingan membuat keputusan. Justeru itu, saya
ingin mengongsikan definisi sebenar pengurusan dan pentadbiran dalam sistem
pendidikan melalui pembacaan terhadap beberapa buku.

2.0 PERBEZAAN ANTARA KONSEP PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

Menurut Newman (1963), dalam bukunya yang bertajuk Administrative Action,


beliau mendefinisikan pentadbiran sebagai satu bimbingan, kepimpinan dan
kawalan daya usaha kumpulan pekerja kearah pencapaian matlamat. Bagi
Walker (1977), mendefinisikan pentadbiran sebagai satu proses untuk
menyelaraskan aktiviti-aktiviti organisasi melalui pembentukan matlamat dan
polisi dan menentukan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapainya.
Campbell (1983) pula, dalam bukunya Introduction to Educational
Administration, mendefinisikan pntadbiran pendidikan sebagai pengurusan
sesebuah institusi pendidikan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran.
Definisi-definisi di atas memberikan satu unsur penting iaitu kakitangan.
kakitangan merupakan orang yang ditadbir. Selain itu, terdapat juga unsur

pencapaian matlamat organisasi. Sebagai seorang pendidik yang telah lama


berkecimpung dalam bidang pendidikan, saya telah memahami satu konsep
mengenai pentadbiran yang mempunyai tanggungjawab untuk mempengaruhi
tingkah laku kakitangan atau orang bawahan. Hal ini selaras dengan usaha
sesebuah organisasi kearah pencapaian matlamat. Seperti yang dinyatakan oleh
Newman dan Walker melalui definisi pentadbiran, didapati bahawa pihak atasan
merupakan pembuat polisi dan menentukan matlamat organisasi. Seterusnya,
mari kita lihat pula definisi- definisi yang diberikan oleh beberapa lagi penulis
buku yang telah menjalankan kajian terhadap maksud pengurusan.
Menurut Denyer (1977), pengurusan ialah proses mengarah dan mengawal
sesuatu institusi yang melibatkan perancangan dan pengarahan terhadap tugastugas kakitangan. Dalam masa yang sama, ia juga merupakan arahan dan
kawalan kepada empat factor, iaitu manusia, kewangan, bahan mentah dan
alatan. Bagi Thierauf (1977) dalam bukunya yang bertajuk Management
Principles and Practices: A Contingency and Questionnaire Approach, pengurusan
ialah satu proses yang menempatkan input organisasi melalui perancangan,
pengelolaan, pengarahan dan pengawalan bagi menghasilkan output (barangan
dan perkhidmatan) yang diingini oleh pelanggan supaya matlamat organisasi
tercapai. Stoner (1984) dalam Management, menyatakan pengurusan sebagai
satu proses untuk merancang, mengelola, mengarah dan mengawal daya usaha
ahli-ahli organisasi dan pengurusan sumber-sumber organisasi yang lain untuk
mencapai matlamat organisasi yang telah ditentukan.
Melalui definisi-definisi pengurusan itu, tidak terdapat banyak perbezaannya
dengan maksud pentadbiran. Cuma yang membezakan ialah, pengurusan lebih
menekankan kepada input organisasi iaitu barangan dan perkhidmatan.
Pengurusan merupakan satu cara untuk mencapai matlamat melalui
pengendalian input yang terdiri daripada kakitangan, kewangan, bahan mentah
dan teknologi. Input-input ini penting kerana diperlukan untuk mencapai
matlamat. Terdapat beberapa faktor penting yang diperlukan bagi mencapai
matlamat dalam pengurusan. Antaranya ialah perancangan, pengelolaan,
pengarahan dan pengawalan daya usaha kakitangan kearah perlaksanaan tugas
yang cekap dan efektif.
Konsep sekolah ialah sebagai satu sistem yang bertujuan untuk mencapai
matlamat pendidikan tertentu. Konsep ini dikenali sebagai purposif. Konsep
sekolah sebagai satu sistem yang purposif mengambil kira bagaimana ia
menyebarkan khidmat pendidikannya kepada para pengguna. Selain itu, ia juga
mengambil kira bagaimana untuk ia menyediakan peluang bagi ahli-ahlinya
mencapai kepuasan melalui kerja-kerja yang mereka lakukan. Bagi memahami
sistem sesebuah sekolah, yang juga dikenali sebagai organisasi sosial, adalah
penting bagi setiap pendidik untuk mempunyai pengetahuan asas mengenai
konsep dan fungsi pengurusan.
Memiliki pengetahuan adalah penting bagi seseorang guru besar atau pengetua
untuk membimbingnya selain memainkan peranannya sebagai seorang
pentadbiran dan pengurus sesebuah organisasi di sekolah. Oleh kerana guru-

guru dan kakitagan merupakan am merupakan sumber utama dalam sistem


pentadbiran sekolah, dan tingkah laku mereka mempengaruhi keberkesanan
sekolah, maka satu corak pentadbiran yang tersusun dan teratur diperlukan
untuk memudahkan pengetua membimbing mereka bagi mempertingkatkan
mutu pengajaran-pengajaran.

