You are on page 1of 2

Assalamualaikum dan selamat pagi. Nama saya Nor Afiqah binti Rossam.

Saya berusia 18
tahun. Saya berasal dari daerah Kota Tinggi, Johor. Saya merupakan anak bongsu daripada
tiga orang adik-beradik dalam keluarga. Kedua-dua ibu bapa saya berkhidmat sebagai
pendidik di salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kota Tinggi. Namun begitu, kini,
saya tinggal bersama-sama ibu saya yang tersayang setelah 6 tahun ayah saya pergi
menemui Ilahi kerana sakit jantung. Walau bagaimanapun, kami teruskan hidup dengan
tabah dan cekal serta reda dengan ketentuan Allah.
Saya telah memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya dan
menamatkan pengajian Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kota Jaya.
Saya merupakan seorang pengawas semasa di sekolah rendah dan menengah. Saya
dilantik kerana guru di sekolah percaya bahawa saya dapat menjalankan tugas dengan
penuh dedikasi dan dapat memberikan komitmen yang tinggi.
Selain itu, saya juga merupakan seorang yang aktif dalam bidang kokurikulum akademik.
Saya sangat meminati mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, saya mengasah bakat saya
dan menceburkan diri dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan di peringkat sekolah,
daerah dan juga negeri. Antaranya ialah pertandingan NILAM, menulis esei Bahasa Melayu,
pidato dan forum remaja. Saya telah menjuarai pertandingan menulis esei Bahasa Melayu
semasa di sekolah rendah. Saya juga mendapat tempat ketiga dalam pertandingan forum
remaja semasa di sekolah menengah.
Seterusnya, saya bergiat aktif dalam badan unit beruniform Persatuan Puteri Islam. Saya
telah menyertai perkhemahan, acara perbarisan dan pertandingan pidato yang dianjurkan di
sekolah dan di luar sekolah. Bukan itu sahaja, saya juga mewakili rumah sukan dalam acara
4x100m dan 4x400m di mana saya pernah menjuarai kedua-dua acara tersebut semasa di
sekolah menengah.
Secara ringkasnya, saya memilih bidang perguruan ini kerana saya bersedia dari segi fizikal,
mental dan emosi untuk menghadapi sebarang cabaran, rintangan dan halangan yang bakal
saya lalui dengan penuh kesabaran. Saya sedia berkhidmat dengan penuh integriti kepada
agama, nusa dan bangsa.

Assalamualaikum and good morning. My name is Nor Afiqah binti Rossam. I am 18 years
old. I come from Kota Tinggi district, Johore. I am the youngest child from three siblings in
families.

My

both parents work as teacher in

one of

the primary

schools in Kota

Tinggi district. However, now, I live with my beloved mother after my father had passed away
six years ago because of heart failure. Nevertheless, we accept Allahs certainty and living
resolutely.

I started my school journey in Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya and graduated during
Form 5 in Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kota Jaya. I am a prefect while I am in
primary school and secondary school. I was appointed by disciplinary teacher because he
believed that I can carry out duty dedicatedly and giving high commitment.

Apart from that, I am also someone who is active in co-curriculum academic. My most
favourite

subject

when

was

I develop my talent and involve in

schooling

is

Bahasa

various competitions that

Melayu.

Therefore,

were hosted

at school

level, district and also state. Among them are NILAM competition, Bahasa Melayu essay
writing, speech and youth forum. I won first place in Bahasa Melayu essay writing
competition during primary

school.

I also

during my

get third

place in youth

forum competition

secondary

school.

On the other hand, in co-curriculum field, I active in Puteri Islam. I had participated
in camp, parade event and many more that organized in school and outside of school. Not
only that, I also represented sports house in 4x100m and 4x400m where I have
won both events during secondary school.
In

nutshell,

I choose this teaching field because I

am

willing physically, mental and emotion to face any challenges, resistances and obstacles in
future which I will go through patiently. I ready to serve full of integrity to religion, nation and
the people.

You might also like