You are on page 1of 11

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

SERI TUALANG
TEMERLOH, PAHANG

KAJIAN ANTARA KOMPOSISI PENDUDUK


DENGAN JENIS PEKERJAAN
DI TAMAN TEMERLOH JAYA,
28000 TEMERLOH,
PAHANG DARUL MAKMUR

NAMA MURID : HULMA BINTI ABDUL RAHMAN


TINGKATAN : 2 IBNU SINA
NAMA GURU : PUAN RAHIMAH BINTI M.ARSAT

___________________ _____________________
Tandatangan Murid Tandatangan Guru
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru Geografi saya iaitu Puan

Rahimah Bt. M.Arsat kerana tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian

Geografi Tempatan (KGT). Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua

SMK Seri Tualang, Puan Hajjah Amilia Bt. Musa yang telah membenarkan kami

menjalankan kajian ini sehingga selesai.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ibu bapa saya, Zamriah Laili Bt

Sulaiman dan Abdul Rahman Bin Mohd Hashim, yang sentiasa memberi dorongan dan

galakan, bantuan dan tunjuk ajar sepanjang saya menjalankan kajian ini sehinggalah

kajian ini selesai. Kepada rakan-rakan yang turut serta, ucapan terima kasih yang tidak

terhingga atas kerjasama semua semasa menjalankan kajian in.

Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk di Taman Temerloh

Jaya atas kerjasama yang diberikan.


PENDAHULUAN

Nama saya Hulma Binti Abdul Rahman. Saya belajar di Tingkatan 2 Ibnu Sina,

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh, Pahang Darul Makmur. Sebagai

memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi, kami diwajibkan membuat satu kerja

lapangan iaitu Kajian Geografi Tempatan (KGT). Saya telah memilih tajuk Kaitan Antara

Komposisi Penduduk Dengan Jenis Pekerjaan di Taman Temerloh Jaya, Temerloh,

Pahang Darul Makmur. Saya telah memilih Taman Temerloh Jaya, tempat saya tinggal

kerana taman ini adalah tumpuan penduduk dan mempunyai saiz penduduk yang ramai.

Untuk mencepatkan kajian ini, saya telah manjalankannya bersama rakan-rakan

saya yang turut memilih untuk membuat kajian di sini. Antara rakan-rakan saya ialah,

Wan Noor Syuhaidah Bt Wan Mohd Sabree, Siza Shazwani Bt Mohd Shaiful Bakri dan

Nur Aliah Athirah Bt Mohamad Nor.


OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengkaji komposisi penduduk di Taman Temerloh Jaya, Temerloh, Pahang

mengikut jantina dan kaum.

2. Mengenal pasti jenis-jenis pekerjaan penduduk di Taman Temerloh Jaya,

mengikut jantina dan kaum.

3. Menyatakan kaitan antara komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan di Taman

Temerloh Jaya.
KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang kami pilih ialah Taman Temerloh Jaya, Temerloh, Pahang Darul

Makmur. Kawasan ini terletak


HASIL KAJIAN

Berikut adalah hasil kajian saya semasa kajian dijalankan di Taman Temerloh Jaya.

Jadual 18.1 menunjukkan komposisi pendududk dari segi :

(a) kaum

(b) jantina

(c) pekerjaan

Jadual 1.1 : Komposisi penduduk Taman Temerloh Jaya mengikut kaum, jantina da jenis
pekerjaan
Bil Nama Kaum Jantina Pekerjaan
1. En. Ahmad Sarimin M L Pengurus Felda (kerajaan)
2. Pn.Tasmiza M P Guru (kerajaan)
3. En. Abdul Uloom M L Pengurus Pertubuhan Peladang (kerajaan)
4. En. Mohd Saiful Bakri M L Pengurus Felda (kerajaan)
5. En. Muhamad Ariff M L Doktor (kerajaan)
6. En. Wan Mohd Sabree M L Juruteknik (swasta)
7. Pn. Mashitah M P Guru (kerajaan)
8. Pn. Hassha I P Juruwang (swasta)
9. Cik Nurul Hazira M P Berniaga
10. En.Mohamad Nor M L Guru Besar (kerajaan)
11. Pn. Wong Fong Siang C P Guru Tadika Methodist (swasta)
12. En. Wan Mohd Saifuddin M L Juruteknik (swasta)
13. En. Muhammad Asyraf M L Doktor (kerajaan)
14. Pn. Masitah M P Guru (kerajaan)
15. En. Zainal M L Pesara Kerajaan
16. En. Mohd Khairun Anuar M L Berniaga
17. Pn. Apidah M P Pengetua (kerajaan)
18. En. Hisham M L Berniaga
19. En. Wan Zaidi M L Guru (kerajaan)
20. En. Lee Wu Zhu C L Berniaga
Jadual 1.2 : Borang akuran menunjukkan komposisi pendududk Taman Temerloh Jaya mengikut
kaum, jantina dan jenis pekerjaan
Kaum Swasta Kerajaan Lain-lain Jumlah
L P L P L P
Melayu // /////// //// /// / 17
Cina / / 2
India / 1
Lain-lain