3.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN BERPUSAT

Pendidikan berpusat adalah amat penting dalam organisasi pendidikan yang


berbilang kaum dan bangsa di Malaysia. Keseragaman sistem berpusat
memberikan banyak kebaikan kepada tenaga-tenaga pengajar khususnya, para
pelajar yang menerima sistem yang sama, dan masyarakat amnya. Setiap
organisasi perlu dikelolakan dengan rapi, sempurna dan teratur. Ini
membolehkan kakitangannya dapat berhubung dan bertindak satu sama lain
bagi mencapai matlamat pendidikan yang telah ditentukan selaras dengan
falsafah pendidikan Negara.
Pemahaman konsep-konsep pentadbiran seperti satu ketua, keselarasan tujuan,
keselarasan arahan, penyerahan autoriti dan tanggungjawab, pengkhususan,
bidang kawalan, kestabilan dan fleksibiliti, keselamatan kerjaya dan polisi
personel dapat membantu mempertingkatkan keberkesanan pentadbiran dan
pengurusan sekolah. Konsep-konsep pentadbiran dan pengurusan ini sekaligus
membawa kepada pemusatan sistem organisasi pendidikan di seluruh sekolah di
Malaysia. Keseragaman ini membolehkan integrasi di kalangan sekolah rendah,
sekolah menengah, sekolah rendah jenis kebangsaan serta teknik dan vokasional
dapat bernaung di bawah satu pemerintahan yang adil dan menekankan

permasalahan yang berlaku serta berusaha untuk membantu memperbaiki


kekurangan di setiap sekolah berkenaan.
Seperti yang kita sedia maklum, Negara Malaysia terdiri daripada penduduk
yang berbilang kaum dan bangsa. Justeru, banyak sekolah telah dibina bagi
mengkhususkan penduduk yang berbangsa bukan melayu agar dapat menikmati
kebebasan mempelajari bahasa sendiri iaitu, mereka yang berbangsa Cina dan
India. Keistimewaan ini hanya boleh di lihat di Malaysia kerana memiliki sistem
pendidikan yang amat berbeza dengan Negara luar. Hal ini disebabkan oleh
faktor sejarah di mana kita sendiri ada mempalajarinya sewaktu di sekolah
menengah mahupun di peringkat institusi pengajian tinggi (IPTA). Namun
demikian, kelainan ini memberikan satu kata putus, di mana sistem psndidikan
yang diadakan di Malaysia berbentuk sistem berpusat. Dengan kata lain, semua
sekolah di negara ini termasuk sekolah jenis kebangsaan, hanya berpusat
kepada satu sistem sahaja. Sebagai contoh, mata pelajaran yang di ajar mestilah
seragam di seluruh sekolah kecuali kepada sekolah yang mempelajari bahasa
tertentu seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil. Sungguhpun demikian, mengikut
kepada sistem pendidikan berpusat, semua sekolah adalah diwajibkan untuk
mempelajari bahasa Melayu kerana bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di
Malaysia.
Sesebuah organisasi di sekolah yang mahu diubah haruslah terlebih dahulu
mendapatkan persetujuan daripada pihak atasan yang kemudiannya membawa
hal itu kepada pusat utama pendidikan di Malaysia. Dengan itu, sesebuah
sekolah tidak boleh untuk menukar pentadbirannya kepada bentuk yang lain
sekiranya tidak mendapat pengesahan dan persetujuan daripada jabatan
pendidikan.
Terdapat beberapa kepentingan dan kebaikan terhadap sistem pemusatan
pendidikan di Malaysia.

3.1 Satu Ketua


Sesebuah organisasi sekolah akan lebih berkesan pentadbiran dan
pengurusannya
sekiranya memiliki satu ketua sahaja yang berfungsi untuk memberikan arahan.
Satu ketua bermakna akan adanya satu pusat penyelarasan untuk kesemua
aktiviti pentadbiran yang dijalankan. Seperti yang kita sedia lihat, di mana-mana
sekolah, ramai ketua di peringkat unit, bahagian atau panitia. Namun demikian,
salah seorang daripada mereka mesti menjadi agen penyelarasan dan selalunya
pengetua yang akan memainkan peranan ini. Sekiranya ianya tidak wujud,
maka sistem pentadbiran dan pengurusan akan menjadi kucar-kacir. Semua
ketua di setiap unit akan mahu menjadi ketua malah ada yang langsung tidak
menjalankan tugas. Ini akan memberikan banyak masalah contohnya, sekolah
tidak akan dapat mencapai matlamat kerana setiap unit akan membawa hal
sendiri tanpa penyelarasan aktiviti. Oleh itu, konsep satu ketua adalah amat

penting untuk dijalankan dan diamalkan di sekolah kerana jumlah pekerja yang
semakin ramai. Menurut Follet (1924), dalam bukunya, penyelarasan
sememangnya penting untuk menjamin hubungan yang harmoni dan dapat
menghasilkan organisasi yang berkesan. Konsep satu ketua akan menjamin
keselarasan dan penyempurnaan matlamat.

3.2 Keselarasan Matlamat


Sewaktu mula-mula menjadi kakitangan di sesebuah organisasi, seseorang itu
tentu tidak tahu secara menyeluruh mengenai dan tidak memahami matlamat
organisasi itu dengan jelas. Oleh itu, peranan pengetua adalah sangat penting
bagi menentukan matlamat sekolah dengan jelas agar tenaga pekerjanya
mempunyai matlamat bersama tanpa adanya percanggahan. Tenaga pekerja
amat diperlukan bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi.
Amalan penyelarasan maklumat di sekolah adalah sangat penting bagi
meningkatkan kualiti organisasi. Sekolah merupakan organisasi social yang
berfungsi untuk mendidik, melatih dan mengawal murid-murid. Terdapat dua
faktor yang telah dirumuskan dalam matlamat pendidikan di Malaysia. Pertama
ialah, melahirkan tenaga rakyat jangka panjang dan pendek yang diperlukan
Negara. Bagi matlamat yang kedua iaitu menghasilkan satu masyarakat yang
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Matlamat pendidikan boleh difahami
dengan lebih lanjut melalui falsafah pendidikan Negara. Falsafah ini dijadikan
sebagai satu amalan dan matlamat para pendidik agar sentiasa bersatu dalam
apa jua aktiviti.

