You are on page 1of 5

Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari India.

Kebanyakan mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di


Malaysia. Kini, kaum ini merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas
kaum Melayu dan Cina.

Orang Cina Malaysia ialah orang Cina luar negara yang menjadi
warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah
keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15
hingga pertengahan abad ke-20. Kaum Cina merupakan kaum kedua
terbesar di Malaysia.

Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan.


Secara amnya terdapat 2 pandangan mengenai asal usul bangsa Melayu iaitu
berasal daripada Yunnan atau Nusantara.

Masyarakat Baba Nyonya adalah Cina Peranakan di mana nenek moyang


mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Kaum ini
kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke
Melaka 600 tahun dulu.

Pembentukan dan perkembangan budaya sosial kaum Iban terjadi semasa


Zaman Kegemilangan Kerajaan Dayak di Tampun Juah, sebelum kaum Iban
dan bangsa Dayak berpecah kepada beberapa subsuku yang ada sekarang.

Kaum Kadazan Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang


terbesar di Sabah. Salah satu teori mengatakan kaum ini asalnya dari suku
Bunun di Taiwan.

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut
juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran.
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di
seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana
umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara
dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi


menyambut tahun baru dalam kalendar lunar Cina. Kalendar lunar Cina
terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan
kehidupan.

Hari Deepavali (juga dikenali sebagai Diwali dan Divali) merupakan perayaan
yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti
cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini
disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan
Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Pelita yang
dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu
bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan
sebagai perayaan Deepavali.

Hari Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk
meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai
Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan
Mei atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut

dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian,


minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria.

Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam
bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk
menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan "Magavau" ini
biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Antara sambutan menarik
yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau.

Kaum Baba dan Nyonya ini mengamalkan agama - agama tradisional Cina,
dengan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina, perayaan Pesta
Tanglung, di samping mengamalkan adat resam Melayu dan penjajahan
Barat.

You might also like