You are on page 1of 18

WAJ 3062

HUBUNGAN ETNIK

ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.0

PENGENALAN............................................................................................... 2

2.0

KONSEP BUDAYA........................................................................................... 3

3.0

CIRI- CIRI BUDAYA......................................................................................... 4

3.1

Dipelajari..................................................................................................... 4

3.2

Dikongsi...................................................................................................... 4

3.3

Sejagat/Universal......................................................................................... 4

3.4

Diwarisi....................................................................................................... 5

3.5

Berubah...................................................................................................... 5

3.6

Sistem Perlambangan...................................................................................6

3.7

Pandangan Semesta.................................................................................... 6

4.0

FUNGSI BUDAYA DALAM KEHIDUPAN.............................................................6

5.0

LANGKAH-LANGKAH MEWUJUDKAN INTEGRASI DI MALAYSIA..........................8

6.0

KESIMPULAN............................................................................................... 13

7.0

REFLEKSI................................................................................................... 14

8.0

BIBLIOGRAFI............................................................................................... 18

WAJ 3062

HUBUNGAN ETNIK
1.0

PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah Negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik yang
mempunyai latar belakang budaya, bahasa, dan agama. Statistik tahun 2010 menunjukkan
bahawa rakyat Malaysia berjumlah 28 juta orang. Ini terdiri daripada lebih 200 suku kaum
atau subetnik. Keadaan ini menjadikan kepelbagaian tersebut sebagai aset yang sangat
unik dan berharga serta satu rahmat dan bukannya sebagai masalah seperti yang dihadapi
oleh beberapa Negara yang memiliki sifat-sifat kepelbagaian etnik seperti di Malaysia.
Walau bagaimanapun, dengan senario penduduk yang pelbagai tadi, soal perpaduan
tetap menjadi agenda utama dalam pengurusan dan pembinaan Negara bangsa. Oleh yang
demikian, pemahaman beberapa teori dan konsep berkaitan hubungan etnik adalah perlu
supaya asas-asas kewujudan masyarakat pelbagai etnik serta hal-hal yang berkaitan
dengan kehidupan dan kemandirian masyarakat tidak terus dipolemikkan.

2.0

KONSEP BUDAYA

Konsep kebudayaan sering ditafsirkan dalam pengertian yang sempit. Masyarakat


menganggap kebudayaan hanyalah merujuk kepada tarian, permainan tradisional dan
majlis-majlis kesenian. Menurut Edward B. Taylor (1871), sebenarnya kebudayaan
mempunyai pengertian yang lebih luas merangkumi ilmu pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, tatasusila, undang-undang, moral, adat resam, teknologi dan kebolehan lain serta
kebiasaan yang dikongsi oleh ahli sesebuah masyarakat.

WAJ 3062

HUBUNGAN ETNIK
A.L Kroeber dan Clyede Kluckhohn ( 1952) pula mentakrifkan sebagai pola tingkah
laku dan idea yang bersifat implisit dan eksplisit. Implisit ialah pola tingkah laku yang tidak
dapat dilihat dengan nyata dan jelas serta memerlukan tafsiran lanjut untuk memahaminya
seperti ideologi, adat resam dan lain-lain. eksplisit pula ialah perlakuan yang boleh dilihat
secara langsung seperti cara makan dan cara berpakaian.
Kebudayaan juga boleh ditakrifkan sebagai cara hidup manusia yang mengandungi
semua hasil ciptaan manusia itu sendiri yang terdiri daripada budaya benda dan bukan
benda. Budaya benda adalah budaya yang dapat dilihat, disentuh, di rasa dan mempunyai
bentuk fizikal seperti komputer, telefon bimbit dan lain-lain ciptaan yang berbentuk konkrit.
Manakala budaya bukan benda pula merupakan budaya yang terhasil dalam bentuk abstrak
seperti teori, ideologi, formula dan falsafah.
Dua peranan utama dalam pembentukan sesuatu budaya seperti yang tercatat di
dalam buku Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu (1992) iaitu yang pertama
ialah membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti rakyatnya. Kedua
ialah memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian
kemanusiaan, spiritual dan mental.
Jika

sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai

budaya dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia
mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan
yang lain. Dari itu, budaya boleh dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual
dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat
menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

3.0

CIRI- CIRI BUDAYA


Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit

daripada tingkahlaku dan akal manusia :

3.1

Dipelajari
Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi,

Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk
menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai contoh

WAJ 3062

HUBUNGAN ETNIK
menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk
berbahasa dan berhubung.
Apakah bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa
faktor iaitu:
a. Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan
sebagainya.
b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.
c. Umur seseorang.
d. Tahap pendidikan
e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.
3.2

Dikongsi
Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian

ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan di dokong oleh sekumpulan manusia.
Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat menggemarinya. Bahasa
Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam
kehidupan seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak
termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat.
Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan
masyarakat.