3.3 Keselarasan Arahan


Pendidikan berpusat boleh diamalkan melalui penyelarasan arahan. Ini
bermakna, setiap kakitangan mesti mengetahui siapa yang bertanggungjawab
ke atasnya semasa menjalankan tugas. Penentuan tugas adalah penting.
Sekiranya terdapat kakitangan yang gagal untuk memahami tugasnya,
produktivitinya tidak akan dapat dijamin kerana kakitangan ini dianggap sebagai
tidak bersemangat dan tidak bersungguh-sungguh dalam menjalankan
tanggungjawab sebagai pendidik.
Sesungguhnya amat penting bagi pendidikan pusat untuk mengeluarkan arahan
agar dapat diikuti oleh semua sekolah. Hal demikian membolehkan sistem
organisasi teratur apabila terdapat pihak atasan yang lebih berkuasa dan berhak
untuk menentukan sistem organisasi di sesebuah sekolah. Sekiranya perubahan
berlaku kepada sesebuah sekolah, maka seluruh sekolah yang lain akan turtu
diberi arahan untuk melakukan perubahan kearah mencapai matlamat
pendidikan. Begitu juga halnya dengan tugas. Apabila seseorang kakitangan itu
diberikan tugas, maka dia hendaklah tahu untuk melaksanakan tugasan tersebut
dengan cekap dan berkesan. Oleh itu, dengan adanya struktur kuatkuasa dan
tanggungjawab yang jelas, kelancaran atau kelicinan kerja akan diperoleh.

3.4 Penyerahan Autoriti dan Tanggungjawab


Penyerahan autoriti dan tanggungjawab juga penting dan perlu bagi sistem
pendidikan berpusat yang dilaksanakan di Malaysia. Keberkesanan sesebuah
sekolah sebagai satu organisasi akan lebih berjalan dengan licin sekiranya ada
ketua yang menjadi wakil autoriti bagi kakitangan tersebut. Di sesebuah
organisasi sekolah, pengetua memainkan peranan yang penting. Apabila seorang
pengetua menyerahkan sesuatu tanggungjawab kepada seseorang guru, dia
hendaklah juga menyerahkan autoriti yang diperlukan untuk menyiapkan tugas
itu. Sesudah tugas itu diserahkan kepada guru berkenaan, penyelia akan tetap
mempunyai kaitan dengan tugas itu, kerana pengetua masih bertanggungjawab
untuk menjelaskan kepada pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan jika
terdapat sebarang kelemahan atau kesilapan guru dalam melaksanakan tugas
yang diberi. Konsep ini disebut sebagai akauntabiliti. Adalah wajib bagi semua
ahli organisasi supaya memberikan laporan kepada ketuanya mengenai
keseluruhan prestasi tugasnya, tanpa mengira tugas itu telah diserahkan kepada
orang bawahan untuk menyempurnakannya atau tidak. Justeru, sangat penting
dalam sebuah sekolah untuk adanya wakil dalam menyerahkan satu-satu tugas
mahupun tanggungjawab tertentu.

3.5 Bidang Kawalan


Bidang ini membawa maksud bahawa setiap ketua mestilah mempunyai satu
bidang kawalan yang terdiri daripada beberapa orang kakitangan. Kakitangan ini
mestilah mampu mentadbirnya secara langsung. Jenis-jenis organisasi dalam
bidang kawalan ini akan menentukan jumlah tenaga pekerja. Bidang kawalan ini
sangat penting kerana terdapatnya keadaan yang semakin mencabar. Pengaruhpengaruh faktor seperti masa, tenaga, pengetahuan dan kebolehan menjadi
cabaran bagi sesetengah tenaga pengajar yang baru memulakan karier sebagai
pendidik. Tugas pengetua di sekolah ialah untuk menyelia dan memerhati tugas
sebilangan guru sahaja. Pengetua tidak perlu menyelia semua guru kerana yang
selebihnya boleh diserahkan kepada penolong kanan atau ketua-ketua unit
tertentu. Menurut L. Gulick (1937) dalam bukunya yang bertajuk Case Studies in
School Administration, jumlah kakitangan di bawah bidang kawalan seorang
ketua adalah dalam lingkungan tiga sehingga dua belas orang.

3.6 Kestabilan dan Fleksibiliti

Pendidikan berpusat mengamalkan konsep kestabilan dan fleksibiliti. Konsep ini


dapat membantu untuk meningkatkan keberkesanan organisasi. Pembentukan
dasar, peraturan dan polisi akan menyebabkan organisasi itu menggunakannya
terlebih dahulu untuk beberapa waktu bagi melihat hasilnya. Organisasi yang
kerap kali mengubah polisi dan programnya dianggap sebagai organisasi yang
tidak stabil. Setiap program atau polisi yang digubal dan dirancang dengan baik
hendaklah diberikan tempoh percubaan yang cukup. Dengan berbuat demikian,
maka segala kelemahan akan dapat diperbaiki.
3.7 Keselamatan dan Kesejahteraan
Konsep ini amat perlu dalam setiap organisasi. Dengan adanya keselamatan dan
kesejahteraan, maka adanya jaminan kerjaya untuk setiap kakitangan. Walaupun
setiap pekerja mempunyai pelbagai keperluan tetapi keperluan untuk kerjaya
yang terjamin adalah sejagat. Dengan adanya matlamat untuk mempunyai
kerjaya yang terjamin, banyak persatuan tidak formal di tempat kerja akan
ditubuhkan. Pertubuhan seperti ini boleh menyuarakan pendapat dan pandangan
masing-masing mengenai kedudukan mereka dalam organisasi. Mereka boleh
diwakili oleh seseorang yang akan dianggap sebagai ketua. Maka, segala
masalah dapat di selesaikan dengan baik.

