You are on page 1of 2

KISAH PAK KADUK

Kisah ini berlaku di negeri Chempaka Seri, yang diperintahkan oleh raja yang
bernama Indera Sari. Kegemaran baginda ialah menyabung ayam. Oleh sebab
itu, banyaklah rakyat dalam Negara baginda yang yang suka membuang masa
untuk berjudi dan menyabung ayam.
Dalam negeri Chempaka Seri, terdapat sepasang suami isteri yang
miskin bernama Pak Kaduk dan Mak Siti. Pak Kaduk ingin mencuba nasib
untuk mempertarungkan ayam sabungnya dengan ayam sabung raja. Pak
Kaduk menyuruh isterinya membuat baju daripada kertas. Oleh sebab ingin
cepat siap, Pak Kaduk meminta Mak Siti melekatkan bahagian-bahagian baju
itu saja.
Di gelanggang tempat menyabung ayam, raja terlihat akan Si Kunani,
ayam sabung kepunyaan Pak Kaduk yang sangat bertuah itu. Raja memujuk
Pak Kaduk untuk bertukar ayam Si Kunani yang dikatakan kurang bertuah
dengan Si Jalak, ayam sabung kepunyaan baginda. Tanpa berfikir panjang,
Pak Kaduk bersetuju. Pak Kaduk juga menggadaikan kampung halamannya
kepada raja dengan bernilai 50 rial sebagai wang pertaruhan.
Perlawanan bermula. Pak Kaduk sangat gembira melihat
ketangkasan Si Kunani. Si Kunani akhirnya menang. Pak Kaduk yang terlupa
bahawa Si Kunani yang bukan miliknya, melompat-lompat kegembiraan
sehingga tidak menyedari baju kertasnya telah terkoyak-rabak. Pak Kaduk
akhirnya berlari pulang. Apabila sampai ke rumah, Pak Kaduk dimarahi
isterinya.

NILAI DAN PENGAJARAN


a. Manusia perlu berfikir secara rasional sebelum bertindak supaya tidak rugi
atau menanggung malu.
b. Raja yang memerintah mesti bersikap adil dan tidak memperalatkan rakyat
untuk kepentingan diri sendiri.
c. Jangan berjudi kerana permainan tersebut tidak mendatangkan keuntungan.
Orang yang berjudi telah melakukan dosa di sisi Tuhan juga.

Jangan jadi macam Pak Kaduk yer adik-adik. Kita harus berfikir dahulu
sebelum bertindak ^__^

You might also like