3.3

Sejagat/Universal
Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam

semua kelompok manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. Walau
bagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh
alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota. Menurut Clyde Kluckhohn terdapat
tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:
i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi
iii. sistem sosial.
iv. Bahasa
v. Kesenian
vi. sistem pengetahuan.
vii. agama dan kepercayaan.
(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg. Hutington
etc.)

WAJ 3062

HUBUNGAN ETNIK
3.4

Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna

bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada
budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini.
Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan
hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.

3.5

Berubah
Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga

sekarang tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri
dan proses yang berlaku rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap
rumbia. Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat
dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis.
Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah. Perubahan ini disebabkan
beberapa faktor seperti:
i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.
ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.
iv. pertembungan budaya.
v. konflik yang berlaku.
vi. perubahan alam sekitar.
3.6

Sistem Perlambangan
Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan

makna tertentu kepada penyokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan
sebagainya. Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan
berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.

3.7

Pandangan Semesta
Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap

keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandangan semesta ini timbul
kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian yang
erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur
dengan tebing, ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.

WAJ 3062

HUBUNGAN ETNIK
4.0

FUNGSI BUDAYA DALAM KEHIDUPAN


Budaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa makna

yang sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya itu
diperlu dan dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi keperluan hidup.
4.1

Memenuhi dan Menyediakan Keperluan


Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang

demikian, manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk


pembinaan rumah dan sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada
keutamaan keperluan dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu
mewarisi ilmu pelayaran, maka akan dibina kapa
l
4.2.

Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam Bertingkah laku


Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia.

Manusia memperoleh keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. Budaya mempunyai
peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam tingkah laku dalam
memberikan panduan, meliputi:
i.
ii.
Iii
4.3.

perlakuan yang boleh dan tidak dibolehkan.


perlakuan yang patut dan tidak patut.
perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.

Mengatur Hubungan Sesama Manusia


Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu

dan sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai dengan
ajaran Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan memainkan
peranan mengatur hubungan sesama manusia.
4.4.

Sebagai Penggalak Kepada Manusia Untuk Mencipta


Alam fizikal yang berbeza menghasilkan keperluan manusia yang berbeza. Orang

Eskimo memerlukan baju tebal. Maka, dengan adanya budaya ini, ia sebagai pendorong
kepada penciptaan bagi memenuhi keperluan harian dan memudahkan segala urusan.
4.5.

Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan Identiti


Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti. Sesuatu bangsa

dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya. Kita mengenali Jepun
6

WAJ 3062

HUBUNGAN ETNIK
bukan sahaja dari segi fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa yang berjaya dalam ekonomi
dan perindustrian manusia juga akan bersatu apabila anggota masyarakat mengamalkan
semangat kekitaan dan saling bekerja sama bagi mencapai sesuatu.

5.0

LANGKAH-LANGKAH MEWUJUDKAN INTEGRASI DI MALAYSIA

Integrasi ialah penyatuan antara kelompok yang berbeza dalam sesebuah masyarakat.
Fenomena ini melibatkan penyatuan pelbagai kumpulan tanpa mengira keturunan sama ada
majoriti atau minoriti dan perkara yang penting adalah melenyapkan sikap prasangka dan
kelakuan diskriminasi terhadap satu sama lain dalam masyarakat tersebut.
Ekoran dari rusuhan etnik 13 Mei 1969, kerajaan telah melancarkan beberapa dasar
sosial, ekonomi dan politik yang berkisar mengenai perpaduan nasional dan bersifat
integrasi melalui penyesuaian bersama berbagai-bagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang
dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dalam negara kita.
Selain daripada memupuk perpaduan antara kaum, kerajaan juga menitikberatkan integrasi
antara wilayah, terutamanya antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Antara usaha-usaha yang telah diambil untuk memupuk perpaduan nasional ialah:
(a) Rukun Negara (ideology kebangsaan);
(b) Dasar Ekonomi Baru;
(c) Dasar Pendidikan Kebangsaan;
(d) Dasar Kebudayaan Kebangsaan;
(e) Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu);
(f) Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara;
(g) Pergabungan parti-parti politik melalui Barisan Nasional;
(h) Integrasi antara wilayah.