3.8 Dasar Personel


Dengan adanya sistem pendidikan berpusat, dasar personel yang diwujudkan
amat penting bagi menentukan pengambilan dan perlantikan pekerja yang
berkebolehan. Dasar personel juga bertujuan untuk melatih dan membimbing
tenaga pengajar yang kurang berpengalaman, menyingkirkan yang tidak
berminat,dan menyediakan ganjaran-ganjaran yang setimpal dengan daya usaha
seorang guru. Konsep ini boleh menghasilkan prestasi guru yang bermutu dan
berkelayakan, hasil kerja yang diharapkan akan diperoleh dan menjadi lebih
berkesan dan cekap.
Bagi meningkatkan produktiviti pekerja yang kurang pengalaman ke tahap
maksimum, latihan akan diberikan berdasarkan tahap kebolehan dan kelemahan
mereka. Terdapat juga pekerja-pekerja yang malas dan tidak berkemampuan
untuk menjalankan tugas yang diberi. Oleh itu, mereka akan dipecat dan akan
wujud kumpulan pekerja yang terdiri daripada ahli-ahli yang mahu bekerjasam,
taat setia dan ikhlas dalam menyempurnakan tugas. Pemantauan akan
dijalankan secara mengejut bagi memastikan setiap guru melaksanakan
tanggungjawabnya dengan sempurna. Penilaian turut dilakukan untuk menilai
keberkesanan sistem organisasi sekolah terhadap sistem pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Setiap guru wajib memiliki buku laporan sebagai
bukti bahawa segala tugas dijalankan dengan terancang dan teratur.

3.9 Penilaian

Mengikut sistem pendidikan berpusat, penilaian yang dijalankan hendaklah


diadakan bukan sahaja ke atas daya pengeluaran tetapi juga ke atas pergerakan
organisasi itu sendiri. Sekiranya sesuatu aktiviti itu dijalankan tanpa penilaian,
maka ia akan dianggap sebagai tidak berfungsi. Menurut Kimbrough dan
Nunnery (1976) dalam buku mereka Educational Administration; An Introduction,
maklum balas adalah satu alat kawalan yang amat penting dan diperlukan untuk
membuat penyesuaian yang spontan. Sebagai contoh, ibu bapa dan masyarakat
memberi maklum balas terhadap persekitaran sekolah. Dengan demikian,
mereka dapat membantu sekolah itu untuk menjadi lebih berkesan. Maklum
balas ini adalah alat kawalan yang menentukan prestasi sebenarnya berbanding
dengan prestasi yang dijangkakan.
Konsep-konsep ini membantu organisasi mempertingkatkan mutu pentadbiran
dan pengurusan sekolah. Ianya diaplikasikan oleh semua sekolah yang
mempunyai matlamat berlandaskan falsafah pendidikan Negara. Secara
pandangan mata kasar, ia seolah-olah memaksa semua institusi untuk
mengaplikasikannya, namun, ia bergantung kepada ketua organisasi tersebut.
Melalui kaedah ini, ia amat senang dan mudah kerana perselisihan antara
kakitangan atau organisasi akan dapat dikurangkan. Hal ini disebabkan oleh
sistem pendidikan berpusat, di mana arahan diterima oleh pihak atasan dan
sebagai kakitangan bawahan, kita hanya mengaplikasikannya. Sekiranya tidak
ada arahan daripada pihak atasan, maka organisasi akan bertindak lebih untuk
menjadi ketua kepada semua organisasi yang lain. Pendek kata, dengan adanya
sistem pendidikan berpusat, pemberian atau ganjaran terhadap semua
organisasi sekolah adalah sama, yang membezakan hanyalah tahap penerimaan
dan tindak balas yang diberikan.
Seperti yang kita sedia maklum, struktur autoriti dalam sistem pendidikan kita
sememangnya berdasarkan kepada peraturan-peraturan dan undang-undang
tertentu, yang menentukan siapa mengawal kita dan kita mengawal siapa.
Dengan lebih jelas, sistem organisasi adalah seperti di bawah;

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

PEJABAT PENDIDIKAN NEGERI

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

SEKOLAH/ PENGETUA

GURU-GURU
Rajah 1 Struktur Sistem Organisasi Pendidikan di Malaysia
Konsep keselarasan arahan hanyalah sebagai penerima arahan sahaja. Sebagai
contoh, seseorang kakitangan yang menerima banyak arahan dan sumber akan
menjadi keliru. Lantaran itu, dia akan menjadi tidak cekap dan tidak
bertanggungjawab. Dalam pentadbiran sekolah, konsep bidang kawalan adalah
penting dan wajar digunakan di setiap sekolah. Pentingnya mempuyai penolong
kanan dan ketua-ketua unit atau bidang kerana bidang kawalan untuk pengetua
menjadi kurang. Oleh itu, pengetua dapat menentukan jumlah guru-guru yang
bertanggungjawab terus kepada ketua masing-masing. Sistem ini juga dikenali
sebagai sistem organisasi berpusat.
Pendidikan Malaysia memiliki struktur autoriti yang berbentuk hierarki. Justeru,
konsep bidang kawalan dan keselarasan arahan ini memang wujud. Ini
disebabkan oleh aliran autoriti yang bermula dari pihak Kementerian Pendidikan.
Justeru, aliran ini mengalir terus kepada guru-guru. Sekolah-sekolah di Malaysia
ditubuhkan berdasarkan polisi, prosedur dan peraturan yang termaktub dalam
Kementerian Pendidikan. Maka sebab itulah pemilihan kakitangan, konsep
pekerja yang berkebolehan juga ditentukan. Sungguhpun demikian, setiap
sekolah yang dikawal oleh satu peraturan, pengetua haruslah menggunakan
fakta dan sebab terjadinya keputusan yang dibuat tanpa mengamalkan ciri-ciri
birokrasi dengan sepenuhnya.