Jadual 1.3 : Komposisi penduduk Taman Temerloh Jaya mengikut kaum, jantina dan jenis
pekerjaan
Kaum Swasta Kerajaan Lain-lain Jumlah Peratus
L P L P L P
Melayu 2 - 7 4 3 1 17 85%
Cina - 1 - - 1 - 2 10%
India - 1 - - - - 1 5%
Lain-lain - - - - - - - -
Jumlah 2 2 7 4 4 1 20 100%
4 11 5

Jadual 1.1 menunjukkan penduduk di kawasan kajian dari segi kaum, jantina dan

pekerjaan mengikut kaum. Daripada 20 orang responden, terdapat seramai 12 orang

lelaki dan 5 orang perempuan kaum Melayu, 1 orang lelaki dan 1 orang perempuan kaum

Cina serta 1 orang perempuan kaum India. Jadual di atas boleh ditukar kepada graf

berganda (lihat Graf 1.1)

Dapatan kajian daripada Graf 1.1 menunjukkan bahawa kawasan kajian saya terdiri

daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Daripada 20 orang responden,

kaum Melayu 17 orang (85%), kaum Cina 2 orang (10%) dan kaum India 5 orang (5%).

Kebanyakan penduduk di kawasan ini terdiri daripada orang Melayu, diikuti oleh orang

Cina dan orang India.


Jenis Pekerjaan Penduduk Taman Temerloh Jaya
Bilangan Mengikut Kaum (orang) Mengikut Kaum

12

10

8
Swasta
6 Kerajaan

4 Lain-lain

0
Melayu Cina India

Graf 1.1 : Jenis pekerjaan penduduk Taman Temerloh Jaya mengikut kaum

Graf 1.1 menunjukkan kaum Melayu yang bekerja dalam sektor swasta seramai 2

orang dan sektor kerajaan seramai 11 orang serta sektor lain pula 4 orang. Kaum Cina

yang bekerja dalam sektor swasta pula ialah 1 orang, tiada orang bekerja dalam sektor

kerajaan dan 1 orang juga bekerja dalam sektor lain, manakala di kalangan kaum India

pula seramai 1 orang bekerja dalam sektor swasta dan tiada yang bekerja dalam sektor

kerajaan dan lain.


Jenis Pekerjaan Penduduk Taman Temerloh Jaya
Mengikut Jantina

8
Bilangan Mengikut Jantina

7
6
5
(orang)

lelaki
4
perempuan
3
2
1
0
swasta kerajaan lain-lain

Graf 1.2 : Jenis pekerjaan penduduk Taman Temerloh Jaya mengikut jantina

Graf 1.2 menunjukkan jenis pekerjaan mengikut jatina. Kaum lelaki yang bekerja

dalam sektor kerajaan 7 orang, dalam sektor swasta 2 orang dan 4 orang dalam sektor

lain, manakala kaum perempuan pula, terdapat 4 orang bekerja dalam sektor kerajaan, 2

orang dalam sektor swasta dan 1 orang dalam sektor lain.


RUMUSAN

Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan menunjukkan bahawa kawasan ini

mempunyai komposisi penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina

dan India. Mereka bekerja dalam sektor swasta, kerajaan dan lain. Kebanyakan yang

terlibat dalam sektor lain ialah bekerja sendiri iaitu sebagai peniaga. Orang Cina

kebanyakannya bekerja dalam sektor swasta. Orang Melayu juga terdapat dalam kedua-

dua sektor itu, tetapi lebih ramai terlibat dalam sektor kerajaan.

Mereka hidup dalam keadaan harmoni dan saling membantu antara satu sama lain.

Ini menggambarkan rakyat negara Malaysia yang pelbagai kaum dapat hidup bersama

dan bersatu dalam satu negara yang aman dan damai

Dari segi jantina, kaum lelaki masih merupakan golongan yang paling ramai

bekerja manakala kaum wanita yang menceburi bidang pekerjaan semakin ramai. Ini

menunjukkan bahawa kaum lelaki dan perempuan bersama-sama mengejar peluang

pekerjaan. Kegiatan ini akan membantu negara Malaysia membangun dalam sektor

ekonomi.

You might also like