You are on page 1of 3

SABK MADRASAH TARBIAH ISLAMIAH

KG CHATIN,
82400 MENTAKAB PAHANG.

AYUH KAWAN.KITA BERUSAHA


BERSAMA ..
KEJAYAAN MILIK KITA BERSAMA

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA


MATEMATIK
PROGRAM GURU MUDA
Pengenalan :
Guru Muda adalah suatu program yang dirangka khas bagi membantu pelajar lemah
setiap mata pelajaran melalui rakan sebaya mereka yang berprestasi baik bertindak
sebagai Guru Muda untuk membimbing mereka.
Rasional

1. Mewujudkan hubungan baik antara murid di dalam bilik darjah.


2. Menggalakkan murid untuk saling membantu antara satu sama lain.
3. Membina dan mengembangkan sifat kepimpinan di kalangan murid yang
berpotensi.
4. Membantu guru untuk melaksanakan program pemulihan di dalam bilik darjah
melalui bimbingan berterusan pada waktu lapang.
Kumpulan sasaran :
Semua murid Tingkatan 1 hingga 5
Objektif

Melalui program ini, diharapkan dapat;


1.
2.
3.
4.

Meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik.


Melahirkan murid yang berkebolehan dan mempunyai keyakinan diri.
Memupuk kerjasama antara murid melalui amalan Mengajar Sambil Belajar.
Membantu guru mengatasi masalah pembelajaran murid melalui bimbingan rakan
sebaya.

Konsep

1. Guru Muda adalah terdiri daripada murid pilihan yang mempunyai pencapaian
terbaik bagi mata pelajaran Matematik
2. Seramai 4 @ 5 orang Guru Muda di pilih bagi membantu murid yang
lemah/sederhana
( 1 Guru Muda : 2 hingga 5 murid ).
3. Guru Muda diberi bimbingan lebih awal oleh guru mata pelajaran untuk lebih
menguasai topik tertentu.
4. Guru Muda ditugaskan untuk membimbing rakan dalam kumpulan semasa sesi
pembelajaran atau sepanjang masa diperlukan.
Jawatankuasa Kerja Guru Muda Matematik 2016

Penasihat

: Ustaz Haji Hamidim bin Haji Abdul Hamid

Pengerusi

: Ustazah Nor Ain binti Dato Haji Sulaiman.

Naib Pengerusi 1

: Ustaz Abdul Manaf bin Yunus.

Naib Pengerusi 2

: Ustaz Muhamad Akasyhah Bin Khalil Safri

Penyelaras

: Pn. Norazizan bt Azaz

Su Program

: Cik Asmaq binti Kamazlan

Ajk

: Semua guru matapelajaran matematik

Pelaksanaan

: Sepanjang tahun

Penutup

Semoga dengan adanya Program Guru Muda ini, adalah diharapkan dapat
membantu pihak sekolah, panitia, guru-guru dan diri murid sendiri dalam meningkatkan
kuantiti dan kualiti kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran. Sesuai dengan nama
Guru Muda, secara tidak langsung murid yang dilantik sebagai Guru Muda menyedari
tanggungjawab yang perlu dipikul bagi memastikan diri sendiri dan rakan-rakan
menguasai setiap mata pelajaran dengan baik seterusnya berjaya dengan cemerlang
dalam setiap mata pelajaran yang dipelajari.
Melalui program ini, pihak sekolah akan memberikan sumbangan kepada Guru
Muda dan ahli Kumpulan yang berjaya mengekalkan pencapaian cemerlang

dalam

setiap ujian atau peperiksaan yang dijalankan.

Disediakan oleh,
Disahkankan oleh,

.
Pn.Norazizan bt Azaz

.
Ustaz Haji Hamidim bin Haji Abdul Hamid
Pengetua SABK Madrasah Tarbiah Islamiah

You might also like