4.0 KESIMPULAN

Di Negara Malaysia, terdapat banyak jenis sekolah seperti yang telah dinyatakan
pada awal topik pengenalan. Ianya termasuklah sekolah rendahk (SRK), Sekolah
menengah kebangsaan (SMK), dan sekolah jenis kebangsaan Cina, India serta
sekolah Teknik dan Vokasional. Kepelbagaian penduduk di Malaysia telah

mewujudkan corak pentadbiran dan pengurusan yang berlainan di setiap jenis


sekolah. Sebagai contoh, terdapat sekolah wawasan yang dibina dengan tujuan
mengeratkan pertalian dari segi perkauman di Malaysia. Hal ini memberikan
kesan yang positif. Sungguhpun corak pentadbiran dan pengurusan yang
berlainan, kerajaan amat bijak menyelesaikan masalah yang tidak dapat dikawal
seperti monopoli kuasa oleh sesetengah pihak. Dengan adanya Kementerian
Pendidikan di Malaysia, sistem pentadbiran dan pengurusan telah diseragamkan.
Sebagai contoh, baru-baru ini, pihak tersebut dengan sebulat suara melancarkan
masa pengajaran dan pembelajaran tamat pada pukul tiga setiap hari. Dengan
adanya arahan seperti ini, maka seluruh Jabatan Pendidikan di setiap daerah
wajib melaksanakannya di semua sekolah. Justeru, sistem pemusatan pendidikan
amatlah penting, terutamanya di Negara kita yang berbilang kaum. Selain
daripada memudahkan sistem pentadbiran dan pengurusan Negara, ia juga
dapat memulihara hubungan antara kaum dan dapat mengelakkan sebarang
perebutan kuasa di kalangan pendidik.

Sistem sekolah berpusat dipuji


KUALA LUMPUR 15 April - Keputusan Kementerian Pendidikan untuk
melaksanakan sistem sekolah berpusat bagi mengatasi masalah pelajar di
kawasan terpencil dianggap oleh persatuan-persatuan perguruan sebagai satu
keputusan yang tepat.

Presiden Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, Muhammad Mustapha berkata,


melalui sistem tersebut masalah keciciran yang dialami oleh para pelajar di
kawasan pedalaman akan dapat diatasi.

Menurut beliau, selama ini mereka terpaksa berjalan jauh berjam-jam lamanya
untuk berulang-alik ke sekolah yang menyebabkan mereka kepenatan dan tidak
mampu menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran.

''Musim hujan juga sering menghalang pelajar di kawasan pedalaman untuk ke


sekolah kerana masalah pengangkutan dan sebagainya yang akhirnya
menyebabkan mereka tercicir.

''Mereka juga berpeluang menikmati kemudahan yang diberikan oleh kerajaan


sama seperti apa yang diperoleh oleh pelajar-pelajar lain di kawasan bandar
dengan adanya sistem sekolah berpusat ini,'' katanya ketika dihubungi di sini,
hari ini.

Beliau mengulas pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pendidikan, Tan Sri
Musa Mohamad berhubung keputusan Kementerian Pendidikan untuk
melaksanakan sistem sekolah berpusat bagi mengatasi masalah pelajar luar
bandar.

Menurut Musa, kementeriannya akan membina sekolah baru di satu kawasan


termasuk asrama bagi mengumpul dan menempatkan pelajar dari kelompokkelompok kecil supaya berpusat di situ.

Sistem yang diperkenalkan itu dikatakan dapat mengatasi kesukaran pelajar


untuk berulang-alik ke sekolah termasuk meredah hutan yang jauhnya berbatubatu dari rumah mereka.

Menyentuh tentang peningkatan kualiti pelajaran, Muhammad berpendapat, para


pelajar di pendalaman akan mampu mempamerkan keputusan yang cemerlang
di dalam akademik jika diberi kesempatan seperti itu.

Beliau berkata, kemudahan asrama yang ada akan memberi peluang kepada
pelajar mengikuti jadual harian yang lebih tersusun termasuk tuisyen,
kokurikulum dan aktiviti sampingan yang lain.

Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) turut


mengalu-alu langkah kerajaan untuk melaksanakan sistem sekolah berpusat bagi
menangani masalah pelajar-pelajar di pedalaman.

Presidennya Abu Bakar Shawkat Ali berkata, pelaksanaan sistem itu akan dapat
memberi peluang kepada murid-murid di kawasan pedalaman menikmati
kemudahan infrastruktur yang lebih sempurna.

Beliau berkata, sekolah yang kecil di pedalaman selalunya mundur dari segi
kemudahan dan sering mengalami kekurangan tenaga pengajar.

''Melalui sistem sekolah berpusat, murid-murid akan dapat meningkatkan


kemajuan di dalam pelajaran kerana segala kemudahan yang terdapat di sekolah
itu dapat digunakan sepenuhnya,'' ujarnya.

Tambahnya, jumlah murid yang bertambah akan dapat meningkatkan interaksi


antara pelajar selain memupuk amalan perpaduan kaum dari peringkat awal lagi.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2000&dt=0416&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_03.htm#i
xzz3Y0DsrpWJ
Utusan Melayu (M) Bhd

PENGENALAN

Pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan Negara hingga ke


Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan
khususnya dari segi penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan
latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai
sasarannya. Walau bagaimanapun KPM akan sentiasa peka dan prihatin kepada
perubahan yang berlaku dalam urusan meningkatkan kualiti pendidikan dan
menghasilkan modal insan beracuan sendiri.