WAJ 3062

HUBUNGAN ETNIK

5.1

Rukun Negara
Rukun Negara telah dilancarkan pada 31 Ogos 1970 adalah merupakan ideologi

kebangsaan negara kita. Ideologi kebangsaan adalah perlu bagi menimbulkan satu
semangat dan identiti yang sama bertujuan memupuk muafakat dalam kalangan masyarakat
pelbagai

etnik.

Lima prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut:


(a) Kepercayaan kepada Tuhan;
(b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara;
(c) Keluhuran Perlembagaan;
(d) Kedaulatan Undang-undang; dan
(e) Kesopanan dan Kesusilaan.
Kelima-lima prinsip ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang
bersatu padu serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokrasi, liberal dan progresif.
5.2

Dasar Ekonomi Baru


Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1971 melalui Rancangan

Malaysia Kedua (1971 1975), adalah bertujuan mewujudkan keseimbangan ekonomi


antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara. Dengan kata lain, DEB
bertujuan memupuk perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang
ekonomi yang saksama dalam kalangan semua rakyat Malaysia. DEB dilaksanakan
menerusi strategi serampang dua mata, iaitu:
i) Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum
ii) Penyusunan semula masyarakat supaya pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi
dapat
dihapuskan.
5.3

Dasar Pendidikan Kebangsaan


Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah

berasaskan kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman talib 1960. Antara lain
matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini adalah untuk melahirkan satu masyarakat
8

WAJ 3062

HUBUNGAN ETNIK
Malaysia yang bersatu padu. Antara langkah-langkah yang diambil bagi memenuhi matlamat
Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional adalah:
i) Menggunakan bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah
dan institusi-institusi pengajian tinggi.
ii) Menyediakan sukatan pelajaran yang seragam kandungan untuk semua sekolah di
Malaysia.
iii) melaksanakan kegiatan kokurikulum.

5.4

Dasar Kebudayaan Kebangsaan


Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi

satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum.
Kebudayaan Kebangsaan juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali
oleh negara-negara luar. Oleh itu, kerajaan telah menitikberatkan pembentukan secara
beransur-ansur satu kebudayaan nasional yang merangkumi unsur-unsur yang baik
daripada berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan
kebudayaan asli tempatan. Tiga prinsip telah ditetapkan sebagai Dasar Kebudayaan
Kebangsaan:
i) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau
ini;
ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur
Kebudayaan Kebangsaan; dan
iii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan kebangsaan.
5.5

Bahasa Kebangsaan
Bahasa memainkan peranan penting dalam proses memupuk perpaduan antara

kaum. Justeru itu, kerajaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
negara kita. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukkan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi.
Mulai tahun 1970, bahas Melayu secara berperingkat-peringkat telah menggantikan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Kerajan juga telah
9

WAJ 3062

HUBUNGAN ETNIK
menjalankan

kempen

untuk

menggalakkan

penggunaan

bahasa

Melayu

dengan

melancarkan Gerakan Cintailah Bahasa Kita.


5.6

Jabatan Perpaduan Negara

Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1969 dan memainkan peranan
yang
sangat penting dalam menyatupadukan rakyat Malaysia. Ia menganjurkan kelas-kelas
perpaduan, yang kini dikenali sebagai Pusat Pendidikan Tidak Formal, di seluruh negara
dengan mengajar bahasa Melayu, adat resam, nilai-nilai keagamaan masyarakat Malaysia
dan pelajaran Sivik.
Melalui Skim Rukun Tetangga, Jabatan Perpaduan Negara menggalakkan kegiatankegiatan yang bercorak muhibah atau kejiranan seperti kempen kebersihan, pertandingan
sukan, rondaan keselamatan dan kelas kejiranan
.
Jabatan Perpaduan Negara juga menganjurkan khemah kerja kejiranan bagi
mengeratkan persefahaman di kalangan belia serta menanam sifat-sifat kewarganegaraan
toleransi dan semangat perpaduan.

