You are on page 1of 1

Bagaimana laluan ke Kolej Matrikulasi Melaka

Untuk sampai ke Kolej Matrikulasi Melaka, tuan/puan boleh mengikut laluan alternatif
berikut:
1.Dari Utara: Ikuti Lebuh Raya KL-Melaka-susur keluar ke Tol Pedas/Linggi dan belok ke
kanan. Kemudian jalan terus sehingga simpang tiga Chengkau- belok ke kira dan jalan terus
hingga sampai ke simpang tiga (Pilin) dan belok ke kanan(ikut papan tanda arah ke Kolej
Matrikulasi Melaka. Jalan terus dan jumpa simpang tiga ? tuju ke arah Lubuk China ? lalu di
bulatan dan ikut arah Masjid Tanah dan papan tanda ke Kolej Matrikulasi Melaka. (Rujuk
Pelan Ke Kolej Matrikulasi Melaka).
2.Dari Selatan: Ikuti Lebuh Raya Selatan-Melaka dan susur keluar ke Tol Ayer Keroh. Jalan
lurus~ (kurang dari 1 kilometer) dan ambil jalan/laluan ke Sg. Udang/Masjid Tanah ?
teruskan perjalanan hingga sampai ke simpang tiga Sg. Udang- Masjid Tanah. Belok ke
kanan untuk ke Masjid Tanah dan ikut papan tanda ke Kolej Matrikulasi Melaka. (Rujuk
Pelan Ke Kolej Matrikulasi Melaka).
3.Dari Tol Simpang Ampat/ Alor Gajah: Tuju ke Alor Gajah ? ikut arah ke Masjid Tanah ? ke
Kolej Matrikulasi Melaka. (Rujuk Pelan Ke Kolej Matrikulasi Melaka)
Tindakan segera yang perlu dilakukan oleh pelajar setelah menerima surat tawaran
Tindakan segera:
Berikut adalah disenaraikan perkara-perkara yang perlu diambil tindakan oleh pelajar
sebelum mendaftar diri ke Kolej Matrikulasi Melaka:
1. Baca dengan teliti Buku Panduan Pendaftaran Program Matrikulasi 2007/2008 serta
Syarat-syarat Tawaran ke Program Matrikulasi.
2. Buat pembayaran secara `Bank-in` dan simpan slip bayaran.
3. Buka Akaun Giro di Bank Simpanan Nasional bagi mereka yang tidak mempunyai akaun
tersebut. Bagi pelajar yang telah mempunyai akaun Giro, anda dinasihatkan supaya
mengaktifkan semula akaun anda sekiranya tidak aktif.
4. Buat salinan muka hadapan buku akaun GIRO yang jelas menunjukkan nombor akaun
simpanan GIRO dan alamat anda.
5. Lengkapkan semua borang-borang penting termasuk Buku Dokumen Pendaftaran
2007/2008 dan Borang Maklumat Pelajar-UDM.
6. Sediakan 2 keping SETEM HASIL, setiap satu bernilai RM10.00 untuk tujuan
melengkapkan Borang Perjanjian dan Pembiayaan Pelajar Matrikulasi.
7. Sediakan keperluan peribadi dan kekemasan diri seperti yang ditetapkan di dalam Buku
Panduan Pendaftaran Program Matrikulasi.

You might also like