Dasar Pendidikan Negara pada umumnya digubal pada peringkat pusat iaitu oleh
kabinet kerajaan dan Kementerian Pelajaran melalui sistem jawatankuasa.
Penggubalan dasar yang berpusat adalah untuk menjamin agar sistem
pendidikan itu berjalan secara serentak, menyeluruh dan seragam. Dasar-dasar
pendidikan merupakan pengantar atau media yang khusus bagi menjelmakan
idealisme, falsafah, matlamat dan objektif pendidikan Negara. Dasar pendidikan
utama negara ini mengambil kira kepelbagaian atau variasi budaya, etnik dan
kedudukan geografi. Hal ini disebabkan aspirasi bahawa segala usaha dalam
pendidikan adalah untuk mencapai integrasi nasional.

Dasar pendidikan Negara ini dinyatakan dengan jelas, sama ada yang termaktub
dalam undang-undang ataupun dinyatakan dalam laporan jawatankuasa yang
ditubuhkan oleh kerajaan. Dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan
kepada pelbagai aspek dan komponen dalam system pendidikan, iaitu meliputi
peringkat pendidikan formal, penis pendidikan, kurikulum, pentadbiran,
penyertaan dan agihan infrastruktur dan sumber. Perincian dasar-dasar

sedemikian rupa adalah untuk memastikan pengukuhan prinsip demokrasi,


kesamarataan dan kesejagatan dalam pendidikan.

DEFINISI DAN LATAR BELAKANG

Dari segi bahasa dan konteks dalam bidang sains sosial, dasar sama ertinya
dengan asas, iaitu sesuatu ketetapan yang menjadi pegangan dan tunggak
tindakan dan urusan. Perkataan Inggeris yang seerti dengan dasar ialah policy.
Dari segi etimologinya, policy berasal dari perkataan Greek iaitu polis yang
bermakna city-state. Dalam bahasa Latin kemudiannya menjadi politia yang
merujuk kepada Negara. Seterusnya perkataan policie digunakan dalam Middle
English untuk merujuk pengendalian urusan awam atau pentadbiran kerajaan.
Dasar digubal oleh golongan pemimpin, pemerintah atau pentadbir di dalam
sesuatu institusi organisasi dan kerajaan. Dasar kerajaan dalam pelbagai bidang
seperti social, politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain dinyatakan secara formal
dalam dokumen urusan pentadbiran bidang-bidang berkenaan.

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010


TERAS 1 : MEMBINA NEGARA BANGSA

Memberi fokus kepada pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan. KPM


berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan
ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung
warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan
dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar,
menggiatkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta
menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta
menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.

Dasar KPM adalah menyokong hasrat negara untuk membina sebuah negara
bangsa Malaysia bagi memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional
dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian
dengan keperluan negara.

Fokus KPM dalam membina Negara Bangsa mencakupi usaha-usaha seperti


memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai asas perpaduan dan bahasa ilmu,
memantapkan perpaduan dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap
seni, warisan dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman yang jelas

terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran dan


kehidupan.

Matlamatnya adalah untuk melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang kukuh,
patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai
sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur,
berfikiran dan berbudaya saintifik serta hidup bersatu padu. Selain itu
matlamatnya adalah untuk menyemai nilai-nilai ini sejak dibangku sekolah lagi.
TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN
Usaha membangunkan modal insan KPM akan memberi tumpuan kepada system
nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Teras ini juga berhasrat
melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan
kreatif serta kebolehpasaran. KPM akan menyediakan sistem pentaksiran dan
penilaian holistik, membina disiplin pelajar serta memberi penekanan kepada
kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
Dasar teras ini adalah untuk membangunkan modal insan yang mempunyai
pengetahuan, kemahiran dan menghayati nilai-nilai murni serta memupuk
semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi,
menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta membina disiplin diri di kalangan
pelajar.
Matlamat dasar ini pula adalah untuk melahirkan modal insan yang
berkebolehan untuk belajar, bekerja, berkomunikasi dan berinteraksi dengan
berkesan; berkebolehan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
dengan baik; berupaya berfikir secara kreatif dan kritikal serta mampu bertindak
secara rasional; sentiasa mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat; sentiasa
menghormati kelainan orang lain dan perbezaan individu serta berupaya menjadi
pemimpin yang baik dan berkesan di dalam keluarga dan masyarakat.
KPM akan membangunkan modal insane dengan memberi fokus dan strategi
pelaksanaan seperti mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu
bapa dan pelajar iaitu meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran,
mata pelajaran dan bidang pengkhususan, meningkatkan peruntukan belanja
mengurus kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, meneruskan
pendaftaran SAR dan SAN di seluruh Negara serta memperluas dan
memantapkan lagi pelaksanaan MPV di sekolah-sekolah. Seterusnya
meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan iaitu mengkaji
pelaksanaan KBSR dan KBSM supaya lebih menekankan kemahiran berfikir aras
tinggi, Memupuk budaya cintakan ilmu pengetahuan dan melaksanakan Program
Pembestarian Sekolah seperti menyediakan infrastruktur dan perkakasan yang
mencukupi, menyediakan perisian yang lengkap dan pelbagai, mengadakan
latihan dan bimbingan serta mewujudkan system penyelenggaraan berterusan.
Strategi seterusnya memupuk pelajar memiliki kemahiran dan ketrampilan
seperti membina penampilan diri yang positif, memupuk pelajar supaya

menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab serta
menekan aspek nilai murni termasuklah keselamatan, kebersihan dan kesihatan
(3K) dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti ko-kurikulum.
Seterusnya, memantapkan system pentaksiran dan penilaian supaya lebih
holistic iaitu menyediakan pentaksiran alternatif, mengkaji semula sistem
pentaksiran dan penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak terlalu
berorientasikan peperiksaan. Selain itu strategi berikutnya adalah memantapkan
program kokurikulum dan sukan seperti menambah baik aktiviti sukan dan
kokurikulum, memperkasakan sukan di sekolah ke arah untuk semua,
memantapkan program keguruan dalam kokurikulum dan sukan serta
kejurulatihan.
Seterusnya, memperkukuh disiplin pelajar iaitu penggubalan peraturan disiplin
baru, menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid dan
Sekretariat Tetap menangani gejala salah laku murid dan memantau sekolahsekolah yang menghadapi masalah disiplin. Berikut, memantapkan kurikulum
iaitu meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan serta penyediaan
infrastruktur dan perkakasan mencukupi bagi pembestarian sekolah. Seterusnya
meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi iaitu pelaksanaan aktiviti
dengan pelbagai agensi.