5.7

Penggabungan Parti-parti Politik melalui Barisan Nasional


Kerjasama dan persefahaman politik adalah amat penting bagi menjamin kestabilan

dan perpaduan negara. Pada tahun 1953, parti perikatan telah ditubuhkan dan telah berjaya
menubuhkan kerajaan di Tanah Melayu pada tahun 1955. Kerjasama politik melalui
muafakat dalam parti Perikatan diperluaskan lagi dengan tertubuhnya Barisan Nasional
pada tahun 1971. Dengan tertubuhnya Barisan Nasional, telah melengkapkan perwakilan
dari pelbagai etnik dan kepentingan dalam parti pemerintah.
I. Pindaan Akta Hasutan
Pindaan Akta Hasutan mengeluarkan beberapa perkara daripada perbincangan
umum, termasuk di Parlimen dan Dewan undangan Negeri. Dua daripada perkara utama itu
ialah:
i)

hak kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kelompok bumiputera lain negara
10

WAJ 3062

HUBUNGAN ETNIK
ini; dan
ii)

kedudukan raja-raja Melayu.

5.8

Integrasi Antara Wilayah


Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengeratkan lagi perpaduan di

kalangan negeri-negeri. Negeri-negeri yang kurang maju seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan
Terengganu diberi peruntukan perbelanjaan pembangunan yang lebih berbanding dengan
negeri-negeri lain yang dianggap maju bagi tujuan merapatkan lagi jurang perbezaan
ekonomi wilayah. Kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan
Sarawak. Sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak telah disatukan secara beransur-ansur
ke dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak diperkukuhkan melalui


perkhidmatan telekomunikasi, pengangkutan udara dan perkhidmatan pos yang baik.
Rangkaian radio dan televisyen di Sabah dan Sarawak juga telah disatukan dengan
rangkaian radio dan televisyen nasional.
Jabatan Perpaduan Negara sering kali menganjurkan lawatan-lawatan muhibah
untuk membolehkan pemimpin-pemimpin masyarakat Sabah dan Sarawak bertemu dan
beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Semenanjung Malaysia.

11

WAJ 3062

HUBUNGAN ETNIK

6.0

KESIMPULAN
Pemahaman terhadap teori dan konsep dalam konteks hubungan etnik secara ilmiah

adalah perlu bagi mengelakkan daripada berlaku tingkah laku dan perasaan negatif dalam
kehidupan harian masyarakat majmuk atau masyarakat berbilang kaum. Pemahaman ini
juga dapat menghasilkan sikap rakyat untuk lebih memahami budaya masyarakat lain ke
arah memantapkan pembinaan generasi bangsa dan masyarakat di Malaysia. Walaupun
pada masa yang sama hubungan sosial antara satu sama lain itu telah lama terjalin
menerusi pelbagai aktiviti dalam kehidupan namun tahap perhubungan itu perlu sentiasa
dijaga dan keakrabannya perlu dipertingkatkan.

12

WAJ 3062

HUBUNGAN ETNIK

7.0
REFLEKSI
( NURDIANA BINTI YUNUS)
Tugasan ini merupakan satu tugasan yang memberi saya satu pengalaman
pembelajaran yang menarik, dengan siapnya tugasan ini, secara tidak langsung telah
memberikan saya pengetahuan dan pendedahan tentang sejarah Malaysia dan hubungan
etnik yang terdapat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa, agama
serta taraf ekonomi..
Sebelum saya menyiapkan tugasan yang diberikan saya terlebih dahulu mencari bahan
rujukan di perpustakaan mahupun dilawan sesawang. Rakan-rakan juga banyak berkongsi
pandangan dan pendapat berkaitan dengan

isu-isu yang diutarakan. Semasa saya

menyiapkan tugasan yang diberikan saya melalui beberapa fasa di antaranya mengumpul
maklumat sesama rakan bagi memudahkan pengolahan tugasan, melalui mata pelajaran ini
13

WAJ 3062

HUBUNGAN ETNIK
saya lebih memahami tentang sejarah penubuhan Malaysia serta hubungan kaum yang
terdapat di Malaysia.
Mata pelajaran ini dapat membantu saya menanamkan sifat cintakan negara serta tidak
memilih bangsa anak murid saya untuk di ajar.sejajar dengan gagasan 1 malaysia yang
diwar-warkan oleh perdana menteri bahawa setiap bangsa adalah 1 malaysia tidak kira
melayu, cina, india, sabah dan sarawak. Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai
bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua
kumpulan etnik dalam negara kita;
Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum
Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi
pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan
daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita
amalkan sejak sekian lama.
Selain daripada itu gagasan 1 malaysia juga merujuk kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) yang telah disasarkan oleh kerajaan dalam konteks untuk membela dan
meletakkan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan. NKRA tersebut ialah