TERAS 3 : MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN


KPM akan memperkasakan sekolah kebangsaan ( rendah dan menengah) supaya
sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat.
Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas
pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta
kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang mencukupi
mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan.
Dasar memperkasakan SK diwujudkan bagi memastikan semua sekolah rendah
yang berbahasa pengantar Bahasa Melayu dan sekolah menengah kebangsaan
menjadi sekolah pilihan utama masyarakat Malaysia. Matlamat dasar ini adalah
untuk meningkatkan dan memperkukuh perpaduan di kalangan pelajar pelbagai
kaum. Justeru, pelajar-pelajar ini dapat dilatih hidup saling bekerjasama dan
mempunyai semangat patriotisme serta toleransi yang tinggi selaras dengan
aspirasi nasional.
Fokus memperkasakan SK pada peringkat sekolah rendah dan menengah adalah
untuk menjadikan sekolah-sekolah ini lebih beraspirasi nasional, meningkatkan
kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti prasarana.
Sasaran jangka panjang KPM adalah untuk menjadikan SK pusat kecemerlangan
pendidikan daripada semua segi seperti prasarana, disiplin dan keselamatan
pelajar, pencapaian kokurikulum dan sukan, penguasaan ICT, kualiti guru dan
kepimpinan sekolah. Satu penanda aras akan ditetapkan bagi memastikan

agenda memperkasakan SK akan terus berada pada landasan yang betul dan
usa akan dilaksanakan bagi mengenalpasti SK yang cemerlang untuk dijadikan
model kepada SK lain.
TERAS 4 : MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN
Penekanan dalam merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah,
kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar adalah untuk
mengurangkan perbezaan daripada segi penyediaan kemudahan fizikal dan
bukan fizikal, prestasi dan pencapaian pelajar serta keciciran. Justeru KPM akan
membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan khususnya di luar
bandar Sabah dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai
prasarana mengikut standard minima. KPM juga akan memperbanyak bantuan
kepada pelajar miskin, berkeperluan khas kumpulan minoriti, mengurangkan
jurang digital dan menempatkan guru terlatih mencukupi mengikut opsyen di
kawasan luar bandar dan pedalaman.
Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap
sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk
memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan
yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah
mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan
kualiti dapat ditingkatkan seperti jurang bandar dan luar bandar yang merujuk
kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan
penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli
dan sekolah di pedalaman. Jurang digital pula merupakan perbezaan daripada
segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT
di kalangan pelajar dan guru. Jurang antara tahap pencapaian pelajar pula
merujuk kepada kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard
minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem pendidikan.
Jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas merujuk kepada
perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong
proses p&p pelajar berkeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar
cerdas dan berbakat. Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada
segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah
kemiskinan dalam bandar.
TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN
Usaha memartabatkan profesion keguruan adalah bagi memastikan profesion ini
dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang
dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. KPM menaik
taraf maktab perguruan kepada institute pendidikan guru untuk meningkatkan
kelayakan guru ke peringkat ijazah, dan juga akan menambah baik sistem
pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dan kebajikan guru.
Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan
meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat KPM
adalah untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi

sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan
Negara. Bagi mencapai matlamat dan dasar tersebut, fokus memartabatkan
profesion keguruan adalah menambah baik sistem pemilihan calon guru,
memantapkan latihan perguruan, memantapkan kerjaya guru, menambah baik
persekitaran kerja dan kebajikan guru serta memantapkan perancangan dan
pengurusan sumber manusia.
KPM akan memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada
focus dan strategi pelaksanaan seperti menambah baik sistem pemilihan calon
guru dengan memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon. Memantapkan
latihan perguruan iaitu menaik taraf maktab perguruan kepada IPG yang
menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan. Mereka
bentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan
Majlis Kurikulum Pendidikan Guru seperti memberi penekanan kepada elemen
baru dalam kurikulum pendidikan guru, memantapkan profesionalisme keguruan
dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan
dan pastoral care dan lain-lain.
Seterusnya, memantapkan kerjaya guru dengan menambah baik penjawatan
guru dan menambah perjawatan dan peluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM,
JPN dan PPD. Berikutnya menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru
seperti menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dengan menyediakan
kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di kawasan pedalaman , luar bandar
dan bandar, mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi
mengurangkanbeban tugas dan tanggungjawab guru dalam kerja-kerja
pentadbiran, menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan serta
memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia iaitu penyediaan
mekanisme bekalan guru dengan mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang
latihan guru, memantapkan mekanisme unjuran guru, menambahbaik sistem
maklumat guru dan mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman.

TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN


Usaha melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan adalah dengan memberi
kluster kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan
bidang-bidang khusus ( niche areas ). Sekolah-sekolah terpilih dalam kluster ini
dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar Negara, menawarkan
pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa seperti International
Baccalaureate menjadi sekolah contoh. Sekolah-sekolah yang dikenal pasti
daripada kluster ini dijadikan penanda aras dan showcase pada peringkat
antarabangsa selaras dengan usaha membangunkan sistem pendidikan
berkualiti dan bertaraf dunia.
Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam sisitem
pendidikan negara, dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian
dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan cirri dan keperluan
kluster institusi pendidikan yang ada.