Meluaskan

akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Ia berkait rapat dengan diri saya sebagai
bakal pendidik dan sebagai bakal pendidik yg berkualiti saya harus melengkapkan diri
dengan pelbagai ilmu dan pelbagai kemahiran dan tidak terhad kepada 1 kemahiran dan 1
kepakaran sahaja bagi mencapai hasrat negara. Selain daripada itu matlamat gagasan 1
malysia ialah Mengurangkan kadar jenaya dan memerangi rasuah. Dengan ilmu yang telah
dicurahkan kepada murid maka murid akan menjadi manusia yang berakal dan terdidik.
Saya juga mendapat pelbagai kemahiran baru sepanjang melakukan tugasan ini. Satu
daripadanya adalah kemahiran menganalisis maklumat yang diperolehi untuk disuaikan
dengan tugasan. Ia memerlukan masa yang agak lama untuk mendapatkan penganalisaan
yang baik agar dapat menentukan sama ada maklumat tersebut boleh digunakan atau tidak
di dalam tugasan yang dilakukan. Ini adalah kerana tanpa penganalisaan maklumat, ia tidak
dapat menjadi bahan sokongan yang baik kepada tugasan saya. Selain daripada itu saya
juga mendapat pengetahuan baru untuk membuat bahan bantu mengajar yang lebih
praktikal untuk digunakan semasa pengajaran bahasa inggeris.
Pelbagai perkara saya lalui dalam proses menyiapkan tugasan ini baik perkara yang
positif mahupun negatif. Walaupun begitu, saya menganggap semua yang berlaku adalah
sebagai satu pengajaran untuk saya. Sebagai contoh, setiap permasalahan yang saya lalui
14

WAJ 3062

HUBUNGAN ETNIK
adalah untuk membantu saya dalam bertindak sekiranya saya menghadapi masalah yang
sama pada masa hadapan. Segala cabaran yang saya lalui juga adalah untuk mengajar
saya agar tabah dalam menghadapinya di samping mengajar saya agar berbincang dan
meminta pendapat orang lain dalam menghadapinya. Semua pengalaman dan kemahiran
yang saya perolehi ini diharapkan dapat membantu diri saya apabila telah melangkah ke
alam perguruan secara hakiki kelak.
Ini kerana dugaan dan cabaran yang ada di alam perguruan adalah lebih mencabar
memandangkan bidang pendidikan telah mengalami perubahan ekoran daripada globalisasi
yang berlaku di Malaysia.

Selain daripada itu, pengalaman penulisan ilmiah ini juga

merupakan satu pendedahan kepada saya mengenai kaedah penulisan tesis sewaktu
menyambung belajar ke tahap yang lebih tinggi.

Sememangnya menyambung belajar

merupakan satu daripada perancangan masa hadapan saya. Justeru, saya berharap
pengalaman-pengalaman ini dapat membantu saya kelak di masa hadapan.

REFLEKSI
(NURHASLIZA BINTI YAHYA)
Terlebih dahulu saya panjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi dengan izin dan limpah
kurnia-Nya memberi kesihatan kepada saya sepanjang proses menyiapkan tugas hubungan
etnik ini dengan jayanya seperti yang telah ditetapkan, Alhamdulillah.
Semasa melaksanakan tugasan

ini, saya telah menerima banyak faedah yang

berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan
perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang
tahap penguasaan kanak-kanak dari segi kognitif mengikut Teori Perkembangan Kognitif