Matlamat KPM adalah untuk membangunkan institusi-institusi model yang dapat


dicontohi oleh institusi-institusi di dalam kelompok yang sama. Institusi-institusi
ini juga diharapkan dapat dijadikan showcase pada peringkat antarabangsa
sebagai bukti keupayaan system pendidikan Negara seterusnya membantu
usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan.
Sebagai institusi yang telah bersedia dari segi keupayaan pelajar pelajar, guru
dan pengetua, institusi yang cemerlang ini juga diharapkan dapat menjadi tapak
untuk merintis pendekatan dan perubahan baru yang hendak dilaksanakan
dalam system pendidikan. Pelajar yang lahir dari institusi yang cemerlang ini
diharapkan mempunyai kecemerlangan akademik dan kokurikulum,
berkemahiran, berkeperibadian tinggi, mempunyai semangat kerja berpasukan,
berfikiran kreatif, bersemangat patriotik, berfikiran global dan berdaya saing.
Pengetua, guru besar dan guru dari institusi yang cemerlang ini pula diharapkan
dapat menjadi contoh dan boleh berkongsi pengalaman dengan pengetua, guru
besar dan guru-guru dari institusi lain. Di samping itu, institusi-institusi ini juga
diharap dapat mengharumkan nama negara pada peringkat antarabangsa.
Sebanyak 300 institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster
institus pendidikan tertentu akan dikenalpasti dan dipilih mengikut elemen
utama eleven sokongan. Elemen utama adalah kurikulum berdasarkan
pencapaian purata dalam peperiksaan awam sekurang-kurangnya tiga tahun
berturut-turut, gred purata sekolah, bilangan pelajar mendapat A serta
mempunyai sejarah kecemerlangan dalam matapelajaran tertentu dan
kokurikulum berdasarkan pencapaian kokurikulum pada peringkat daerah,
kebangsaan dan luar negara serta anugerah-anugerah khas.
Elemven sokongan pula seperti pengurusan dan pentadbiran sekolah
berdasarkan kecekapan dalam menguruskan sekolah, pelajar, sumber tenaga
manusia, kemudahan asas, penambahbaikkan berterusan seta mempunyai
perancangan yang komprehensif dan sistematik. Ketrampilan guru berdasarkan
guru-guru siswazah dan bukan siswazah, guru yang menerima anugerah, guru
khas dan guru pakar. Kepimpinan pengetua berdasarkan gaya kepimpinan yang
cemerlang, keupayaan menggerakkan seluruh warga sekolah dan cara
berkomunikasi yang berkesan dan lain-lain lagi. Sekolah-sekolah yang terpilih ini
akan mencadangkan satu bidang khusus yang ingin dibangunkan atau
pendekatan yang ingin diperkenalkan untuk melonjakkan kekuatan yang ada
pada sekolah tersebut.
Bagi sekolah-sekolah yang terpilih, fokus akan diberikan terhadap perkaraperkara seperti memastikan kepimpinan teguh dan berkesan iaitu
pengenalpastian dan pemilihan pengetua, guru besar dan guru penolong kanan
akan dibuat secara lebih awal. Pemantapan latihan kepimpinan guru besar dan
pengetua oleh IAB. Pemilihan guru dan jurulatih berkebolehan dan berkemahiran
tinggi iaitu pemilihan guru dan jurulatih melalui iklan, permohonan dan
temuduga. Memberi lebih autonomi kepada sekolah dalam meningkatkan
keupayaan dengan memberi autonomi kepada sekolah seperti pemilihan tenaga
pengajar berdasarkan permohonan atau pengenalpastian oleh pihak sekolah,

perlantikan staff sokongan tanpa mengikut norma perjawatan biasa, pewujudan


kelas khas bersesuaian dengan bidang khusus yang dipilih dan sebagainya.
Seterusnya mewujudkan sistem akauntabiliti iaitu menyediakan pelbagai
prosedur untuk memudahkan pelaksanaan program KPM dan pihak sekolah
bersama-sama menentukan KPI yang perlu dicapai oleh pihak sekolah serta
memantapkan penyediaan mekanisme untuk menilai prestasi sekolah secara
terus oleh Jemaah Nazir Sekolah, Bahagian audit. Sekolah dan Bahagian Sekolah.
Berikutnya, mewujudkan piawaian dan penanda aras yang dijadikann contoh
kepada negara membangun dan maju iaitu menyediakan pengurusan perubahan
seperti meningkatkan kecemerlangan sekolah dan institus pendidikan melalui
pengurusan perubahan. Mengenalpasti amalan terbaik seperti menyediakan dan
melaksanakan Standard dan penanda aras baru, menjalankan anlisis jurang,
menjalankan kajian impak dan keberkesanan dan sebagainya.
Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan iaitu meningkatkan jalinan
antara sekolah-sekolah cemerlang dalam dan luar negara, mempakejkan dan
memasarkan sekolah swasta dan antarabangsa secara berkesan untuk menarik
minat pelajar dan ekspatriat negara luar. Meminda dasar sekolah antarabangsa
supaya dapat meningkatkan daya saing negara dalam bidang pendidikan di
rantau asia. Melibatkan pelajar, guru dan sekolah dalam pertandingan
kokurikulum pada peringkat antarabangsa, Penglibatan yang lebih aktif dalam
badan-badan pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA.
Merintis perubahan dan pembaharuan seperti melaksanakan pentaksiran
berasaskan sekolah, mengadakan p &p berasaskan Model Hasil Pembelajaran,
mengurangkan tempoh pendidikan menengah dan menjadikan sistem
persekolah wajib 12 tahun dan memperkenalkan program alternatif untuk
kemasukan ke IPT.

You might also like