15

WAJ 3062

HUBUNGAN ETNIK
yang dipelopori oleh Jean Piaget dan sebagainya yang sebelum ini saya tidak pernah
didedahkan secara terperinci seperti ini.
Saya juga mula merasai hubungan etnik ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal
guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian
sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan mengajar
di sekolah rendah terutama di kelas Pendidikan Khas pasti akan menghadapi pelbagai
situasi yang mungkin saya tidak pernah fikirkan sebelum ini. Melalui pembelajaran tugasan
ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi
dunia perguruan ini.
Sebagai seorang guru, melalui pengalaman mempelajari hubungan etnik ini ia
merupakan pengalaman dan pengetahuan yang baharu bahawa di Malaysia ialah sebuah
negara yang unik yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, dan budaya
masyarakatnya. Kepelbagaian ini tercorak oleh masyarakatnya yang terdiri daripada tiga
kelompok utama iaitu Melayu, Cina dan India dikuti oleh pelbagai kelompok kecil yang lain
seperti Sikh, Serani dan sebagainya. Melalui tugasan ini juga, banyak pengetahuan baharu
yang diperoleh yang selama ini masih kabur dengan perpaduan. Oleh itu, tugasan ini
menjelaskan lagi bahawa perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu
diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih maju, selamat dan
makmur.
Sebagai seorang guru, ilmu baharu yang perlu diketahui ialah matlamat Gagasan 1
Malaysia. Dengan ini, Gagasan 1 Malaysia merupakan kesinambungan agenda perjuangan
negarawan terdahulu untuk melihat Malaysia mencapai status negara yang maju dan aman.
Status yang berdasarkan acuan sendiri yang tidak meniru pendekatan asimilasi seperti
dilaksanakan di kebanyakan negara-negara lain. berdasarkan ilmu baharu yang diperoleh
ternyatalah melalui konsep gagasan 1 Malaysia tang telah di ilhamkan oleh YAB Perdana
Menteri, beliau berharap konsep ini akan menyedarkan rakyat Malaysia tentang pentingnya
perpaduan dalam konteks masyarakat pelbagai etnik demi menjaga kestabilan dan
kemajuan negara Malaysia.
Melalui pengalaman yang sedia ada sebagai bakal guru juga perlu mengambil kira
kandungan pengajaran yang hendak disampaikan kepada murid-murid dan kepentingan
mereka mempelajari konsep gagasan 1 Malaysia. Ini akan dilakukan semasa pengajaran
dalam subjek sivik dan kewarganegaraan.
Kelemahan saya sepanjang menyiapkan tugasan ini adalah kurang keyakinan pada
diri sendiri. Ini kerana saya memang tidak mengetahui bagaimana cara konsep gagasan 1
Malaysia dilaksanakan. Oleh itu, saya hampir putus asa kerana buntu untuk menghasilkan
16

WAJ 3062

HUBUNGAN ETNIK
tugasan ini . Kelemahan ini sebenarnya dapat di atasi sekiranya saya lebih bermotivasi dan
berfikiran terbuka dalam tempoh menyiapkan tugasan membina BBM ini.
Kekuatan yang telah saya dapati semasa

menjalankan tugasan ini adalah saya

mudah menerima ajaran dan teguran yang diberikan kepada saya. Selain itu, saya
bersyukur kerana saya sudah mula tidak malu dan segan untuk bertanya kepada sesiapa
tidak kira rakan sekelas yang lebih tua mahupun lebih muda dari saya mengenai tugasan ini.
Di sini saya berpegang kepada prinsip malu bertanya, sesat jalan.
Tuntasnya,

kekuatan

yang

berlaku

membolehkan

saya

belajar

untuk

mengekalkannya dan meningkatkan kekuatan yang sedia ada dan juga berusaha ke arah
yang lebih baik. Bagi kelemahan pula, terdapat cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi
permasalahan ini juga mengajar saya supaya lebih peka terhadap perubahan sekeliling.
Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baharu yang telah saya peroleh, dengan
izin Allah SWT saya akan aplikasikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat
pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar.
Saya juga mula sedar kepentingan subjek ini di mana dengan hanya memahaminya barulah
saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi
melahirkan modal insan yang sempurna.

8.0

BIBLIOGRAFI

Ahmad Ali Seman, Warti bt Kimi, 2013. Hubungan Etnik di Malaysia, Kuala Lumpur :
Freemind Horizons Sdn Bhd.
Mohd Azmir Mohd Nizah, Latifah Abdul Latif, Paimah Atoma, 2011. Hubungan Etnik, Negeri
Sembilan : Universiti Sains Islam Malaysia.
http://azahargazali.blogspot.com/2010/06/langkah-langkah-untuk-memupuk-perpaduan.html
http://www.academia.edu/1061355/ABSTRAK_TAHAP_INTEGRASI_DALAM_KALANGAN_
PEMIMPIN_PELAJAR_UKM
17

WAJ 3062

HUBUNGAN ETNIK

18

You might also like